View: 3517|Reply: 60
|
[Tempatan]
Alamak hanya lima orang! Himpunan protest kenaikan bahan bakar hambar.
[Copy link]
|
|
Himpunan protes kenaikan minyak hambarSITI NURSYAHIDAH ABU BAKAR, FOTO: AFIQ RAZALI
21 NOVEMBER 2017
[url=][/url]
KUALA LUMPUR - Himpunan membantah kenaikan harga minyak anjuran Pemuda Pakatan Harapan di hadapan Parlimen hari ini berlangsung hambar.
Tinjauan Sinar Harian pada pagi mendapati hanya beberapa orang dilihat memegang sepanduk di depan khemah yang didirikan.
Ahli-ahli Parlimen dari Amanah iaitu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, Mohamed Hanipa Maidin dan Datuk Mujahid Yusof Rawa turut menyertai himpunan itu pada tengahari bagi menyatakan sokongan.
Difahamkan, himpunan itu telah bermula sejak tengah malam tadi namun peserta diminta meninggalkan kawasan berkenaan oleh polis dan pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana tidak mendapat kebenaran berhimpun.
Sementara itu, Pengarah Mobilisasi Pemuda Harapan, Shazni Munir Mohd Ithnin dalam satu kenyataan semalam mempertahankan himpunan di hadapan Parlimen tersebut.
“Kami secara tegas menekankan bahawa kerajaan perlu mengembalikan semula subsidi bahan api berjumlah RM1 billion. Subsidi sebesar ini berpotensi mengurangkan harga petrol dan diesel sebanyak 20 sen bagi 5.4 billion liter petrol bersubsidi.
“Kerajaan harus berhenti berdalih. Tidakkah mereka dakwa ekonomi negara semakin baik? Perdana Menteri dalam pembentangan Bajet 2018 berhempas-pulas meyakinkan khalayak bahawa kedudukan kewangan negara kian kukuh. Jika benar sebagaimana didakwa, kembalikan subsidi sebanyak RM1 billion. Turunkan harga minyak, sekarang,” katanya.
Sebelum ini, Ketua Polis Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah dilaporkan berkata, pihaknya akan memantau himpunan tersebut dan akan menghentikannya jika peserta berarak ke Parlimen.
http://www.sinarharian.com.my/semasa/himpunan-protes-kenaikan-minyak-hambar-1.760486
|
|
|
|
|
|
|
|
At least they're honest, xmacam sesetengah parti, ambil kesempatan lepas solat jumaat, block jalan raya dan buat2 mcm ramai yg join rally derang.
Tell you what, this 5 person ada satu gambar kenangan dalam paper at least. |
|
|
|
|
|
|
|
Datuk Raja bahrin ni pernah ngorat aku taknak aku dah tua fefeling muda. Terkezut hujung2 kawin dgn noryn aziz. |
|
|
|
|
|
|
|
Tahun 2014 outstation ke jkt nampak orang buat demo ramai2 pasal harga minyak gak.. at least indons yg korang selalu kutuk tu dapat demo freely banding org kita |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan terlalu confident. Ingat ...silent protest... |
|
|
|
|
|
|
|
yg lain sedang bersabar...tunggu pru ok... |
|
|
|
|
|
|
|
Hihih. Lima ekor macai saja hadir |
|
|
|
|
|
|
|
dulu cakap hina malaysia banyak subsidi...skg nak kembalikan pula subsidi minyak...apa kah jadah nya..
|
|
|
|
|
|
|
|
rugi awak...
|
|
|
|
|
|
|
|
Sendu dek, org penat dah berdemo sana sini. Tggu pru jah kasi mampos semua umngok BN PASampah. |
|
|
|
|
|
|
|
keh keh keh.. yang lain-lain mungkin kerja sis.. hujung-hujung tahun ni kena simpan cuti nak bawak anak-anak jalan-jalan time cuti sekolah nanti.. koasser la nak berpanas bagai bawah terik mentari.. |
|
|
|
|
|
|
|
Lain kali upah la 20 atau 30 ringgit macam penganjur Bersih selalu buat. Baru macai lain datang ramai ramai |
|
|
|
|
|
|
|
harga minyak masih lendah
rakyat masih mampu
kecam di socmed ...marah marah manja jer.... saja nak marah2 |
|
|
|
|
|
|
|
mesti anda pun ala ala mcm noryn aziz kan.... single or available?
|
|
|
|
|
|
|
|
Pelik, orang dah anjur napa tak join. Maki-maki kat social media aja berani. |
|
|
|
|
|
|
|
kira dia jenis tak memilih la.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aju tak nak cakap apa2 .. padankan muka org2 melayu . Tunggu pru . |
|
|
|
|
|
|
|
slavehunter replied at 22-11-2017 01:47 AM
Datuk Raja bahrin ni pernah ngorat aku taknak aku dah tua fefeling muda. Terkezut hujung2 kawin dgn ...
Tentu awak ni cantik |
|
|
|
|
|
|
| |
|