CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 20824|Reply: 75

AWAS : Supplement Malaysia Yg Mengandungi Steroid & Bahan Terlarang

[Copy link]
Post time 19-7-2017 09:57 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Rayna90 at 20-7-2017 10:12 AM

2 February 2017
Senarai Produk Dikesan Mengandungi Bahan Terlarang Yang Diterima Melalui Pelaporan Kesan Sampingan Ubat
Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah menerima laporan kesan sampingan berkaitan produk-produk yang tersenarai di bawah dan hasil ujian yang telah dijalankan mendapati bahawa produk-produk ini telah dicampurpalsu dengan bahan terlarang atau racun berjadual.
Pihak NPRA ingin menasihatkan orang awam agar tidak membeli atau menggunakan produk-produk tersebut. Sesiapa yang mempunyai stok produk- produk ini dinasihatkan untuk menghentikan penjualan dan pengedarannya dengan serta-merta. Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk ini juga adalah disarankan supaya segera mendapatkan nasihat serta rawatan (jika perlu) dari ahli profesional kesihatan. Sila ke link ini untuk maklumat lanjut : http://npra.moh.gov.my/…/…/adulterated-products-unregisteredt



Kenapa caffeine dikira sebagai bahan terlarang?
Sebenarnya, caffeine sebagai bahan larangan yang disebutkan ni ialah melibatkan produk tradisional.Jika rujuk Control of Drugs and Cosmetics Regulations 1984 (Regulations 7A), caffeine ni antara yang tersenarai sebagai bahan terlarang dalam ubat tradisional.
Manakala dalam produk farmaseutikal (ubat) pula, caffeine hanya dibenarkan dalam produk apabila dikombinasi bersama paracetamol/acetaminophen atau ergotamine dalam dos yang dibenarkan sahaja.

Kenapa caffeine dikira sebagai bahan terlarang? Kenapa caffeine terdapat juga dalam produk kuruskan badan? Dan atlet jugak mengambil caffeine untuk tingkatkan performance? Kesan sampingan caffeine?
Caffeine yang bertindak sebagai perangsang (stimulant) akan merangsang sistem saraf tunjang (central nervous system). Secara umumnya, caffeine dikaitkan dengan penurunan berat badan kerana caffeine dipercayai dapat meningkatkan metabolisma  badan, seterusnya dapat membantu dalam pembakaran kalori yang lebih rancak daripada kadar normal. Caffeine yang bertindak sebagai perangsang (stimulant) akan merangsang sistem saraf tunjang supaya jantung berfungsi lebih laju, seterusnya meningkatkan kadar metabolisma. Bagi para atlet, caffeine mampu berfungsi untuk meningkatkan ‘mood’ dan tahap kesedaran (alertness). Pengambilan caffeine akan menyebabkan kadar denyutan jantung laju, diuresis (peningkatan urinari) yang akan membawa pada dehidrasi, gelisah, gemuruh, loya dan masalah tidur.

Kesimpulannya, caffeine tidak dibenarkan dalam produk tradisional kerana dikhuatiri akan menyebabkan kesan yang buruk pada pengguna kerana dos yang tidak terkawal. Produk minuman dan makanan berbeza daripada produk ubat. Oleh yang demikian, produk ini dikawal oleh pihak Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM). Produk makanan dan minuman tidak perlu berdaftar dengan KKM manakala produk ubat pula wajib berdaftar dengan KKM melalui NPRA. Contoh kalau macam kopi, teh atau bahan minuman lain yang mengandungi caffeine. Kadar caffeine sudah ditetapkan mengikut piawaian.

****************************************************************************************************************************************************
just to share my mum personal experience. jaga jaga dengan jamu/makjun yang anda makan. Nowadays kebanyakann jamu/makjun yg dijual tu ada steroid. thats why bila kita makan je jamu/makjun tu  rasa baik and from there we  totally depends on it. This happen to my mum also. Dia sakit lutut and susah nak jalan since early this year. Looking at her condition, kawan kawan mum/ myself suggest makan jamu/makjun yg diorang makan. They said the makjun/jamu works to them and hopefully will do same to her. True enough, lepas after makan jamu/makjun tersebut (habis sebotol dua), she feel better and boleh jalan balik, not like masa sihat dulu tapi boleh la nak jalan slow slow pergi mana mana. then, bila dah rasa sihat tu, dia stop lah makan jamu/makjun tu. Stop makan 2 bulan, sakit tu jadi makin teruk, teruk dari sebelum mum makan jamu/makjun tu. sampai tak boleh bangun dr katil. kami bawa jumpa family doctor yg mmg kami dah biasa dari kecik.
doctor tanya mum ada makan ubat kampung tak? mum cakap ada makan jamu/makjun XXXXX tapi dah stop makan 2 bulan and makin teruk kondisi lutut dia. doctor jawab, i tengok ur face mcm bulan (muka sembap), this mcm effect steroid. ubat kampung yang you makan definitely ada steroid and now you suffer from it sebab you stop. Akan ambil masa yang lama untuk steroid keluar dari badan you. Ya Allah, time tu i memang terkejut sangat dengar and mula google cari jawapan kebenaran betul ke makjun/jamu tu ada steroid. MEMANG betul ada, total 5 pages ubat kampung yg ada bahan terlarang setakat yang i baca tu ... yg kononnya berasaskan herba... pui.. tu semua tipu..sejak dari tu, i subscribe fb kemeterian kesihatan malaysia and tak lagi makan jamu/makjun or ubatan yg diclaim berasaskan herba.  kita maybe telepas pandang... nampak je UBATAN HERBA terus percaya benda tu alami/natural.. padahal dose steroid dia maigadddd.. hopefully kesan steroid tu hilang cepat from my mum. so, supaya orang lain tak terjadi benda sama, i share the list yang setakat ni terbukti ada steroid okay.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Comments

Very useful lists, thank you  Post time 19-7-2017 04:01 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2017 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu penah mkn soy lecithin..tp mlm2 mesti mimpi hantu/seram/menakutkan
Padahal i xpernah mimpi2 benda mcm tu
Bila xmkn, ok xde mimpi2
Bila mkn mesti mimpi seram lagi
Pastu stop dah mkn benda tu sbb xlarat nk mimpi seram2
Xtau la ada kaitan tak soy lecithin tu dgn membuatkn i mimpi seran
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2017 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Oh dulu2 tahun 90s arwah ayah suka mkn ubat bli kat kedai..peket2 kecil. Dalam tu ada beberapa biji pil warna2..dia mkn tu utk tahan buat kerja berat kat ladang.
Agaknya steroid ya dlm tu..org kg dulu2 mana tau.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2017 10:21 AM | Show all posts
pearl.silver replied at 19-7-2017 10:06 AM
Dulu penah mkn soy lecithin..tp mlm2 mesti mimpi hantu/seram/menakutkan
Padahal i xpernah mimpi2 be ...

maybe tu effect chemical/pesticide tak chuolls? i skrg takut dah nak makan lecithin or other diet product.. berdegup jantung mcm nak tercabut
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2017 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Dherbs tu kandunagn terlarang adalah caffeine?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2017 10:25 AM | Show all posts
pearl.silver replied at 19-7-2017 10:10 AM
Oh dulu2 tahun 90s arwah ayah suka mkn ubat bli kat kedai..peket2 kecil. Dalam tu ada beberapa biji  ...

i pun selama ni beli je makjun. tapi makan berselang hari lah.. bila makan patut la lega je rasa. ringan badan.. sekarang ni bila duk baca pasal supplement ada steroid.. dah takut nak makan supplement jamu segala.. mcm mana nak kekal kesihatan dalaman smpai tua ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-7-2017 10:25 AM | Show all posts
biadap sangat bila ada ubat nama Islamic Traditional Powder.. Rasa macam nak ketuk-ketuk kepala owner company tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2017 10:38 AM | Show all posts
Themilo replied at 19-7-2017 10:25 AM
biadap sangat bila ada ubat nama Islamic Traditional Powder.. Rasa macam nak ketuk-ketuk kepala owne ...

al baraqah ayamselasih pun.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-7-2017 10:48 AM | Show all posts
Orix replied at 19-7-2017 10:22 AM
Dherbs tu kandunagn terlarang adalah caffeine?

cafeine kalau dose terlebih boleh bagi irregular heartbeat and osteoporosis yach. boleh juga halusinasi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2017 10:49 AM | Show all posts
noorhairiahma replied at 19-7-2017 10:38 AM
al baraqah ayamselasih pun.....

ini lah yg mum i kena
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2017 10:58 AM | Show all posts
i pnah guna hydroxycut, jantung mmg berdegup la, berpeluh tu jgn cte la, dh mcm mndi
maaf tnye soalan bdoh, caffeine mmg xboleh di consume ke? atau dlm artikel mmg caffeine yg berlebihan?
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2017 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Byk nama yg ku tak familiar..harap2 takdak family aku yg beli..memg jahanam la duk pakai2 nama taqwa islamik bagai tu!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2017 11:26 AM | Show all posts
-electrifying- replied at 19-7-2017 10:58 AM
i pnah guna hydroxycut, jantung mmg berdegup la, berpeluh tu jgn cte la, dh mcm mndi
maaf tnye s ...

mcm paracetamol, caffeine, sibutramine, iboprofen semua tu bukan tak boleh consume. tapi masalahnya pengilang ni letak dose yg berlebihan/ tak dikawal supaya kita consumer ni dapat hasil yg cepat so kita akan trust product tersebut mmg ada effect kat badan kita. and secara dalaman pulak, bila benda ni berlebihan/tak terkawal, bahan bahan ni akan affect organ dalaman kita and kemudian mereput lah kiita di bucu katil kesakitan
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2017 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu2 pernah mkn acai berry
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2017 11:48 AM | Show all posts
recommended dosage caffeine sehari less than 400mg. ataupun tidak lebih dari 3 cawan kopi sehari. mungkin dalam produk2 ni die letak lebih dose.

hydroxycut tu boleh je consume kalau nak buat aktiviti fizikal macam jogging ke workout ke. kalau saja2 nk consume tak nampak efek die pun.

kalau nak buat caffein withdrawal ni boleh juga. tak yah amek minuman berkafein utk 2 minggu. kalau sesapa yang rase nk stop minuman berkafein ni la. kafein ada dalam teh, kopi, minuman berkoko/coklat, air berkarbonat dan minuman tenaga.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2017 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Sy mmg x bole minum byk caffeine,mmg jd x tentu hala heartbeat ni n menggeletar semacam. Me x bole minum kopi 3 in 1 mcm brand super full paket sbb efek mcm kt atas.So half dosage saje.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2017 02:58 PM | Show all posts
xde satu pun supplement bina badan
yang nampak al takwa al el ul..majun
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2017 04:02 PM | Show all posts
Article yg sgt berguna utk public health knowledge.
Tgk dalam list tu, byk kemain yg guna DXM..ini adalah steroids yg 4 kali lebih potent dari Prednisolone, dan 28 kali lebih potent dari Hydrocortisone
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2017 05:48 PM | Show all posts
tu pasal la produk2 gini selalu ada pesan untuk tingkatkan keberkesanan elakkan minum kopi/ minuman berkafein. dh dlm produk tu sendiri bpa bnyak kafein diorg taruk, minum kopi lagi. mana x rosak badan
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2017 05:51 PM | Show all posts
selain produk acah2 nama islamik, ubat cina pun banyak yer bahan terlarang.

naseb baik pil chi kit teck aun x masuk dlm list ni. aku selalu makan bila sakit perut, cirit birit. berkesan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:45 AM GMT+8 , Processed in 0.193699 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list