CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10905|Reply: 2

Bahaya Lingkaran Ubat Nyamuk Yang Ramai Tak Tahu

  [Copy link]
Post time 20-11-2017 02:55 PM | Show all posts |Read mode






Rumah anda masih menggunakan ubat nyamuk jenis bakar lagi ke? Tahu tak, ubat nyamuk jenis itu boleh membuatkan anda mengalami alergi kulit dan menyebabkan asma yang berpanjangan.

Sebaiknya anda perlu menghindarkan diri daripada bahayanya supaya tidak memberi kesan yang lebih buruk. Sebenarnya, terdapat banyak kajian telah menunjukkan bahawa hampir keseluruhan jenis ubat nyamuk yang terdapat di negara ini memberi kesan sampingan yang merbahaya.

Ini kerana sebahagian besar ubat nyamuk mengandungi allethrin dan pyrethroid yang merupakan sintetis semulajadi yang terdapat pada bunga krisantimum. Jika dibakar akan berubah menjadi racun. Walaupun campuran itu berjaya untuk menghalau nyamuk namun ianya adalah sangat bahaya untuk manusia.

Penyakit mengalami masalah pernafasan adalah yang sering terjadi apabila lingkaran ubat nyamuk itu dinyalakan. Selain daripada itu anda juga boleh terkena sakit kepala, sakit mata dan juga masalah iritasi pada kulit.

Sebenarnya, terdapat cara lain untuk menghalau nyamuk di rumah. Anda hanya perlu pastikan tiada air bertakung yang boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk. Selain daripada itu, terdapat juga pelbagai jenis tanaman yang bersifat mampu mencegah nyamuk seperti serai ataupun daun selasih.

Anda boleh cuba pelbagai cara lain selain menggunakan ubat nyamuk. Mencegah lebih baik dari merawat bukan. Persekitaran yang bersih boleh mengelakkan kesan buruk yang bakal menimpa anda dan keluarga.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2017 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi masih ramai yang guna nak2 kt kampung2.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 03:33 AM | Show all posts
saya kat kg mlm mlm main dgn ubat nyamuk la
letak ketas, nnt tebaka
pastu letak ujung mancis tu
tunggu lama lama nnt phishhh tebakar
salu main dgn adik
sonok

nak main dgn pelita takleh ayah sy marah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-3-2024 11:07 AM GMT+8 , Processed in 0.059103 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list