CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2199|Reply: 4

Kejam! sumbat kucing dalam peti surat

[Copy link]
Post time 10-9-2017 09:39 PM | Show all posts |Read mode

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]PETALING JAYA: Kejam dan tidak berperikemanusiaan adalah perkataan paling tepat bagi menggambarkan tindakan individu tidak bertanggungjawab yang sanggup menyumbat seekor kucing ke dalam peti surat.
[size=0.98em]Dalam video yang tular di Facebook baru-baru ini, seekor kucing hitam mengiau tanpa henti sambil mengeluarkan kakinya seolah-olah minta diselamatkan dari peti surat tersebut.
[size=0.98em]Bunyi kucing tersebut menarik perhatian seorang wanita yang kemudiannya meminta bantuan pihak pengurusan sebuah apartmen untuk mengeluarkan haiwan berkenaan.
[size=0.98em]Turut kelihatan dalam video tersebut dua pegawai polis yang tiba di lokasi kejadian yang dipercayai berlaku di negara jiran, Singapura.





[size=0.98em]Hasil tindakan pantas wanita itu, kucing tersebut akhirnya berjaya dikeluarkan dari ruang peti surat yang sempit itu.
[size=0.98em]Sejurus dikeluarkan, wanita itu kemudiannya memberi minuman sambil mengusap-gusap kucing tersebut.
[size=0.98em]Rata-rata netizen memuji tindakan pantas wanita itu.
[size=0.98em]Salah seorang netizen, @Miexan berkata: "Respect  pada yang membantu dan perasan ada kucing di dalam peti surat itu."


[size=0.98em]Malah ada di kalangan netizen meminta pihak berkuasa agar mencari pemilik peti surat tersebut dan tindakan undang-undang dikenakan terhadapnya.
[size=0.98em]@Iecham Ieyla berkata:"Cari pemilik peti surat tersebut. Sudah pasti pemilik peti surat itu yang masukkan kucing tersebut. Tidak mungkin ada orang lain yang boleh masukkan kecuali tuan peti surat itu. Sesungguhnya pelaku adalah manusia yang tidak berakal."


[size=0.98em]Sehingga hari ini, video itu mendapat tontonan lebih 188,000 kali dan dikongsi sebanyak 680 di Facebook.
[size=0.875em]

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/b ... mLGzAVPT0yrx6Go4.99

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2017 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
semoga pelaku mampus digelek lori..

Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2017 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Katanya semasa kejadian tuan rumah di kampung...eemmm
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2017 12:06 PM | Show all posts
apalah dosanya sampai disiksa begitu..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 02:38 PM | Show all posts
tak baiknya ..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Gambar & Video


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:36 AM GMT+8 , Processed in 0.064633 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list