CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3192|Reply: 14

[DIETARY ADVICE: PEMAKANAN SIHAT UNTUK PESAKIT HIPERLIPIDEMIA/HIPERKOLESTEROLEMI

  [Copy link]
Post time 29-10-2017 09:18 AM | Show all posts |Read mode
Assalam & Salam sejahtera semua.. Maaf lama tak post sebab jadual pack. Cuti-cuti pun i tak sempat2 nak bukak thread. Arini baru dapat duduk diam2 kat opis. huhu..
OK jom start.



•Dislipidemia didefinisikan apabila paras lipid melebihi paras normal atau paras HDL kurang dari normal.

•Hiperlipidemia terjadi apabila kandungan lemak atau lipid yang tinggi di dalam darah. Kebiasaannya ia disebabkan oleh jumlah kolesterol(TC) dan trigliserida(TG) atau paras jumlah kolesterol(TC) dan paras Low Density Lipoprotein (LDL) yang melebihi paras normal.

•Hiperkolesterolemia terjadi apabila terdapat peningkatan pada paras TC.

•Hipertrigliseridemia terjadi apabila terdapat peningkatan pada paras TG.

Pengambilan kolesterol dari makanan di hadkan kepada 300mg sehari.

Parameter/ KriteriaDiagnostik

  
BIL.
  
  
RUJUKAN
  
  
BACAAN
  
  
1.
  
  
Jumlah  Kolesterol
  
  
>  5.2 mmol/L (200mg/dL)
  
  
2.
  
  
LDL-C
  
  
>  3.4 mmol/L (130 mg/dL)
  
  
3.
  
  
HDL-C
  
  
<  1.04 mmol/L (40 mg/dL) bagi lelaki
  
<  1.29 mmol/L (50mg/dL) bagi perempuan
  
  
4.
  
  
Trigliserida
  
  
>  1.69 mmol/L (150mg/dL)
  
Sumber: MNT Guidelines For  Hyperlipidemia

FaktorRisiko
  
Boleh  Diubah
  
  
Tidak  Boleh Diubah
  
  &#8729;Dislipidemia*
  &#8729;Paras HDL-C rendah (<1.0mmol/L bagilelaki; <1.3mmol/L bagiperempuan)*
  &#8729;Hipertensi (> 140/90mmHg)*
  &#8729;Diabetes Mellitus*
  &#8729;Obesiti*
  &#8729;Gaya HidupSedenteri
  &#8729;Merokok
  &#8729;Stres
  &#8729;Sindrommetabolik*
  
  
  • Sejarah keluarga pramatang CHD (<55 tahun  bagi lelaki ;    <65 tahun bagi perempuan)

  &#8729;Peningkatan Umur (> 45 tahun  bagi lelaki ;>55 tahun bagi perempuan)
  
  
  


&#8226;Sindrom metabolik adalah kombinasi beberapa faktor risiko seperti obesiti,hipertensi,diabetes dan lain-lain.
* boleh diubah melalui intervensi Diet

Simptom

&#8226;Bintik kekuningan (Xanthelasmas) yang terdapat padakulit di bahagian mata, siku,lutut


Plan:

  • Cadanganpenguranganjumlahpengambilanlemak, SFA (Asid lemak tepu) dankolesterol.
  • Pemilihandankaedahmasakanrendahlemak danminyak. Boleh ganti santan dengan susu cair. Kurangkan makanan bergoreng dan bersantan.
  • Buang kulit ayam.
  • Cadanganpenggunaan pelbagai jenis minyak iaitu minyak kelapa sawit dan minyak sayuran untuk balance between lemak tepu dan lemak tidak tepu.
  • UntukmencapaiBeratBadanIdeal (IWR) - diet + senaman(0.5-1kg/ minggupenurunanberatbadan)
  • Membacalabel makanan. Pilih makanan yang rendah lemak. Contoh: susu low fat atau susu skim. Keju yang ada tulis trim fat/ reduced fat. Santan yang ada tulis trim fat.
  • Saranan untukmelakukanaktivitifizikalselama150 minitseminggu.
  • Pengambilanalkoholdihadkankepada1-2 kali (saizbiasa)/harikecualibagipesakityang mempunyaiparas TG tinggiperlumengelakkanpengambilannya.
  • Berhentimerokokuntukmengurangkanrisikopenyakitkardiovaskular.
  • Saranan pengambilan minyak zaitun. 1 ari minum 1 sudu teh. pengambilannya perlu dikawal kerana minyak tetap minyak. Jumlah kalori tinggi. Nanti cepat jadi gemuk pula.
  • Hadkan pengambilan makanan tinggi kolesterol. Contoh seperti di bawah:-


KANDUNGANKOLESTEROL MAKANAN

  
Makanan
  
  
Kandungan kolesterol (mg/100g)
  
  
Otak
  
  
1000
  
  
Telur (ayam, itik)
  
  
500
  
  
Ikan bilis (dengan kepala)
  
  
380
  
  
Hati
  
  
180
  
  
Udang, sotong, ketam
  
  
120
  
  
Mentega
  
  
100
  
  
Ayam, kambing
  
  
90
  
  
Kerang
  
  
50
  
  
Susu
  
  
40
  
  
Ikan
  
  
40
  




Saya highlightkan merah makanan yang mengandungi kandungan kolesterol melebihi had yang dibenarkan.














This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Comments

Well done BR!  Post time 30-10-2017 04:07 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2017 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jenglut at 30-10-2017 12:52 AM

Utk kurangkan kolestrol , sebenarnya kene kurangkan/berhenti trus drp pengambilan refined sugar

Dulu2 based on scientist study (Ancel Key), diorg blame hi fat diet yg menyebabkan kolestrol, then food industries berebut2 keluarkan produk low fat tp makin bertambah lagi org sakit jantung dan metabolic disease lain.

At the same time, ubat anti kolestrol laku dan terus laku..

Walhal yg patut kita kene monitor ialah refined sugar yg kita intake

Sbb refined sugar byk hidden dlm low fat packaging food

Refined sugar ni yg inflamed blood vessels, then cholestrol produce by liver utk tampal those luka..

Kalau kita kurangkan mkanan berlemak tp tak jaga refined sugar intake, blood vessels tetap inflamed & kolestrol akan tetap tinggi..kebanyakan kolestrol tinggi adalah bdn producing, bkn byk drp makanan lemak..



Cara effective kurangkan hi-kolestrol ialah, treat the cause, not the symptom iaitu:
1) low carb diet - ketogenic
2) Stop refined sugar
3) Fasting

Kolestrol sgt penting utk pembinaan hormon2 dlm bdn..tanpa hormon, body bole jd haywire!




Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2017 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Omg i love Omelete so much
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2017 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
bagus info ni
kekadang kita lupa diri kan bila lapar.. hahaga
iols cuba kurangkan gula ni...slow slow dari stop minum air manis..n seterusnya try elakkan coklat. erlebihan..hahahah
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2017 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Good sharing
Patut mula makanan sihat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2017 12:15 PM | Show all posts
Isu pasal kajian ni dan pasal ubat kolesterol tu dah pernah dibincangkan tetapi kami masih lagi guna had pengambilan yang lama sebab belum ada black and white lagi untuk  dalam GP  ubah had pengambilan makanan tinggi kolesterol tu.

Pasal kolestrol dalam darah ni dia sebenarnya badan kita menghasilkan kolesterol sendiri. 80% kolesterol darah dihasilkan oleh badan kita manakala dari 20% adalah dari makanan. macam mana badan kita nak hasilkan kolesterol? melalui sumber lemak tepu. Lemak tepu (SFA) akan meransangkan hati kita untuk buat 80% kolesterol darah.

Dekat thread ni pun saya ada inform untuk hadkan pengambilan makanan tinggi kolesterol. means boleh je nak makan telur, hati, pedal semua tu tapi bukanlah hari-hari  makan. contoh macam telur, kita hadkan 1 ari 1 biji. bukanlah tak boleh makan langsung kalau die ade kolesterol tinggi tapi boleh dikawal.

betul refined sugar tu perlu dikurangkan. Amalkan makanan rendah gula. minuman tanpa gula.

Ketogenic tu pada saya tidak digalakkan. Sebab orang akan eliminate sumber karbohidrat pula dari makanan dia. Bila ni terjadi ketoacidosis berlaku. bila ia berlaku badan akan jadi lesu, muscle akan susut. dan orang akan boleh gain weight balik bila dia stop diet. keto diet ni ala2 atkins juga la. tapi takut orang salah faham kita suruh elakkan pengambilan gula ringkas tapi orang yang tak tau dia bantai buang semua sumber gula dari makanan.   

actually yang penting untuk orang tinggi kolesterol ni ialah kurangkan makanan tinggi lemak tepu. contoh macam santan, makanan terproses, marjerin dan mentega. sebab dengan kehadiran merekalah maka badan kita akan menghasilkan lebih banyak kolesterol sebenarnya. Lemak memang penting untuk badan, tak boleh badan kita takda lemak. sumber lemak tu yang kita kena betulkan. banyak lagi sumber lemak yang sihat kita boleh ambil macam minyak zaitun, minyak kekacang, omega 3, minyak sayuran. Dengan pengambilan lemak2 tidak tepu ini seterusnya dapat mengurangkan kolesterol darah dan juga merendahkan LDL.

kalau nak naikkan HDL kena rajin exercise, tingkatkan pengambilan serat dan tingkatkan pengambilan minyak blended oil. dekat pasaraya ada jual blended oil ni. ada tulis kat botol nya. tapi kalau susah nak jumpa boleh campur sendri minyak kelapa sawit + minyak sayuran. x kesah la minyak jagung ke canola ke, soya ke.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-10-2017 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jenglut at 30-10-2017 05:20 PM
biskutraya replied at 30-10-2017 12:15 PM
Isu pasal kajian ni dan pasal ubat kolesterol tu dah pernah dibincangkan tetapi kami masih lagi guna ...


Utk memahami fungsi kolestrol, badan kita memerlukan kolestrol, almost 80% kolestrol di bina sendiri oleh badan, manakala 20% kolestrol lg di perolehi dalam melalui pemakanan kita sendiri.

Fungsi asas kolestrol, antaranya:
1. bina membrane cell eg brain, kulit etc
2. bina hormon2 eg testrosterone, estrogen etc
3. bina 'garam hempedu' (bile) utk penyerapan lemak dlm usus
4. Menghasilkan vit D utk penyerapan mineral kalsium
5. Membantu proses pembaikan luka dan bertindak sbg anti-inflamasi (neutralise toxin)

Di sbbkan kolestrol non-water soluble, maka penghantaran kolestrol keluar-masuk drp hati (liver) melalui blood vessels ke organ badan adalah melalui 2 jenis pengangkutan (carrier) yg di perbuat drp protien iaitu:
1. LDL - Low Density Lipoprotein
2. HDL - High Density Lipoprotein

HDL - angkut lebihan kolestrol dr sel organ ke hati utk di lupuskan/recycle

LDL - angkut kolestrol baru yg di bina di hati ke sel organ utk fungsi2 di atas td.

Apa kaitan hyperkolestrol & LDL?
Hi-carb & sugar intake menyebabkan hi blood glucose + hi level insulin > ini menyebabkan pengaliran darah terganggu dlm blood vessel perlahan dan lama2 menyebabkan luka/inflamation pd dinding salur darah. Apabila ini terjadi, body respond utk menghantar lebih byk kolestrol drp hati ke tempat 'luka' inflamasi tersebut sebagai 'penampal luka' (plaster). Secara tidak langsung, ujian Liver Function Test, detect hi LDL.

Normally, org yg hi kolestrol, with hi LDL, kita akan noticed triglycerides juga tinggi.
Triglycerides - ini adalah hasil lemak yg di bertukar drp pemakananan hi-refined carb atau hi-sugar diet.

Jadi jika kita treat pt with anti-cholestrol drugs + advice them taking low fat diet, like conventional doing now, just imagine what will happened to their body function in future? In long term, they might need another drugs
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2017 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Tujuan kita treat pt utk consume low saturated fat punya makanan ialah untuk mengelakkan berlakunya kadar pengumpulan kolesterol yang tinggi pd blood vessel hingga jadi plak. Pt yang ambil ubat statin fungsinya adalah untuk rendahkan kolesterol darah dia. Once dah normal biasanya doc akan advice utk stop ambil ubat. If pt masih on medication pun we still bagi advice utk makan secara seimbang dan sihat dan elakkan gula ringkas sudah tentu kita beritahu pt sekali..

Yang jahatnya ialah saturated fat.. Kita punya makanan boleh jadi sihat dengan tukar punca lemak tu kepada lemak yang lebih sihat. Bukan tak ambil lemak langsung..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2017 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
biskutraya replied at 30-10-2017 08:34 PM
Tujuan kita treat pt utk consume low saturated fat punya makanan ialah untuk mengelakkan berlakunya  ...

Sy sambung lagi..

LDL ni dia ada 2 jenis:
1. small particles LDL
2. Big particles LDL

S.LDL biasa carry cholestrol drp converted simple carb/refined sugar

B.LDL pula bawa cholestrol drp saturated fat

S.LDL ni yg kebanyakannya menyebabkan plaque sbb dia particle kecil and bila hi-sugar intake > hi-blood glucose melukakan lining vessels wall, dan S.LDL senang melekat dlm wall endothelial lining yg damage luka, then oxidation induce inflammation. Ini kita bole lihat pd pt fed by intravenous infusions of TPN (contain dextrose). Tu yg lelama jd plaque/artherosclerosis. Sbb tu this kind LDL kita panggil 'bad kolestrol'. Plaque takkan terbentuk no matter hi-blood lipid, jika tiada damage pd wall arteri.

Hi-blood glucose jg increased insulin, then induce sympathetic action.

Antara sbb insulin resistance ialah byk nye S.LDL yg melekat kat damage wall vessels. Tats y dia tak bole unlock the gate. Glucose tak bole tembus pegi ke cells.

Jd inorder to reduce LDL, memang kene dptkan ideal bodyweight. Cara yg betul, giving the right advice > stop refined sugar/simple carbs sbb ini the real culprit . Stop processed food, take 'real' food. Effective exercise eg. weight training/ HIIT jg membantu but to some obese ppl might troublesome them. So fasting is the best way.

Sy kepilkan beberapa article utk doc biskutraya baca:

1. http://www.medicaldaily.com/refined-sugar-vs-saturated-fat-whats-more-likely-cause-coronary-heart-disease-369530
2. https://www.healthline.com/nutrition/it-aint-the-fat-people#section1
3. https://www.medicalnewstoday.com/articles/317118.php




Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2017 03:30 PM | Show all posts
santan kelapa ada yg kata bagus ada yg kata x bagus....
konpius ai...
what about GI and GL...
boleh tak tolong explain dengan mudah...
thx....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2017 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
monreyes replied at 1-11-2017 03:30 PM
santan kelapa ada yg kata bagus ada yg kata x bagus....
konpius ai...
what about GI and GL...

Baik nanti saya explain pasal GI dan GL ye.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2017 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Da sampai masanya kene tukar mentality rakyat malaysia tentang pemakanan

Hi fat diet does not increase risk in heart disease

Kita slalu berhati2 memilih mengelak makanan ber'minyak' tetapi kita tidak mengelak drp manisan (main culprit), hasil nya lebih ramai org sakit, workload hospital makin bertambah..bole jenguk keadaan hospital masing2..

Wrong education
Wrong advice
Dr kecik sampai ke tua
Satu masalah besar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2017 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Both culprits pada dasarnya ialah gula dan lemak.. Kalau encik belajar nutrition memang ada kajian saintifik mengenai pasal kebaikan dan keburukan lemak ni. Pada pendapat saya kita nak sihat kena tengok dari semua sudut juga. Jangan rigid pada satu sumber saja. Semua yang kita belajar selama ini telah bertahun2 ini masih terpakai dan selagi kementerian belum mengubah apa2 dasar pemakanan negara kita masih gunakan dasar yang sama.

Tujuan saya buka thread ni untuk bagi info mengenai penyakit berkaitan lemak. Dan bukan bermakna orang yang tidak kurangkan pengambilan lemak dia boleh jaga tahap lipid profile dia dengan baik. Dan pengambilan lemak secara berlebihan akan meningkatkan risiko obesiti seterusnya penyakit2 tidak berjangkit yang lain macam diabetes, hipertensi dan kardiovaskular lagi mudah menyerang.
Oh ye dekat magazines yang encik suruh saya tengok tu pun ada inform juga pasal kurangkan saturated fat dalam makanan. Saya tak galakkn kita baca magazines saja sebagai sumber bahan rujukan. Kene baca kajian2 saintifik yang telah dijalankan bertahun tahun untuk kita lebih faham.. Tq atas penerangan encik selama ini.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2017 02:24 AM | Show all posts
biskutraya replied at 5-11-2017 09:01 PM
Both culprits pada dasarnya ialah gula dan lemak.. Kalau encik belajar nutrition memang ada kajian s ...

Salam puan,


Sebenarnya bagus la buka benang pasal healthy diet tu..sy appreciate dan Tak semua puan ckp tu salah..saya mintak maaf rasa terpanggil utk menegur beberapa isu berkaitan..
Saya tak salahkan puan dlm hal ni
Sbb dulu masa kat uni/kolej, lecturer da ajar konsep mcm tu..
Dan di tempat keje plak, kalau tak ikut arahan bos..kira melawan..


Sy bukan baca magazine internet saja
Masa sy zaman student pun, sy belajar symptomology etc. walaupun tak di ajar berkenaan nutrition in detail
Sy tgk batch sy la especially, doctor pun obese, nutritionist pun sama
Mcm mana nak advice ppl utk jaga kesihatan, jaga mkn, exercise, kalau diri sendiri pun tak terurus




Medical science ni byk hypothesis puan, dan byk perubahan serta new findings every year, bkn mcm matematik ikut formula dulu kala.. ada byk updates thru conference seminar etc.
Mcm puan ckp, ketogenic diet bole menyebabkan ketoacidocis & muscle lost < ini tidak benar! ketosis iya, tp bukanlah ketoacidosis.. Infact ketosis preserve muscle loss.


Ancel Keys studies (regarding cholesterol) tu thn 70an punya teori..dan da lapok..tak bole pakai..i think kkm public health deptmn  kene la update dlm isu ni..i tgk web kkm berkenaan nutrition pun byk yg lama2 & tak uptodate...i da sound kat fb kkm dulu...mungkin malas nak update atau terlepas pandang


Ni da masuk zaman milenium, da byk medical journal published
Bole tgk BMJ, lancet, Pubmed etc saturated fat has no significant / no associates with cvd/chd
http://www.foodmatters.com/article/the-6-greatest-cholesterol-myths-debunked





Tak semua yg kita blaja dulu tu betul
Ada yg betul kita teruskan
Yg tak betul, kita kene ubah
Sbb knowledge yg salah bole mislead public
Kesian anak2, pakcik makcik kat luar sana


Yg tak belaja ni, dok folo yg tak betul..merana jd pesakit seumur hidup drugs dependant.
Bila tak baik, mula cari alternatif/produk luar yg lg ntah ke hape..at the end menambah workload hospital..hospital pvt suka la sbb duit masuk..hospital gomen la teruk, bajet kerajaan makin sket..ubat makin mahal..













Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-3-2024 06:23 PM GMT+8 , Processed in 0.081949 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list