CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

HARTINI- dah terbit dengan Penerbit Dear Novels

  [Copy link]
Post time 11-1-2018 04:54 PM | Show all posts
Parking jap. Nanti baca
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2018 01:46 PM | Show all posts
fuhhh,,syiok cerita ni..lain dari kebiasaaan..
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2018 05:54 PM | Show all posts
Tak sabar nak baca sambungannn
Sharizal tu mungkin boleh nampak jugak jelmaan perempuan cantik tu kan, ipo?
Dia dikira sama keturunan dengan tini jugakkan?


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2018 05:51 PM | Show all posts

boleh parking wipers..sila sila
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2018 05:52 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2018 05:53 PM | Show all posts
cycra replied at 12-1-2018 01:46 PM
fuhhh,,syiok cerita ni..lain dari kebiasaaan..

terima kasih baca ya cycra..
ha ya..lainya dari segi merapu kisah dongeng
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-1-2018 05:53 PM | Show all posts
Mokcun replied at 12-1-2018 05:54 PM
Tak sabar nak baca sambungannn
Sharizal tu mungkin boleh nampak jugak jelmaan perempuan cantik tu k ...

kita tunggu episod seterusnya ya mokcun
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2018 06:08 PM | Show all posts
ok guys yang mengikuti kisah dongeng  ni..
kita sambung ya..
maaf, macik baru sampai rumah kekdahnya
terus ngadap forum ni haaa


DI RESTORAN MAMAK yang beroperasi 24 jam, Sharizal memesan tiga gelas minuman kopi pekat. Tak sedap pula kalau setakat berbual saja. Jam sudah menunjukkan  ke angka 12.30 tengah malam. Dia sudah bertanya pada Zenot dan Hartini tadi jika mereka selesa berbual sedangkan waktu sudah menginjak ke tengah malam. Nampaknya mereka berdua tidak mempunyai masalah tentang itu. Mungkin Zenot sudah biasa tidur lewat malam dan sudah biasa juga berborak di waktu begini.

"So, apa yang Tini nak tanya abang tadi?" soal Sharizal.

"Emm..macam ni, Sha ada bagitahu apa-apa tak kat abang? Like..nampak something?" Tanya Hartini semula sambil merenung wajah Sharizal yang berkerut-kerut keningnya.

"Something? Maksud kau, nampak hantu nenek?" Zenot cepat saja menyampuk.

"Kau diamlah! mana ada hantu nenek!" Lengan Zenot jadi mangsa cubitan manja Hartini.

"Abang tak sempat nak tanya tapi kalau Sha demam, selalunya dia nampak benda..benda yang menakutkan. Sha pernah bagitahu, dia pernah nampak hantu masa umur dia 7 tahun dulu. Lepas tu, dia demam," balas Sharizal dan kemudian meneguk perlahan kopi panas yang masih berasap.

"Jadi, Sha pernah nampak hantu?"

Sharizal hanya mengangguk.

"Alah, aku pun kalau nampak hantu, mahu juga demam seminggu." Celah Zenot semula.

"Eh, korang duk cerita pasal hantu ni, kenapa? Kau ada nampak ke Tini?" Zenot berpaling pada Hartini yang sudah berwajah serius.

Hartini hanya membalas dengan senyuman kelat. Dia meneguk kopi panas. Dia juga sebenarnya tidak tahu hendak mula dari mana. Hendak bertanya terus pada Sharizal tentang hubungan mereka dengannya, nampak seperti terburu-buru. Mungkin Sharizal akan gelakkannya saja nanti. Tiba-tiba saja melontar soalan merapu. Tapi, sampai bila dia harus berteka-teki? Sedangkan selama ini dia juga yang ingin tahu di mana Harlina dan siapa yang bertanggungjawab membakar rumah orang tuanya lebih sepuluh tahun yang lalu?

Mata Hartini meliar memandang sekitar restoran mamak yang masih meriah dengan pelanggan terutama pelajar yang menghabiskan masa melepak. Pemandangan biasa yang berlaku di restoran 24 jam.

"Sebenarnya saya dan Sha nampak-"

"-Nampak apa?" cepat saja Zenot memotong cakap Hartini.

Hartini masih merasa serba salah. Terasa kalau diluahkan apa yang berlaku, bimbang diketawakan oleh Sharizal dan tambah lagi Zenot. Dari riak wajah Zenot pun dia sudah dapat meneka.

"Nampak apa, Tini?" Kali ini Sharizal pula bertanya. Padanya, ianya penting. Sharina demam bukan sebab lain. Dia yakin tentang hal itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-1-2018 09:24 PM | Show all posts
BAB 12


PULANG dari restoran mamak, Sharizal menapak longlai ke ruang tamu. Punggung dihenyak ke sofa. Kepalanya disandar pada sofa sambil terdongak melihat siling putih yang berhias dengan chandelier berjurai. Dia melihat sekitar ruang tamu. Kedua orang tuanya dan Sharina sudah lama diulit mimpi agaknya melihatkan keadaan di ruang tamu yang hanya dipasang lampu kecil dinding.

Fikirannya menerawang pada perbualannya dengan Hartini dan Zenot setengah jam yang lalu. Kata-kata Hartini seperti tidak masuk akal. Kalau benar apa yang dikatakan oleh Hartini, bermakna Sharina ada kaitan dengan Hartini.

"Keturunan?" Soal Sharizal sendiri. Masih memikirkan kata-kata Hartini.

Sharizal meraup muka. Kepalanya masih disandar pada sofa. Dia cuba memutarkan semula kenangan zaman kanak-kanaknya dulu. Pernah dia bertanya pada mama tentang kampung halaman mama. Selama dia hidup, tak pernah sekalipun balik ke kampung mama. Hanya kampung papa saja yang dia tahu. Bila ditanya soal keluarga sebelah mama, mama cepat-cepat menukar topik perbualan.

"Takkan Sha tu ada kaitan dengan Tini?" Masih lagi bingung, Sharizal ligat memikirkan apa kaitan semua itu.

Bibirnya mengukir senyuman sinis. Mendengar kata-kata Hartini tentang jelmaan perempuan cantik itu membuatnya seperti mendengar cerita dongeng dahulukala yang sering dimomokkan oleh tok ayah sebelah papa setiap kali pulang ke kampung halaman papa. Dia sebenarnya menahan gelak bila Hartini bersungguh memberitahunya tentang jelmaan perempuan cantik itu. Namun timbul persoalan dalam benak. Keadaan Sharina yang demam itulah yang membuatnya mula merasa tidak kena. Mungkin benar Sharina nampak jelmaan perempuan itu.

"Tapi..boleh percaya ke kata-kata perempuan cantik tu?"

Malas hendak serabutkan otak, Sharizal bingkas bangun, ingin ke bilik. Sudah hampir 2 pagi. Langkahnya terhenti sebaik saja dia melihat sesuatu melalui celahan pintu bilik Sharina yang sedikit terbuka. Kakinya terhenti betul-betul di depan pintu bilik Sharina. Hidungnya menangkap satu bau yang sungguh wangi.

"Mana datang bau wangi ni?" hidung Sharizal sudah kembang kempis.

Dia pasti, bau wangi itu datangnya dari bilik Sharina. Perlahan daun pintu ditolak. Bau wangi semakin menyesak hidung. Suis lampu dibuka. Tiada apa-apa yang mencurigakan. Sharina tidur lena dengan dahi ditutup tuala lembab.

"Apa yang wangi sangat ni?" Matanya meliar melihat segenap ruang dalam bilik Sharina dan jatuh pada satu pasu bunga yang ada sejambak bunga ros merah.

SHarizal mendekati meja kecil yang ada jambangan bunga ros merah. Dia dekatkan hidungnya pada kelopak bunga. Bau wangi ros menusuk hidung. Semerbak! Dia kemudian mengukir senyuman lebar.

"Wangi betul bunga ni." Puji Sharizal seraya menyentuh lembut kelopak ros merah.

"Abang.."

Sharizal segera mendekati Sharina yang sudah terjaga. Dia segera menarik selimut dan menutupi sehingga ke dada.

"Tidur. Abang saja nak tengok keadaan Sha." Pujuk Sharizal melihatkan Sharina seperti mamai.

"Abang ada jumpa perempuan tu?"

Sharizal berkerut kening mendengar pertanyaan Sharina. "Perempuan mana?"

Sharina menggagahkan diri bangun duduk. Dia sandarkan kepala di kepala katil. Bebola matanya melihat sekitar bilik yang lengkap dengan almari, meja solek, meja komputer dan rak buku. Matanya tertancap pada pasu bunga ros merah yang mekar berkembang di atas meja kecil.

"Bila mama letak bunga tu?"

"Eh, ingatkan Sha yang letak. Mama mana suka bunga ros. Dia banyak tanam pokok orkid je." balas Sharizal.

Sharina terdiam. Bau wangi cukup membuat hidungnya kembang kempis. Takkan wangi bunga ros itu sampai begitu sekali?

"Sha tak pernah ada bunga ros. Pasu tu dah lama kosong bang." ujar Sharina semula dengan suara serak.

"Emm..tak payah fikirlah. Dah lewat ni. Nanti Sha dah sihat, abang belanja makan sedap-sedap." Sharizal pegang kedua bahu Sharina dan baringkan adiknya semula. Selimut ditarik menutupi paras dada sebelum dia melangkah ke muka pintu.

"Bang, Sha takut. Sha.."

Sharizal yang hendak mula melangkah keluar dari bilik Sharina kembali berpaling. Wajah Sharina masih pucat. "Nak takut apa?"

"Perempuan tu.."

Sharizal diam. Dia masih berdiri tegak di depan pintu. Kata-kata Hartini kembali bermain di minda. Jadi memang benarlah Sharina juga nampak jelmaan perempuan itu seperti yang didakwa oleh Hartini.

"Sha, baca tiga Qul. InsyaAllah, tak ada apa. Tidurlah. Esok kita sambung borak." Sharizal kemudian keluar dan menutup pintu bilik Sharina sebelum dia melangkah ke biliknya sendiri yang terletak di hujung.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2018 09:29 PM | Show all posts
ovina replied at 7-1-2018 12:21 PM
tak faham ni..sharina tu siapa ehhh

kalau ikut setakat ni, sharina tu sepupu tini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2018 09:30 PM | Show all posts

hehehe...Gincupurple..
boleh speku
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2018 10:12 PM | Show all posts
USAI solat subuh, Sharizal membaca dua mukasurat dari surah Al Baqarah seperti rutinnya setiap hari. Naskhah Quran diletakkan di atas rak. Sejadah dilipat dan disangkut di palang. Dia kemudian duduk di birai katil. Fikirannya menerawang pada bau wangi malam tadi. Bau wangi itu tidak lama. Selepas dia keluar dari bilik Sharina, dia menapak masuk ke biliknya dan seingatnya, dia keluar semula hendak mengambil air kosong di dapur. Bila melintasi depan pintu bilik Sharina, pintu bilik Sharina dibuka sekali lagi. Bau wangi sudah tiada. Langsung tak bau apa-apa sedangkan bunga ros merah masih ada dalam pasu di atas meja.

"Pelik.."

Jam di atas meja komputer dipandang sekilas. Sudah melebihi 7 pagi. Dengan berkain pelikat dan baju T-shirt, Sharizal melangkah ke ruang dapur. Bau tumis sambal ikan bilis menujah lubang hidung. Dia tahu, pasti mama sedang memasak nasi lemak untuk sarapan pada hujung minggu macam ni. Langkahnya dipercepatkan.

"Wah..sedap bau ni, mama!" puji Sharizal mendekati ibunya yang sedang menumis.

"Awal bangun hari ni? Selalunya, jam 9 baru nampak muka kat dapur ni." balas Khatijah sambil tersenyum.

"Tak boleh tidur malam tadi. Tak sabar nak makan ni." Sharizal turut membantu ibunya memotong timun.

Khatijah sudah masak dengan sikap Sharizal yang ringan tulang menolongnya di dapur.

"Papa mana?"

"Ada kat luar, katanya nak Tai Chi."

Sharizal jenguk ke luar jendela. Papa sedang menghayun perlahan tangan ke kiri dan ke kanan dengan gerakan perlahan. Rajin sungguh papa beriadah. Patutlah papa jarang ada penyakit. Setakat batuk-batuk kecil saja.

"Tak nak join papa ke?" Khatijah yang sibuk menggoreng ikan bilis menjeling sekilas pada anak bujangnya.

"Taklah, mama. Oh ya, Sha dah bangun?"

"Kan dia masih demam. Biarlah dia berehat kat bilik tu. Sekejap lagi bawa sarapan ke bilik dia." kata Khatijah sambil tangan ligat mengacau ikan bilis dalam kuali.

"Mama, mama ada adik beradik kan?" Sharizal mengambil peluang itu untuk bertanya hal keluarga sebelah ibunya.

Khatijah yang sibuk menggoreng mula berpaling. Lama dia menatap wajah Sharizal yang nampak serius. Tanpa sebarang jawapan, matanya tertumpu semula pada sambal tumis ikan bilis dalam kuali.

Sharizal faham tatapan mata mama tadi. Dia tahu, pertanyaannya tadi tidak disenangi. Susah benar ke mama hendak berbicara soal keluarga? Keluhan dilepaskan berat. Dia sudah mengagak, itu yang dibalas oleh mama. Balasan bisu.

"Kenapa tiba-tiba kamu tanya macam tu?"

Sharizal yang menyambung memotong timun tadi kembali mengangkat muka dan berpaling ke arah mama. Nampaknya mama tidak membisu saja, mungkin mama berfikir tentang soalannya tadi.

"Yalah, sejak kecil, saya tak pernah tengok mama balik kampung. Saya ingat lagi, masa tu saya baru habis SPM. Mama ajak ke Melaka bercuti tapi mama asyik lesap je bila sampai sana." Sharizal teringat kisah 10 tahun dulu.

Khatijah diam. Tak sangka, Sharizal masih ingat pada hal itu yang sudah 10 tahun berlalu. Tak semena-mena,ingatannya kembali semula pada Kampung Belalang, tempat kelahirannya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2018 10:55 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 15-1-2018 11:01 PM

Sebulan selepas kejadian kebakaran itu, dia menjejakkan kaki buat pertama kali setelah sekian lama meninggalkan Kampung Belalang. Terpaksa pula dia menipu untuk bercuti di Melaka. Ya, dia terpaksa berbuat begitu kerana  ingin menyelesaikan hal harta pusaka setelah rumah Kasimah terbakar hangus. Suaminya tahu tentang itu dan dia berkeras tak benarkan Hashim mengikutnya ke Kampung Belalang. Pandai-pandailah Hashim memberitahu anaknya tentang ketiadaannya semasa bercuti dulu.

Dia mencuri masa untuk bertemu Minah yang menjadi pengasuh kepada anak-anak adiknya, Kasimah. Setahunya, hanya Minah saja yang memegang amanah dokumen milik Kasimah dan Hamdan.



Sepuluh tahun yang lalu...

"Minah! Oh Minah!" Jerit Khatijah di depan halaman rumah Minah. Liar matanya memerhati ke segenap arah. Mana tahu, perempuan itu sedang berkebun atau bagi makan ayam.

Lama Khatijah menunggu balasan daripada Minah. Senyap dari tadi. Dia melangkah ke arah belakang rumah. Tiada kelibat Minah. Hatinya mula panas. Langkahnya diatur semula ke depan rumah.

"Minah!" laung Khatijah sekali lagi.

Kelihatan daun jendela kayu ditolak keluar. Terjengul wajah Minah di muka jendela yang kini sudah terbuka luas. Wajah perempuan itu seperti tidak senang dengan kehadirannya di Kampung Belalang itu.

"Ada apa Tijah?"

Tanpa membalas pertanyaan Minah, Khatijah menonong menaiki anak tangga kayu rumah Minah dan menolak daun pintu. Minah sedang menapak ke arahnya.

"Aku datang ni nak uruskan hal harta pusaka Kasimah. Mana dokumen tu semua?" cepat saja Khatijah utarakan hal itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2018 11:30 PM | Show all posts
"Kalau ya pun, duduklah dulu. Kau dari mana ni?" Minah berbahasa. Di bentang tikar mengkuang di ruang tamu.

"Tak payah. Aku duduk sini je." Khatijah melabuhkan punggung di anjung rumah tanpa alas apa-apa. Lantai kayu itu disapu-sapu habuknya.

Minah melangkah keluar dan mula duduk di sebelah Khatijah yang tidak pernah menunjukkan wajah senyum.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 09:21 AM | Show all posts
baguihhnya anak bujang tijah. Rajin ngaji, rajin ke dapur.

Yg tijah tu awatnya muka mcm asam keping pi rmh oghang?

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 02:12 PM | Show all posts
Khatijah ni macam kemaruk harta
Sambung lagiiii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2018 02:23 PM | Show all posts
awat secoet jer
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 03:17 PM | Show all posts
sambung lg...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 03:37 PM | Show all posts
mak sha la yang ambil harta tu kannn..huuuu
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 07:50 PM | Show all posts
Nak speku gaklah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:53 AM GMT+8 , Processed in 0.535118 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list