CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1058|Reply: 10

[Tempatan] akhbar bungkus nasi lemak umno tertekan dengan tmj

[Copy link]
Post time 13-10-2017 02:20 PM | Show all posts |Read mode
Edited by dizzzek at 13-10-2017 02:30 PM

TMJ: Lebih baik tutup saja Kosmo, Utusan



Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim membidas laporan sebuah akhbar yang disifatkan sebagai menulis berita seperti gosip murahan.

Menerusi kenyataan disiarkan di laman Facebook Johor Southern Tigers, Tunku Mahkota Johor itu berkata adalah lebih baik akhbar Kosmo yang berada di bawah pengurusan Utusan Melayu Berhad ditutup daripada membazirkan wang rakyat.

"Satu jam lebih punya dialog saya bercakap mengenai bola sepak dan isu-isu semasa, tetapi ayat gurauan yang terakhir saya selama 20 saat itulah yang menjadi tumpuan sekarang.

"Inilah salah satu sebab mengapa saya dah tak baca surat khabar dalam negara ni kerana sikap terdesak ingin menjual surat khabar dan menulis berita seperti di majalah gosip," katanya .

Tunku Ismail dipercayai merujuk kepada laporan Kosmo bertajuk 'Tunku Ismail guris hati peminat' yang disiarkan baru-baru ini.

Artikel berkenaan menyebut bahawa para peminat bola sepak tanah air terguris dengan kenyataan presiden FAM itu yang secara sinis menganggap skuad bola sepak kebangsaan sebagai 'bukan pasukan negaranya'.

Ia antara lain memetik kenyataan bekas pemain kebangsaan, Khalid Ali yang berkata, ucapan Tunku Ismail itu di luar jangkaan penyokong-penyokong bola sepak negara, ditambah dengan kenyataan bahawa jawatan sebagai Presiden FAM merupakan kerja sambilan sahaja.

Laporan berkenaan merujuk kepada sesi soal jawab bersama wakil-wakil media di JDT Cafe, Johor Bahru sebelum ini apabila Tunku Ismail berkata " Pasukan negara anda semua, not my negara (Bukan negara saya). I'm from Johor, you know (Saya berasal dari Johor, anda tahu)".

Bagaimanapun Tunku Ismail berkata beliau kesal apabila ayat gurauannya itu dilaporkan akhbar berkenaan dengan tujuan untuk melaga-lagakannya dengan pihak lain.

"Kepada sahabat-sahabat saya di luar negara ini, inilah slogan Malaysia Boleh. Inilah mentaliti bangsa Melayu saya di sesetengah tempat di Malaysia.

"Berjuta-juta duit setiap bulan diberikan kepada Kosmo yang terletak di bawah Utusan tetapi kerja hanya ingin melaga-lagakan orang sahaja dan tulis berita macam gosip murahan.

"Nasihat saya kepada kerajaan, lebih baik anda tutup sahajalah syarikat surat khabar tersebut daripada membazir duit rakyat," kata Tunku Ismail.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2017 02:59 PM | Show all posts
apa kata melayu johor? nak sahut ke tak? ke tunggu  zamihan  juga?
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2017 03:04 PM | Show all posts
Aku baca mcm TMJ yg tertekan dgn laporan akhbar tu....sendiri bagi ayat acah2 makan dalam pastu sendiri sentap?? pelik btol
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2017 03:31 PM | Show all posts
Boring ar dia ni. Skang ni mcm sume orang nak kena dengar cakap dia. Dia je yang betul. Lain sume salah. Apa daaa...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2017 03:34 PM | Show all posts
Prickford replied at 13-10-2017 03:31 PM
Boring ar dia ni. Skang ni mcm sume orang nak kena dengar cakap dia. Dia je yang betul. Lain sume sa ...

Mana org x bising, TMJ kata presiden FAm tu part time jer, full time kat JDT.....dah kalo xleh bagi komitmen nape pegang FAM?? sbb nak bantu JDT sampai bleh main ACL?? sbb tu bersungguh nak benarkan penambahan sorg import lagi, sbb nak harap local saja mmg susah pasukan Liga M nak bersaing di ACL, di AFC CUp pun blom tentu dpt bersaing dgn kelab Asia Barat, dan kelab India pun dah makin power skang nih
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2017 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
TMJ attention seeker

Ingat kau tu handsome dan hot sangat ke?

Bentuk pon macam orang obesiti ada hati nak pegang jawatan FAM
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-10-2017 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Hidong dan mulot dia tu dah tenggelam dik pipi obes dia tu.

Nasihat akak...
Kuruskan badan, kurangkan sontap baru pegang jawatan FAM.

Jiwa tak kental keturunan diorg ni....masing2 kuat sentap.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2017 04:31 PM | Show all posts
minum cakoroi dulu sebelum buat PC
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2017 04:34 PM | Show all posts
Tak terperanjat pun dtg dari orang yg acah2 bebagus.....ok next...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2017 04:39 PM | Show all posts
Tgk dia punye qualification&experience

pun da bleh taw takat tahap mane
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2017 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Baik lg sultan pahang..lagi byk terima kutukan, takda pun nak sentap..pasukan HM siap menang byk kejohonan besar lg masa tuanku sultan pahang pegang jawatan presiden
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:39 AM GMT+8 , Processed in 0.062540 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list