CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7052|Reply: 50

Otak Mana Otak? Bodoh Lebih Level Dah Perempuan Ni! - Netizen

  [Copy link]
Post time 28-8-2017 10:17 AM | Show all posts |Read mode
Amboi, sedapnya dia mengeji orang tua mencacatkan pemandangan. Apa dia ingat dunia ini untuk dilihat mata dia seorang sahajakah?


Di saat insan lain merasa bangga dengan tindakan seorang lelaki membawa ibunya yang uzur keluar makan bersama, seorang wanita mencemuh tindakan lelaki berkenaan.




Foto Hiasan



"Tengah lunch dengan suami semalam, boleh ternampak seorang lelaki ini bawa orang tua, mungkin mak dia. Rupanya mereka pun lunch sekali.

"Hmm, bukan apa la, macam mencacatkan pemandangan saja.

Di situ adalah tempat makan orang nak romantik.

Awak bawa orang tua awak ke situ pula," tulisnya.



Di manakah hati perut wanita itu berkata sedemikian? Adakah dia tidak pernah menerima kasih sayang daripada ibunya sehingga begitu tega mengeji ibu orang lain?


Menerusi postingnya, dapat kita lihat wanita yang dikenali sebagai Darlings Suhana itu sangat materialistik! Sampai hati dia menasihati lelaki berkenaan untuk 'menyorok' ibunya supaya tidak menjatuhkan standard orang 'berada'.

"Sayang, pakai kereta mewah, baju smart tetapi bawa orang tua uzur ke sana? Apa seyh. Jangan jatuhkan standard orang yang berada boleh tak?


"Macam tak ada kedai mamak atau warung tepi jalan saja. Kalau ye pun awak kaya,

awak kena sedar bahawa tindakan awak itu menjatuhkan taraf profil awak sendiri.

Tolonglah. Dunia, dunia. Apa nak jadilah," tulisnya.









Mungkin dia ingat semua harta dan pangkat di dunia boleh dibawa masuk bersama ke dalam liang lahad.


Status biadab itu mencetuskan kemarahan netizen yang mengecam keras tindakannya sehingga dia menyahaktifkan akaun Facebooknya, dipercayai kerana tak tahan malu.


Bagaimanapun, terdapat pihak yang 'prihatin' telah mencipta satu akaun baru untuk Darlings Suhana dan ia mungkin bertujuan untuk memalukan wanita berkenaan.

"Mak lebih penting dari maruah kerana maruah tak menjamin kita ke syurga.

"Bodoh lebih level dah kau ni...munkin kau ni anak pungut, terjumpa dalam tong sampah, komen netizen.







Foto: FB (Palsu) Darlings Suhana




Apapun, janganlah kita terikut emosi mengecam tindakan insan seumpamanya secara melampau. Tak perlu kita 'merendahkan standard' seperti mereka, sebaliknya jadikan ia sebagai pengajaran untuk masa hadapan, okey? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2017 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
alah minah poyo darling suhana ni... saja batak like la tu. nak nama femes
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2017 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Citer Kak Hasanah ke? Cam x caye je ade lg manusia kurang cerdik pada zaman sume canggih camni
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2017 10:41 AM | Show all posts
Wujud ke si Suhana ni?
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2017 11:25 AM | Show all posts
fantasi sgt jah...ada yg nk kenakan dia ke ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2017 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Motip sgt nak rahsia2 nama hotel. Hotel 5 star kat JB tu pun sendu je, tak payahlah nak rahsia2 mcm batak hotel sgt #donekecam {:thief
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-8-2017 11:29 AM | Show all posts
nk jual produk apa pulak dia ni?
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2017 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Klu btul kt dataran tu,hotel thistle la kot n sederet ngn stadium bola jb tu sume..tp ni just batak like saje..x percaya la aku
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2017 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Keluar hutan mana minah ni?
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2017 12:37 PM | Show all posts
macam tak caya mentaliti pompuan mcm ni
maybe acc fake kot, saje nak test glemer
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2017 12:43 PM | Show all posts
bodoh nye.........................
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2017 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Fake acc sape nih
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2017 12:59 PM | Show all posts
cm jenis fast food resto jah..

apanya yg classy?
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2017 01:08 PM | Show all posts
kita pun tak percaya...tak logik cerita ni...
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2017 01:10 PM | Show all posts
deperado sgt nk femes
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2017 01:37 PM | Show all posts
miznora replied at 28-8-2017 10:29 AM
alah minah poyo darling suhana ni... saja batak like la tu. nak nama femes

tempat makan romantik?


lawo sgt ke darling suhana ni?

salute kat bro tu, dia suap mak dia makan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2017 01:41 PM | Show all posts
ala..xde dah fb darling tu
nak gak tgk dia upload dlm fb dia membabukan mak dia ke
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2017 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Attention seeker plus stupid...syg kan harta dunia smpai darjat seorg ibu pun dipijak2 dan diremeh2kan...kesian kat mak die ada anak cmni...so low iq,eq n sq
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2017 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Suhana sewel..

Kesian mak mertua ko dapat menantu perangai hantu bermulut puaka.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2017 02:08 PM | Show all posts
muda sampai bila2 kah?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-7-2024 09:06 PM GMT+8 , Processed in 0.311673 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list