CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1502|Reply: 0

Bahaya... Makanan segera besarkan buah dada lelaki. dah macam tetek perempuan

[Copy link]
Post time 21-8-2017 04:15 PM | Show all posts |Read mode




SEJAK enam tahun lalu, seorang remaja lelaki yang kini berusia 19 tahun bingung memikirkan tentang masalah kesihatan yang dihadapinya.

Bukan dia sahaja yang runsing, malah ibu bapanya turut bimbang melihat keadaan anak teruna mereka apabila berlaku sesuatu yang tidak kena pada anggota badannya.

Manakan tidak, remaja lelaki yang dikenali sebagai Xiao Yang itu tiba-tiba mengalami tumbesaran pada salah satu daripada buah dadanya. Ia menyerupai seperti buah dada wanita.

Selepas enam tahun, buah dada di sebelah kanan Yang semakin membesar sehingga membuatkan dia berasa malu lebih-lebih lagi apabila meningkat dewasa.

“Saya selalu diejek ketika berada di sekolah terutama jika terpaksa membuka baju semasa mandi di kolam renang,” ujar Yang.

Menurut Yang, dia mula perasan -perubahan pada buah dada kanannya sejak dia berusia 13 tahun apabila mendapati ia kelihatan sedikit berbeza daripada sebelah kiri.

Kelenjar susu
Melihat perubahan yang berlaku, Yang telah memberitahu ibu bapanya sebelum dia dibawa ke hospital untuk pemeriksaan.
Bagaimanapun, doktor yang melakukan pemeriksaan terhadap Yang gagal menemui jawapan. Ibu bapanya diminta membawa anak mereka mendapatkan pemeriksaan ke beberapa hospital lain.
Menurut laporan akhbar tempatan, Qianjiang Evening Post, Yang yang bera-sal dari daerah Cangnan di wilayah Zhejiang, selepas gagal mendapat keputusan daripada beberapa buah hospital, remaja itu kemudiannya dirujuk ke Hospital Pusat Wenzhou pada Julai lalu.


SEKUMPULAN doktor melakukan pembedahan mengecilkan saiz sebelah payu dara seorang remaja lelaki tiba-tiba membesar akibat ketidakseimbangan hormon.



Di bawah kendalian pakar perubatan, Dr. Pan Zhongliang, masalah yang dihadapi oleh remaja tersebut berjaya ditemui.
Melalui kaedah yang dikenali sebagai B-scan ultrasonography, Zhongliang mendapati, kelenjar susu remaja itu membesar dan saiznya menjadi tidak normal bagi seorang lelaki.
Menurut Zhongliang, keadaan itu disebabkan berlaku ketidakseimbangan hormon yang dikenali sebagai ginekomastia iaitu perkembangan kelenjar susu berlebihan pada lelaki.
“Ginekomastia merupakan satu kea-daan yang dipengaruhi oleh hormon seseorang hingga menyebabkan kelenjar susu mereka membesar sama ada sebelah atau kedua-duanya sekali,” ujar Zhongliang.
Selepas mengenal pasti masalah yang dihadapi remaja itu, satu pembedahan dipanggil mastectomy telah dilakukan untuk mengecilkan buah dada dan membentuk buah dada baharu yang normal.

Makanan segera
Melalui kajian saintifik yang dijalankan, Zhongliang percaya masalah ginekomastia yang berlaku terhadap seseorang lelaki itu berpunca daripada tabiat memakan terlalu banyak makanan segera dan makanan proses yang dicampur dengan bahan kimia tertentu.
“Saya percaya, tabiat mengambil makanan segera menyumbang faktor utama terhadap masalah ginekomastia terhadap golongan lelaki,” jelas Zhongliang.
Selepas selamat menjalani pembedahan mastectomy, doktor memberi harapan bahawa masalah yang sama tidak akan terjadi lagi terhadap pesakit.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0820&pub=Kosmo&sec=Kesihatan&pg=ke_01.htm#ixzz4qNLQGSpA
Hakcipta terpelihara

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:51 PM GMT+8 , Processed in 0.061055 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list