Edited by annehuda at 19-7-2017 03:02 PM
Bukan sekali dua kita tengok komen komen yang tidak menyenangkan di instagram milik artis artis tanah air. Katakan saja artis yang mana, mesti pernah ada komen yang buruk yang ditinggalkan oleh netizen di intsragram. Sedangkan Siti Nurhaliza pun pernah kena dengan komen komen tak senang dari netizen. Terbaru, giliran Rita Rudaini pulak dapat komen yang tidak menyenangkan di laman instagramnya. Memang ada lebih eloknya jika artis artis menutup laman komen di instagram nya. Maklumlah, nama pun public figure kan, tak boleh nak tapis dengan komen komen kecaman dari netizen. Seorang pengguna laman instagram telah dikecam beramai ramai apabila dia menegur rambut anak Rita Rudaini yang dibela panjang. Mungkin nak tegur tapi terlaser pulak, maka beramai ramai lah mengecam pengguna tersebut termasuk lah Rita Rudaini sendiri. Tiba tiba pula komen dan kaitkan dengan seorang jutawan kosmetik. Hihi.
|