CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6887|Reply: 88

[Tempatan] Nilai 3 Kini Lengang, Bukan Lagi Macam Dulu

[Copy link]
Post time 12-10-2017 09:14 AM | Show all posts |Read mode
Edited by spiderman80 at 12-10-2017 11:01 PM




PUSAT Perniagaan Nilai 3 akan melalui penstrukturan semula bagi menarik pengunjung menjadikan kawasan itu pilihan utama membeli kelengkapan perkahwinan dan permaidani.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Mat Ali Hassan berkata, ini berikutan kawasan terbabit kurang mendapat sambutan berbanding ketika awal pembukaannya.

Katanya, kerajaan negeri sudah mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) memantau dan menyelaras kawasan itu sebagai tarikan pelancong untuk membeli-belah.

"Kita mahukan pembaharuan dilakukan supaya pusat perniagaan itu kembali popular dan menjadi lokasi utama pilihan barangan persiapan perkahwinan dan permaidani dengan kualiti yang baik dan harga murah.

"Dulu banyak rombongan bas datang berbanding kini yang semakin sepi dengan kehadiran pengunjung," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Pelan Strategik Landskap Majlis Perbandaran Seremban (MPS) dan Majlis Perbandaran Nilai (MPN), Aplikasi Mobile Aduan dan Kompaun Letak Kereta MPS di Dewan MPS, hari ini.

Sementara itu, Yang Dipertua MPS/MPN Datuk Abd Halim Abd Latif berkata, pihaknya sudah menubuhkan jawatankuasa khas untuk memantau segala aspek bagi pembangunan semula pusat perniagaan itu.

"Kita memperkemaskan dan mengindahkannya dengan membuat landskap di kawasan itu serta membangunkan premis makanan tradisi masyarakat Negeri Sembilan sebagai tambah nilai di kawasan berkenaan.

"Pada peringkat awal, MPN memperuntukkan RM3 juta untuk membangunkan premis makanan dengan projek bermula tahun depan.

"Kita juga akan bertemu dengan syarikat mengendalikan kawasan itu termasuk peniaga untuk mengaturkan pelbagai program bagi menarik pengunjung," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Oktober 2017

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2017 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka la.. Dah la stok2 nepal bangla samseng jah duk area situ
Kowser nak shoping kat tmpt low class nih.. Ummah skang kalo nk memborong bagai, depa pi GM klang... Lg selesa, ada aircond bagai
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Tp kedai karpet prima kt nilai 3 pemes jaaa dikalangan kaki deko.
Karpet ala ikea tp harga lg muroh katanya.

Iols kalo g nilai pun biasanya tempah langsir jaa sbb dorang leh jahit dlm masa sejam.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa gomen N9 ni mmg bodoh.. Tak reti nak majukan tourism negeri
Pegawai2 kat pejbt gomen N9 tu pun sume stok2 bodoh jah.. Tak penah keje kat tmpt lain sbb tu minda sempit
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 09:30 AM | Show all posts
rakyat sekarang mana ada duit sangat nak soping benda benda yang takde pekdah

kos sara hidup dah tinggi lagi mahu cekit leher marhen nak soping kat tempat tempat macam ni

keperluan lebih diutamakan bukannya kehendak

so nilai 3 sila mereput

baik pergi pasar munduk kat kelantan sana
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2017 09:40 AM | Show all posts
BR1M kan ada
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-10-2017 09:45 AM | Show all posts
kawasan tu da jd mcm 'padang besar' sempadan thai sana.

dulu viral barang murah dari thai.
sejak matawang kita jatuh hampir senilai rupiah,
padang besar ngan nilai 3 sama2 bungkus.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Rege mahal mmg org tk pegi dahla. Buat ape nk turun sampai ke nilai kalo brg dijual sama dgn rege pasaran. Skrg dah ade GM klang, Kenanga and shopping online yg senang2 bole dpt rege borong
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2017 09:50 AM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 12-10-2017 09:16 AM
Padan muka la.. Dah la stok2 nepal bangla samseng jah duk area situ
Kowser nak shoping kat tmpt low ...

Yg berniaga semua muka Bangla. Mcm samseng pun iya gak berniaga. Ye la...dah jd tempat dia kan... Dengan tempat panas lg. Masuk dlm kedai lg la menitik2 peluh.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Mereput la nilai 3 ni. Dulu cari doorgift utk kahwin semua barang hampir sama je tiap kedai. Pastu mcm takde design baru. Elok beli online, murah pastu banyak design baru. Kalau kt nilai tu sama je la barang dia. Kalau lain sikit, kemain mahal.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 10:34 AM | Show all posts
oo GM Klang hanya 5 minit dari umah..kalau tak jemla..tak rajin pi situ..terlalu banyak kedai sini..aku beli je memana sempat dan murah..next!
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Paki Paki sedap pun dah berhijrah katanyer
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 10:39 AM | Show all posts
harga pun sama dgn jln tar
better pi jln tar je  
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Dahla harga xdelh murah sgt..menipu pulak..jual brg rosak2  xelok..jauh plak tu
Saper nk pegi..
Cukupla sekali tu pon sbb family mertua teringin nak pegi..mmg serik dah..
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 10:47 AM | Show all posts
Selayaknyalah untuk Paki2 Bangla2 busuk tuh.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 10:48 AM | Show all posts
baek kuburkan jek kawasan nilai 3 tu, lepas tu buat rumah.. lagi baguih.. hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2017 10:48 AM | Show all posts
memang la sana tak dak orang aka lengang pasal rakyat marhaen memenuhi kfc, mekdi
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 12-10-2017 09:17 AM
Aku rasa gomen N9 ni mmg bodoh.. Tak reti nak majukan tourism negeri
Pegawai2 kat pejbt gomen N9 tu ...

Betul la statement tu....when it comes to negeri sembilan...the working environment lain and way backdated compared to other states.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 10:51 AM | Show all posts
skrg ni mmbeli blah pon berkira2, bnda xperlu xbeli...
dlu beli je, but still ade duet lg tuk blnja smpi hjg blan...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 10:53 AM | Show all posts
i br pegi N3 2 last 2 weeks

pegi yg tmpt ada arca tranformers tu je la sbb bawa anak aku..tu pn kebetulan je lalu

hr tu hr ahad

yess lengang xde org sgt..sendu hbs

i x masuk kedai2 sbb xde apa nk beli

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:58 PM GMT+8 , Processed in 0.156587 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list