CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 54654|Reply: 2598

[V41] ALL ABOUT FATTAH AMIN **Vote for Fattah InTrend Gala 2017 **Fattah dan Alv

   Close [Copy link]
Post time 28-9-2017 09:17 PM | Show all posts |Read mode
Edited by melnanzz at 2-10-2017 02:27 AM

ALL ABOUT FATTAH AMIN
VOLUME 41




Jom undi Fattah Amin untuk Intrend Malaysia Gala 2017



Click link di bawah dan start undi Fattah. Kamon, gais!!

http://intrend.com.my/promosi/peraduan/intrendgala2017



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-9-2017 09:18 PM | Show all posts

Bawa Fazura Jumpa Keluarga, Fattah Amin Berserah Pada Jodoh
27 September 2017. 10.55 AM



Aktor Fattah Amin akui sudah beberapa kali membawa pelakon Nur Fazura berjumpa dan berkenalan dengan keluarganya.

Fattah berkata dia gembira kerana keluarganya menerima Fazura dengan baik.

"Sebenarnya sudah beberapa kali Fazura berjumpa dengan keluarga saya dan terbaharu malam ini (semalam).

"Setakat ini keluarga saya terutama ibu tiada masalah dan menerima Fazura dengan baik.

"Malah saya juga ada berjumpa keluarga Fazura dalam satu pertemuan dengan kelab peminat sebelum ini.

"Keluarga kami masing-masing menerima dengan baik," katanya kepada Astro Gempak.

Fattah Amin ditemui ketika sambutan hari jadinya dan Fazura sempena Fattzura Birthday Bash yang berlangsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC) semalam.

Sambutan hari jadi itu diadakan khas oleh pihak pengurusan Fattah untuk diraikan bersama kelab peminat Fattzura.

Turut hadir bersama adalah ahli keluarga Fattah yang duduk bersebelahan meja pasangan itu.



Fazura mengambil kesempatan berjumpa keluarga Fattah serta bersalaman dan berpelukan dengan ibu aktor tersebut.

Sementara Fattah ditanya mengenai sejauh mana hubungannya dengan Fazura, pelakon Wanita Terindah itu memberitahu dia hanya berserah kepada jodoh.

"Hubungan kami baik itu sahaja yang boleh saya beritahu.

"Saya tahu ramai peminat mahu kami bersama, namun saya hanya menerima sahaja doa yang baik-baik daripada mereka.

"Selebihnya saya hanya berserah kepada jodoh," katanya lagi.

Selepas Hero Seorang Cinderella pasangan ini bakal muncul dalam sebuah supertelemovie terbaharu, Wanita Terindah.

Wanita Terindah bakal ditayangkan di Astro First mulai 2 November depan.

Teks oleh: Syafiqah Jalal
Foto: Instagram  Leeyana



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2017 09:18 PM | Show all posts


Fazura terima 500 mawar daripada Fattah
Oleh: Farihad Shalla Mahmud
farihad@bh.com.my



FAZURA menerima 500 kuntuman bunga mawar putih dan merah jambu yang dihadiahkan oleh teman, yang juga gandingannya dalam drama rantaian Hero Seorang Cinderella, Fattah Amin. - Foto Rohanis Shukri

KUALA LUMPUR: Sambutan ulang tahun kelahiran ke-34 Nur Fazura Sharifuddin mencatat kenangan manis buat aktres terkenal itu apabila beliau menerima 500 kuntuman bunga mawar putih dan merah jambu.

Lebih mengejutkan Fazura, jambangan bunga gergasi itu dihadiahkan oleh teman, yang juga gandingannya dalam drama rantaian Hero Seorang Cinderella, Fattah Amin.

"Sebelum majlis pelancaran hari ini, Fattah ada menghantar mesej kepada saya untuk mengucapkan selamat maju jaya dan memohon maaf kerana tidak dapat hadir disebabkan terikat dengan penggambaran.

"Hadiah bunga itu memang satu kejutan. Terima kasih Fattah kerana menjadi sahabat yang baik. Ketika saya nampak bunga itu, saya ingat ibu yang berikan, tetapi rupa-rupanya bukan. Pandai dia nak kenakan saya," kata Fazura.

Bintang J Revolusi itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran produk kecantikannya, TruDolly dan sambutan ulang tahun kelahirannya, yang diadakan di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Sebelum ini, walaupun berada jauh di luar negara, Fattah turut membuat kejutan dengan menghadiahkan 50 kuntuman ros merah dan kad ucapan berbentuk hati ketika Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH 3.0 itu meraikan ulang tahun hari lahirnya, pertengahan bulan ini.

Diusik dengan pertanyaan apakah beliau insan paling istimewa di mata Fattah apabila menerima hadiah romantik seperti itu, yang belum pernah diberikan pemuda terbabit kepada mana-mana wanita lain, bintang jelita terbabit tertawa kecil sambil berkata: "Mungkin."

Pada majlis itu, penyanyi lagu Bisa Apa ini turut berkongsi rahsia kejelitaannya dengan memperkenalkan dua produk berbentuk pil, Beauty Booster dan Detox Pro, yang dikatakan mampu mencerahkan serta meremajakan kulit, khusus untuk wanita dan lelaki.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2017 09:18 PM | Show all posts


500 Kuntum Ros Balasan Fattah Buat Fazura
Diterbitkan: Rabu, 27 September 2017 7:56 PM
Oleh: QARAMI HASHIM
qarami@thestar.com.my



Fazura menerima 500 kuntuman ros pemberian Fattah Amin. FOTO: Low Boon Tat

PELAKON Nur Fazura teruja menerima 500 kuntuman bunga mawar pada hari kelahirannya yang ke-34, hadiah daripada seseorang yang istimewa.

Kejutan mawar berwarna merah jambu dan putih itu diberikan oleh pelakon Fattah Amin.

Fazura meluahkan rasa terkejut kerana tidak menyangka aktor gandingannya dalam drama Hero Seorang Cinderella itu membuat kejutan istimewa pada hari jadinya.


Fazura memotong kek sempena ulang tahun hari lahirnya.

"Terkejut sangat, saya ingat hadiah bunga itu daripada ibu saya tapi rupa-rupanya pemberian Fattah Amin.

"Dia memang suka buat kejutan begini, sebelum majlis ini berlangsung dia ada bagi ucapan, tak sangka pula ada bunga menyusul.

"Ini bukan kejutan yang pertama, sebelum ini dia pernah memberi bunga kepada saya semasa acara Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW)," katanya kepada mStar Online.

Fazura ditemui pada majlis pelancaran produk kesihatan dan kecantikan jenama Tru Dolly By Fazura di Hotel Ritz Calton Kuala Lumpur pada Rabu.



Kejutan itu dibuat oleh peminat dan juga wakil Fattah Amin. Aktor itu tidak hadir kerana sibuk dengan penggambaran drama.

Pada ulang tahun kelahiran Fattah yang ke 27 tahun pada 14 September lalu, Fazura telah menghadiahkan 50 kuntuman bunga mawar kepada Fattah ketika Fazura berada di New York, Amerika Syarikat.

Sementara itu, Pelakon filem Pisau Cukur ini turut mengakui Fattah merupakan lelaki yang paling dekat dengan dirinya ketika ini.

"Buat masa ini, hanya Fattah sahaja yang berani mendekati saya, malah sejujurnya saya selesa berkawan dengannya.

"Mungkin sebab kami pernah berlakon bersama, selalu berjumpa jadi keserasian dan keselesaan itu masih ada," katanya.


Fattah Amin dan Fazura mula dikaitkan ketika membintangi drama Hero Seorang Cinderella.

Bercakap mengenai produk Tru Dolly by Fazura, ia merupakan tablet kecantikan yang diinspirasikan melalui rutin penjagaan kecantikan Fazura.

"Tru Dolly mempunyai dua jenis tablet berbeza iaitu Detox Pro dan Beauty Booster, ia boleh diamalkan oleh lelaki dan wanita.

"Besar harapan saya supaya produk ini mampu memberi manfaat kepada pengguna," katanya.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/09/27/fazura-500-mawar/#FYiFEuKDk1Fei67a.99

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2017 09:18 PM | Show all posts
Edited by melnanzz at 28-9-2017 09:19 PM



Fazura-Fattah semakin serius?
Nor Asikin Hassan
28 September 2017 2:32 PM



FAZURA dan Fattah Amin diraikan peminat dalam sambutan hari lahir mereka.

KUALA LUMPUR 28 Sept. – Sehingga kini hubungan antara pelakon Nur Fazura dan Fattah Amin masih lagi menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat.

Bagaimanapun dengan pemberian 500 kuntum bunga yang dihadiahkan oleh Fattah kepada Fazura pada hari lahirnya yang ke-34 semalam, menguatkan telahan peminat yang hubungan dua pelakon tersebut semakin serius.

Sebelum ini, pada 14 September lalu, Fazura juga membuat kejutan kepada Fattah dengan mengirimkan 50 kuntum bunga ros merah, coklat dan juga kad ucapan yang berbau kemesraan bagi meraikan hari lahir pelakon itu yang ke -27.

Fattah dalam kenyataannya kepada sebuah portal hiburan, dia sudah beberapa kali membawa Fazura bertemu dengan keluarganya dan mereka menerima pelakon cantik itu dengan baik.

Majlis sambutan hari lahir kedua pasangan pelakon ini diraikan oleh para peminat mereka dalam Fattzura Birthday Bash yang berlangsung di Pusat Konyensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) semalam.

Dalam laman sosial Instagram milik Fazura, pelakon yang bakal tampil dengan filem Ayat Ayat Cinta 2 itu turut memuatkan foto-foto yang memperlihatkan kemesraannya bersama Fattah Amin. – UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/hiburan ... 31726#ixzz4tyRCLMFo
© Utusan Melayu (M) Bhd


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2017 09:18 PM | Show all posts


Inilah Reaksi Fazura Dapat 500 Kuntum Ros Kiriman Fattah
Diterbitkan: Khamis, 28 September 2017 1:10 PM
Oleh: QARAMI HASHIM
qarami@thestar.com.my




BERSERI-SERI nampaknya wajah Fazura menerima kejutan berupa hadiah 500 kuntum bunga ros pemberian sahabat tersayang, Fattah Amin sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-34.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/ ... X89WWMBw8MiQE2ek.99
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-9-2017 09:18 PM | Show all posts


'Buat sahabat baik, Fazura' kata Fattah
Ardini Sophia Sina
hellinie@hmetro.com.my




AKTOR kacak, Fattah Amin menjelaskan jumlah bunga mawar yang dihadiahkan kepada Fazura tidak mempunyai maksud tertentu.

Sebaliknya kata Fattah, 500 kuntum mawar putih dan merah jambu itu adalah tanda penghargaan darinya untuk Fazura yang dianggap sebagai kawan baik.

"Ia tidak membawa apa-apa simbolik. Bunga itu sekadar hadiah untuk sahabat baik yang sentiasa memberikan perangsang dan tanda sokongan kepada kerjaya saya.

"Dia patut rasa bahagia pada hari ulangtahunnya yang hanya disambut setahun sekali," katanya.

Ketika dihubungi, Fattah mengucapkan selamat hari jadi buat Fazura dan berharap persahabatan mereka berpanjangan.

"Selamat ulang tahun buat Fazura. Semoga diberikan usia panjang dan penuh kebahagiaan. Semoga Allah sentiasa menjaga persahabatan kita.

"Saya juga mendoakan Fazura selalu diberikan kesihatan, kekuatan dan kebaikan serta sentiasa dalam lindungan Allah SWT," katanya.

Terdahulu, Fattah memberi kejutan sempena ulangtahun kelahiran Fazura yang ke-34 dengan memberikan 500 kuntum bunga mawar.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2017 09:18 PM | Show all posts


Romantiknya Fattah balas bunga Fazura!
Ardini Sophia Sina
hellinie@hmetro.com.my




PELAKON dan penyanyi Fazura Sharifuddin dikejutkan dengan hadiah 500 kuntum bunga oleh pelakon Fattah Amin sempena ulangtahunnya yang ke-34, petang tadi.

Ditemui ketika majlis pelancaran produk kecantikannya, Fazira akui Fattah ada menghubunginya sebelum menghadiri majlis itu untuk mengucapkan selamat hari jadi.

Katanya, Fattah juga meminta maaf kerana tidak dapat memberikan apa-apa hadiah.

Bagaimanapun apabila sampai di sini, saya dikejutkan dengan pemberian 500 kuntum bunga.

"Mungkin Fattah mahu membalas kembali hadiah yang pernah saya berikan sebelum ini iaitu 50 kuntum mawar ketika sambutan ulang tahun kelahirannya.

"Terima kasih Fattah sebab jadi kawan yang baik, katanya.

Hubungan baik antara Fazura dan Fattah mula terjalin sejak berganding bersama dalam drama berjudul Hero Seorang Cinderella. Rentetan dari keserasian menerusi rantaian itu, ramai peminat yang berharap mereka bercinta.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-9-2017 09:18 PM | Show all posts


Genap Usia 34 Tahun, Nur Fazura Sedia Berkahwin
28 September 2017



Meraikan ulang tahun kelahiran yang ke 34 pada 27 September 2017, pelakon popular, Nur Fazura boleh dikatakan sudah memiliki segalanya dalam karier seninya.

Di usia 34 tahun, Fazura sudah membintangi banyak filem dan drama popular, wajahnya juga sering dipilih sebagai duta pelbagai produk termasuk produk antarabangsa.



Wanita bercita-cita tinggi ini juga sudah merasai nikmat menggenggam trofi Pelakon Wanita Terbaik di dalam tangannya. Justeru , apa lagi yang didambakan oleh Nur Fazura dalam hidupnya?



Fazura sewaktu ditemui di majlis pelancaran produk kecantikan dan kesihatan TruDolly berkata, mungkin kerjayanya yang kelihatan luar biasa, tetapi tidak bagi dirinya yang sebenar.

“Apabila saya balik rumah dan tanggalkan solekan, saya adalah orang biasa.

Apa lagi yang saya inginkan? Mungkin sudah tiba masa untuk saya mencari pasangan. Orang pun ramai yang mendoakan, Inshaallah kalau dah sampai masa, kalau dah bertemu jodoh mungkin saya sudah bersedia”, jelasnya.



Tambah Fazura lagi, tiada lelaki yang berani mendekatkan diri dengannya kerana sering sibuk dengan kerja.

Kebelakangan ini beliau sering dilihat rapat bersama Fattah Amin, kata Fazura mungkin disebabkan mereka selalu digandingkan bersama menjadikan mereka rapat.



Pada majlis pelancaran produk Tru Dolly itu, turut diserikan dengan majlis sambutan hari lahir Fazura dimana Fazura mendapat kejutan dari Fattah Amin yang menghadiahkannya 500 kuntum bunga mawar.

Bertuah Fazura kerana ramai yang menyayangi dirinya. Suria doakan semoga Fazura cepat-cepat ditemukan jodoh dan terus berjaya dalam karier.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2017 09:19 PM | Show all posts
Edited by melnanzz at 28-9-2017 10:58 PM



Tidak Dapat Hadir Ke Majlis, Fattah Amin Beri Kejutan 500 Kuntum Bunga Ros Kepada Fazura

Romantis betul kejutan Fattah Amin untuk Nur Fazura sempena ulang tahun kelahiran aktres jelita itu.


“Sebelum majlis pelancaran hari ini, Fattah ada menghantar mesej kepada saya untuk mengucapkan selamat maju jaya dan memohon maaf kerana tidak dapat hadir disebabkan terikat dengan penggambaran. Hadiah bunga itu memang satu kejutan. Terima kasih Fattah kerana menjadi sahabat yang baik,” jelas Fazura kepada BH Online.

Fazura menerima 500 kuntuman bunga ros putih dan merah jambu dari Fattah. Jambangan bunga gergasi itu nyata buatkan Fazura tidak menyangka yang ia pemberian Fattah pada mulanya.


“Ketika saya nampak bunga itu, saya ingat ibu yang berikan, tetapi rupa-rupanya bukan. Pandai dia nak kenakan saya,” kata Fazura.

Sebelum ini, Fazura turut pernah menerima kejutan bunga dan kad ucapan berbentuk hati untuk ulang tahun hari jadinya pada pertengahan bulan ini daripada Fattah walaupun ketika itu aktor tersebut berada di luar negara.



Fazura telah berjaya melancarkan produk kecantikannya yang dinamakan TruDolly semalam sekaligus dengan sambutan hari jadinya di sebuah hotel di Kuala Lumpur semalam.

Sebelum ini, Fattah turut pernah mengaku yang mereka telah pun berjumpa dengan ahli keluarga masing-masing dan boleh kata kedua-dua belah pihak seakan gembira dengan hubungan dua pelakon ini.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2017 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah!!!
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2017 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah vol.41...gosh .aku dup hadap ulang entah puluh kali kat utube dorang nyanyi lagu cinderella live masa birthday bash.  Tooo sweeeeeet..
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2017 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Wahhh..wanginya rumah baru ni.yela ada 500 roses kannnn
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2017 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Check in..dgn Aminnnn
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2017 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Pasal undian tu, meolls rasa kita buat sistem giliran la. Sebab penat kot nak undi je sentiasa. Plus kita tak tahu nnt tahap kekonsistensi sesama kita mengundi cemana.

Meolls cdg cemni. 5 org yg free sekarang (lebih lagi bagus) pulun undi dulu 10kali vote. Setiap 15 minit tukar giliran mengundi pulak.

Meolls free sekarang. Siapa nak join #teammengundi?  Ayuh!  

Ini cadangan sahaja. taknak ikut pun takpe tapi cemni salah satu gak cara biar tak penat dan nampak konsisten undian kita
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2017 09:33 PM | Show all posts
Mel or anyone pleaseee...any ideas bout voting via FB, IG or web yg leh counted? Meols riso sesia je penat jari klu x counted...camne nk check dh bope byk kt vote yer?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2017 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh lama x komen. Sbb laju naw naw korang ni. Dpt baca je semua. Ape pun happy sgt fattzura semakin menjadi nyata.

Btw umah sebelah bising, bandingkan dinding lancome penuh rose dgn 500 roses fattzura

Hahahah

Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2017 09:35 PM | Show all posts
ayaqmasin replied at 28-9-2017 09:32 PM
Pasal undian tu, meolls rasa kita buat sistem giliran la. Sebab penat kot nak undi je sentiasa. Plus ...

Ok jer...tp meols nk gerak solo yach...selagi termampu mengikut kesesuaian waktu
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2017 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Btw i dh beli trudolly.
Nnt sampai i review packing k.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2017 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Bamtah ada kat SC
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:43 AM GMT+8 , Processed in 1.027632 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list