CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6918|Reply: 87

[Dunia] Arab Saudi: Hadi Awang Naib Ketua Kumpulan Pengganas

  [Copy link]
Post time 23-11-2017 12:57 PM | Show all posts |Read mode
Edited by spiderman80 at 23-11-2017 11:18 PM

PETALING JAYA: Pakatan 4 negara Arab diketuai Arab Saudi hari ini menuduh sebuah pertubuhan yang dianggotai Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sebagai terlibat dalam kegiatan keganasan.

Arab Saudi, Mesir, UAE dan Bahrain mendakwa Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia (IUMS) yang diasaskan pada 2004 oleh ulama terkenal berpengkalan Qatar, Yusuf al-Qaradawi, merupakan antara pertubuhan yang menaja keganasan.

Ia merupakan tambahan kepada senarai negara, pertubuhan dan invididu yang dituduh 4 negara sekutu Amerika Syarikat itu sebagai menaja keganasan.

Tambahan itu turut menamakan Majlis Islam Antarabangsa atau Massaa, di samping 11 individu lain.

“Kedua-dua entiti itu adalah organisasi pengganas yang mahu mempromosikan keganasan dengan mengeksploit wacana Islam sebagai alasan menutup bantuan kepada aktiviti pengganas,” kata kenyataan 4 negara itu dipetik Arab News.

Sebelum ini, 4 negara itu turut menamakan Qaradawi sebagai berkait keganasan, lalu mengharamkan penulisannya yang menjadi rujukan popular fekah umat Islam sedunia

Hadi merupakan naib ketua IUMS, sebuah pertubuhan antarabangsa yang menggabungkan puluhan ribu cendekiawan dan sarjana Islam.

Selasa lalu, Hadi dalam artikelnya membidas kuasa Arab seperti Arab Saudi yang cuba meningkatkan permusuhan mazhab, sambil menyatakan sokongan kepada Qatar, Iran, dan Turki.

“Saya tetap kembali kepada Al-Quran walaupun raja yang menjadi khadam dua Tanah Haram mengadakan hubungan intim dengan Israel bersama Amerika Syarikat kerana saya tidak beriman kepada Batu Kaabah tetapi beriman kepada Allah,” kata Hadi merujuk Raja Saudi, Raja Salman bin Abdul Aziz.

IUMS antara lain mengambil pendirian mahu mendekatkan perbezaan antara mazhab, termasuk perdamaian antara pengikut aliran Sunni dan Syiah. Manakala agamawan Arab Saudi yang dipengaruhi fahaman Wahabi merupakan antara penentang kuat Iran dan aliran Syiah yang menjadi mazhab dominan di beberapa negara Teluk.

Jun lalu, “senarai keganasan” yang dikemukakan Arab Saudi dan kuncunya menuduh 59 orang dan 12 pertubuhan, tidak lama selepas memutuskan segala bentuh hubungan dagang dan diplomatik dengan Qatar.

Langkah itu menerima sokongan beberapa sekutu Saudi seperti Yaman, Bahrain, UAE, Maldives dan Libya, dan dilihat usaha Riyadh untuk memencilkan gergasi ekonomi minyak itu di samping menguatkan pakatan Arab-Washington untuk berdepan Tehran.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2017 01:07 PM | Show all posts
hahahaha mcm sial dunia islam skrg

dulu qardawilah yang cakap shia kapir..hizbullat (parti setan)
pada masa yg sama bertentangan dgn fahaman hadi
dulu saudi setuju dan restu qardawi kapir mengkapir
skrg saudi nak tikam belakang qardawi plak
at the same time saudi masih terus anti iran anti shiite


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2017 01:09 PM | Show all posts
AbukRokok replied at 23-11-2017 01:07 PM
hahahaha mcm sial dunia islam skrg

dulu qardawilah yang cakap shia kapir..hizbullat (parti setan) ...

2 minggu ni lobai-lobai menghilang entah ke mana..
senyap je....
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 01:15 PM | Show all posts
memeque12 replied at 23-11-2017 01:09 PM
2 minggu ni lobai-lobai menghilang entah ke mana..
senyap je....

hilang arah....xtau nk pergi mana
xtau nk condong kemana..bukan 2 pihak dah sampai 3-4 pihak yang pukul satu sama lain.
ISIS pun dah nak hampir habis.... itupun lawan sesama pengganas lain yg tak jauh beza kemangkukan
semua celaru




Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 01:25 PM | Show all posts
tak menarik punnnnnn

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Saudick ni ingat mentang2 kaabah kat negara dia, so dia ingat dialah ketua islam kaedahnya..dia nak kalau boleh negara islam lain semua tunduk kat dia..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2017 01:39 PM | Show all posts
wajah masa depan



Shiite kristian sunni




sakitnya tuh disney
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Lantaklah Hadi pak murtad

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2017 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak sokong je tindakan Saudi. ...Islamic reform gitu.  Kearah  lebih moderate
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2017 01:53 PM | Show all posts

konpius la korang ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 01:55 PM | Show all posts

memang tak menarik pun.

potong jari la thread ni boleh cecah 3 page


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2017 01:56 PM | Show all posts
baldi replied at 23-11-2017 01:55 PM
memang tak menarik pun.

potong jari la thread ni boleh cecah 3 page

ko sokong shia atau saudick?

ke ateis?
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 01:58 PM | Show all posts
memeque12 replied at 23-11-2017 01:56 PM
ko sokong shia atau saudick?

ke ateis?

aku king, aku tak sokong orang, orang yang sokong aku.








Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2017 01:58 PM | Show all posts
adek @memeque20
tered kau tu sendu tiada orang visit sampai sendiri terpaksa krik krik, mari sini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2017 01:59 PM | Show all posts
baldi replied at 23-11-2017 01:58 PM
aku king, aku tak sokong orang, orang yang sokong aku.

king? aku rasa kau ni kong terus?
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 02:00 PM | Show all posts
nak belah syiah ka nak belah trump



pening lobai pikir..skg tgh meeting dlm gua kot mana satu nak sapot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2017 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi melalui diskusi dgn kawan2 yg lalu ..  masalah ummah ni kerana ada nya fahaman syiah . Terbukti pegangan yg tidak mengambil sunnah menjadikan kumpulan ini boleh menafsirksn jhukum2 mengikut kepahaman sendiri ..  tidak srperti Islam pengamalan rasullah
, pendekatan nya agak leterlaluan dan tidak msmpu menunjukkan keinfahan Islam itu sendiri .
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Mintak2 aje lah PAS kena bom .tidak ada lah  lg depa yg mrngggunakan agama utk kepentigan politik .
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts

Hadi diumumkan sebagai ketua pengganas oleh Saudi Arabia

IUMS, International Union of Muslim Scholar.

Sudah sah diumumkan secara official ialah perbadanan terrorist oleh negara Saudi Arabia, dan Hadi daripada PAS merupakan pemimpin kumpulan terrorist itu.

Tuhan tolong selamatkan malaysia drp ancaman terrorist PAS
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Kali ni bukan siapa cakap, tapi daripada taikor negara islam yg declare Hadi sebagai pemimpin kumpulan terrorist tu.

Apa nak dikatakan lagi? Leader of terrorist is the chairman of PAS, PAS = terrorist
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:46 PM GMT+8 , Processed in 1.123877 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list