CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 48380|Reply: 250

HARTINI- dah terbit dengan Penerbit Dear Novels

  [Copy link]
Post time 25-11-2017 05:00 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Ipo at 24-9-2019 01:31 PM

Hujung minggu, hujan lebat ni, macik karanglah cerita dongeng
Mana tahu Mantra Pena Publishing nak ambik jadi penulis bawah publisher dia
citer makmal tu kira berkubur je la ya..macik mohon maaf







PROLOG



API marak semakin kuat meratah sebuah rumah yang dibuat daripada separuh kayu dan separuh batu. Api yang menjulang tinggi meninggalkan asap hitam tebal di udara. Malam yang gelap diterangi cahaya api yang semakin menggila menelan kepingan papan. Runtuh satu persatu. Pekikan jiran-jiran dari luar rumah ibarat menyiram air di daun di keladi. Tiada kesan apa-apa pada penghuni rumah.

" Panggil bomba cepat!!" arah seorang daripada penduduk di Kampung Belalang.

Orang ramai yang mengerumuni rumah yang sedang laju dijilat api itu bersama-sama mencurah air. Ada yang menggunakan baldi, ada yang capai cebok dan ada juga yang hanya menggunakan botol mineral. Mana yang tercapai dek tangan saja asalkan boleh diisi air. Namun api yang semakin rakus memamah kayu rumah tidak memberi kasihan belas.

"Ya Allah! Apa dah jadi??"

Salah seorang jiran mendekati Minah yang meraung-raung. Belum sempat dia bersuara, Minah sudah pengsan di atas tanah.

"Ibu! Ayah!! Kakak!!!" raung seorang budak perempuan di sebelah Minah.

Saudah segera memeluk anak kecil itu dengan linangan air mata. Dia tahu, tidak ada nyawa yang terselamat melihatkan api yang begitu cepat marak. Ibu dan ayah budak perempuan itu mungkin sudah hangus terbakar.

Hampir sepuluh minit, pasukan bomba tiba. Kelam kabut penduduk kampung membantu pihak bomba memadamkan api. Setengah jam berlalu, api berjaya dipadamkan sepenuhnya. Anggota bomba mula memasuki bekas tapak rumah yang hangus terbakar. Segenap tempat mereka mencari mangsa yang meninggal. Dua mayat yang rentung dikeluarkan dari satu bilik. Keadaan mayat keduanya saling berpelukan.

"Encik, ada sorang lagi!" kata Kahar sebaik saja melihat dua anggota bomba mengeluarkan dua mayat rentung dan diletakkan di atas plastik hitam.

"Ada lagi?"

"Ya, encik. Anak perempuan sulung mereka," balas Kahar dengan wajah pucat.

"Tolonglah encik. Tolong cari." rayu Saudah dengan linangan air mata.

Sekali lagi anggota bomba dan kali ini bersama jiran-jiran mencari mayat budak perempuan itu. Semua tempat digeledah dan dikuis barang yang terbakar. Tak ada satu pun mayat yang ditemui.

"Maaf encik, kami tak jumpa mayat budak perempuan tu."

Saudah terduduk di atas tanah di sebelah Minah yang masih pengsan. Anak bongsu mangsa pula meraung-raung memanggil nama kakaknya. Terpaksa Saudah menenangkannya.

"Adik, syhh..." Saudah memeluk budak perempuan yang senang dipanggil adik itu dengan penuh sayu. Tangisannya tenggelam timbul dengan tangisan anak kecil itu.

Malam makin pekat. Hanya percikan sisa-sisa api yang dibawa udara malam. Angin sejuk mula menerpa. Tanda bila-bila masa cuaca akan berubah. Langit yang gelap tanpa sebutir bintang itu diterangi dengan kilat sesekali memancar. Rumah yang gah satu ketika dulu kini sudah lenyap dibakar api bersama penghuninya. Sekelip mata.



*************








This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2017 05:22 PM | Show all posts
First nak komen avvy ipo. Cantik. Klasik sgt.

2nd... Tajuk meletop. Sbb lagu JAMPI tengah viral

kena bg siap cepat2 n publish n sebelum juara lagu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2017 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Prolog dh best..
Lg satu,Bak kata forummer ats sbb lagu jampi tgh famous skrg..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2017 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Best!! Teruskan....
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2017 11:06 PM | Show all posts
Pa'an kata, kalau best musti tak tolak

sambung...sambung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2017 12:49 AM | Show all posts
Edited by Ipo at 26-11-2017 01:29 AM

BAB 1




KERATAN akhbar yang memaparkan berita kebakaran sebuah rumah di Kampung Belalang entah sudah berapa kali dibaca. Sudah agak kekuningan warnanya tetapi masih elok disimpan dalam album. Matanya beralih pada foto-foto keluarga. Setiap kali menatap wajah-wajah kesayangannya, setiap kali itulah matanya basah.


"Tini! Tini!!"


Hartini mengangkat muka. Namanya dipanggil kasar oleh seseorang. Album segera ditutup dan dimasukkan ke dalam laci. Bergegas dia melangkah keluar dari bilik menuju ke anjung rumah. Nadia sedang berdiri di depan halaman. Dengan wajah mencuka, gadis itu memandang dengan lirikan mata yang tajam. Entah apa lagi yang tak kena dengan Nadia kali ini. Tak cukup ke dengan apa yang sudah dia lakukan ketika di sekolah?


"Nad, kau nak apa?"


"Kau turun sini!"


Hartini masih teragak-agak dengan tindakan Nadia. Peperiksaan SPM dah lama habis. Apa yang lagi yang Nadia tak puas hati dengannya? Kalau dulu, semua nota diberikan kepada Nadia tanpa banyak soal. Tanpa minta apa-apa balasan.


"Cepatlah!! Terhegeh-hegeh!" Nadia mengetap bibir.


Hartini segera menyarung selipar di anak tangga. Dia melangkah ke arah Nadia yang kini sudah bercekak pinggang. Dia berhenti di depan Nadia, hanya beberapa langkah saja dari tempat Nadia berdiri.


"Kau nak apa?"tanya Hartini, bengang dengan Nadia yang sudah rupa macam minah gangster.


"Kau jangan kacau boyfriend aku! Kalau aku dapat tahu kau keluar dengan dia, siap kau!!" Nadia memberi amaran dengan jari menuding pada Hartini.


Hartini senyum sinis. Dia tahu, sudah lama Nadia menaruh hati pada Badrul, anak ketua kampung yang setahun lebih tua darinya. Apa yang dia tahu, Badrul tak pernah melayan kelakuan gedik Nadia selama berada di sekolah. Apa lagi nak membalas cinta monyet Nadia.


"Maaf, aku tak pernah kacau boyfriend kau. Untuk pengetahuan kau jugak, aku tak hingin pun dengan Bad tu!" Hartini merenung tajam Nadia yang sudah tersenyum lebar.


"Siapa tu Tini?"


Serentak Hartini dan Nadia mengalihkan mata ke arah kiri halaman rumah. Muncul Minah dengan segenggam sayur kangkung di tangannya sambil melihat kedua anak gadis. Langkahnya diatur mendekati Hartini dan Nadia.


"Eh, Nadia. Masuklah dulu." pelawa Minah.


"Tak payahlah  makcik. Rumah buruk macam ni? Eii, nanti runtuh pulak pondok makcik ni. Kau ingat Tini!" Nadia sempat memberi amaran sekali lagi kepada Hartini sebelum dia beredar dari situ.


Hartini mengemam bibir sampai berbunyi gigi berlaga. Sungguh biadap kata-kata Nadia. Mentang-mentanglah anak orang kaya, berlagak! Dia mengalih pandang pada Mak Minah. Nampak wajah orang tua itu sugul. Tangan Mak Minah diraih lembut dan dicium.


"Mak..maafkan Tini. Sebab Tini, mak dicaci macam ni." Erat tubuh tua Mak Minah dirangkul dalam dakapannya. Sejak kejadian kebakaran itu, Mak Minah sudah dianggap seperti ibunya sendiri walaupun Minah hanyalah orang gaji saja ketika ayah dan ibu masih hidup.


"Tak apa. Mak dah biasa, Tini. Jom naik. Tengahari /ni, kita masak kangkung goreng belacan dan ikan keli berlada ya.Pak Kahar ada beri tiga ekor pagi tadi. Cukuplah untuk makan tengahari nanti."


Hartini beriringan bersama Mak Minah masuk ke dalam rumah semula. Tengahari itu mereka berdua menjamah hidangan tengahari dengan penuh berselera. Macam biasa, usai makan tengahari, Hartini akan membantu Mak Minah menganyam tikar mengkuang untuk dijual di kedai Pak Kahar yang mengusahakan produk kampung dan dijual kepada pelancung yang datang dari dalam dan luar negara. Kampung Belalang memang terkenal dengan produk IKS di mata pelancung.


"Mak, sementara tunggu keputusan SPM ni, bolehlah Tini buat kerja ni. Mak rehatlah ya." Hartini mengambil daun mengkuang yang sudah dijemur dan diwarnakan dari tangan Mak Minah.


"Boleh ke?"


Hartini mengangguk.


Minah bangun berhati-hati. Lututnya sudah lama rasa sakit sejak dua minggu yang lalu. Dia melabuhkan punggung di kerusi 'malas' dan mula mengipas-ngipas tubuhnya dengan kipas tangan yang juga dibuat dari  daun mengkuang. Matanya menyorot pada Hartini yang khusyuk menganyam daun mengkuang. Semakin hari semakin cekap gadis itu membuat kerja itu. Senyuman perlahan diukir. Matanya dialih pada kebun sayur di halaman kiri rumah, tak jauh dari sawah padi. Sebatas kangkung, sebatas sawi dan bayam. Bolehlah sesen dua kalau dijual di kedai Ah Kong di depan jalan besar sana.


Matanya dialih pada arah jalan menuju ke jalan besar. Di situlah rumah majikannya yang terbakar dulu. Kejadian kebakaran 10 tahun yang lalu mula berlegar semula  dalam ingatan. Satu persatu. Sampai sekarang, Harlina tidak ditemui. Puas mereka mencari serata kampung. Malah polis juga turut mencari dengan bantuan media, semuanya menemui sia-sia. Seolah Harlina lenyap dari muka bumi ini. Sejak itulah dia menjaga Hartini, kembar Harlina seorang diri. Saudara mara majikannya dulu tiada seorang pun yang datang menjenguk. Sorotan matanya kembali pada Hartini semula. Gadis berusia 17 tahun itu tidak pernah merungut selama tinggal dengannya di rumah buruk ini. Tidak seperti di rumah besar milik Encik Hamdan dan Kasimah dulu. Walaupun rumah separuh kayu dan separuh batu, rumah itu cantik dengan senibina lama dan sering menjadi perhatian pelancong yang berkunjung ke Kampung Belalang. Matanya mula berkaca.


"Mak.."


Tersentak Minah bila lengannya disentuh. Dia berpaling. Mata yang berkaca cepat-cepat disapu.


"Tini dah siapkan tikar. Nanti, Tini nak hantar ke kedai Pak Kahar. Mak duduk berehat ya."


Minah hanya mengangguk. Hartini bersiap memakai tudung dan mula mengambil tikar yang sudah siap dianyam. Lima tikar sudah siap dianyam sejak seminggu yang lalu. Ekor mata Minah menghantar Hartini yang mula mengayuh basikal meninggalkan halaman rumah sehingga hilang dari pandangan. Melihat kesungguhan Hartini, dia mula merasa sebak. Hartini terpaksa hidup susah. Harta peninggalan arwah orang tuanya banyak diambil oleh Kathijah, mak saudara Hartini, kakak kepada Kasimah. Hamdam pula anak tunggal.


Terngiang-ngiang kata-kata Kathijah sewaktu harta pusaka milik orang tua Hartini dibicarakan dulu. Wanita separuh abad itu bermatian ingin membolot semua harta peninggalan milik orang Hartini. Hartini hanya diberi sebidang tanah di hujung kampung dan tapak rumah yang sudah terbakar. Harta lain semuanya ditukar kepada nama Kathijah.


"Tini..moga kau berjaya dan hidup bahagia, nak." Keluh Minah sambil mengesat air mata yang cuba ditahan tadi dari tumpah ke pipi. Tidak sesekali dia menumpahkan titis jernih itu di depan Hartini.



bersambung...........


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-11-2017 12:51 AM | Show all posts
ladyFinger12 replied at 25-11-2017 05:22 PM
First nak komen avvy ipo. Cantik. Klasik sgt.

2nd... Tajuk meletop. Sbb lagu JAMPI tengah viral { ...

avvy nampak sopan kan?
jadi jalan cerita pun kena sopan ala2 kampung gitu

amboi lady...sempat ke nak siap sebelum tu..
i suka lagu JAMPI
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2017 12:52 AM | Show all posts
mrizumi replied at 25-11-2017 07:00 PM
Prolog dh best..
Lg satu,Bak kata forummer ats sbb lagu jampi tgh famous skrg..

terima kasih sudi baca cerita kampung ni

lagu JAMPI ni masuk final AJL ek?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-11-2017 12:53 AM | Show all posts

terima kasih sudi baca
selalu sr je kat bod cinta nun dan bod arwah paan...bacalah jugak komen sis
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2017 12:54 AM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 25-11-2017 11:06 PM
Pa'an kata, kalau best musti tak tolak

sambung...sambung

Haa..nanti ko bodek Pa'an eh..mana tahu citer kampung ni diterima Mantra Pena



Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2017 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 26-11-2017 12:52 AM
terima kasih sudi baca cerita kampung ni

lagu JAMPI ni masuk final AJL ek?

Haha..cter mcm ni best baca..slalu jnis moden2..
Lagu jampi tu..entah la..masuk kot..
Lagu dia ok..tp prnh dgr dia cover lagu ayda jebat tu..geli geleman plak..ala2 seksi kononnya..
Avvy lama tt tu gmbr org tenung hujan..mberi kesan bila tgok..entah knp..haha
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2017 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Prolog uols memanggil betul lah TT. Iols follow cerita uols ni siap2 bookmarked dah ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2017 09:47 PM | Show all posts
Ipo....seronoknya ada cerita baru
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2017 02:41 PM | Show all posts
sambung lg
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2017 10:47 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 28-11-2017 10:39 PM

HARTINI perlahankan kayuhannya bila sudah hampir dengan kedai Pak Kahar yang terletak di simpang jalan masuk ke Kampung Belalang. Kelihatan  beberapa kereta diparkir di depan kedai. Sampai saja di tepi kedai, Hartini segera mengangkat tikar mengkuang dan dibawa masuk ke dalam kedai Pak Kahar. Beberapa orang pelanggan sedang melihat-lihat barangan karangkraf.

"Ha, Tini. Lima aje?"Kahar membantu Hartini meletakkan tikar mengkuang di tepi tudung saji mengkuang yang berwarna-warni.

"Ya, pakcik. Ni je yang sempat saya buat," jawab Hartini sambil menguntum senyum.

"Emm..nanti, kalau ada masa, pakcik nak tudung saji dan kipas tangan ya. Semalam ramai pelanggan tanya pasal tu." ujar Kahar sambil membelek stok barangan yang ada di kedai.

"InsyaAllah pakcik."

Hartini melihat-lihat barangan kraftangan yang ada di kedai Pak Kahar sementara menunggu Pak Kahar menyusun barang yang baru sampai. Sudah lama Pak Kahar menjalankan perniagaan itu. Walaupun  hanya produk kampung, sambutan amat menggalakkan terutama dari pemborong yang datang dari negeri lain. Kadang-kadang tidak cukup bekalan untuk permintaan yang banyak dari pemborong.

"Sekejap ya, Tini. Nanti pakcik bagi bayaran bulan lepas."

Hartini mengangguk. Pak Kahar nampak sibuk melayan pelanggan yang rata-ratanya datang dari luar Melaka. Melihat pada plat kereta, dia pasti kebanyakan pelanggan Pak Kahar datang dari Kuala Lumpur dan Selangor. Sambil melihat-lihat barangan yang ada di kedai itu, Hartini perasan seorang pelanggan yang memakai baju kemeja biru sedang memerhatikannya dari tadi. Lelaki yang pada hemahnya berusia dalam lingkungan 50-an,  berbadan kurus dan berkaca mata. Lelaki itu masih tidak berganjak dari tempatnya berdiri.

"Encik, ni barangnya."

Hartini masih tidak lekang dari memandang lelaki tadi yang kelihatan sedikit kaget bila disapa Pak Kahar. Beberapa keping wang kertas lima puluh ringgit diserahkan kepada Pak Kahar dan barangan yang dibeli dihantar ke kereta oleh pekerja Pak Kahar. Matanya masih menyorot pada lelaki itu yang mula masuk ke dalam perut kereta.

"Tengok siapa?"

Hartini sedikit terkejut. Dia mengalih mata pada Pak Kahar yang berdiri di sebelah. Hanya senyuman dilemparkan kepada orang tua itu. Pak Kahar, menurut Mak Minah, lelaki yang sangat rapat dengan arwah ayahnya. Malah, jiran terdekat yang sentiasa menghulurkan bantuan dan ringan tulang menolong jika ada gotong royong di kampung.

"Oh tak ada, pakcik tadi tu, banyak dia beli,"balas Hartini. Senyuman masih kekal di bibir.

"Emm..dia pelanggan tetap pakcik. Sejak dulu, dia suka beli produk orang kampung ni. Dia sebenarnya seorang Dato. Selalunya dia datang dengan isterinya tapi hari ini, dia sorang pulak."

Hartini melakar senyuman lebar. Itulah Pak Kahar. Mudah mesra dengan pelanggan sehingga pelanggan selesa berbual malah ramai yang menjadi pelanggan tetap. Dari pemerhatiannya, cara Pak Kahar mengendalikan pelanggan amat dikagumi dan dia dalam diam ingin mengambil sikap mesra Pak Kahar dalam melayan pelanggan. Mungkin satu hari nanti, dia juga mempunyai perniagaan sendiri.

"Jauh mengelamun?" tegur Kahar.

"Saya sebenarnya kagum dengan pakcik. Perniagaan makin besar dan maju.Lagipun, pakcik pandai melayan pelanggan. Nampak pelanggan berpuas hati." Hartini memuji.

"Itu kunci seorang peniaga. Jangan sombong dengan pelanggan. Kalau kamu nak buka perniagaan esok-esok, hah, pakcik boleh ajar. Pakcik kan pandai berkata-kata tapi bukan sweet talker tau! " Kahar berseloroh.

Hartini mengangguk-angguk sambil ketawa kecil. Semenjak perniagaan Pak Kahar semakin maju, lelaki itu sudah pandai berjenaka dalam bahasa Inggeris walaupun kadang-kadang kedengaran lucu di telinga. Maklumlah, kebanyakan pelanggan Pak Kahar adalah dari golongan usahawan kaya yang berminat menjadikan barangan di kedainya sebagai koleksi hiasan rumah. Dia memerhati Pak Kahar ke kaunter dan kembali kepadanya dengan beberapa keping wang RM50.

"Ni, bayaran bulan lepas. Nampaknya ramai yang suka dengan tikar memgkuang kecik kamu tu. Katanya, mereka buat alas meja." Puji Kahar. Duit dihulur kepada Hartini.

Hartini senyum simpul. Apalah sangat tikar mengkuang kecil yang dibuatnya kalau dibandingkan hasil tangan Mak Minah dan penduduk kampung yang lain. Dia bukannya ada kemahiran apa-apa pun. Malah seni lukis dan kerjatangan ketika di sekolah pun selalu saja mendapat tempat tercorot.

"Pakcik, boleh saya tanya sikit.." Hartini bertanya, teragak-agak.

"Nak tanya apa?" Kahar menjawab sambil menyusun barangan yang baru sampai ke kedainya.

Pelanggan lain masih melihat-lihat barangan yang ada. Ada yang membeli dan ada yang melihat-lihat saja. Bila sudah tidak ada pelanggan lagi dalam kedai, Hartini merapati Pak Kahar semula yang sedang mengira stok barang.

"Sa..saya nak tanya pasal kebakaran dulu."

Kahar yang sedang menulis stok barang terhenti sebentar. Matanya menyorot wajah sugul Hartini. Dia pandang sekitar ruangan dalam kedai. Tiada pelanggan. Hartini diajak masuk ke dalam bilik pejabat. Mereka berdua mula duduk di set sofa. Dia pandang anak gadis kawan baiknya itu dengan pandangan sayu. Faham apa yang berselirat dalam minda gadis itu. Faham apa yang meresahkan hati gadis itu. Sudah 10 tahun berlalu dan Hartini pun sudah mencecah 18 tahun. Sudah matang untuk menilai rencah kehidupan.

"Apa yang kamu nak tahu?" Soal Kahar.

"Saya hanya nak tahu, macam mana rumah arwah orang tua saya dulu terbakar?"

Kahar menyandar di sofa. Wajah ingin tahu Hartini ditatap dalam-dalam. Dia tak hairan jika itu yang ditanya oleh gadis itu. Mungkin dulu, Hartini masih kecil dan tidak mengerti apa-apa tetapi sekarang, gadis itu tentu ingin tahu punca kebakaran rumah milik orang tuanya dulu. Kahar menghela nafas panjang. Kejadian 10 tahun dulu berlegar semula di benaknya. Bingung bila mengingati semula apa yang sebenarnya berlaku. Hasil siasatan polis  tidak menunjukkan perbuatan khianat. Tiada litar pintas. Bukan juga dari tong gas yang meletup. Tidak lama dari hari kebakaran itu, pihak polis menutup kes dan  punca kebakaran itu masih menjadi tanda tanya.

"Apa kamu fikir ia perbuatan khianat?" Kahar mula berbicara. Wajah Hartini ditatap lama. Ada keresahan pada wajah gadis itu.

Hartini tunduk. Sejak akhir-akhir ini dia sering bermimpi tentang kebakaran itu. Apa yang membuatnya merasa tak sedap hati, mimpinya adalah sama pada tiga malam berturut. Wajah-wajah yang muncul dalam mimpinya juga sama dan yang pasti tiada seorang pun yang dia kenal dan padanya, bukan penduduk Kampung Belalang.

"Entahlah pakcik. Mungkin saya banyak sangat fikir." keluh Hartini.

"Ermm..itu hak kamu, Tini. Kamu ada hak untuk tahu kisah sebenar di sebalik kebakaran tu." ucap Kahar dengan nada berat.

Hartini sudah luas matanya membuang pandang pada Pak Kahar. "Jadi, memang ada kisah di sebaliknya?"

Kahar menelan liur pahit. Pandangan mata Hartini sudah cukup untuknya meneka yang gadis itu seperti tercari-cari jawapan. Tidak sesekali dia membuka rahsia Hamdam pada Hartini. Rahsia lebih 20 tahun yang lalu. Malah, isterinya, Saudah pun tidak pernah tahu hal itu. Rahsia yang disimpan rapi yang hanya dia dan Hamdam saja yang tahu.

"Kakak, mana kakak saya?"

Kahar mengelap peluh di dahi. Walau bilik kecil pejabat itu dilengkapi penghawa dingin, pertanyaan Hartini seolah menghangatkan keadaan dalam bilik kecil itu.

"Tini, pihak polis dah cari tapi sia-sia. Bukan kamu saja, pakcik pun nak sangat tahu keadaan Lina. Mati ke, hidup ke." sekali lagi Kahar menghela nafas berat.

Hartini tunduk. Matanya mula berkaca. Dia tidak akan putus asa. Selagi nyawa dikandung badan, dia tidak akan berputus asa mencari Harlina. Padanya, Harlina mungkin ada di satu tempat yang selamat.

"Saya minta diri dulu pakcik.." lemah suara Hartini seraya bangun dari duduknya. Dia mula melangkah keluar dari bilik pejabat Pak Kahar.

Kahar hanya menghantar Hartini dengan ekor mata. Wajah sugul Hartini jelas terpamer dan dia pula tidak ada upaya untuk menolong Hartini mencari kakaknya, Harlina.  Hartini dilihat sudah mengayuh basikal meninggalkan kawasan kedai menuju ke arah jalan kecil, laluan ke arah rumah Minah.





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2017 10:49 PM | Show all posts
mrizumi replied at 26-11-2017 08:26 AM
Haha..cter mcm ni best baca..slalu jnis moden2..
Lagu jampi tu..entah la..masuk kot..
Lagu dia o ...

lagu ayda jebat yang mana? Tajuk mata ke?

Avvy lama tu saya pun suka sebenarnya..minum secwan kopi sambil merenung rintik hujan
terkesan ingatkan kenangan terindah ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-11-2017 10:50 PM | Show all posts
Amina_Mirza replied at 26-11-2017 04:24 PM
Prolog uols memanggil betul lah TT. Iols follow cerita uols ni siap2 bookmarked dah ni

oh terima kasih Amina

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2017 10:51 PM | Show all posts
Mokcun replied at 26-11-2017 09:47 PM
Ipo....seronoknya ada cerita baru

ya mokcun..doakan semoga cerita ni menemui penghujungnya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2017 10:51 PM | Show all posts

dah sambung dear
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2017 07:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 27-11-2017 10:50 PM
oh terima kasih Amina

U r welcome, babe. I doakan u bersemangat nak habiskan mini novel ni. Boleh i baca sblm tidur
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:13 AM GMT+8 , Processed in 0.075064 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list