CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: koliba

Artis dan Hijrah (Khatam Al-Quran ketika di PENJARA )

[Copy link]
 Author| Post time 3-10-2017 12:38 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-10-2017 11:32 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2017 01:01 AM | Show all posts
Ameng Spring Khatam Al-Quran Lebih 100 Kali Di Penjara" Setiap hari saya nangis hingga hilang keyakinan diri"





Oleh Feyra Nasrom Sumber RK

“Masa itu saya bagaikan hilang keyakinan diri kerana membayangkan suatu masa nanti boleh jadi gila dengan keadaan begitu di penjara”  bukan mudah hari-hari yang dilalui Ameng Spring sepanjang 5 tahun berada di penjara. Pernah hampir putus semangat dan mengalami kemurungan teruk di awal menjalani kehidupan di penjara namun disebabkan dorongan ilmu agama, Ameng kembali bangkit dan mula mendalami ilmu agama.

Menceritakan pengalaman pahit di penjara, Ameng akui setiap hari menangis sehingga hilang keyakinan diri dan tekad ingin cari banduan yang pandai mengaji di penjara untuk mengajarnya mengaji. Ameng berjaya khatam Al-Quran dalam masa 4 bulan dan mula mengajar banduan lain mengaji.

Dalam masa 5 tahun di penjara, Ameng dikatakan sudah khatam Al-Quran lebih dari 100 kali dan disebabkan kelakuannya begitu cemerlang, Ameng diberi pengampunan dan dibebaskan dari penjara pada 14 jun lalu. Sebelum ini, Ameng dijatuhkan hukuman 8 tahun dan 10 kali sebatan pada tahun 2011 kerana kesalahan memiliki dadah.


Alhamdulillah

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2017 01:06 AM | Show all posts
Para peminat terkejut dengan pendedahan terbaru daripada pelakon Aaron Aziz menerusi laman Instagram.


Kata pelakon berasal Singapura ini, dia mengalami detik cemas dan seakan merasai nyawanya seperti mahu dicabut serta diambil Ilahi.


Menerusi satu posting di laman sosial itu, Aaeon berkongsi gambarnya yang kini sedang terlantar di hospital.


Menurutnya, semuanya berlaku selepas suhu badannya naik secara mendadak malam semalam.








Selain itu, Aaron menceritakan keadaan itu membuatkan dia berasa seperti hendak tumbang dan putus nyawa.


"Baru je buat video tentang org sakit. Smlm Tiba Tiba temp naik 39.3..anak anak dah nangis. Felt like it was my time to go.

"Funny thing was at work we talking about #AdamMukhriz bertarung nyawa utk keluarga. Last night ALLAH gave me a lesson I will never forget.

"It came like the wind and body total shutdown. But in my Head was nothing but my kids n family. Told ALLAH pls my work not done. Pls don’t take me back like this," tulisnya.






Dalam keadaan tidak terdaya itu apa yang terlintas di fikirannya hanyalah anak-anak dan keluarganya.


Aaron turut berdoa agar Tuhan tidak mengambil nyawanya dengan cara sebegini kerana banyak perkara yang belum diselesaikan.


Moga Aaron kembali sihat semula seperti sedia kala hendaknya. - CARI
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2017 10:53 PM | Show all posts
Diana Amir harap lakonan lama tidak disiar semula
Oleh ARINA AZLAN
[size=0.9]27 November 2017 5:54 PM




[size=0.8]
Diana Amir malu melihat semula dirinya pada zaman dahulu.





KUALA LUMPUR - Pelakon, Diana Amir berharap pihak stesen televisyen tempatan mempertimbangkan untuk tidak mengulang siar filem-filem lamanya sewaktu zaman dirinya belum bertudung.

Mengakui dia tidak mempunyai hak untuk menghalang namun jika ia boleh dielakkan, Diana atau Nurdiyana Amir Hisham, 31, amat berterima kasih dan menghargai tindakan tersebut.



“Secara jujurnya saya malu apabila melihat semula diri saya pada zaman yang saya cuba untuk lupakan.
“Ada juga peminat yang terkejut terutama peminat baharu jika terlihat lakonan-lakonan lama saya di televisyen namun saya tidak boleh berbuat apa-apa,” katanya ketika ditemui pada sidang media Ikon Muslim Volunteers Malaysia 2018 (MVM) di De Palma Hotel, Shah Alam, sebentar tadi.
Tambah Diana, jika dia terbaca komen tentang lakonannya yang lama, dia sebolehnya akan memadam atau cuba memberi penjelasan sebaiknya.
Pelakon filem Aku Masih Dara ini mula berhijrah dan bertudung sejak tahun 2011 selepas bermimpi tentang hari kiamat. - K! ONLINE


Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:03 AM GMT+8 , Processed in 0.055051 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list