CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Mrs.smith

Koleksi kisah Mrs. Smith (real experience)

  [Copy link]
 Author| Post time 7-8-2017 01:56 PM | Show all posts
ms.mango replied at 7-8-2017 06:38 AM
Glad to know u dah bertambah sihat.. I pn tis week outstation n mybe next week outstation jugek..  ...

ckp pasal hotel, i baru je balik from bayou lagoon resort melaka, seriouss seram i dpt bilik tingkat 3, no 15.Malam tak boleh tido, dgr bunyi org moving furniture kuat sgt, bunyi kunci, mcm2 bunyi lah!Anak i yg 5 tahun pulak cite dia dgr bunyi suara mcm mengilai (anak i buat bunyi yg dia dgr then i buat conclusion itu bunyi momokan).No wonder dia mcm takot nak tido.So sesiapa nak pergi outstation or nak bawak family please jgn bawak situ tak berbaloi!Menyesal sgt penat kerja waktu siang malam nak rest pun tak boleh.Plus the waterpark is so damn crowded and air menggelikan!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-8-2017 01:59 PM | Show all posts
Scorpyan replied at 7-8-2017 02:08 AM
Bkn dgn setakat pasang mp3 ruqyah kita dah harap benda tu lari.yg penting org dlm rumah kena le ra ...

Betul2 setuju, byk kali jgk amalkan ruqyah, but then akan ade jgk gangguan sooner or latter.Kena beribadah brterusan and bykkan baca Al-Quran utk constant protection from mahkluk halus.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2017 03:03 PM | Show all posts
BabeYSHa replied at 2-8-2017 01:42 PM
Mungkin sebab ko terlalu pikirkan sangat pasal "diorang" or takut yang buat ko boleh terasa2 mcm di ...

ada ternampak apa-apa ka cik babey?penanggal bukan area sabah/sarawak ja ka?
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2017 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Mrs.smith replied at 7-8-2017 05:56 AM
ckp pasal hotel, i baru je balik from bayou lagoon resort melaka, seriouss seram i dpt bilik tingk ...

Adeiii tu yg xbest tu.. Dah penat2 keje nak rehat pun xleh... Tapi bayou tu 4 star gak kan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2017 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
ms.mango replied at 7-8-2017 05:42 PM
Adeiii tu yg xbest tu.. Dah penat2 keje nak rehat pun xleh... Tapi bayou tu 4 star gak kan...

Aah 4star, but to be honest, tak mcm 4star langsung.Bilik kotor.Masuk2 lantai berlecak dgn air mop.Nampak sgt dia bru mop tak kering pun.So tak pasal2 i kene amek tuala dia bgi tu and lap lantai sendiri.Dah la tuala tu mcm ada tompok2 warna kuning.Dgn seram satu hal, bilik kotor satu hal.I nk compain dkt website yg i book tu nanti.But after baca review dkt tripadvisor smlm, memg selalu dpt bad review pun rupanya, and ade jgk org yg complain dpt bilik berhantu dkt tingkat 15 if im not mistaken.So kiranya bukan i je la yg experience benda mcm tu kt situ.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2017 11:53 AM | Show all posts
BabeYSHa replied at 2-8-2017 01:42 PM
Mungkin sebab ko terlalu pikirkan sangat pasal "diorang" or takut yang buat ko boleh terasa2 mcm di ...

bitcha laling.. udah slim ke dek berzumba hihi

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2017 11:54 AM | Show all posts
shieda replied at 2-8-2017 08:17 PM
Sis...melaka kat belah mana eh guest house tu...sy org melaka nak la look see look see gak tpt tu

ha.. nak tau jugak. balik sana boleh usyar..

psstt.. masih dok taman ritu ke shida

Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2017 11:48 PM | Show all posts
Mrs.smith replied at 7-8-2017 05:36 AM
KISAH 4: MISTERI RUMAH SEWA (SAMBUNGAN)

Hari yang ditunggu dah tiba.Kitorg memg excited nak berpi ...

Wahhh ada cerita baru. Thank you tt.

I memang follow benang you
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2017 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Sambungan nye tt..baru nak feel ni..
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2017 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Mrs.smith replied at 7-8-2017 09:46 AM
Aah 4star, but to be honest, tak mcm 4star langsung.Bilik kotor.Masuk2 lantai berlecak dgn air mop ...

Omg... Seriously? Teruk giler.. Klu i mmg i turun reception suruh dia panggil manager explain dkt i...mmg i xcek in la.. Sanggup cr hotel lain.. Huhuhu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2017 01:20 PM | Show all posts
Hi Chuols, sorry lama tak update cerita.Nanti kit update story baru sgt jadi dkt my anak bongsu.Kena kacau dgn hantu bajang and hal ni bru je setel semalam.Alhamdulillah now dh okay.Nantikan ye.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2017 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Assalamualaikum mrs smith
Nma xmenahan..aku bygkn org putih yg bercerita nih...
Well sila2..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2017 03:16 PM | Show all posts
mellmn replied at 17-8-2017 06:15 PM
Assalamualaikum mrs smith
Nma xmenahan..aku bygkn org putih yg bercerita nih...
Well sila2..{:ml ...

Wassalam Mell.Uols imagine je la Angelina Jolie muslim yg bercerita.Kikiki

Okay masih mengarang di word tak habis2 lagi sbb sibuk dgn anak2 disebabkan perangai pengasuh yg hazabedah so terpaksa jaga sendiri for now.

Nanti iols up kan cerita secepat mungkin

Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2017 10:58 AM | Show all posts
sis smith.......bila nk sambung lagi........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2017 02:08 PM | Show all posts
Edited by Mrs.smith at 22-8-2017 02:39 PM

KISAH 5: HANTU BAJANG

Kisah ni baru terjadi pada anak bongsu aku minggu lepas.Sejujurnya aku sendiri baru tau tentang kewujudan hantu bajang ni daripada perawat yang rawat anak aku.Untuk korang yg xtau, hantu bajang ni merupakan makhluk setan yang dipuja daripada mayat bayi yang mati semasa lahir.Ia merupakan setan jantan yang sering kali menyerang kanak-kanak dan mampu menyebabkan  penyakit misteri yang boleh membawa maut kepada mangsanya (sumber wiki).

Gangguan ni terjadi last week, hari rabu.Hari kejadiaan tu everything was normal.Petang tu aku tgh berehat dalam bilik (biasa la mak buyong), while anak2 aku tgh bermain dkt ruang tamu berdua.Husband time ni keluar sekejap time tu.Tiba-tiba aku dgr anak bongsu aku nangis selak (teruk), cepat-cepat la aku pergi tgk and time tu mata dia dh terpejam rapat, aku tanya kenapa then abg dia jawab mata adam kena gigit semut.Aku pun jenuh la korek mata dia nk cari semut tu, tapi nan hado.So aku assume semut tu dh mati kena lenyek la kot.Dia tetap pejam mata and tak lama lepas tu dia tido, so nothing weird about that.Aku anggap normal je la since anak aku pun takde ngadu apa2 yg pelik.Bangun tido lepas tu dia boleh bukak mata mcm biasa and continue mcm takde apa2.

Malam tu, around pukul 8 malam.Aku tinggal bertiga je dgn anak sbb husband pergi tapau makanan kt luar.So kitorg semua lepak dalam bilik tido, mcm biasa la aku tgh membuyong memg tak berapa nak larat so baring je la.Anak sulung aku time tu tgh main mainan while anak bongsu aku tgh mengesek dkt aku nak hp sebab nak tgk youtube kids, so aku ckp dkt dia sekejap eh mama nak check instagram sekejap before aku nak pass hp dkt dia, time tu dia tgh baring sebelah aku sambil tenung syiling, aku pulak waktu tgh check ig, aku baring membelakangi dia, so aku tak nampak la dia, but then tetiba2 je belum sempat aku pass hp dkt dia, aku dgr dia menangis yg so sudden, and menangis tu kuat sgt mcm terkejut tu.Aku cepat2 pusing and angkat dia, waktu tu mata dia dh terpejam rapat, aku tanya kenapa, sambil cuba nk korek2 mata dia.Dia tetap pejam rapat sambil menangis.Aku dah pelik ni dah dua kali dah jadi ni.Cepat2 whatsapp husband bgtau keadaan anak.Sambil tu aku pujuk dia lgi dgn bermacam cara.Macam2 la yg aku rasuah dia tapi dia tetap tak nak bukak mata.Aku dah start pelik.

Husband aku pun balik, dan cuba pujuk dia.Masih sama, dia hanya menangis je.Then aku tanya dia, mata adam sakit ke?pedih ke?Dia jawab dgn suara yg lemah je, dia ckp tak sakit.Aku tanya lagi kenapa adam tutup mata, finally dia jawab adam takut, ada hantu.Dah sudah!!After tu dia ckp, mama adam penat, adam nak tido.Aku pun ckp kt husband, takpe biar dia tido dulu, hopefully nanti dia bgn tido and bukak mata mcm biasa.Lepastu aku nak la ke dapur sbb tgh teringin nak makan ikan bilis goreng cili bawang tu nak makan dgn dinner yg husband dh tapau tu, but then anak aku ni tarik badan aku tak nak lepas sambil nangis ckp jangan tinggal adam, adam takut.Aku nak pass dkt husband mintak dia jaga kan but adam tak nak, dia tetap tak lepaskan aku so end up husband aku yg tlg pergi gorengkan .

Tunggu la dia bangun, and dia bangun sekitar 11 malam macam tu.Aku ingt bila dia bangun and everything will get to normal balik la.But then dia masih tak nak bukak mata, pejam je mata rapat2 but mulut dia berckp, so maksudnya memg dia tak tido la.Dia mcm lemah sgt.Aku dh risau sgt time tu memg dh menitis air mata sbb aku tgh pikir yg kenapa dgn mata anak aku ni.Waktu ni aku tak risau pasal mistik2 ni even dia ckp dia takot hantu sebelum tu.Aku time tu lebih risaukan takut ada apa2 medical condition yg kita tak tau kan.Aku dan husband pujuk lagi utk dia bukak mata sampai kitorg ugut dia nak letak kt bilik gelap la, nak bawak pergi hospital nanti doktor cucuk la (kitorg tak buat pun saje nk gempar dia utk dia bukak mata), but then dia mcm nak bukak tapi tak boleh, dia bukak sikit je then dia cepat2 tutup balik and he look so terrified.Kitorg pun decide nak bawak pergi hospital, sbb memg takut mata dia ada problem.Sbb tingkahlaku dia sgt la tak normal, sbb adam ni sgt la cheeky boy and aktif.

Dalam perjalanan tu, husband call parent dia, nak tanya pernah encounter problem mcm tu tak sebelum2 ni, and diorg ckp bawak dtg rumah diorg and tgk whether they can do something.Sampai2 je diorg pun sama pujuk utk bukak mata, but adam masih mcm tu.Mak mertua aku ckp ni bukan macam mata dia sakit ke apa, but rasa mcm ada gangguan ni.Dia pun call kawan dia, and kawan dia ckp yg anak dia pernah kena mcm tu dulu2 and dia bawak pergi berubat.Memg dari cerita dia yg anak dia tu kena gangguan makhluk halus la.So kitorg pun cuba call kenalan ustaz2 utk tanya pendapat, and ada plan nk bawa pergi dkt perawat yg kitorg tau.But then time tu dh pukul 12 lebih tgh malam, dalam keadaan anak aku yg mcm tu, nak bawak pergi tempat berubat ni agak risky sbb sebenarnya dkt situ lagi la banyak hantunya (nanti aku cerita pasal ni).So kitorg decide esok pagi2, baru bawak dia pergi berubat.Bagi dia minum air zam-zam dan sapu muka dia, kitorg pun cuba tido.But actually aku langsung tak boleh lena, malam tu rasa semacam, mcm diperhatikan oleh something and rasa seram sejuk je.

Pagi tu, around pukul 8.30 pagi, aku dan husband bawak la anak yg bongsu pergi ke rumah perawat yang tlg setelkan hal hantu letrik kitorg sblum ni (kisah 2).Kitorg tak call pun, pakai redah je sbb memg dh terdesak sgt risaukan anak aku.Bygkan bangun pagi pampers kering je, nmpk sgt dia dehydrated dan lemah je.Sampai2 je dkt situ, brader tu tgh hisap rokok dkt luar, then husband bgtau masalah, lepas tu dia ajak masuk dalam.Waktu dkt pintu rumah tukang perawat tu, anak aku dh mula terkedip kedip mata mcm nk bukak mata tu, then kitorg duduk and husband aku ribakan adam, perawat tu duduk sebelah, and dia start bacaan dia (ayat Al-Quran) sambil gosok2 kepala dia sendiri.Dalam beberapa saat je bila perawat tu start baca, anak aku bukak mata seluas luasnya and dia ckp dkt husband aku "eh dah tak ada, org tu dah menyorok".So korg bayang kan tetiba je dia ckp mcm tu and anak aku terus turun dari riba and dia kembali mcm diri dia.Ceria, gelak2,aktif, siap main dgn kucing lagi mcm sebelum tu takde pape!Jauh bagai langit dan bumi keadaan dia sebelum dirawat tadi.Ya Allah tak tergambar mcmana happy nya aku time tu.Perawat tu habiskan bacaan doa dia dan ada la dialog dia mcm berckp dgn sesuatu dalam bahasa Melayu, yg aku dpt tangkap dia ckp jgn la kau ganggu something like that la.

After tu dia mintak aku tanya pada adam, apa yg dia nampak.Anak aku jawab "abg tu mata terkopek, mulut ada byk darah".Berderau aku dgr.Then kitorg sambung la sembang dgn brader perawat ni, then dia explain dia ckp memg ada benda yg ganggu anak awak ni, nama benda tu Bajang.Kalau lambat dirawat boleh mati dia ckp.Benda tu memg suka ganggu kanak2 dan wanita, and kalau org dewasa yg kena kacau, dia ckp org yg kene gangguan tu masuk rumah dia pun org tu tak nak (benda tu la yg control).Macam kes budak kecik ni senang sikit sbb mak bapak boleh paksa bawak masukkan.Tu dia ckp tadi waktu awal anak awak masuk ke pintu, dia mcm dh terkedip2 matanya sbb benda tu dh cuba nak lari, tapi bila dah kt dalam memg tak sempat la nak lari.Perawat tu bgtau yg benda tu memg dia duduk je depan anak awak, dia berdamping je sbb tu adam ni takut sgt nak bukak mata.

Kitorg pun borak2 santai la dia ckp ada kes sebelum ni jadi mcm tu, org tu siap di masukkan ke hospital lagi sampai berminggu.Last2 ada sorg ustaz dtg melawat sedara dia yg sakit, nampak dan mintak izin utk ubatkan org tu, dia baca apa ntah dan sapu terus org tu sihat.Doktor pun tak dpt detect org tu sakit apa sebenanya.Back to the story,tujuan perawat tu usap2 kepala dia sendiri waktu rawatan tu, dia tarik benda tu sebenarnya.Patut la aku pelik dah kenapa brader ni dok uli2 kepala sendiri, haha.Brader tu tanya jugak kenapa tak bawak terus malam tadi, kitorg ckp la sbb dah tengah malam kan, takut menggangu, rupa-rupanya pukul 12 tu dia masih mengubat org yg kena santau.Dia pesan next time bawak je tak kira pukul berapa, sbb benda yg kacau anak aku tu sgt bahaya, dia mcm boleh makan dalam budak tu (yg ni aku tak berapa paham), tapi apa yg aku boleh nampak memg anak aku jadi lembik sgt, hanya boleh berckp je tu pun lemah, tak nak makan dan minum. So itu je la pengalaman aku dgn hantu bajang ni, detail benda tu macamana aku xtau sbb bukan aku yg nampak kan.Owh lupa, perawat tu ada buatkan air, utk direnjis dkt rumah dan utk anak aku mandi.Setakat ni Alhamdulillah takde gangguan lagi.


Cerita ni tak berapa seram but more kepada iktibar if anak-anak tunjuk simptom pelik2, jangan la ambil mudah dan bawak la jumpa perawat yg tak meragukan sbb benda ghaib ni memg wujud, sian anak2 kita jadi mangsa kalau kita ni jenis spesis otak hanya based on science shj.Aku tak boleh imagine kalau aku bawak anak ke hospital mesti dh kena masuk wad dan anak aku diuji dgn mcm2 test sedangkan gangguan ni merupakan gangguan makhluk halus.So kalau ada benda pelik2 mcm kes anak aku, ikhtiar secara Islam dulu and kalau masih tak okay lepas tu terus la ke hospital utk
rawatan selanjutnya secepat mungkin.Tapi jgn la kalau anak memg dh terang2 ada simptom medical korg bawak pergi berubat buang setan pulak.hihi.But kesan kepada benda ni, anak aku jadi sangat2 penakut,tak boleh tinggal sorg2 hatta time tengahari pun, mungkin trauma.Hopefully semangat dia akn pulih balik nanti.

The end.

p/s:Utk org area johor mana yg ada masalah berkaitan mistik ni if nk berubat dgn dia pm la iols nanti iols share detail perawat tu.Sekadar membantu kawan2 yg ada masalah yg sama.Sebab setakat ni berubat dgn dia Alhamdulillah sgt serasi dan nampak kesan serta merta, plus dia jenis berubat yg tak mintak duit pun (bagi seikhlas hati) gitu.





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2017 02:32 PM | Show all posts
qicki replied at 19-8-2017 10:58 AM
sis smith.......bila nk sambung lagi........

Sorry lama sgt tak berupdate, dah update cerita latest
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-8-2017 02:35 PM | Show all posts
pinkypetal replied at 10-8-2017 11:48 PM
Wahhh ada cerita baru. Thank you tt.

I memang follow benang you

Thank you chuols sudi follow benang kita
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2017 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah..ada updated...seram la plak psl bajang ni..
Alhamdulillah dh settle ank tt slmt

Klu ada masa jgn lupa cite psl tmpt berubt tu ye..
  wlupn seram tp nk tau gak citernye huhu  
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2017 05:20 PM | Show all posts
Mrs.smith replied at 22-8-2017 02:08 PM
KISAH 5: HANTU BAJANG

Kisah ni baru terjadi pada anak bongsu aku minggu lepas.Sejujurnya aku send ...



teringat peristiwa lama lebih kurang 14 thn lepas.

Suami baru balik kerja masa tu.Masa tu weols duduk serumah dengan ibu. Hari tu, suami balik malam...ot katanya. Tapi bila balik badan dah siap bersih, dah siap mandi dari ofis.Aku mmg trust kt suami sbb tau dia mcmna kan.Ibu pulak tegur aku, kau ni percaya sangat laki kau tu, balik dah siap2 mandi bersih2..kau jgn jadi bodoh.Entah pegi mana siap ckp ada ot.Aku pun mula lah dari percaya 100%, aku jadi 50% je percaya.
Start dari situ aku rasa sakit hati je,pandang muka laki je mmg nak terkam je.Tapi sabar je sbb takde bukti kan.
Esok tu, anak no 2 aku tu demam.Umo dia 3 thn masa tu.Demam siap bogel taknak pakai baju.Yang peliknya dia asik tutup mata je.Membawaklah sampai seminggu mcm tu sikit2 tutup mata padahal tak tdo.Aku pulak laki bini asik nak bertekak.Ibu aku pulak tak boleh pandang muka laki aku.
Sampai satu hari, ada jiran dtg singgah rumah..tegur ibu aku oii senah..(nama tipu)..apsal cucu kau tu..pucat lesi mcm mayat?Ibu aku pun terkejutlah dan terus ngadu kt aku.Aku mmg la seprais gila.Mula pk bukan2.
Petang tu masa aku nak mandikan anak aku, aku tanya anak aku..adik..adik takut ke?Adik takut apa? Dia ngangguk2 je.Aku tanya lagi, adik nampak apa.Dia ckp adik nampak momok.Meremang terus bulu roma aku.Aku tanya lagi, adik nampak kat mana.Siap dia tunjuk kat almari baju aku. Seram lagi.
2-3 sblm tu suami ada cerita, kawan dia ada bg dia parang.Dia tunjuk kat aku tp aku tengok lain mmg pelik sbb kat hujung parang tu ada ukiran mcm
kepala wayang kulit tu..(isshh payah nak explain).Sgt2 rare.Aku peliklah sbb benda rare cmtu kenapa kwn u main bagi je?Kenapa tak simpan sendiri.

Lepas anak aku tunjuk kt almari baju tu, aku tanya lg sekali kot dia tunjuk kat tempat lain kan.Tapi tak..kali ke3 aku tanya, dia tunjuk tempat yg sama. Akupun bgtau la kat suami, suami kata dlm almari tu ada parang kwn dia bg tu.Teruslah kitorg terpana kejap..

Malam tu tak lengah lagi aku, suami n ibu aku pegi berubatkan anak aku. Dah berubat, org tu insha allah nnti baik. Aku cuit laki aku suh tanya pasal parang tu.Hahhh..dan2 tu org tu marah laki aku.
"Itulahh..itulahhh dia..jangan pandai2 ambik barang dari org lain.Kamu ada isteri, ada anak2 kecik dlm rumah..benda tu lah yg kacau kamu anak beranak, satu rumah panas..!!! Benda tu nak rosakkan rmtgga korang!"
Ha..aku pun pun puas hati lah sbb laki aku ni jenis suka dgr ckp org..ckp bini taknak percaya...(teremo pulak..hehehe)

sekian..sori la nak kejar masa nak balik umah



Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2017 10:08 AM | Show all posts
Mrs.smith replied at 22-8-2017 02:32 PM
Sorry lama sgt tak berupdate, dah update cerita latest

yeay....cite baru....tq sis....nah munge...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:49 PM GMT+8 , Processed in 0.066401 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list