View: 913|Reply: 10
|
Selangor ditadbir dengan baik, BN dijangka gagal rampas (jangan kecewa, merajuk
[Copy link]
|
|
Di sebalik BN sedang berusaha melakukan apa sahaja untuk merampas Selangor, penganalisis meramalkan mereka tidak akan berjaya mengketepikan gabungan pembangkang.
Selangor, kata beberapa penganalisis politik kepada Channel NewsAsia, mempunyai kumpulan besar masyarakat berpendidikan tinggi yang sensitif terhadap isu-isu yang mempengaruhi negara berbanding negeri lain.
Perkara yang membimbangkan kebanyakan pengundi di Selangor ialah kenaikan kos sara hidup dan upah yang tidak stabil.
Walau bagaimanapun, kebanyakan pengundi percaya bahawa kerajaan negeri Selangor hari ini telah mentadbir negeri itu dengan baik.
Oleh itu, sukar untuk bn memenangi semula Selangor, kata Asrul Hadi Abdullah Sani, seorang penganalisis dengan firma perundingan risiko BowerGroupAsia.
"Walaupun Perdana Menteri Najib (Razak) membentangkan belanjawan dengan sasaran kepada kelas menengah di bandar, peningkatan kos sara hidup dan gaji yang tidak berubah masih menjadi kebimbangan utama bagi pengundi Selangor.
"Penduduk di bandar dan separa bandar di Selangor juga memihak kepada Pakatan Harapan. Penunjuk ekonomi mungkin positif tetapi realiti di akar umbi adalah berbeza secara drastik," kata Asrul.
Channel NewsAsia juga memetik ahli parlimen PKR, Rafizi Ramli yang berkata, soal kos sara hidup, GST dan harga bahan api mingguan adalah isu yang sangat memberi kesan.
"Rakyat merasakan kesulitan itu kerana gaji tidak naik setimpal dengan kenaikan kos sara hidup," kata Rafizi.
Merujuk kaji selidik yang dijalankan oleh PKR berdasarkan wajaran barangan sama yang digunakan oleh kerajaan, Rafizi berkata, inflasi berlegar sekitar lima peratus setahun.
Sementara itu, firma penyelidikan pendapat Merdeka Center berkata gabungan parti pembangkang di peringkat persekutuan itu berpeluang mengekalkan Selangor kerana berjaya mentadbir negeri itu dengan agak munasabah.
"Saya fikir mereka berpotensi untuk kekal di Selangor dalam pilihan raya umum akan datang walaupun terdapat pertandingan pelbagai penjuru dan perubahan sempadan pilihan raya," kata pengarah eksekutif Merdeka Centre, Ibrahim Suffian.
Ini, katanya disebabkan oleh komposisi pelbagai kaum di Selangor dan penembusan media alternatif yang lebih tinggi.
"Di samping itu, kehadiran pembangkang agak kuat, mereka telah mentadbir negeri ini dengan agak baik sepanjang dekad lalu dan menunjukkan kecekapan dalam menguruskan keadaan kompleks."
Walaupun pembangkang dilanda pelbagai masalah dalaman, namun BN sukar merampas Selangor.
"Pakatan Harapan mungkin tidak begitu kuat sebelum ini. Tetapi, begitu juga BN, " kata Datuk A Kadir Jasin, seorang ahli majlis kepimpinan tertinggi BERSATU.
Sementara itu, DAP secara berhati-hati agak optimistik yang Selangor tetap milik mereka memandangkan kepemimpinan Umno yang lemah di negeri itu.
"Tidak ada seorang pun dari Umno yang boleh menandingi kewibawaan Menteri Besar Selangor Azmin Ali," kata ahli jawatankuasa eksekutif DAP, Liew Chin Tong.
"Umno di Selangor telah berpecah sejak sekian lama ... mereka tidak dapat sokongan 100 peratus orang Melayu."
|
|
|
|
|
|
|
|
Iya.....
Sejak bang azmin amikalih....bertambah tambah selesa dok kat sgor ni....
- Pblm sampah tak berangkut dah tak de
- pblm air pun dah selesai....
Best je jd org sgor....takkn nk tukar kott....
|
|
|
|
|
|
|
|
macai umno dkt cheras pun berterima kasih dekat PKR, ada sorang macai kem mahathir dah taubat joint umno. PRU kali ni dia xnak pangkah umno. macai tu bukan calang2 orang pernah renovate rumah tun mahathir. |
|
|
|
|
|
|
|
Abam jemin ni cam berkaliber & berpotensi je utk
jd pm mesia |
|
|
|
|
|
|
|
Bandingkan Azmin dgn Noh Omar sebagai MB Selangor..........macam langit dengan bumi.
Aku pilih Azmin ........... young, energetic, communicate well, good looking, high IQ not to forget EQ ........
Sorrylah BN.
Cukup-cukup lah. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau betul baguslah..rakyat selangor tak mengelupur psl 3-4 penjuru.klau pandai menilai rasenya dtgla 10 penjuru sekalipun ..takde masalah kot? |
|
|
|
|
|
|
|
50-50
pru kalau lawan 3 penjuru bn menang
kalau satu lawan satu pakatan menang
3 penjuru pas jadi pengacau
umno baik dgn pas bersebab |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by zjen at 22-11-2017 09:31 PM
UMNO kene bagi 'BR1M khas warga Selangor' kalu ada keinginan
iols dah bersedia menerima dgn hati yg terbuka |
|
|
|
|
|
|
|
tagas replied at 22-11-2017 08:00 PM
Abam jemin ni cam berkaliber & berpotensi je utk
jd pm mesia
Bagusnya dia ni....org kutuk lah apa pun....ckp lah apa pun....dia buat keja dia je.....
Sedar sedar dah settle pblm.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kannn
Pemimpin mcm ni yg rakyat mahukan
jenis diam2 nampak buat keje then ade hasil nya
bukan jenis yg sembang berderak kedai kopi pung pang pung pang
bagai guruh tp satu hasil habuk pon tarak makin nyusahkan rakyat
masuk poket kenyangkan tembolok smpai ke waris anak cucu sendrik
|
|
|
|
|
|
|
| |
|