Pegawai polis ditahan pecah masuk rumah
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/10/272604/pegawai-polis-ditahan-pecah-masuk-rumah
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Oktober 2017 @ 11:42 PM
Nabihah Kamal dan Nurul Hidayah Bahaudin
am@hmetro.com.my
PEGAWAI polis ditahan selepas memecah masuk rumah di Jalan Avenue, Bandar Baru Bangi, hari ini. Menurut sumber, dalam kejadian 4.15 petang, lelaki berusia lingkungan 50-an itu ditahan di dalam rumah yang dipecah masuk.
“Berlaku pergelutan ketika anggota polis menahan lelaki itu yang turut membawa pisau.
"Pemeriksaan menjumpai set komputer, tabung, beg tangan dan telefon yang diletakkan di satu tempat untuk dilarikan," katanya.
Menurutnya, kad kuasa polis yang ditemui pada lelaki itu membongkar identitinya yang berpangkat Inspektor.
Susulan itu, lelaki terbabit dibawa ke Balai Polis Bangi untuk tindakan lanjut.
|