CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 492|Reply: 1

[Tempatan] sebab ORANG KITA mudah ditipu@dikencing

[Copy link]
Post time 13-10-2017 03:27 PM | Show all posts |Read mode
Sebab-Sebab Orang Kita Masih Mudah “Dikencing”?Kenapa masih tertipu dengan skim ponzi.......

Kenapa ramai yang masih terpedaya dengan skim too good to be true?
Kalau dahulu, scam pelaburan ini dibuat berlandaskan pelbagai jenis perniagaan seperti skim ternakan ikan keli, kelulut, ikan puyu, burung walit dan pajakan hotel.
Ketika Facebook mula mendapat tempat, maka muncul skim yang berasaskan Facebook. Masih ingat skim Infinity Downline?
Percayalah, skim-skim ini akan terus wujud, mengikut trend semasa.
Trend terkini yang sedang popular adalah memanipulasi cryptocurrency dan industri Fintech.
  • Skim bitcoin yang kasi untung bulan-bulan (BitClubing lah, BitKingdoom lah…)
  • Skim emas digital yang tak boleh dikeluarkan selepas 30 hari (dari segi Islam sah-sah RIBA)
  • Skim kurus dalam masa 7 hari, eh!
If it is too good to be true, yang tiada risiko langsung; it is a scam.
Berniaga apa pun ada turun naik untungnya. Tiada yang FIX setiap bulan.
Harga emas pun turun naik.
Harga saham di Bursa Malaysia pun ada turun naik.
Logiknya cryptocurrency juga bukan tiap-tiap hari naik. Datang dari mana duit keuntungan untuk diberi tiap-tiap bulan tu? Itulah namanya skim piramid ponzi. Duit pelabur baru digunakan untuk membayar keuntungan kepada upline. Kau tak cari downline, sistem itu akan runtuh dengan sendirinya.
Walaupun media massa sering membongkarkan skim-skim penipuan ini tetapi kenapa agaknya masih ada yang tertipu?
#1. TV & Suratkhabar Mengeruhkan Keadaan
Bagi rakyat Malaysia, setiap benda yang keluar di televisyen atau suratkhabar adalah sesuatu yang betul dan boleh dipercayai. Mereka tak tahu setiap iklan yang keluar di televisyen adalah kerana syarikat media itu dibayar.
Bahkan slot wawancara seperti rancangan Malaysia Hari Esok (bukan nama sebenar) dan Nasi Lemak Kopi Susu (bukan nama sebenar) juga boleh dibayar.
Jadi apabila skim-skim penipuan ini keluar di kaca TV, pastinya ia akan memudahkan ejen skim cepat kaya memujuk orang ramai untuk menyertai mereka.
#2. Pantang Dengar
Orang kita pantang dengar orang sebut untung. Menggeletar tangan tu nak kasi duit.
“Jangan risau, aku dah 3 bulan dapat duit bulan-bulan”,antara ayatpujuk kawan menyedapkan hati.
Siapa yang tak nak untung? Nak pula untung ribu-ribu dengan modal yang rendah. Ini adalah antara ayat marketing yang sering digunakan dalam penipuan skim cepat kaya untuk menarik perhatian orang ramai. Nak nampak Islamik, mereka akan menggunakan perkataan hibah.
Paling best, tak pernah tanya pun dari mana datangnya untung tu.
#3. Permintaan Tinggi
Permintaan untuk ditipu pun ada? Ya, ini yang sedang berlaku di Malaysia.
Malah ramai mangsa yang pernah tertipu sebelum ini masih lagi tidak belajar dari pengalaman lalu.
“Eh, itulah ‘risiko’ pelaburan….ada untung rugi”, dengan penuh yakin mereka ini mengeluarkan hujah.
“Ini semua ujian dari Allah…”, ada juga yang memberi alasan sebegini apabila ditipu sedangkan mereka tak tahu langsung apa yang mereka beli atau laburkan.
Kelakar juga mendengarnya. Kesian juga ada.
Masih ramai yang belum terkena. Mereka ini biasanya berduit dan dari golongan profesional, nak pula yang baru beberapa bulan bekerja. Mereka yang acah-acah pandai tetapi zero dalam ilmu pelaburan juga akan mudah diperdaya oleh ejen skim cepat kaya.
Kami akan tambah lagi sebab-sebab ini dari semasa ke semasa.
Dapatkan senarai skim penipuan terkini di laman web Bank Negara Malaysia.


**
Skim Ponzi[size=0.875em]Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Skim Ponzi adalah operasi pelaburan penipuan yang membabitkan pulangan (keuntungan) yang luar biasa besarnya kepada pelabur dari wang yang dibayar oleh pelabur berikutnya, dan bukannya dari pendapatan bersih yang dihasilkan dari sebarang business sebenar, yang dinamakan sempena Charles Ponzi. Sistem penipuan ini merupakan sistem yang dipakai oleh majoriti skim cepat kaya. Sifat semulajadi Sistem Ponzi, ia tidak akan kekal lama dan cuma menunggu masa untuk si penipu melarikan wang mangsa-mangsa yang tertipu.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2017 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Lu senang kena kencing jangan sangka orang lain seluruh dunia pun tak kena gak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 05:25 PM GMT+8 , Processed in 0.077330 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list