CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 63254|Reply: 2596

[V53] ALL ABOUT FATTAH AMIN **Wanita Terindah Astro First Exclusive Saluran 480

   Close [Copy link]
Post time 2-11-2017 02:09 PM | Show all posts |Read mode
Edited by melnanzz at 2-11-2017 03:54 PM

ALL ABOUT FATTAH AMIN
VOLUME 53


Wanita Terindah
Astro First Exclusive
Saluran 480



Jemput semua ke benang WT di bod TV:

https://mforum.cari.com.my/forum ... ead&tid=1057207

Malam Gala Premiere Wanita Terindah 01/11/2017


























Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-11-2017 02:09 PM | Show all posts


Fattah, Fazura terus berteka-teki
Oleh Farihad Shalla Mahmud & Zaidi Mohamad
bhonline@bh.com.my



PELAKON, Fazura (kiri) dan Fattah Amin pada sidang media Filem Wanita Terindah yang diadakan di GSC Pavilion. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

KUALA LUMPUR: Pasangan sensasi, Fattah Amin dan Nur Fazura terus berteka-teki mengenai spekulasi pertunangan mereka yang kononnya akan berlangsung pada 13 November ini.

Malah, Fattah yang juga pemenang Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular BH 3.0, tidak mengiyakan mahupun menidakkan desas-desus itu ketika sekali lagi ditanya mengenainya, malam tadi.

"Doa saja yang baik-baik. Perkara yang baik tentunya saya dan dia (Fazura) akan kongsi. Sebagai lelaki, saya sendiri akan mengambil tanggungjawab dalam soal sebegini.

"Saya sendiri pun suka membuat kejutan. Tidak semestinya 13 November ini. Siapa tahu, mungkin esok saya bertunang?" seloroh Fattah saat ditemui pada majlis pratonton supertelefilem, Wanita Terindah, di sini.

Ia menjadi naskhah kedua yang menggandingkan dirinya dengan Fazura selepas drama Hero Seorang Cinderella.

Supertelefilem arahan Joon Goh itu diterbitkan secara kerjasama antara Astro First Eksklusif, Red Films Sdn Bhd dan FastyleAsia. Ia mula bersiaran hari ini di saluran 480.

Fattah turut berkata, Fazura masih lagi di bawah tanggungan keluarganya.

"Dia juga berhak berkawan dengan sesiapa saja," kata pelakon itu yang mencetuskan fenomena bersama drama Suri Hati Mr Pilot.

Sementara itu, Fazura turut menegaskan dia sendiri tidak akan mengetepikan pihak media dalam soal berkongsi hal peribadi, termasuk perancangan masa depan.

"Saya dan Fattah pun sibuk bekerja. Saya juga terkejut dengan hal ini. Mungkin juga perkara terbabit bertebaran kerana gimik cerita lakonan kami kali kedua ini.

"Tapi yang jelas, kami hanya bertunang dalam cerita ini," kata Fazura.

Kelmarin, BH Online menyiarkan artikel mengenai desas-desus Fattah dan Fazura dikatakan akan melangsungkan pertunangan pada 13 November ini.

Namun, ketika dihubungi, masing-masing menafikan cerita pertunangan terbabit.

Pasangan pelakon ini mula rapat selepas kedua-duanya digandingkan dalam drama Hero Seorang Cinderella yang menemui penonton sebuah saluran berbayar pada Mei lalu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2017 02:09 PM | Show all posts


Pinang Fazura 13 November? Ini jawapan Fattah Amin
oleh: Syafiqah Jalal
Diterbitkan pada November 02, 2017 10:00 MYT




Spekulasi tentang pertunangan Fattah Amin dan Fazura yang dikatakan bakal berlangsung pada 13 November ini telah mengejutkan banyak pihak.

Malah, perkara tersebut juga masih menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini kerana tiada kenyataan daripada Fattah mahupun Fazura.

Fattah ketika ditemui Astro Gempak semalam masih mengambil pendekatan selamat untuk tidak mengiyakan mahupun menidakkan khabar angin tersebut.

"Apa yang boleh saya katakan, selagi tidak keluar apa-apa daripada mulut kami berdua, doakan yang baik-baik sahaja.

"Lagipun, saya suka buat kejutan. Sebelum ini saya beri bunga kepada Fazura pun semua orang tidak tahu.
"Saya tidak mahu mengulas, mungkin bukan 13 November kami bertunang, mana tahu esok?

"Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan,” katanya kepada Astro Gempak.

Pasangan ini ditemui selepas majlis pra-tonton supertelefilem Wanita Terindah di GSC, Pavilion malam tadi.

Sementara itu, Fazura mengakui terkejut dengan khabar angin itu dan menganggap ia gimik yang cuba dicipta sebelum tayangan rasmi Wanita Terindah pada 2 November 2017.

"Saya juga terkejut dengan hal ini. Mungkin juga perkara terbabit bertebaran kerana gimik cerita lakonan kami kali kedua ini.

"Buat masa ini kami sibuk bekerja seperti biasa.

"Jika ada berita baik, saya tidak akan mengenepikan wartawan yang sentiasa menyokong kerjaya saya.

"Soal jodoh saya tidak berani hendak mengulas, apa-apa pun doakan yang baik-baik," kata Fazura.

Selain Fazura dan Fattah, Wanita Terindah turut membariskan pelakon seperti Sarah Hildebrand, Liza Othman, Adam Mika, Ridzuan Hashim dan Samantha Katie James.

Ia disiarkan menerusi saluran Astro First Eksklusif (saluran 480) bermula hari ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2017 02:09 PM | Show all posts
Edited by melnanzz at 2-11-2017 02:14 PM



Fattah, Fazura berteka-teki soal tunang
Ruhaya Ab. Hamid
02 November 2017 12:19 PM



FATTAH AMIN dan Fazura pada tayangan telefilem Wanita Terindah di GSC Pavilion semalam. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA

KUALA LUMPUR 02 Nov. - Sekalipun semakin tersebar luas berita yang mereka bakal mengikat tali pertunangan pada 13 November ini, namun pasangan pelakon Fattah Amin dan Fazura terus berteka-teki dengan media.

Dalam pertemuan dengan wartawan semalam, pasangan yang popular menerusi drama Hero Seorang Cinderella itu tidak mengiya mahupun menafikan perkara tersebut.

Sebaliknya, pasangan pelakon itu meminta semua pihak supaya mendoakan yang terbaik buat mereka.

“Kami sendiri tidak tahu macam mana cerita tersebut boleh timbul. Mungkin ia salah satu strategi untuk mempromosikan supertelefilem yang kami jayakan.

“Apa yang boleh saya katakan, doa yang baik-baik untuk kami. Kalau ada berita baik, kami pasti akan berkongsi dengan pihak media dan peminat.

“Tambahan pula saya dan Fazura masing-masing sangat sibuk bekerja dalam masa terdekat ini. Saya hanya mampu meminta anda semua mendoakan yang terbaik,” jelas Fattah ketika ditemui dalam majlis tayangan perdana supertelefilem Wanita Terindah di sini semalam.

Bercerita mengenai ikatan persahabatan mereka, Fazura pula mengakui, ada pihak lain yang cuba memecah belah hubungan yang terbina lebih tujuh bulan lalu ini. 


Namun, mereka menganggap ia perkara biasa dan sentiasa berfikiran positif.

“Kami sangat menghargai setiap doa yang baik daripada peminat. Tetapi dalam masa yang sama, kami tidak dapat lari daripada pihak yang cuba merosakkan persahabatan kami.

“Bagi saya, ia merupakan perkara biasa dalam dunia seseorang artis. Saya dan Fattah tidak melayan perkara tersebut dan sentiasa positif.

“Saya sendiri sudah lama dalam industri, jadi boleh dikatakan saya sudah masak dengan perkara seperti ini,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/hiburan ... 46304#ixzz4xFhliOgI
© Utusan Melayu (M) Bhd

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2017 02:09 PM | Show all posts
Edited by melnanzz at 2-11-2017 02:19 PM



Jadi Ke Bertunang...? Fattah Suka Kejutan
Diterbitkan: Khamis, 2 November 2017 7:00 AM
Oleh: MOHD AL QAYUM AZIZI
qayumazizi@thestar.com.my



Fazura dan Fattah kini terlibat dalam filem televisyen 'Wanita Terindah' siaran Astro First Eksklusif. Foto SHAARI CHE MAT

PASANGAN pelakon Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin terus berteka-teki mengenai desas-desus mengatakan mereka bakal mengikat tali pertunangan pada 13 November ini.

Sebaliknya mereka tidak mengiyakan atau menafikan dakwaan itu namun meminta peminat mendoakan yang terbaik mengenai hal berkenaan.

"Saya suka buat kejutan... Tempoh hari saya beri bunga kepada Fazura pun semua orang tidak tahu.

"Apa yang boleh saya katakan selagi tidak keluar apa-apa daripada mulut kami berdua, doakan yang baik-baik," kata Fattah.


Pasangan ini tidak akan menyembunyikan sekiranya ada sebarang berita baik.

Pasangan itu ditemui pada majlis tayangan perdana filem televisyen (FTV) berjudul Wanita Terindah yang diadakan di GSC Pavilion Kuala Lumpur pada malam Rabu.

Selain Fazura, 34,  dan Fattah, 27,  Wanita Terindah turut membariskan pelakon seperti Sarah Hildebrand, Liza Othman, Adam Mika, Ridzuan Hashim dan Samantha Katie James.

Ia disiarkan menerusi saluran Astro First Eksklusif bermula Khamis.

Dalam pada itu, Fazura pula berkata, mereka berjanji tidak akan menyembunyikan sebarang perkhabaran gembira mengenai hubungan mereka sekiranya ada sesuatu yang baik pada masa hadapan.

"Jika ada berita baik kami akan beritahu dan tidak akan mengenepikan wartawan yang banyak menyokong kami.


Barisan pelakon Wanita Terindah yang hadir pada malam tayangan perdana yang diadakan pada malam Rabu.

"Doa yang baik-baik kita Aminkan kerana tiada yang tidak elok selain doa-doa yang baik buat kami," ujarnya.

Bercakap mengenai Wanita Terindah, Fattah berkata tidak sukar mencari keserasian dengan Fazura kerana sebelum ini pernah bekerjasama dalam drama bersiri Hero Seorang Cinderella.

Malah katanya, pengalaman sebelum ini banyak mematangkan teknik lakonannya memandangkan peranan dia sebagai Fahim dalam FTV itu sangat berbeza daripada apa pernah dibawanya sebelum ini.

"Saya seorang yang bertuah kerana dikelilingi oleh ramai pelakon dan produksi berpengalaman yang banyak membantu saya menghidupkan watak.

"Tidak senang sebenarnya kerana watak Fahim adalah seorang lelaki yang panas baran dan saya perlu kekalkan momentum itu agar ia tidak lari.


Fazura dan Fattah dikaitkan bercinta namun sejauh manakah kebenarannya?

"Berlakon di samping Fazura juga mudah kerana kita sudah ada keserasian dan sebagai pelakon berpengalaman luas dia juga banyak membantu saya di set penggambaran," jelasnya.

Manakala Fazura pula memberitahu menerusi Wanita Terindah Fattah semakin matang dan menegaskan dia bukan lagi pelakon 'kayu' seperti diperkatakan sebelum ini.

Karya itu juga kata Fazura memperlihatkan mereka berlakon bukan sebagai pasangan kekasih dalam menampilkan kelainan kepada peminat.

"Kalau asyik berlakon sebagai kekasih penonton pun akan bosan juga dan Wanita Terindah adalah projek berlainan untuk kami.

"Ia beri peluang kepada peminat untuk melihat kami dalam watak dan situasi berbeza dan bukannya sekadar 'menjual' kisah cinta semata-mata," jelasnya.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2017 02:12 PM | Show all posts


shuweeeet je pic ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-11-2017 02:13 PM | Show all posts
Tadi bamtah panggil masuk rmh baru kan, kaka yuri dah dtg ni...nak buat ape skrg ek??????
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2017 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Benang meroket lagiiii gayat gayat!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2017 02:17 PM | Show all posts
yeyy rumah baru ! thank you mellz . so sambungan dari joyahan i dgn husband i masa lunch td, (cz we to bored to talk about business) kitorag speku fattzura bakalan tunangan di mekah . wahhh gitu . btw , i nak tya zaza nie kan, dia nie kerja kastam ke mende eh ? part of pegawai kerajaan kah ?
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2017 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
auwwwww sweetnya
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2017 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya ampun . Wangi2 nye pic bamtah n fazzy menghiasi benang yg tinggi ni .
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2017 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak sabarnye nak beli WT. Tunggu sabtu. Kikiki
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2017 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
yurithecat replied at 2-11-2017 02:13 PM
Tadi bamtah panggil masuk rmh baru kan, kaka yuri dah dtg ni...nak buat ape skrg ek??????

Tunggu next story lah kaka yuri fuhh what a hectic week for reporters nak cover cerita pasal fattzura sana sini muhahaahah
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2017 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Bamtah alu alukan kedatangan kaka kaka castle di benang baru JEMPUT MASUKKKK (thanks kepada siapa yang buat gif ni)

Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2017 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Ampunn masok rumah disambut dgn gambar maniss.. I loikee

Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2017 02:28 PM | Show all posts
ada yg dah tgk ke WT. camne review?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2017 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Bamtah welcoming kaka castle to his 53 story house Cantik dan wangi khen rumah bamtahh



Smileeee
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2017 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow rumah baru. Semalam Fa  dab faz mendoniaaa betul. Terbayang LiPe cakap to her fans it should MEEEE. To bad took a wrong step. Sekarang kena bodoh, bangang and hell from AS. But it suit her- fans, family and now sparing partner.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2017 02:31 PM | Show all posts
sofinamini replied at 2-11-2017 02:17 PM
yeyy rumah baru ! thank you mellz . so sambungan dari joyahan i dgn husband i masa lunch td, (cz we  ...

yup kastam tapi position apa iolss tak tau
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2017 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by misscrazy at 2-11-2017 02:33 PM

Lajunya rumah baru!!
smlm tengok syafiq yusof bgtau next year akan start shoot filem Abg Long fadil3 .. rasa rasa fattah akan ada peluang tak?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:57 PM GMT+8 , Processed in 0.294420 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list