CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6131|Reply: 50

Warga Jerman Ini Beri Jawapan "Win" Mengapa Masih Menetap Di Malaysia

  [Copy link]
Post time 8-9-2017 12:01 PM | Show all posts |Read mode


Kredit foto - thestar.com.my






Negara kita sudah 60 tahun mengecapi kemerdekaan dan keamanan namun masih ada segelintir rakyat Malaysia yang sentiasa merungut, malah tak kurang juga yang memperkecilkan negara sendiri.


Mungkin disebabkan keadaan ekonomi yang tidak menentu, gejala rasuah, peningkatan kadar jenayah dan bermacam-macam lagi perkara negatif membuatkan ada di kalangan rakyat Malaysia merasakan Malaysia sebagai sebuah negara yang teruk berbanding negara lain.


Sebenarnya, mana-mana negara pun tetap mengalami pelbagai masalah dan bukanlah bermakna rakyat tidak boleh bersuara, cuma janganlah keterlaluan sehingga seakan-akan hilang semangat patriotik.


Lebih poyo lagi, ada yang acah-acah hendak meninggalkan Malaysia dan menetap di luar negara kerana tidak sanggup lagi hidup tersepit dengan kos sara hidup yang semakin meningkat. Teruk sangatkah negara kita ini?


Memetik iluminasi.com, Frank Zimmermann, seorang warga asing yang sudah lama menetap di Malaysia memberi jawapan mengejutkan berkenaan soalan yang sering diajukan kepadanya iaitu "Mengapa anda masih berada di Malaysia setelah 13 tahun menetap di sini?"




Ini jawapan Frank Zimmermann:  


UK : Tak suka VAT 20%? (nilai cukai tambahan). Tinggalkan UK dan pergi ke Malaysia. GST di Malaysia hanya 6%.


US : Nak penjagaan kesihatan percuma? Tinggalkan US dan pergi ke Malaysia. Penjagaan kesihatan hampir percuma di Malaysia.


Hong Kong : Tak mampu beli rumah? Tinggalkan Hong Kong dan pergi ke Malaysia. Kebanyakan rakyat berusia 35 tahun memiliki rumah di Malaysia.


Filipina : Nak kereta? Tinggalkan Filipina dan pergi ke Malaysia. Hampir setiap rumah memiliki kereta di Malaysia.


Sweden : Merungut kos sara hidup tinggi? Pindah ke Malaysia. Malaysia mempunyai kos sara hidup yang rendah.


Kanada : Petrol terlalu mahal? Tinggalkan Kanada dan pergi ke Malaysia. Petrol di Malaysia lebih murah dari Coca-Cola!


China : Nak dapat tempat di sekolah? Tinggalkan China dan pergi ke Malaysia. Banyak sekolah Cina dan semuanya diterima masuk.


Jepun : Nak menikmati hidup sambil bekerja? Tinggalkan Jepun dan pergi ke Malaysia. Di Malaysia banyak cuti umum, kerja sampai pukul 5 petang sahaja, pekerja awam kerja sampai 4.30pm, hampir semua orang kerja 5 hari seminggu. Boleh tengok wayang, minum di Starbuck, makan di luar dan pergi bercuti.


Australia : Tak suka kedai-kedai tutup terlalu awal? Pindah ke Malaysia mate, di Malaysia kedai mamak buka 24 jam di merata-rata tempat dan pasaraya buka sehingga pukul 10 malam.


Indonesia : Nak datuk bandar Cina? Tinggalkan Jakarta dan pergi ke Pulau Pinang. Ketua Menteri Pulau Pinang orang Cina sejak 1957!


Singapura : Nak maki dan fitnah pemimpin anda di Facebook? Tinggalkan Singapura lah dan menghala ke utara. Orang Malaysia maki Perdana Menteri mereka setiap hari.


Orang luar pun suka tinggal di Malaysia dan berlumba-lumba mahu mencari rezeki di tanah air bertuah ini, apa pula alasan anda? Bersyukurlah kerana negara kita masih aman. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2017 12:15 PM | Show all posts
Hhhmmmmmm....
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2017 12:17 PM | Show all posts
bercukorlah
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2017 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Thanks God{:hooray{:run
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2017 12:26 PM | Show all posts
Masuk akal fakta mat salleh ni... carik la sudut positif dan bersyukur...
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2017 12:27 PM | Show all posts
Humban je kaki2 penfitnah tak bersyukur

prmbgkang sume ni ke burma jadik kaum

rohingya

di samping sujud sembah bijan & umngok

samping laung idop melayu & syukur

mesia masih aman
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-9-2017 12:27 PM | Show all posts
Humban je kaki2 penfitnah tak bersyukur

prmbgkang sume ni ke burma jadik kaum

rohingya

di samping sujud sembah bijan & umngok

samping laung idop melayu & syukur

mesia masih aman
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2017 12:38 PM | Show all posts
cam bodo je perbandingan dia buat..
kereta dia jalan guna coke ke yang buat perbandingan coke lagi murah dari petrol?
lagi ramai minum coke atau lagi ramai isi petrol daily?
and zaman ni berapa ketul je mereka yang umur 35 dapat beli rumah..
ramai lagi yang dah beranak pinak pun masih menyewa sebab tak mampu nak beli rumah sendiri..
and kereta merupakan keperluan sebab pengangkutan awam sangat tak reliable kat malaysia ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2017 12:41 PM | Show all posts
bersyukurlah... #proud  to be malaysian
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2017 12:41 PM | Show all posts
Satu je keburukan negara lain yg ade kelebihan itu kat malaysia... kalau tak, kenapa ramai jugak rakyat malaysia nak migrate ke negara lain... cth nya ke australia...
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2017 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus...jawapan yg ringkas dan bernas..otak jeroman..ngan otak pprt lain je {:sing
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2017 12:47 PM | Show all posts
Setiap negara ada je kelebihan dan kekuranganya.  Selain menyatakan kebaikan adalah lebih baik di nyatakan kekurangannya juga baru penilaian seimbang boleh diberikan.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2017 01:02 PM | Show all posts
iye ke? acik yg kawin dgn laki lithuania yg dpt anak jelita tu suka je duk sweeden, siap haplod lagi hotel free yg diorg duduk masa dia bersalin..kalau tgk pun jeles..

yg kata kat soc media boleh kutuk  pemimpin terang2 tu bullshit lah...ko tak tau ke brp org dah yg masuk lokap
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2017 01:38 PM | Show all posts
Australia : Tak suka kedai-kedai tutup terlalu awal? Pindah ke Malaysia mate, di Malaysia kedai mamak buka 24 jam di merata-rata tempat dan pasaraya buka sehingga pukul 10 malam.

padanlah ramai yg dh migrate ke sana...msia xde kelebihan lain ke berbanding australia selain kedai mamak yg dibanggangkan tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2017 01:49 PM | Show all posts
cubaaannnn nk up xjd!!
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2017 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg disenaraikan hanya satu keburukkan tapi byk kebaikan, cth spore..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2017 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Lain ore lain cara idupnya....
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2017 02:42 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2017 03:07 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 8-9-2017 12:38 PM
cam bodo je perbandingan dia buat..
kereta dia jalan guna coke ke yang buat perbandingan coke lagi  ...

tapi tang tak dapat beli rumah bukan saja masalah malaysia, itu masalah global..
golongan milenial dan generation Z tak ramai yang mampu beli rumah...satu atas faktor ekonomi, dua kerana 'peter pan syndrome'.
di uk dan australia pun makin ramai orang dewasa tinggal dengan parents.

dan pada pandangan aku, di KL/PJ, dengan kepadatan penduduk yang ada, pengangkutan awam kita antara yang terbaik berbanding bandar-bandar besar lain.




Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2017 03:12 PM | Show all posts
tang2 lain tu memang ada baik buruk juga lah tentang malaysia...

tapi tang kesihatan tu aku macam sokong...klinik kesihatan kita bukan saja murah, tapi juga bagus.
aku tiada pengalaman hospital kerajaan,
tapi kalau di klinik, walaupun masa menunggu lama, ku akui layanan aku dapat memang berbaloi dengan harga yang dibayar. hat ini memang aku puji malaysia habis-habisan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:08 AM GMT+8 , Processed in 0.583218 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list