CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 926|Reply: 2

[Tempatan] Pembentung Gagal Tampung Air, Punca Banjir di Bangsar

[Copy link]
Post time 31-10-2017 12:46 PM | Show all posts |Read mode
CYBERJAYA: Limpahan air yang teruk di Jalan Bangsar di ibu negara adalah berpunca daripada pembetung sedia ada yang tidak dapat menampung jumlah aliran air ketika hujan lebat petang Isnin. Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) memaklumkan bahawa aliran balik telah menyebabkan mendapan sedimen daripada tapak pembinaan.
“Saya meminta JPS menjalankan siasatan rapi dan menyerahkan laporan kepada saya secepat mungkin,” katanya kepada Bernama ketika ditemui pada majlis perhimpunan khas sempena sambutan Deepavali dengan warga kementerian dan Jabatan bersaama keluarga di sini, Isnin.
Hujan lebat yang turun sejak tengah hari melanda beberapa kawasan di Lembah Klang sehingga mengakibatkan banjir kilat di beberapa jalan utama.
Antara laluan yang dilapor terjejas ialah Lebuhraya Persekutuan berhampiran Bangsar South, Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 berdekatan Bukit Jalil dan Lebuhraya LEKAS di susur keluar Kantan Permai Kajang. - Bernama



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2017 01:22 PM | Show all posts
macam2 alasan................
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2017 03:16 PM | Show all posts
bertabah la nokss duk lembah kelang ni...kalo ujan jalan sesak, banjir
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 06:48 AM GMT+8 , Processed in 0.057744 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list