CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 575|Reply: 4

[Tempatan] 76% rakyat belanja secara online paling kurang sekali sebulan

[Copy link]
Post time 30-9-2017 10:16 AM | Show all posts |Read mode

KUALA LUMPUR 29 Sept. – Sebanyak 76 peratus rakyat Malaysia didapati meluangkan masa sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan membeli-belah dalam talian iaitu peningkatan sembilan peratus berbanding tahun lalu.


Pengurus Negara bagi Visa Malaysia, Ng Kong Boon berkata, keputusan berkenaan dicatatkan melalui kaji selidik yang dilakukan oleh Visa Consumer Attitudes yang mendapati trend membeli-belah dalam talian lebih popular dalam kalangan generasi muda dengan 82 peratus daripada mereka melakukannya sekurang-kurangnya sekali sebulan.

Katanya, kaji selidik tersebut juga mendapati seba­nyak 58 peratus rakyat Malaysia menggunakan perkhid­matan dalam ta­lian untuk membayar bil manakala masing-ma­sing sebanyak 52 peratus berbelanja untuk fesyen dan perhiasan diri serta pelancongan.

Jelas beliau, data yang diperoleh itu juga adalah seiring dengan data daripada VisaNet menunjukkan kategori perbelanjaan rakyat Malaysia yang tertinggi terma­suk untuk pelancongan, pembayaran insurans dan pembayaran perkhid­matan telekomunikasi.

“Kecenderungan pembelian dalam talian sememangnya semakin meningkat dalam kala­ngan rakyat Malaysia yang mana kita dapat melihat lebih 20 peratus peningkatan dalam perbelanjaan bagi segmen e-dagang.

“Peningkatan penggunaan alat mudah alih untuk membuat pembe­lian dalam talian juga merupakan trend yang sedang meningkat dalam kalangan masyarakat tempatan dengan kajian menunjukkan 57 peratus rakyat menggunakan telefon mudah alih untuk membeli-belah sekurang-kurangnya sekali sebulan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Kong Boon, penyediaan perkhidmatan atas permintaan seperti Uber, Grab dan Food Panda juga telah membuatkan masyarakat lebih gemar untuk membeli-belah dalam talian dengan 54 peratus rakyat Malaysia telah menggunakan perkhidmatan tersebut tahun lalu.

Kong Boon berkata, perkhid­matan berkenaan digemari kera­na membolehkan pengguna membeli-belah dengan selesa dan mudah di mana-mana sahaja.

“Pengalaman pembayaran ma­­ya telah mengubah persepsi pemegang kad yang tidak perlu lagi menyentuh kad pembayaran atau membuat pembayaran tunai untuk membayar sesuatu produk atau perkhidmatan kerana semua maklumat pemegang kad telah disimpan melalui kaedah card-on-file,” katanya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2017 12:09 AM | Show all posts
saya tak tau belanja berapa kali dalam sebulan, online shopping kat 11street, shopee
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2017 12:33 AM From the mobile phone | Show all posts
3 kali seminggu lebih kurang.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2017 08:27 PM | Show all posts
byk poison cybersales baru baru ni, baru dpt 4 parcels hari ni, 3 ​dari 11 street, 1 ​dari shopee.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2017 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Ai dlm 24% tu la. Nak beli pakaian online  kang saiz tak kena pulak. Baju, seluar, ni kena try dulu baru tau elok ke tak kita pakai. Selalu beli kat Sephora je la, tu pun 4-5 bulan sekali.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:58 PM GMT+8 , Processed in 0.255323 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list