CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3012|Reply: 41

[Tempatan] Campurtangan politaik BN, bertukar menteri punca sistem pendidikan caca merba

[Copy link]
Post time 20-7-2017 01:52 PM | Show all posts |Read mode


Sakit hati tengok buku sekolah anak. Bukan apa, kita memang mahukan pendidikan berkualiti tinggi tetapi adakah ia sesuai dengan usia dan kemampuan anak? Apabila anak saya menunjukkan buku sains darjah 3, saya pening sekejap membaca soalannya.

Saya pernah berfikir betapa susahnya memahami soalan tersebut, apatah lagi anak-anak. Namun, apabila berkongsi perkara itu dengan guru, mereka ada logik tersendiri.

“Tak puan, kalau budak-budak lain boleh buat (merujuk kepada pelajar di kelas pertama) kenapa anak puan tak boleh? Lagipun ini silibus standard, semua murid kena belajar dan fahaminya,” kata mereka.

Masalahnya, setiap kanak-kanak ada kemampuan dan tahap kematangan tersendiri. Bagi saya sistem pendidikan sekarang umpama paksa anak jadi “dewasa” walaupun mereka masih “kanak-kanak”.

Kebetulan juga saya terbaca perkongsian seorang ibu mengenai silibus pendidikan yang boleh disimpulkan sebagai tidak menepati kemampuan malah terlalu rigid.

“Dah macam baca isi hati ibu bapa pula!”

Ikuti ringkasan perkongsian ibu ini yang juga Timbalan Dekan dan Pensyarah Fisiologi USIM, Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar yang dikongsi khas untuk pembaca FMT Ohsem dari laman Facebook beliau.

Coretan mengenai silibus persekolahan anak-anak

Baru-baru ini saya melihat buku anak saya di tingkatan 1 yang sudah pun didedahkan dengan sistem reproduksi (rujuk gambar A).



Dia tidak dapat menjawab soalan berkaitan dengan baik. Saya masih ingat, 2 atau 3 tahun yang lepas si abang belajar topik sama ketika di tingkatan 3, dan ada soalan percubaan PT3 yang bertanyakan pelajar konsep perancang keluarga menggunakan senario pesakit yang mempunyai sista ovari (ovarian cyst).

Saya melihat buku sains tingkatan 1 anak saya dan penerangan tentang sistem reproduksi amat ringkas, menyebabkan sukar bagi anak seusia 13 tahun memahami apa yang berlaku dalam kitaran haid seorang wanita.

Sebagai pensyarah fisiologi perubatan, saya memang faham tentang topik ini. Namun, pelajar perubatan yang saya ajar, memerlukan lebih dari sekadar kuliah.

Mereka ada sesi tutorial dan diperkayakan dengan sesi bedah mayat bagi melihat organ reproduksi dan diambil pula tisu rahim untuk dilihat di bawah mikroskop. Baru mereka dapat memahami dan menggambarkan kitaran haid secara penuh dan kaitannya dengan hormon.

Saya faham tanggungjawab ibu bapa untuk membantu anak-anak dalam pencapaian akademik. Maka bagi anak saya di tingkatan 1, saya dapat menerangkan secara ringkas di mana kesalahan beliau, walaupun melihat matanya yang terkebil-kebil, dia belum memahami lagi apa yang sebenarnya membentuk dinding rahim, apa itu proses ovulasi dan lain-lain.

Apa nasib ibu bapa yang tak berpelajaran, tak berkemampuan?

Saya terfikir ibu yang bukan dari latar belakang sains atau perubatan, keluarga yang tiada akses internet, bagaimana mereka dapat membantu anak mereka?

Sewaktu soalan percubaan PT3 mengenai perancang keluarga keluar 2-3 tahun dulu, sahabat saya, seorang doktor pakar perbidanan dan sakit puan mengatakan hanya anak beliau yang mendapat markah penuh. Sahabat saya ini mengendalikan klinik kesuburan dan perancang keluarga.

Soalan peperiksaan penggal sains bagi si adik ketika beliau di dalam darjah 4 adalah mengenai “perubahan kadar pernafasan, ketika inhalasi (menyedut udara)”. Saya memang terkejut.

Pertamanya, soalan itu salah kerana menarik nafas dalam dan kadar pernafasan adalah variabel/pembolehubah yang sama. Yang sebetulnya ialah kadar denyut nadi yang berubah apabila seseorang menarik dalam nafas.

Konsep ini amat sukar difahami oleh pelajar perubatan sekalipun kerana ia melibatkan pemahaman tentang banyak lagi sistem sirkulasi (venous return, end diastolic volume etc) dan pernafasan (intrathoracic, intrapleural, transpulmonary pressure), sehingga mereka memerlukan 3 jam praktikal bagi menguji dan memahami konsep perubahan ini.

Bagi budak berusia 10 tahun, bagaimana menerangkan konsep ini selain menghafal sahaja? Soalan adalah berbentuk pilihan objektif.

Lantas saya titipkan nota pada guru beliau menerangkan bagaimana soalan itu salah. Sekembalinya anak saya dari sekolah, saya tanyakan tentang nota saya, katanya hanya jawapan beliau dibetulkan. Saya faham dilema guru anak saya dan saya tidak ingin “pressure” mereka. Saya berharap teguran saya sampai ke pihak panitia.

Jangan biar anak kita sekadar menghafal jawapan

Saya juga masih belajar tentang Kemahiran Berfikiran Aras Tinggi (KBAT) dan meraikan konsep ini kerana kita tidak mahu rote-learning atau pelajar yang hanya memuntahkan hafalan pelajaran mereka.

Namun saya berpendapat KBAT bukan bermaksud kandungan pelajaran yang lebih tinggi dari usia pelajar, tetapi bagaimana pelajar berupaya mengaplikasikan apa yang mereka belajar dengan masalah semasa, sesuai dengan usia mereka.

Apabila kandungan yang diberikan lebih tinggi, maka ibu bapa terpaksa mendapatkan bantuan tambahan seperti tuisyen. Kerana itu ramai yang masih memerlukan kaedah latih tubi seperti diamalkan di Kumon bagi subjek seperti matematik dan bahasa Inggeris. Bagi keluarga yang mampu, bolehlah. Bagaimana dengan mereka dari keluarga yang berpendapatan rendah?

Di kuliah perubatan UIA dahulu, terdapat posting kesihatan masyarakat di Ulu Tembeling. Sewaktu menunggu bot penambang dari Kuala Tahan, saya berbual dengan seorang ibu dari Kampung Bantal.

Beliau memindahkan anaknya ke sekolah kebangsaan di Kuala Tahan, sedangkan ada sekolah Ulu Tembeling di Kampung Bantal tersebut.

Anaknya yang darjah 1, terpaksa duduk di asrama kerana jarak Kg Bantal ke Kuala Tahan melalui bot adalah 3 jam.

Tak rindukah pada anak, tanya saya, kecil2 lagi duduk di asrama. Sedih dan rindu katanya, tapi sekolah di Kg Bantal ketika itu, kekurangan guru. “Di Kuala Tahan, guru-guru mencukupi. Saya sendiri tak pandai nak ajar anak saya doktor,” katanya.

Begitulah pengorbanan ibu ayah bagi membantu anak mereka mendapat yang terbaik. Justeru, apabila silibus kita direka dengan suatu bentuk yang memerlukan ibu bapa turut sedikit sebanyak mempunyai latar belakang sains, matematik, english, fizik, kimia agar dapat membantu anak atau terpaksa mengeluarkan wang tambahan bagi menghantar ke kelas tuisyen, saya sentiasa terfikir ibu bapa yang kurang berkemampuan.

Mereka bertungkus lumus mencari sesuap nasi, pelajar-pelajar yang “average” yang asas mereka masih belum mantap. Mungkinkah minat mereka terkubur kerana sukarnya mengikuti silibus yang ‘skew/ condong’ kepada pelajar bijak?

Saya berharap pihak kementerian pelajaran dapat mengambil coretan saya ini sebagai maklum balas yang positif dari seorang ibu yang melihat perkembangan dan respon berbeza anak – anaknya melalui perubahan silibus dan sedikit pedagogi pendidikan sains/biologi perubatan.



Gambar B – Soalan sains darjah 4 yang pada hemat saya mempunyai lebih dari 1 jawapan betul kerana perkumuhan dalam badan manusia bukan sahaja usus, bahkan oleh buah pinggang, hati dan kulit.

Tulisan saya adalah lebih ditujukan kepada penggubal silibus. Saya juga hanya menumpukan kepada beberapa permasalahan melibatkan soalan2 berunsur perubatan dan kesihatan.

Dalam soalan perkumuhan di atas, saya kurang faham kenapa diasingkan perkumuhan dari penyahtinjaan. Perkumuhan (excretion) adalah terma payung meliputi:

Perkumuhan oleh buah pinggang : pembuangan air kencing (urination)
Perkumuhan oleh usus : penyahtinjaan (defeacation)
Perkumuhan oleh kulit : perpeluhan (sweating)
Perkumuhan oleh hati: detoksifikasi

Oleh kerana itu, pemisahan perkataan perkumuhan dan penyahtinjaan tidak berapa tepat kerana penyahtinjaan adalah satu proses dibawah perkumuhan.

Sebab itu maklum balas ini adalah untuk penggubal, bukannya guru2 yang mengikut silibus yang diberikan.



Gambar C: Gambar ketiga adalah soalan matematik darjah 4 anak kepada sahabat saya, yang kesalahannya hanyalah kerana susunan nombor kumpulan dan bilangan kumpulan yang salah, walaupun jawapannya betul.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2017 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Pandangan yg baik dan menarik sekali...
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2017 02:34 PM | Show all posts
Aku ada tolong anak aku utk fahamkan tentang subjek ni. Yg dia org tulis ni Tingkatan 1... tp utk anak aku ianya di Tahun 4 (sekolah rendah). Aku ingat sebab bila perkataan penyahtinjaan diguna pakai hingga aku pun terkebil2... terpaksa google

Bg aku memang tahap dia org lbh tinggi berbanding dulu2

Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2017 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Penggubal silibus adakah ptd? Aku pun nk tahu gak sape sebalik tabir bijak sangat wat silibus aras tinggi cmtu
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2017 04:52 PM | Show all posts
betul. apa bodoh punya kerajaan sebab tu la ranking universiti2 kat malaysia ni tiap2 tahun makin menurun

oh wait....
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2017 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab tu ke.kes.buli meningkat sebab budak stress.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-7-2017 05:00 PM | Show all posts
Bangsat punya kementerian..sebulan aku tahan malu dengan anak darjah 5 aku..dia pass cukup makan, aku yang ada degree ni fail teruk masa kami berdua lawan jawab paper buku latihan Sains...kononnya nak motibasi la....las las aku yang kena perli..

Sialan punya menteri.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2017 05:07 PM | Show all posts
soklan math tu sepatutnya fleksibel as long as jawapan dia betul.
itulah matlamat sebenar.. thinking out of the box.

bukan mcm cara kiraan matematik mat maslan..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2017 05:09 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2017 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Apbila tikus membaiki labu.. beginilahh jadinya..

Hakku cadang ahmad maslan jd menteri pelajaran.. tak pun jamal tongkol tuala dan juga isa samad pendek hotel 4 bintang. Mungkin berjaya sistem pndidikan kita..

Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2017 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbb sains nk capai international standard PISA, mcm tu la kejadiannya. Mcm english pulak, nk capai standard CEFR, tu jgk satu masalah. Polisi tukar 5 taun skali yakni bila portfolio menteri bertukar. Masing2 nk tunjuk pandai, yg jd mangsa adalah anak2 & cg. Kalau ank x capai standard, kata cg x pandai mengajar plak. Padahal yg tongongnya -adalah policy maker. Ooopppsss.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2017 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Utk mak ayah luar sana as long anak u all tahu mengeja mengira membaca anak u all sbnrnya dah berjaya.. jgn takut sangat dgn sistm pndidikan bodo ini.

If anak u all leh membaca dgn baik mengira dgn baik maknanya anak u all normal dan boleh pergi bersekolah diluar negara kekdahnya..
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2017 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
msxx replied at 20-7-2017 05:25 PM
Sbb sains nk capai international standard PISA, mcm tu la kejadiannya. Mcm english pulak, nk capai s ...

Soklan pisa tuu soklan bodo bin lahabau.. utk soklan pisa form 2 pernah kuar bab sains utk tingkatan 5 yg belajar ttg genotip dan fenotip..       ..
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2017 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
nobito replied at 20-7-2017 04:53 PM
Sebab tu ke.kes.buli meningkat sebab budak stress.

Ye agak betul disitu.. budak klas ujung hanya mampu nganga masa cikgu mengajo.. silibus ajar persamaan kuadratik budak tuu cuma lopas tambah dan tolak shj..      
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2017 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
zach2008 replied at 20-7-2017 02:34 PM
Aku ada tolong anak aku utk fahamkan tentang subjek ni. Yg dia org tulis ni Tingkatan 1... tp utk an ...

Ye betul.. proses penyahtinjaan saya ajar utk subjek sains silibus form 2 dahululaaa.. proses buang taik..
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2017 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Setiap kali menteri bertukar,setiap kali tu juga polisi bertukar..kesian para pelajar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2017 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
ShiningStars replied at 20-7-2017 05:35 PM
Setiap kali menteri bertukar,setiap kali tu juga polisi bertukar..kesian para pelajar

Dan guru guru juga harus berkursus meninggalkan murid.. baru nak mahir dgn silibus baru.. tukar lagi.... kursus lagi..menteri tukar.. silibus tukar .. kursus lagi.. menteri tukar... sampai abang jamil mampuss     
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2017 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Soalan matematik tu macam orang sakit mmental yg buat.

Akak nasihat kan yg buat tu sila check keihatan otak ye
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2017 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga lebih ramai ibu bapa tulis pasal sistem pendidikan kita yg mmg nampak lebih kepada kejar nama..tapi kualiti hancur. Subjek elektif mengalahkan subjek teras...masa utk subjek teras dipendekkan. Program melampau2 ..setahun ada 12 bulan sajer tapi program utk bertahun2 punya....semua nak dibuat dlm setahun. Dah elok2 digabungkan...dipecah2kan..semuanya mmg sbb kejar nama...buat duit...org atasan poket kaya. Fikir la sikit masa depan negara. Generasi sekarang ni nnt kalau memimpin negara...mmg hancur. PIBG kena lebih kuat untuk persoalkan sistem kita yg makin teruk sebenarnya ni.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2017 08:40 PM | Show all posts
Gambar B – Soalan sains darjah 4 yang pada hemat saya mempunyai lebih dari 1 jawapan betul kerana perkumuhan dalam badan manusia bukan sahaja usus, bahkan oleh buah pinggang, hati dan kulit.


Just nak betulkan sikit, usus bukan organ perkumuhan ye.
Proses penyahtinjaan ni proses lain.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:51 PM GMT+8 , Processed in 0.069577 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list