View: 1592|Reply: 27
|
Laporan: Umno beri Najib lampu hijau runding dengan PAS. #20 DNA kita tak sama,
[Copy link]
|
|
Edited by EJALTI at 12-10-2017 10:54 AM
Laporan: Umno beri Najib lampu hijau runding dengan PAS
https://www.malaysiakini.com/news/398057
Hari ini, 10:49 pagi Hari ini, 11:16 tengahari
Umno dilaporkan telah memberi presidennya Datuk Seri Najib Razak lampu hijau untuk merundingkan pakatan pilihan raya dengan PAS, demikian menurut laporan The Star. Laporan itu memetik Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa sebagai berkata bahawa ini adalah kali pertama idea mengenai pakatan antara kedua-dua parti itu.
Annuar dilaporkan sebagai berkata bahawa segala-galanya kelihatan positif sekarang.
Beliau percaya usaha itu akan membuahkan hasil jika pakatan sedemikian disokong oleh ramai orang Melayu yang prihatin terhadap perpaduan Melayu.
Annuar dipetik berkata demikian di sesi dialog dengan tiga pemimpin pelajar universiti, bertajuk "Anda Tanya Kita Jawab" di Kuala Lumpur malam tadi.
Beliau dilaporkan tidak mengulas lanjut mengenai bagaimana kerjasama dengan PAS itu akan diadakan.
Minggu lepas, Annuar juga membayangkan bahawa Umno dan PAS akan bekerjasama, kerana menurutnya kedua-dua parti itu mempunyai "DNA yang sama", iaitu memperjuangkan kepentingan orang Melayu dan Islam.
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau nyawa paras hidung nanti
boleh topup |
|
|
|
|
|
|
|
nnt lobai spin balik
kerjasama jer bukan gabung UG
|
|
|
|
|
|
|
|
wahhh dptla PAS masuk dlm slot menteri kabinet yachhhh... |
|
|
|
|
|
|
|
Dah keluar analisis Merdeka Center terus menggelupor
Tawarkan PAS jawatan Perdana Menteri akak sokong Tahaluf Siyasi PAS-BN...tapi bukan komponen dalam BN |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by zjen at 12-10-2017 04:48 PM
cuma satu slogan je kalu nak kerjasama .....
....... UMNO jgn la kedekut ...... kasi la laluan mudah utk PAS menang 50% kerusi area Melayu masa PRU
x kira la PAS masuk BN atau tanding atas tiket PAS sendiri
baru la aci .... kan kan kan
busuk busuk pon ampir 50% kerusi yg biasa di menangi UMNO kene bagi laluan
muhidin dah keluar UMNO, so kerusi parlimen Pagoh boleh bagi kat PAS bertanding
|
|
|
|
|
|
|
|
zjen replied at 12-10-2017 04:39 PM
cuma satu slogan je kalu nak kerjasama .....
60% kerusi UMNO/BN perlu beri pada PAS untuk bertanding.
Akak setuju |
|
|
|
|
|
|
|
kang tengok jelah otak PAS pandai dia sampai mana
atau di telan terus oleh UMNO
kalu next time semua org PAS dah jadi org UMNO .... PAS terus hilang di muka bumi ..... yg tu iols suka
tu menunjukan satu kejayaan UMNO guna cara mudah menyelesaikan politik berbentuk taliban
|
|
|
|
|
|
|
|
Geng lobai nnti kena jilat ludah balik ke apa ni? Tak sabar nak comolot kan? |
|
|
|
|
|
|
|
ini hanyalah rundingan. bererti bukan UMNO akan memberikan PAS kemenangan di Kelantan. jadi bukankah ia satu perkara yang baik.
apa apa pun, kita sebagai umat islam harus mendoakan kemenangan PAS
|
|
|
|
|
|
|
|
dah konpem ke UMNO x nak bertanding kat Kelantan
heharap boleh jadi kenyataan
iols senyum sinis je depan laptop .... sambil kunyah kerepek
|
|
|
|
|
|
|
|
iols plak kirim salam
|
|
|
|
|
|
|
|
bagi sahajalah kelantan, terengganu kedah dan perlis kepada PAS
|
|
|
|
|
|
|
|
mintak nyawa..mintak nyawa |
|
|
|
|
|
|
|
kalau terjadinya pakatan ni, kita namakan bahalul siyasi gak ker @lkick2113 ? |
|
|
|
|
|
|
|
... sokong
... sokong
... sokong
... dan sokong
kan uols mintak empat. so iols jawap empat kali lani
heharap UMNO jgn tersalah taip huruf 'k' menjadi huruf 't'
... sotong
... sotong
... sotong
... dan sotong
so masa mintak dgn UMNO, pastikan lidah pusing ejaan yg clear, silap satu huruf terus .... masuk neraka
|
|
|
|
|
|
|
|
aiyo no more pas for kedah ok |
|
|
|
|
|
|
|
DNA kita tak sama, kata PAS pada Umno
https://www.malaysiakini.com/news/398084
Adrian Wong Hari ini, 1:26 tengahari Hari ini, 2:04 tengahari
Dakwaan Umno memberi lampu hijau kepada presidennya Datuk Seri Najib Razak untuk berunding dengan PAS adalah lawak dan propaganda yang dibuat parti itu sendiri, kata Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan.
Beliau mengulas laporan The Star yang memetik Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa sebagai berkata, kebenaran itu diberikan kerana kedua-dua parti itu berkongsi "DNA yang sama", justeru tiada masalah untuk bekerjasama dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
“Annuar Musa sedang buat lawak dengan mengatakan bahawa kita (PAS) berasal dari DNA yang sama… itu propagandalah,” katanya kepada Malaysiakini.
Katanya, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak pernah bertemu dengan pemimpin Umno untuk berbincang tentang kerjasama itu.
"Kami tak pernah bertemu, dan presiden kami tidak pernah jumpa, panggil atau bincang (soal kerjasama dengan Umno). Tidak sekali-kali, tidak, tidak.
"Tapi pada masa sama, kita dibenarkan untuk berbincang atau bekerjasama dalam isu umum demi bangsa dan Islam. Itulah sebabnya dalam kes RUU 355, kita menyokong kerajaan. Kerajaan, bukannya Umno," katanya.
Beliau berkata, ketetapan Majlis Syura Ulama' jelas yang parti itu tidak akan bekerjasama dengan BN dan juga Pakatan Harapan (HARAPAN).
“Tiada kerjasama (dengan Umno) sama sekali. Pada masa sama, keputusan kita juga tidak boleh ada apa-apa pakatan dengan HARAPAN. Ketetapan ini sangat mengikat kita.
“Jadi jawapan saya ialah tidak akan ada rundingan dengan BN bagi menghadapi PRU ke-14. Itu sangat pasti,” katanya yang juga anggota parlimen Kota Bharu.
Menurut laporan The Star hari ini, Annuar berkata ia adalah kali pertama cadangan berhubung kerjasama itu dibuat dan ia sedang berjalan dengan positif.
Usaha itu akan berjaya jika disokong orang orang Melayu yang prihatin terhadap soal perpaduan Melayu, namun tidak mengulas lanjut bentuk kerjasama itu, katanya lagi seperti dipetik.
Ketika ditanya sama ada PAS akan menerima tawaran perdamaian dari Umno, Takiyuddin berkata mereka tidak akan menerimanya.
Malah, katanya lagi, ada di kalangan pemimpin parti itu yang berjenaka jika ia berlaku, "esok Umno akan membubarkan parlimen".
"Kita ada blok kita, blok ketiga. Kita yakin ada ahli dan pengundi mencukupi, jentera yang kuat, dan cawangan di seluruh negara," katanya lagi. |
|
|
|
|
|
|
| |
|