CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4884|Reply: 67

[Tempatan] PM: Masa depan penjawat awam gelap di bawah pembangkang

  [Copy link]
Post time 3-10-2017 12:59 PM | Show all posts |Read mode


Perdana Menteri Datuk Seri Najib memberi amaran kepada penjawat awam yang masa depan mereka mungkin menjadi gelap jika pembangkang mengambilalih pentadbiran negara.

Berucap di hadapan sejumlah 5,000 penjawat awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini, beliau menyifatkan hubungan antara kerajaan dan penjawat awam sebagai "aur dengan tebing".

"Pepatah juga menyebut, 'dicubit peha kanan, peha kiri pun terasa'. Ertinya apabila pembangkang memperlekeh, menohmah atau memfitnah penjawat awam, seumpama menghina secara langsung kerajaan secara keseluruhannya.

"Oleh sebab itu kita berasa amat tersinggung dan marah apabila pembangkang sesuka hati menuduh kononnya perkhidmatan awam ini sebagai 'bloated civil service', yakni terlebih bilangannya, berbanding negara lain.

"Dan jika mereka berkuasa, dengan angkuhnya mereka mahu mengurangkan separuh daripada jumlah penjawat awam," katanya.

Beliau berkata, tidak adil untuk membandingkan jumlah penjawat awam di Malaysia dengan negara lain, kerana perkhidmatan awam negara turut meliputi sektor perguruan, dan kesihatan dan keselamatan.

Selain itu, katanya lagi, ada juga pembangkang yang memberi tanggapan negatif terhadap penjawat awam dengan melabel mereka sebagai "makan gaji buta" dan "tidak cekap".

"Bayangkanlah apa akan terjadi kepada untung nasib sebahagian besar penjawat awam, jika pembangkang dibiarkan memerintah negara?

"Sanggupkah anda mempertaruhkan masa depan sekalian dan anak cucu keturunan kita kepada pihak sedemikian?" soalnya lagi.


https://www.malaysiakini.com/news/397076#wwtH21ZM8IVjkp71.99

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2017 01:20 PM | Show all posts
"Oleh sebab itu kita berasa amat tersinggung dan marah apabila pembangkang sesuka hati menuduh kononnya perkhidmatan awam ini sebagai 'bloated civil service', yakni terlebih bilangannya, berbanding negara lain.



dah kau lahanat yg buat masalah..dah ada jpj buat spad..dah ada polis marin gi buat Apmm... dah ada sprm nak buat JITN....etc etc etc

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2017 01:22 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2017 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 3-10-2017 01:20 PM
dah kau lahanat yg buat masalah..dah ada jpj buat spad..dah ada polis marin gi buat Apmm... da ...

Demi membantu rakyat.
Mencipta pekerjaan.

Eheh
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2017 01:38 PM | Show all posts
sarahmirza replied at 3-10-2017 01:23 PM
Demi membantu rakyat.
Mencipta pekerjaan.

Pembangkang tak berminat nak membantu rakyat...
nak kurangkan bilangan pejawat awam.....dah berlebihan...katanya.

Pakatan Harapan Mahu Kurangkan Jumlah Penjawat Awam Jika Menang PRU14


UALA LUMPUR: Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua mencadangkan untuk mengurangkan pejawat awam sekiranya Pakatan Harapan berjaya merampas kuasa pentadbiran kerajaan persekutuan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Bercakap pada forum “Berapa Beban Hutang Dari Projek Mega Najib”, Tony menegaskan bahawa kakitangan awam tidak beri pulangan kepada pendapatan negara dan wajar dikurangkan.
Ujarnya, perbelanjaan yang digunakan untuk membayar penjawat awam membebankan negara dan dilaburkan kepada pelaburan hasil bumi seperti didalam industi minyak dan gas.
“Kita asingkan pendapatan daripada minyak, lombong, gas dan barang-barang yang tiada kaitan dengan kerja keras atau kebijaksanaan rakyat. Malah kita tubuhkan satu badan asing untuk mentadbir kewangan tersebut.
“Kita masukkan dalam pelaburan, kita gunakan dalam pendidikan, infrastruktur tertentu dan bukannya gunakan untuk membayar gaji dan mengubah suai pejabat serta perkara lain yan tidak memberikan pulangan,” katanya.
Walaubagaimanapun, cadangan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara ini disifatkan tidak realistik oleh Pensyarah Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Universiti Utara Malaysia, Prof Amir Baharuddin.
Ujarnya, negara-negara maju seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat tidak melihat jumlah penjawat awam sebagai beban malah menganggap kakitangan tersebut merupakan aset terpenting dalam melaksanakan tugas-tugas kementerian.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2017 01:39 PM | Show all posts
rashiman replied at 3-10-2017 01:38 PM
Pembangkang tak berminat nak membantu rakyat...
nak kurangkan bilangan pejawat awam.....dah berle ...

btoi, mmg berlebihan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-10-2017 01:40 PM | Show all posts
penjawat awam selangor dapat bonus lebat
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2017 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu kata dapig bakal jual negara, ujong2 sendiri jual ke komunis tongsan. Konsep sama jah sister.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2017 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam lah pembangkang dungu dungu semua tu cekap
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2017 02:16 PM | Show all posts
yerlaaaa nokss ....
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2017 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
rashiman replied at 3-10-2017 01:38 PM
Pembangkang tak berminat nak membantu rakyat...
nak kurangkan bilangan pejawat awam.....dah berle ...

Nampaknya memang macam berlebihan.
Memang wajar dikurangkan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2017 02:26 PM | Show all posts
Edited by rashiman at 3-10-2017 02:28 PM

mmg berlebihan, itu salah satu cara kerajaan nak membantu rakyat.
Kebajikan rakyat kena utamakan, beri pendapatan kepada rakyat.
jgn hanya nak cari untung berlebihan.



Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2017 02:27 PM | Show all posts
rashiman replied at 3-10-2017 02:26 PM
mmg berlebihan, itu salah satu cara kerajaan nak membantu rakyat.
Kebajikan rakyat kena utamakan ...

cara yg bodo
duit cukai bukan disalahgunakan begini

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2017 02:28 PM | Show all posts
dizzzek replied at 3-10-2017 02:27 PM
cara yg bodo
duit cukai bukan disalahgunakan begini

duit cukai kembali kepada rakyat...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2017 02:29 PM | Show all posts
itu ke tujuan diadakan MAPPA?.. utk kempen politik kat PA.  X kan semua PA x cerdik kot. Bkn ke semua bajet kementerian  dan jabatan kena potong. Patut puak2 PA lg tau kedudukan kewangan negara..
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2017 02:33 PM | Show all posts
Mmg berlebihan pun...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2017 02:35 PM | Show all posts
rashiman replied at 3-10-2017 02:28 PM
duit cukai kembali kepada rakyat...

wth pemikiran ni

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2017 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
betul..jgn undi pembangang..nanti dpt bonus 2 bulan gaji..gelap masa depan..
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2017 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa PM tergamak cakap mcm tu? Penjawat awam negeri pembangkang nampak ok je. Bonus pun boleh tahan. Saya kira agak tak professional pemimpin berkata2 begitu terutamanya pemimpin utama negara.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2017 02:49 PM | Show all posts
isipati ucapan najib mmg wajib ada kutukan terhadap pembangkang dan org lain ker?

ini ker attitude seorang pemimpin?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 09:09 AM GMT+8 , Processed in 0.191316 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list