CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: lil_sparky

[Jenayah] (VOL 11) KES KEMATIAN ZULFARHAN UPNM - #1906 - Akmal Akif bebas..18 lagi dipangg

     Close [Copy link]
Post time 5-8-2018 08:48 PM | Show all posts

Bila akan bersambung perbicaraan?

Moga aman lah roh arwan paan di sana.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2018 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
baru selesai merempit..
moga Allah tunjukkan kebenaran nya...
bagi aku yang konon nya bg nama paan sebab dia berilmu n pakai benda ni..xpatut sebenarnya...ada je kenal orang pandai scan ni tapi dia xkan reveal nama org yg bersalah...
setakat pakai jin n bagitahu nama konon dia nampak sedangkan ntah2 dia just pilih nama dari apa yg budak2 ni cakap...
instinct aku paan xsalah...cuma mgkn dia berada di tempat yg salah n pada masa yg juga salah..so dia dituduh..
Allahu...moga keadilan berpihak kepada arwah..dan semoga dipermudahkan..
say no to bully...n justice for farhan

Al fatihah
Allahumaghfirlahu warhamhu..waafihi..wa'fuanhu..aamin
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2018 09:39 AM | Show all posts
Semoga kebenaran akan menang dan yang salah akan dihukum dengan hukuman yang setimpal

Kami semua mendoakan kamu arwah Farhan

Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2018 09:48 AM | Show all posts
mizruncing replied at 13-7-2018 03:42 PM
oo i see. tp tiap kali hbs perbicaraan semua OKT 6 jahanam tu n OKT 330 akan salam peluk cium kan. ...

Brotherhood sampai mati sis

Nanti sbelum kena hukuman peluk cium dulu ye.. pelukan terakhir gituuu


Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2018 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Mintak budak2 lahanat kena gantung smp mampos secara berjemaah
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2018 11:12 AM | Show all posts
lame jgk kes ni kan. hrp penantian ni berbaloi utk arwah n family. next prosiding tak silap 16 ogos ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-8-2018 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
lamanya lagi
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2018 02:41 PM | Show all posts
adui lamanya...harap keluarga arwah bertabah.  6 jahanam, bila la nak jahanam!!! kes dah suam2 kuku, diorang ingat org boleh lupa....kasi up la thread ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2018 10:14 AM | Show all posts
harini sambung perbicaraan...nanti update ye siapa yang pergi
takde ke kisah2 dari keluarga okt pulak...jangan ada cerita dongeng pulak
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 10:53 AM | Show all posts
KulitKayuManis replied at 16-8-2018 10:14 AM
harini sambung perbicaraan...nanti update ye siapa yang pergi
takde ke kisah2 dari keluarga okt pul ...

setuju !
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap2 ada update dari adik arwah hari ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgk story aiman aufa, dia turun kl. Terus bukak forum nak tgk update harini. Bukak fb pn hawa, dia ckp senabil berckp benar walaupun diugut.

Tak sabar nak tau story harini.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Telolet replied at 29-6-2018 05:20 PM
mesti ada campur dendam kesumat lain ni. takkan sebab laptop semata-mata. cara diorang seksa arwah t ...

Aku laptop hilang beli baru..klu nk.berikhtiar baca yasin 7 mubin...xpernah trpikir smp cari bomoh, apatah lg nk kitai anak org smp mati. Bodoh!
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 02:58 PM | Show all posts
Edited by edogawa at 16-8-2018 03:37 PM

any update ?? tak sabarr
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 07:19 PM | Show all posts
Rakan tulis surat layang, elak terima nasib seperti Zulfarhan
Tarikh kemaskini: 16/08/2018

KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) –  Seorang penuntut Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM) memberitahu Mahkamah Tinggi yang mendengar kes Zulfarhan Osman Zulkarnain bahawa dia memilih untuk menulis surat layang berbanding bersemuka dengan pihak atasan untuk memberitahu mangsa didera  kerana tidak mahu menerima nasib yang sama seperti mangsa.

Muhammad Aiman Aufa Asmadi Affendi, 22, penuntut tahun tiga jurusan Kejuruteraan Awam UPNM berkata surat layang itu juga bagi memastikan identitinya tidak terbongkar.

“Saya takut identiti diketahui,” katanya ketika pemeriksaan semula Pengarah Pendakwaan Kuala Lumpur Othman Abdullah pada perbicaraan hari ke-13, kes itu hari ini.

Kepada soalan Othman apakah yang ditakuti tertuduh sekiranya identitinya sebagai pengadu terdedah, saksi pendakwaan ke-23 itu berkata, “Saya mungkin akan kena sama macam arwah Zulfarhan”.

Menjawab soalan adakah tindakan menghantar surat layang kepada pihak atasan itu mencukupi untuk membantu Zulfarhan Osman, Muhammad Aiman Aufa menjawab “tidak”.....

eh gedik la bernama news ni kalau nak baca full story kena bayar
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 07:27 PM | Show all posts
Rakan tulis surat layang, elak terima nasib seperti Zulfarhan

SEORANG penuntut Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM) memberitahu Mahkamah Tinggi yang mendengar kes Zulfarhan Osman Zulkarnain bahawa dia memilih untuk menulis surat layang berbanding bersemuka dengan pihak atasan untuk memberitahu mangsa didera kerana tidak mahu menerima nasib yang sama seperti mangsa.

Muhammad Aiman Aufa Asmadi Affendi, 22, penuntut tahun tiga jurusan Kejuruteraan Awam UPNM berkata surat layang itu juga bagi memastikan identitinya tidak terbongkar.

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/88455
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2018 07:28 PM | Show all posts
sikit je update harini
next session lepas raya
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
tqvm@KulitKayuManis update kat forum
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 11:40 PM | Show all posts
Edited by santubung at 16-8-2018 11:41 PM
KulitKayuManis replied at 16-8-2018 07:19 PM
Rakan tulis surat layang, elak terima nasib seperti Zulfarhan
Tarikh kemaskini: 16/08/2018

sambungannya

Menjawab soalan adakah tindakan menghantar surat layang kepada pihak atasan itu mencukupi untuk membantu Zulfarhan Osman, Muhammad Aiman Aufa menjawab “tidak”.
“Jika saya tahu dia akan meninggal dunia, saya akan bawa dia ke hospital,” katanya.

Pada prosiding sebelum ini, Muhammad Aiman Aufa mendedahkan dia menulis 2 pucuk surat layang untuk memberitahu pihak atasan UPNM yang Zulfarhan Osman didera rakan-rakannya selepas melihat mangsa terbaring dengan seluruh badannya menggelembung dipenuhi tompok kehitaman dan darah di bilik 4-10 asrama penginapan UPNM pada 22 Mei 2017.
Katanya, surat layang pertama diselit di pagar Rumah Sakit Angkatan Tentera (Resat) pada 23 Mei 2017 dan surat layang ke-2 diletakkan di bawah pintu bilik seorang jurulatih pada keesokan harinya.

Enam penuntut UPNM iaitu Muhammad Akmal Zuhairi, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh dan bersubahat membunuh Zulfarhan Osman, 22, di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 4.45 pagi dan 5.45 pagi, 22 Mei 2017.

Pertuduhan terhadap mereka, yang semuanya berusia 22 tahun, dibuat mengikut Seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Mereka bersama 13 lagi penuntut lain turut didakwa atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap mangsa bagi maksud hendak memerasnya untuk mendapatkan pengakuan mencuri komputer riba, mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 7 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung 27 Ogos.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/08/16/rakan-tulis-surat-layang-elak-terima-nasib-seperti-zulfarhan/

Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2018 12:51 AM From the mobile phone | Show all posts
santubung replied at 16-8-2018 11:40 PM
sambungannya

Menjawab soalan adakah tindakan menghantar surat layang kepada pihak atasan itu me ...

Jangan kata ko Aufa oi, OKT pun kalau tahu arwah akan meninggal dunia, harus diorang sendiri bawak ke hospital. You tried your best under the grim circumstances, but it was just not good enough. Takpelah, at least you tried, nobody knew what would happen masa tu. Teruskan reveal kebenaran, semoga Allah pelihara kamu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 09:52 AM GMT+8 , Processed in 0.165756 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list