CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2899|Reply: 25

[Dunia] Beli iPhone Tapi Dapat Ubi Kentang

  [Copy link]
Post time 23-11-2017 11:51 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 23-11-2017 03:54 AM

Beli iPhone Tapi Dapat Ubi Kentang

http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2017/11/23/iphone-ubi-kentang/

Diterbitkan: Khamis, 23 November 2017 9:11 AM


HASRAT seorang wanita untuk memiliki sebuah telefon pintar iPhone terbantut apabila bungkusan yang diperolehinya mengandungi 11 potongan kecil ubi kentang.

Mangsa yang tidak didedahkan identitinya itu mendakwa dia diperdaya seorang lelaki yang menjual telefon bimbit tersebut pada harga AS$100 sempena jualan 'Black Friday'.

Wanita itu mendakwa dia meninggalkan rumahnya di Milwaukee, Wisconsin untuk melihat barangan yang ditawarkan lelaki terbabit.
"Dia ada segalanya, baju, kasut, jam tangan, dompet, DVD, CD, telefon bimbit dan juga komputer riba.

"Saya tanya kepada lelaki itu mengenai iPhone 6 dan dia kata ada. Dia akan jual kepada saya pada harga AS$100," dakwa wanita itu.

Lelaki tersebut memberitahu mangsa bahawa telefon pintar itu sudah diaktifkan dan bil pertamanya perlu dibayar pada pertengahan bulan depan.

Mangsa berkata lelaki itu menyerahkan telefon bimbit tersebut yang berada dalam keadaan baik kepadanya.

Malah mangsa turut meminta lelaki itu supaya menghubungi telefon bimbit tersebut bagi memastikan ia benar-benar berfungsi, dan ia berdering.

Dia menyerahkan wang AS$100 dan beredar bersama sebuah kotak yang kononnya mengandungi sebuah iPhone dan juga resit.

"Kotak itu berat dan sebaik sahaja sampai di rumah, saya buka kotak tersebut dan ia dipenuhi 11 potongan kecil ubi kentang," katanya.

Bukan itu sahaja, lelaki terbabit turut membungkus ubi kentang tersebut bersama dengan pengecas telefon pintar.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2017 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Masak jelah ubi tu. Itu gamba sebenar ke hiasan? Haha..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 11:57 AM | Show all posts
dh kenapa x buka tgk depan mata dlu???
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 12:27 PM | Show all posts
aduh nasib la ko............
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 12:33 PM | Show all posts
Bukan itu sahaja, lelaki terbabit turut membungkus ubi kentang tersebut bersama dengan pengecas telefon pintar.


Sorry la I tergelak pulak

Kot ye pun Black Friday tak kan la boleh dapat dengan harga $100?
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 12:36 PM | Show all posts
kasihan beli iphone dapat kentang id lock
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2017 12:42 PM | Show all posts
Masa tengah beli tu, tak tengok dulu ker? Senang la kerja orang yang nak menipu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 12:42 PM | Show all posts
lawak siot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2017 01:05 PM | Show all posts
ni bukan apple...tp potato...i-potato
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu2 kat negara kita ada kes macam ni, beli samsung tapi dapat lesung
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini kat Malaysia pun jadi, tipu di tempat awam tunjuk iphone offer harga murah konon sbb terdesak nak duit, tp dia buat silap mata, sapa yg beli balik rumah tgk phone dummy je
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 03:44 PM | Show all posts
dah tu, kalau kentang, benda alah apa pulak yang berdering dlm kotak tu??
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 03:58 PM | Show all posts
Yang tak periksa isi kandungan dalam kotak tu dulu sebelum bayar buat apa kan dah tertipu.  
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Dari isheep jadi idiot
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
ingat kat malaysia je pelik2 gini
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 06:56 AM | Show all posts
chinta89 replied at 23-11-2017 11:57 AM
dh kenapa x buka tgk depan mata dlu???

Kan...

Kalau dah bodo piang, memang layak pun kene tipu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2017 09:38 AM | Show all posts
kesiannya..

nak gelak tapi tak baik pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2017 11:23 PM | Show all posts


Sambal Tumis Sardin Kentang

Bahan-bahan:
1 tin besar Sardin (Botan)
3 biji kentang - potong  dadu sedang dan goreng dahulu
1 biji bawang besar - hiris
5 biji lada cili padi - potong nyerong
5 sudu besar lada blend
3 ulas bawang putih - ketuk
1/2 inci halia - ketuk
1 biji tomato buah - hiris
1 sudu sedang sos ikan
Air asam jawa
Garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara membuatnya:
Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan lada cili padi hingga garing
Masukkan lada blend  dan biar sehingga lada garing
Masukkan sardin, sos ikan, tomato buah dan kentang yang telah digoreng tadi
Kacau sebati
Masukkan sedikit air asam jawa
Perasakan dengan garam dan serbuk perasa
Kacau dan biarkan sebentar
Angkat dan hidangkan
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2017 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
teringat...hamid gurkha jual jagung ...'beli 1..dapat 1'...(filem...sikit punya gila).
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2017 10:00 PM | Show all posts
adoyaiiii.  mcm2 laa donia ini.  


bertabah laaa wahai Mangsa yang tidak didedahkan identitinya tersebut.  
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:21 PM GMT+8 , Processed in 0.077730 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list