CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: lil_sparky

[Jenayah] (VOL 11) KES KEMATIAN ZULFARHAN UPNM - #1906 - Akmal Akif bebas..18 lagi dipangg

     Close [Copy link]
Post time 12-1-2019 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
e.gurl replied at 9-1-2019 11:50 PM
Kalau ikut last berita haritu,  next perbicaraan 23 Januari ni (Rabu)

I see. Harap saksi dapat cerita perkara yang betul. Almaklumlah.. cuti lama sangat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2019 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Kes ni masuk court sebab bdk ni dpt lari keluar. Klu mati dlm kem mmg army tutup citer jer. Menurut citer org yg penah duk dlm upnm. pas kes ni Ada kes mati lain. Trainer lemaskan Satu budak dlm pool sbb xreti berenang. Tapi mati dlm kem le. Tutup citer. Ni hearsay saja ye. Mungkin Tak betul. Mungkin betul.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 06:13 PM | Show all posts
Edited by KulitKayuManis at 23-1-2019 06:17 PM

apa update untuk harini?Edited:
Baru check Puan Hawa punya fb status, dia cakap sambung hari Jumaat atas alasan peguambela ada kes lain esok. sepatutnya perbicaraan hari Rabu, Khamis, Jumaat kan...
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 06:19 PM | Show all posts
Seterika wap milik rakan sekolah Zulfarhan


KUALA LUMPUR: Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi, di sini, bahawa seterika wap yang dipercayai digunakan untuk menekap tubuh penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Pegawai Kadet Zulfarhan Osman Zulkarnain adalah milik rakan rapat mangsa yang dikenali sejak di bangku persekolahan.

Pemilik seterika wap itu yang juga penuntut UPNM, Muhammad Ilham Zamree, 23, memberitahu mahkamah bahawa seterika itu adalah miliknya dan mengesahkan dia membeli alatan itu dengan wang sendiri dan berkongsi menggunakannya bersama rakan lain di asrama penginapan UPNM.



“Ya, seterika wap itu milik saya. Guna kongsi-kongsi,” katanya kepada Timbalan Pendakwa Raya Othman Abdullah pada perbicaraan kes itu yang masuk hari ke-20, hari ini.

Saksi pendakwaan ke-27 itu yang bersekolah bersama Zulfarhan di Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru ketika berusia 16 tahun itu berkata, dia yang menghuni bilik 4-07 meletakkan seterikanya itu di bilik 4-10 iaitu bilik dipercayai tempat Zulfarhan dibunuh.

Saksi juga mengatakan dia mengenali keluarga mangsa kerana sering pulang ke kampung bersama ketika cuti dan pernah ke rumah mangsa.

Selain itu, saksi mengatakan dia rapat dengan Zulfarhan ketika menjalankan latihan ketenteraan di Lumut, Perak.

Ditanya mengapa saksi itu meletakkan seterikanya di bilik itu dan bukan di biliknya, Muhammad Ilham menjelaskan dia sering menghabiskan masanya di bilik 4-10 bagi membuat tugasan, melepak dan tidur kerana perkhidmatan jalur lebar (Wifi) di bilik itu laju.

Bilik 4-10 dihuni lima penuntut termasuk tiga tertuduh iaitu tertuduh pertama, Muhammad Akmal Zuhairi Azmal dan tertuduh ketiga, Muhammad Najib Mohd Razi yang didakwa membunuh Zulfarhan Osman serta tertuduh Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain yang didakwa mencederakan mangsa.

Ketika diminta menceritakan di manakah saksi itu berada pada jam kira-kira 4.30 pagi pada 22 Mei 2017 lalu, Muhamad Ilham berkata, dia pergi ke bilik 4-10 untuk mengambil baju uniformnya yang turut ditinggalkan di bilik itu.

Kemudiannya, saksi masuk ke bilik berkenaan dan melihat seorang rakannya, Muhammad Najib sedang memegang seterika wap.

Ketika ditanya apakah yang sedang dilakukan Muhammad Najib, saksi turut berkata dia hanya melihat rakannya itu memegang seterika dan tidak kedengaran sebarang suara selain dia tidak mengecam kehadiran individu lain kerana keadaan bilik yang gelap.

Muhammad Ilham berkata, dia juga hanya masuk sebentar ke bilik itu hanya untuk mengambil uniformnya dan segera keluar selepas itu.

Menjawab soalan kenapakah saksi itu tergesa-gesa keluar dari bilik 4-10 itu, Muhammad Ilham berkata, dia tidak selesa dengan mereka yang berada di bilik itu, namun tidak menjelaskan dengan lebih lanjut apakah yang dilakukan oleh individu yang dikatakan ‘mereka’ di bilik itu.

Selain itu, ketika saksi ditanya sama ada Zulfarhan ditekap seterika, dia mengetahui perkara itu, namun tidak melihat ketika mangsa diperlakukan sebegitu.

Sementara itu, ketika ditanya bilakah kali terakhir Muhammad Ilham berjumpa Zulfarhan, saksi itu berkata sebelum dia pulang bercuti ke kampungnya di Johor Bharu namun tidak mengingati bilakah tarikh sebenar.

Zulfarhan turut berpesan kepada saksi supaya tidak memberitahu ibu bapanya bahawa dia kini sedang bercuti.

Terdahulu, seterika wap yang dipercayai digunakan untuk menekap Zulfarhan dibawa masuk ke bilik bicara dan Muhammad Ilman mengecam seterika itu adalah miliknya melalui rupa bentuk.

Enam penuntut UPNM iaitu Muhammad Akmal Zuhairi, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh dan bersubahat membunuh Zulfarhan Osman di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 4.45 pagi dan 5.45 pagi, 22 Mei 2017 lalu.

Pertuduhan terhadap mereka yang semuanya berusia 22 tahun, dibuat mengikut Seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mereka bersama 13 lagi penuntut lain turut didakwa atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap mangsa bagi maksud hendak memerasnya untuk mendapatkan pengakuan mencuri komputer riba, mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung 25 Januari ini.

https://www.bharian.com.my/berit ... n-sekolah-zulfarhan
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 06:26 PM | Show all posts
KulitKayuManis replied at 23-1-2019 06:19 PM
Seterika wap milik rakan sekolah Zulfarhan

agaknya saksi ni tgk keadaan tegang..atau tgh marah...so dia pon keluar cepat2 lps amik uniform
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
superdodol replied at 22-11-2018 02:03 PM
Tu pun low class? Ok la tu, lgpun latihan diorang x sama dengan pelajar U lain. Plus bukan semua p ...

Satu kelebihan tak payah pening cari rumah sbb hostel free. anak awak kadet atau awam?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-1-2019 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm xlogik je..Kalau ak tindakan pertama ak akan buat bila masuk bilik gelap bukak lampu..ckp nk ambik baju
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by RED 666 at 23-1-2019 08:56 PM

Kalau ditakdirkan mereka terlepas hukuman, semoga mereka semua mampus akibat kemalangan ngeri kalau idup pun cacat kekal atau lumpuh

Kalau lah wujudnya death note mcm dalam anime jepun tu dah lama aku tulis nama babi2 ni semua kasi mampus segera terus
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2019 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
xtahumenahu replied at 23-1-2019 06:26 PM
agaknya saksi ni tgk keadaan tegang..atau tgh marah...so dia pon keluar cepat2 lps amik uniform

Aah. Saya pun rasa mcm tu. Takut kang lama2 dalam bilik tu atau bnyk soal, trbabit sama plk.

Mesti dah pnh ada kes2 buli mcm tu sblm tu. Tu psl saksi dapat rasa. Jadi, Amik uniform dan cpt2 keluar
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 09:10 AM | Show all posts
tak sabar nak tunggu pengakhirannya.. semoga kematian arwah terbela
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
lama xde update..
arwah zulfarhan sntiasa dlm ingatan..
harap hukuman setimpal dgn ape yg budak2 ni da buat
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 11:46 AM | Show all posts
nampaknya keluarga mangsa macam tak puas hati dengan keterangan saksi hari ini...saksi yang dikatakan kawan "baik" sebab kenal dari zaman sekolah...tapi cara adik arwah cerita takde la nampak rapat sangat..
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 12:05 PM | Show all posts
KulitKayuManis replied at 24-1-2019 11:46 AM
nampaknya keluarga mangsa macam tak puas hati dengan keterangan saksi hari ini...saksi yang dikataka ...

baru tgok igs angah adik arwah

memang nampak angah xpuas hati pasal saksi tu just ambil uniform blah mcm tu ja
kalau betul kawan baik, mesti da p siasat, report ke ape
siap balik kg sama2, dtg rumah, parents arwah dtg melawat pun arwah ajak skali makan

perghhh..kalau aiols pun akan timbul xpuas hati

Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 01:22 PM | Show all posts
Moga yg bersalah x terlepas.....jgn laa ada tangan2 yg x bertanggungjawab plak...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 01:36 PM | Show all posts
C1k_J4h replied at 24-1-2019 12:05 PM
baru tgok igs angah adik arwah

memang nampak angah xpuas hati pasal saksi tu just ambil uniform ...

maknanya takde la kawan baik seperti yg digembar gembur sebelum ni
takut or mind your own business je kot bila masuk bilik tu..kesian..
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
KulitKayuManis replied at 24-1-2019 11:46 AM
nampaknya keluarga mangsa macam tak puas hati dengan keterangan saksi hari ini...saksi yang dikataka ...

Aku ada baca dlm thread yg lepas ada forumer bagitahu mak si Muhammad Ilham Zamree ni ada dtg berjumpa dgn keluarga Allahyarham Haji Zulfarhan utk meminta maaf kerana seterika wap yg di gunakan dlm kes ini adalah kepunyaan anak dia
Sedangkan si Muhammad Ilham Zamree langsung tak ziarah keluarga Allahyarham sedangkan depa berkawan dari zaman persekolahan & tinggal dlm 1 daerah
Buat aku rasa semakin marah & rasa nak CEPUK si Muhammad Ilham Zamree ialah cara keterangan yg si BADIGOL ni bagi seolah takut & nak lepas tengkuk sendiri
Harapan ada yg sudi update perbicaraan esok ya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2019 08:53 AM | Show all posts
pu3_rania replied at 24-1-2019 10:20 PM
Aku ada baca dlm thread yg lepas ada forumer bagitahu mak si Muhammad Ilham Zamree ni ada dtg berj ...

rasanya tak rapat sangat kot...kenal je dah lama...tengok adik arwah tulis pun macam tak rapat sangat
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2019 11:12 AM | Show all posts
harini last day perbicaraan rupanya...macam tak nampak bayang result akan jadi macam mana.hmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2019 03:03 PM | Show all posts
KulitKayuManis replied at 25-1-2019 11:12 AM
harini last day perbicaraan rupanya...macam tak nampak bayang result akan jadi macam mana.hmmmm

last day ker? sorry tinggal ketapi...

lma sgt nk tggu keputusan...errmm
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2019 04:33 PM | Show all posts
cheergirlz replied at 25-1-2019 03:03 PM
last day ker? sorry tinggal ketapi...

lma sgt nk tggu keputusan...errmm

tengok update dari Pn Hawa, bersambung March...lambatnyaaaaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:49 AM GMT+8 , Processed in 0.159169 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list