CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6692|Reply: 72

[Tempatan] Luahan kecewa, protes dengan melekatkan tapak tangan menggunakan 'super glue' di

[Copy link]
Post time 22-11-2017 10:45 AM | Show all posts |Read mode
Luahan kecewa

https://www.hmetro.com.my/utama/2017/11/286094/luahan-kecewa-metrotv

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 November 2017 @ 11:09 PM

Mazizul Dani
mazizul@hmetro.com.my


Fazilah meletakkan tapak tangannya pada lantai lobi syarikat minyak lebih sembilan jam sebagai tanda protes.

BERASA ditindas dan kecewa dengan cara penamatan operasi stesen minyak yang diusahakannya, seorang lelaki melakukan protes dengan melekatkan tapak tangannya menggunakan 'super glue' di lantai lobi pejabat syarikat minyak berkenaan di Damansara, Selangor.
Lelaki yang dikenali dengan nama Fazilah, 60-an, melakukan protes dalam keadaan duduk di lantai dan kekal dengan kedudukan itu sambil tangannya terlekat selama lebih 9 jam bermula 12 tengah hari sehingga 9.22 malam, hari ini.

Usaha melepaskan tangannya daripada lekatan gam itu berdepan kesukaran kerana terlalu kuat dan memerlukan bantuan beberapa individu termasuk Pengarah Unit Tindakan Khas (UTK) Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yusuf Azmi.

Fazilah berkata, dia memohon maaf kepada semua pihak yang terbabit kerana kemungkinan tindakan terdesaknya untuk mempertahankan hak itu menyusahkan mereka.

"Saya tidak berniat untuk menyusahkan sesiapa kerana apa yang saya lakukan ini adalah untuk mempertahankan maruah saya dan pengusaha lain yang ditindas oleh syarikat antarabangsa ini.

"Saya mohon kerajaan ambil peduli dengan masalah saya ini kerana sampai bila saya perlu bertindak macam ini? Saya sudah lakukan melalui saluran yang betul, tetapi tidak mendapat perhatian. Saya buat macam ini (gam tangan) kerana berada dalam tekanan," katanya menerusi siaran langsung di akaun Facebook (FB) Yusuf Azmi.

Sebaik tangannya terlepas daripada lekatan itu, Fazilah dibawa ke Balai Polis Travers untuk diambil keterangan.

Sementara itu, Yusuf berkata, apa yang dilakukan Fazilah bukannya cubaan melakukan huru-hara dan pihak yang berkenaan perlu mengambil perhatian atas masalah yang dihadapi ini.

"Sekiranya permohonan kami untuk bertemu dengan menteri yang berkaitan tidak berlaku, saya akan melakukan demonstrasi aman bersama aktivis yang lain dan peguam di Putrajaya, Jumaat ini.

"Saya beri masa sehingga Khamis ini dan saya nak tengok sampai tahap mana rakyat terpaksa bertindak untuk menuntut hak mereka, barulah pemimpin ini mahu membantu," katanya menerusi siaran langsung itu.

Pada 15 Mei lalu, Fazilah bersama 14 pengusaha stesen minyak dari Johor, Negeri Sembilan, Selangor dan Perak menerima notis penamatan operasi stesen mereka dan diberikan tempoh 30 hari untuk menyerahkan stesen minyak masing-masing.

Bagaimanapun, pengusaha tidak bersetuju dengan cara penamatan Perjanjian Pengedar antara syarikat itu dengan mereka serta syarikat berkenaan enggan bertemu mereka untuk menyelesaikan perkara itu sehingga memaksa Fazilah bertindak demikian.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2017 10:46 AM | Show all posts
Kasihannya...
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Pacit tu nmpk pakai serban...tgn dh kena gam gajah pastu x gerak 9 jam....dia x solat ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Lucu nya protes kau dek.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 11:00 AM | Show all posts
Caltex la ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemokgila replied at 22-11-2017 10:52 AM
Lucu nya protes kau dek.

Jahat la Dodol. Orang tu serius kay!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-11-2017 11:04 AM | Show all posts
tak settle lagi issue Caltex nie?? lama gilaa.. and menteri yg berkaitan still membatu. apa punya leader
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
jgn smpi sbb seorg rakyat, satu kerajaan tumbang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2017 11:25 AM | Show all posts
Firenzza replied at 22-11-2017 10:49 AM
Pacit tu nmpk pakai serban...tgn dh kena gam gajah pastu x gerak 9 jam....dia x solat ke?

dia musafir, dia solat setahu kaka sbb pernah solat kt lobi dengan yusuf azmi. tp bila kena gam tak pasti cmne dia solat?
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 11:53 AM | Show all posts
honesty saves everyone's time
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 22-11-2017 11:25 AM
dia musafir, dia solat setahu kaka sbb pernah solat kt lobi dengan yusuf azmi. tp bila kena gam ta ...

Tu la sis...lenkali nk mencabup tu tanggal la serban dulu
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
chazey replied at 22-11-2017 11:02 AM
Jahat la Dodol. Orang tu serius kay!

wa buat camtu kt ore tak salah...orng wat kt wa camtu baru salah.....-dol.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 12:35 PM | Show all posts
sori nak tanya. baca komen porumer, psl caltex.
kenapa ngn caltex. iols bc tp kurang jelas dlm artikel.


mohon pencerahan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 01:10 PM | Show all posts
dorang kena tutup station or station dorang kena amik alih dengan owner lain?
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 01:21 PM | Show all posts
chinta89 replied at 22-11-2017 12:35 PM
sori nak tanya. baca komen porumer, psl caltex.
kenapa ngn caltex. iols bc tp kurang jelas dlm art ...

kau takyah ambik tahu isu caltex, kau ambik tahu isu kotex kau je sudah.

jangan sampai habis stock.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Cash la kedai retail ni. Untung byk gaji pkrja byr skit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2017 02:08 PM | Show all posts
baldi replied at 22-11-2017 01:21 PM
kau takyah ambik tahu isu caltex, kau ambik tahu isu kotex kau je sudah.

jangan sampai habis st ...

kesian, meroyan lagi.. loser 4 eva
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
chazey replied at 22-11-2017 11:02 AM
Jahat la Dodol. Orang tu serius kay!

Tak pasal2 jah melekat tangan dekat simen. Mmg pandai dia berjenaka.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Seret itu syarikat haprak pergi mahkamah la ramai ramai
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 02:32 PM | Show all posts
lobai dah ikot india hindu..sorang mogok lapar, sorang mogok gam



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:34 PM GMT+8 , Processed in 0.663327 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list