CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1346|Reply: 14

KETUA Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Datuk Norzula Mat Diah (B

[Copy link]
Post time 22-11-2017 01:12 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 22-11-2017 05:14 AM

Air mata Norzula

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/11/286259/air-mata-norzula


Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 November 2017 @ 12:45 PM

Muhamaad Razis Ismail
razis@hmetro.com.my


Norzula menangis teresak-esak selepas diarah keluar dari Sidabg Dewan Undangan Negeri Kelantan hari ini.  FOTO Syamsi Suhaimi.

KETUA Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Datuk Norzula Mat Diah (BN-Paloh) diarah keluar dari Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan kerana melanggar peraturan dewan kira-kira 11.20 pagi tadi.
Norzula diarahkan keluar selepas tidak mematuhi arahan Speaker DUN Datuk Abdullah Yakob supaya tidak membahaskan Bajet Kelantan 2018 dalam sesi penggulungan.

Susulan itu, empat ADUN Barisan Nasional (BN) yang mengikuti sesi penggulungan itu iaitu Mat Razi Mat Ail (Pengkalan Kubor), Datuk Ramzi Ab Rahman (Dabong), Ab Aziz Yusoff (Galas) dan Zulkifle Ali (Selising) bertindak keluar sebagai membantah keputusan dewan itu dan tidak menghadiri sesi penggulungan bajet 2018.

Terdahulu, keadaan menjadi kecoh seketika selepas Norzula meminta laluan untuk membahaskan Bajet Kelantan 2018 ketika sesi penggulungan yang dimulakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat, Kesihatan, Alam Sekitar dan NGO Kelantan, Datuk Dr Ramli Mamat namun tidak dibenarkan Abdullah.

"Yang berhormat speaker, ambo (saya) minta izin nak kecek (bercakap) sikit saja sebagai mewakili rakyat. Speaker tolong beri.

"Tolong beri peluang kepada saya, sebagai ketua pembangkang takkan tidak kecek dan saya tak akan duduk kalau saya tak puas hati.

"Semalam nak bangun (bahas) beri kepada orang PAS..berapa je orang UMNO (dapat bahas)?," katanya.

Bagaimanapun Abdullah tetap tidak membenarkan Norzula berbuat demikian kerana sudah memberi peluang kepada 10 ADUN membahaskan bajet itu semalam.

"YB mohon duduk, Paloh sila duduk, semalam saya sudah beri peluang kepada 10 orang untuk bahas.

"Saya sebut dua kali saja sila duduk," katanya.

Norzula tetap pendirian untuk membahaskan bajet itu dan enggan duduk sehingga Abdullah mengeluarkan arahan supaya bentara membawa Norzula keluar daripada dewan.

Norzula kemudian dilihat menangis teresak-esak sebelum dilihat keluar daripada dewan.

Sementara itu, Norzula ketika ditemui di luar dewan berkata, dia sepatutnya diberi peluang membahaskan bajet itu sebagai Ketua Pembangkang.

"Saya dukacita dengan perbuatan Datuk Speaker yang sepatutnya memberi peluang kepada saya untuk gulung perbahasan dan juga memberitahu perkara bersangkutan untuk kepentingan rakyat, tetapi mereka menolak," katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2017 01:25 PM | Show all posts
bajet kelantan 2018?

1.tebang pokok
2.polis agama
3.poligami
4.tudung
5.arak
6.babi
7.anjing

apa susah
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 03:43 PM | Show all posts
alahai...umngok dgn drama pun....
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu samseng sangat sampai terajang adun pas dalam dewan tiba tiba hati selembut sutera pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cupu at 22-11-2017 04:03 PM

tukar la woiii..nasib tmpat aku yg dato jazlan..perghhh...mgu lps bg motor siap ada box kat blkg utk pljr giat dan mara.sng nk buat mobile biz.selang sari aku tgk,box tu budak buang.motor pakai cam biasa...wlupun bagus,tp golongan sasaran xsampai...wlupun mewah nk bg benda,knl pasti sape yg betul2 memerlukan.br la dpt mengubah rakyat betul.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 04:02 PM | Show all posts
aku igtkn norzula tu seorang perempuan la tadi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-11-2017 04:24 PM | Show all posts
menangis konon...kenapa menangis di sini pegi kau menangis di sana
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 04:32 PM | Show all posts
ni kalau masuk parlimen mgkin pengsan terus
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2017 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Semalam dah bagi peluang bahas nape x bangun..kan ketua pembangkang. Hati tisu betul..boleh ganti patah amin berlakon pasni sbb patah amin bersara lepas kawin tau..boleh jadi hero neelopa.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 04:39 PM | Show all posts
aku lebih rela umno ambil balik kelantan.
jahat2 umno, dia masih majukan kwsn yg dia pegang.

sedih tgk keadaan kelantan yg masih lg daif wlpn kononnya penuh kerohanian (org selalu gi masjid pelbagai)
citer psl kerohanian, kebersihan lak tak jaga..
kelantan masih kt tokok lama..

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Pondan nya kau dek. Mohon biasakan diri jdi pmbangkang yah.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
dauswq replied at 22-11-2017 04:39 PM
aku lebih rela umno ambil balik kelantan.
jahat2 umno, dia masih majukan kwsn yg dia pegang.


Setuju dek. Kelantan mmg xkan maju smpai bila2 kalau PASampah lobai jumud yg pegang.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
dah kenapa kau menangis macam tu? kena sula ka?
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 05:29 PM | Show all posts
Sidang DUN Kelantan guna bahasa Melayu standard ke kecek kelate sesama YB?
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 05:32 PM | Show all posts
biarlaa..beliau menangis ada sebab menegenangkan negeri serambi yg makin jauh ketinggalan bawah lobai pas.dkt 30thn perintah gapo satu pun xde kat sana,tebang balak jah yg sek2 lobai tau..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:30 AM GMT+8 , Processed in 0.113052 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list