CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: lil_sparky

[Jenayah] (VOL 11) KES KEMATIAN ZULFARHAN UPNM - #1906 - Akmal Akif bebas..18 lagi dipangg

     Close [Copy link]
Post time 8-7-2019 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Hebat lawyer diorg nie... Mau puluh ribu abis agaknya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2019 08:24 PM | Show all posts
KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 31 Julai ini untuk keputusan kes 19 pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang didakwa membunuh dan mencederakan rakan seuniversiti mereka, Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain, dua tahun lepas.

Hakim Datuk Azman Abdullah menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan dan penjelasan daripada kedua-dua pihak.

Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim ketika ditemui pemberita selepas prosiding berkata, antara intipati hujahan yang disentuh pihak pendakwaan ialah mengenai 90 kesan tekapan seterika wap pada mangsa.

"Laporan yang diberikan pakar patologi dari Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Dr Salmah Arshad menunjukkan kesan tekapan itu menyebabkan mangsa mengalami 80 peratus melecur pada tubuh badannya.

"Pihak pembelaan turut membangkitkan mengenai kesan kecederaan yang tidak kelihatan ketika kejadian namun, berdasarkan keterangan saksi mangsa menjerit setiap kali dipukul dan ditekap dengan seterika," katanya.

Barisan peguam yang mewakili tertuduh ialah Amer Hamzah Arshad, Datuk Ranjit Singh Dhillon, A.G. Kalidas, Datuk Hazizah Kassim, Datuk Seri M. Ramachelvam, Azizul Shariman Mat Yusoff dan Zamri Idrus.

Seramai 29 saksi pendakwaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang bermula Januari 2018, termasuk dua saksi mata iaitu pelajar UPNM, Ahmad Senabil Mohd dan Mohd Syafiq Abdullah.

Isu lain yang turut dibangkitkan pihak pembelaan ialah mengenai punca kematian mangsa bukan disebabkan kecederaan ketika kejadian tetapi disebabkan faktor luaran dan peranan setiap pelajar UPNM terbabit serta niat bersama mereka seperti dalam pertuduhan.

Berhubung niat bersama, kata Julia, pihaknya menghujahkan bahawa prinsip niat bersama berjaya dibuktikan berdasarkan keterangan saksi yang melihat kejadian tersebut serta penglibatan setiap pelajar terbabit.

Enam penuntut UPNM, Muhammad Akmal Zuhairi, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali menghadapi pertuduhan membunuh dan bersubahat membunuh Zulfarhan Osman di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 4.45 pagi dan 5.45 pagi, 22 Mei 2017.

Pertuduhan terhadap mereka yang kesemuanya berusia 22 tahun, dibuat mengikut Seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mereka bersama 13 lagi penuntut lain turut didakwa atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap mangsa bagi maksud hendak memerasnya untuk mendapatkan pengakuan mencuri komputer riba, mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Zulfarhan Osman meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017 dipercayai akibat didera selepas dituduh mencuri komputer riba milik rakannya. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2019 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga Hakim Datuk Azman Abdullah tidak membuat kekhilafan semasa membuat keputusan
Menjawab lah di hari perhitungan kelak jika keputusan yg di buat adalah dusta
Semoga mastermind2 dlm kes ini menerima hukuman yg berat setimpal dgn KEJAHATAN yg telah di lakukan terhadap Allahyarham Haji Zulfarhan Osman. Aamiin Ya Rabbal 'Alamin.
Di harapkan ada forummer yg dpt pergi pada 31/7/2019 so boleh update di sini secara live
Kes ni ada keluar di Buletin Utama TV3 pukul 8.00pm tadi
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2019 10:34 PM | Show all posts
noradaniez replied at 8-7-2019 05:48 PM
Anak saya ada sebut minggu lepas. Klu arwah ada mesti dpt konvo sama2, btw anak saya permpuan. Mmg ...

Thanks for sharing. Kesian budak baik mcm Farhan tu jadi mangsa pembunuhan kejam. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman. To your daughter tahniah, berjaya harungi kisah tragis dan dan berjaya menamatkan kursus. Dah nak konvo kan?
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2019 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
ronin replied at 8-7-2019 10:34 PM
Thanks for sharing. Kesian budak baik mcm Farhan tu jadi mangsa pembunuhan kejam. Semoga arwah dit ...

Belum, baru habis minggu lepas. Konvo tahun depan rasanya.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2019 10:59 AM | Show all posts
https://twitter.com/elfienieshaen/status/1148182316889436160

ai share status thread twitter pasal kes ni dr lawyer
good for reading
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-7-2019 12:39 PM | Show all posts
Allahhhhhh nervous nya nk tau keputusan. harap ada pembelaan utk arwah. klu hakim still nk berpihak kpd pembunuh tak tau la nk cakap ape dh hurmm. kesian family arwah yg turun naik mahkamah lebih 2 tahun. bukan nyaa dekat tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2019 12:40 PM | Show all posts
31 July adalah keputusan sama ada mereka perlu bela diri atau tidak. Bukan keputusan kes. panjang lagi perjalanan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2019 04:22 PM | Show all posts
C1k_J4h replied at 9-7-2019 10:59 AM
https://twitter.com/elfienieshaen/status/1148182316889436160

ai share status thread twitter pasal ...

erm... kalau baca tweet ni, mcm DPP not as strong as the defendants...

I pray for the best for this case...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2019 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
May Justice Prevail.

Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2019 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
mizruncing replied at 14-11-2018 12:38 PM
iols dh tgk ig adik arwah. Ya Allah geramnya tgk OKT sume muka bangga berjalan snyum2 org rakam. ehh ...

Sekor2 muka macam babi
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2019 02:23 PM | Show all posts
KulitKayuManis replied at 9-7-2019 12:40 PM
31 July adalah keputusan sama ada mereka perlu bela diri atau tidak. Bukan keputusan kes. panjang la ...

Owh, macam tu
Kira panjang lagi la.

Kalau tak perlu bela diri, maka boleh bebas ke? Lepas dari pertuduhan?
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2019 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
KulitKayuManis replied at 9-7-2019 12:40 PM
31 July adalah keputusan sama ada mereka perlu bela diri atau tidak. Bukan keputusan kes. panjang la ...

Maksudnya..kalau tak perlu bela diri,jatuh hukum mati trus la ek
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2019 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa i rasa okt takda rasa bersalah?adakah mmg diorg tau diorg akan terlps?
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2019 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
lamenye tempoh perbicaraan.. gembire je tgk si okt tu.. geramnye la tgk..
kesian kt family arwah..
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2019 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Punca kematian mangsa bukan disebabkan kecederaan ketika kejadian tetapi disebabkan faktor luaran? Seriously la. Ya Allah, semoga keadilan ditunjukkan dalam kes Farhan. Niat membunuh mungkin takda; tapi kecederaan dari pembulian dah membawa kepada kematian. Tak rasa bersalah ke.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2019 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Sis nk tanya laaa... peguambela tu semua kalaulah kata drg menang, xde rasa bersalah ke? Kalau sis laaa dah murung 40 hari sbb back-up org2 mcm gini.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2019 01:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Ms.Mangga replied at 11-7-2019 11:26 PM
Sis nk tanya laaa... peguambela tu semua kalaulah kata drg menang, xde rasa bersalah ke? Kalau sis l ...

Almaklumlah cari rezeki kan . Haaa mnjwb la nnt dia kat sana
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2019 01:13 AM From the mobile phone | Show all posts
lil_sparky replied at 8-7-2019 04:03 PM
ni link video lama (perbicaraan  bulan 11 last year rasanya)

Rasenye mental problem la bdk2 ni . Blh hepi2 plak muke . Yihh
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2019 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols berdoa banyak2.. janganlah.anak cucu cicit iols terkait dgn keturunan jahanam ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:44 AM GMT+8 , Processed in 0.332008 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list