CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

HARTINI- dah terbit dengan Penerbit Dear Novels

  [Copy link]
Post time 11-12-2017 04:59 PM | Show all posts
Zanariah aka zenot aje ke nama anak dato' tu? Kenapa tak pretty zainta ke

tp mkin zenot ala2 boyish...  zanna nick..  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-12-2017 10:15 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 11-12-2017 02:50 PM
Eh....apasal aku pulak?

Lagu ni kan, masa mula-mula dengar macam KRU yang produce.
...

ko la..saja nak tuju lagu ni

ni lagu yang aku baru dengar tadi..Makudonarudo


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2017 10:16 PM | Show all posts
ladyFinger12 replied at 11-12-2017 04:59 PM
Zanariah aka zenot aje ke nama anak dato' tu? Kenapa tak pretty zainta ke

tp mkin zenot ala2 b ...

citer JAMPI ni hanya ada satu nama je lady
penat jari nak taip dua tiga nama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2017 11:13 PM | Show all posts
BAB 8


SAMBIL mendepa kedua tanga, udara pagi yang segar disedut sepuas-puasnya. Hartini yang dalam posisi sedikit mendongak sambil memejam mata, menadah mukanya pada sinaran cahaya matahari yang sememangnya sangat baik untuk kulit. Arwah mak dulu selalu berjemur pada waktu begini, Vitamin D dalam sinaran cahaya matahari waktu begini sangat-sangat baik menurut kata arwah mak.

Perlahan matanya dibuka. Sederet pokok bunga ros di kiri dan kanan dari jalan masuk ke halaman rumah nampak segar dengan bunga-bunga ros yang mekar berkembang. Nampaknya, Mak Minah menjaganya dengan baik.

"Tini! Dah la tu! Mari makan dulu!"

Hartini menoleh ke anjung rumah. Mak Minah berdiri dengan senyuman manis. Kaki diatur semula ke rumah. Satu gayung  air diceduk dari tempayan dan dijirus pada kedua kaki yang beralas selipar.

"Mak masak apa?" tanya Hartini  sebaik saja kakinya menapak anjung rumah.

"Macam biasalah. Lontong dan mee kari. Hari ni tak ada nasi lemak." balas Minah sambil meraih lengan Hartini dan bersama menuju ke ruang dapur.

Lontong bersama nasi himpit dan juga mee kari sudah terhidang di atas meja. Hartini segera melabuhkan punggung di atas tikar mengkuang mengadap hidangan sarapan. Dari luar tadi sudah bau semerbak aroma sarapan pada pagi itu.

"Makanlah.."Minah hulur mangkuk mee dan kuah kari kepada Hartini.

"Yalah mak."

Berselera mereka dua beranak menjamah sarapan. Minah tersenyum lebar melihat Hartini begitu berselera. Sudah dua kali tambah. Wajah Hartini diamati seketika. Seri wajah Hartini sudah mula pudar.  Dia biarkan saja Hartini habiskan sarapan. Mungkin masa bersantai sambil menganyam tikar dan kipas nanti, dia akan mulakan bicara.

"Mak tengok apa?" Hartini perasan renungan Mak Minah padanya.

"Tini dah berubah sikit mak nampak. Nampak kusam."

Hartini hanya membalas dengan senyuman. Sejak dia sibuk mengambil upah menjahit dan bekerja separuh masa di cafe ayah Zenot, sudah jarang haruman ros itu digunakan  untuk mandian. Setiap kali balik dari cafe, dia terus saja membongkang kalau Zenot tak ada mengajaknya pergi melepak di mana-mana.

"Saya sibuk sikit mak. Yalah, semuanya perlu duit. Saya ada ambik upah menjahit sikit. Alhamdulillah, dapatlah juga duit tampung belanja. hujung minggu kerja part time kat cafe, mak." Hartini berterus terang.

"Tu la, kan mak dah cakap. Mak boleh tanggung Tini. Duit jual tanah tu jangan disentuh. Biar mak je yang bayar yuran pengajian  Tini." Geleng Minah, degil Hartini sukar nak dilentur.

"Tak apa mak. Duit hasil jual tikar dan kipas tu, duit mak. Nasi lemak pagi-pagi tu, mak buat belanja. Duit hasil jual tanah tu masih banyak lagi mak. Saya pun cadang nak guna sikit je. Nak berjimat."

"Suka hati kamulah Tini."


USAI bersarapan, Hartini dan Mak Minah seperti biasa mula melakukan rutin harian, menganyam tikar dan kipas dan kali ini, bertambah dengan tudung saji. Permintaan dari Pak Kahar katanya. Dengarnya orang Kuala Lumpur yang sudah menempah tudung saji. Hampir ke tengahari mereka tekun menganyam. Akhirnya dapat menghasilkan jumlah yang diminta oleh Pak Kahar.

"Assalamualaikum!"

Serentak Hartini dan Minah menoleh. Kelihatan Saudah sedang tersenyum sambil menjinjing setandang pisang emas dan dua ikat buah rambutan. Sampai saja di anjung rumah, pisang dan rambutan diletakkan di atas pangkin dekat dengan tangga.

"Kau dari mana Odah?" tanya Minah. Jarang Saudah singgah ke rumahnya pada waktu begini.

"Aku dari rumah la. Ni, hah, pisang dan rambutan. Kebetulan semalam, abang Kahar rajin bersihkan semak kat belakang rumah. Nampak pisang emas ni dah masak. Rambutan pun dah ranum." jawab Saudah dengan senyuman kekal di bibir.

"Rezeki Tini la ni." Minah melirik pada Hartini.

Hartini mengambil sebiji rambutan lalu dikupas dan dimakan. Habis sebiji, sebiji lagi dimakan.

"Tini berapa hari cuti?"

"Seminggu makcik. Dah lama tak balik." balas Hartini, turut mengukir senyum. Dia segera bangun menuju ke dapur.

Saudah hanya menghantar Hartini dengan lirikan mata. Sebaik saja Hartini hilang di balik pintu dapur, dia menoleh pada Minah yang masih menganyam tikar.

"Minah, aku tengok Tini tu dah lain macam."

"Lain macam mana?" berkerut kening Minah.

"Nampak berisi. Kau kena jaga-jaga Minah. Tini tu pergi Kuala Lumpur sana, macam-macam tau. Anak perempuan aku dulu, aku dah pesan awal-awal. Jangan duk merenyam sangat dengan lelaki."

Minah hanya senyum mendengar leteran Saudah. Dia sudah masak dengan sikap Saudah yang suka mengongkong hal anak-anak. Baginya, selagi dia ada, Hartini akan selamat. Dia tidak perlu risau dengan keselamatan Hartini.

"Aku dengar, Mahat tu dah beli tanah Tini, betul ke?"

"Ya.. nak buat macam mana. Tini yang berdegil nak jual. Ikutkan aku, aku masih mampu tanggung belajar Tini tu. Entahlah, bukan senang nak simpan harta ni. Tambah lagi harta pusaka. Degil Tini dari kecik, macam tulah sekarang pun." Keluh Minah.

"Aku bukan apa, tapak rumah yang terbakar tu, semalam, ada orang tanya abang Kahar. Katanya, dia berminat nak beli."

Minah terdiam. Siapa pulak yang berminat dengan tapak rumah tu?

"Siapa?"

Saudah hanya mengangkat bahu. "Kalau aku, tak naklah! Pasal tapak rumah tu lah, jin ikut aku balik. Aku rasa, betullah yang arwah Hamdan tu bela jin. Guna jampi serapah."

Minah menggeleng.

"Tak baik kau tuduh macam tu. Kau dengarlah cakap orang kampung ni. Semua nak jaga tepi kain orang lain. Kain sendiri yang terselak, tak sedar!" tempelak Minah.

"Tapi..petang semalam, aku nampak ada benda kat tapak rumah tu. Aku nak kutip ulam raja yang tumbuh subur kat situ. Geram aku tengok." balas Saudah semula.

"Kau ni kan, tak serik! Kalau kau kena rasuk lagi, aku tak nak tolong dah!" Minah menjeling Saudah yang sudah tersengih-sengih.

"Alah, aku bukan curi. Ulam raja tu tumbuh liar kat situ."

"Yalah, tapi itu tapak rumah Hamdan. Kau jugak yang cakap Hamdan tu pakai jampi serapah." sekali lagi Minah tempelak.

"Memang pun! Kalau tak ada angin, pokok takkan bergoyang Minah oi! Si Deraman tu, dia nampak kelibat Hamdan duduk atas sisa tangga batu rumah dia tu. Masa tu, dah nak maghrib." Saudah mula teringat cerita Deraman pada Kahar semalam.

"Kau percaya ke?"

"Kalau aku pun dah kena rasuk, tentulah aku percaya. Jampi Hamdan tulah yang buatkan roh dia tak tenang."

Hartini yang membawa satu dulang berisi dua cawan kopi panas dan keledek goreng hanya kaku berdiri di muka pintu masuk. Telinganya sempat menangkap butir bicara makcik Saudah.

"Eh, Tini. Kenapa tercegat je?"

Hartini mengatur langkah semula dan meletakkan dulang di atas tikar mengkuang di hadapan Saudah. Dia kemudian duduk bersila di sebelah Mak Minah. Mata masih menghala pada Saudah yang sudah tersipu-sipu.

"Makcik, saya tahu, makcik tak suka saya sejak kecil. Makcik selalu puji kak Lina depan saya. Saya tak pernah ambil hati tapi kalau makcik nak tuduh arwah ayah saya, saya tak boleh berdiam diri." tegas kata-kata Hartini.

"Eh, bukan makcik yang kata. Semua orang kampung dah tahu pasal arwah ayah kau tu. " Saudah capai cawan kopi dan diteguk sampai licin.

"Arwah ayah saya tak macam tu. Orang kampung yang dengki dengan ayah." Hartini masih tak puas hati. Tajam dia merenung Saudah yang sudah tersenyum sungging sambil mengunyah ubi keledek goreng.

"Tini, makcik tak nak tuduh macam-macam tapi rumah peninggalan arwah tu terbakar tiba-tiba. Entah-entah jin mana yang buat dajal."

Hartini tercegat bangun. "Cukup makcik!"

Minah dan Saudah serentak mendongak pada Hartini yang berdiri dengan kedua tangan digenggam kuat. Bibir diketap kuat.

"Minah, aku balik dululah ya." Saudah segera menyarung selipar dan tergesa-gesa melangkah pergi.

Hartini menyorot tubuh gempal Saudah yang terkedek-kedek berjalan menuju ke arah jalan besar.

"Sudahlah Tini. Odah tu memang gitu. Tak payah fikir sangat."

Hartini duduk semula. Perasaannya bercampur baur. Geram, sedih dan rasa membuak pada penduduk kampung yang menuduh arwah ayahnya seorang yang mengamalkan jampi.

"Dah, tikar dah siap. Nanti, hantar ke kedai Pak Kahar." pesan Minah.

Hartini masih diam. Matanya masih menghala pada jalan tadi. Kelibat Saudah sudah tidak kelihatan.


Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2017 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Moreeee pleaseeee~~~ misteri benor nih~
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2017 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Moreeee pleaseeee~~~ misteri benor nih~
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-12-2017 10:40 AM | Show all posts
sambung lg....best citer ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2017 11:13 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 12-12-2017 11:37 PM

okey sambung sikit ya kisah dongeng ni sebelum macik rehat untuk 4 hari..nak mengedit manuskrip, ada deadline
Amboi macik ni kannnn...siap buat pengumuman. Macamlah orang ambik tahu sangat citer ko macik ipo oiii

BASIKAL dikayuh pelahan ke kedai Pak Kahar. Belakang basikal sarat dengan tikar dan kipas. Tudung saji terpaksa dihantar esok hari saja. Bukan dia ada kereta nak sumbat semua. Kayuhan basikalnya semakin laju sebaik saja Hartini terpandang Deraman yang sedang menunggang motorsikal dari arah bertentangan.

"Ish! Jumpa lagi orang tua ni!" Rungut Hartini, kayuhannya semakin laju.

"Tini!"

Hartini tidak hiraukan Deraman. Dia mengayuh selaju mungkin. Rasanya sudah habis kudrat. Tiba-tiba motorsikal Deraman memintas dan berhenti di laluan Hartini. Hartini sudah mengagak. Nampaknya orang tua kutuk itu tak serik-serik mengganggunya.

"  Pakcik nak apa?" Tinggi suara Hartini kali ini. Mata tajam memandang wajah orang tua gatal itu.

"Kasihan aku tengok kau bawa tikar. Biar aku tolong." Deraman turun dari motorsikal dan cuba mengambil tikar dari belakang basikal Hartini.

Hartini menepis tangan Deraman. "Tak payah!"

"Eh, aku kesian kat kau je. Nak tolong pun tak boleh?"

Hartini malas nak melayan, basikalnya dikaruh semula tetapi terasa berat. Dia berpaling, tangan Deraman sudah memegang belakang basikalnya dengan ketawa mengekek. Panas hati dengan tindakan Deraman yang sudah macam budak-budak, dia turun dan tongkatkan basikal lalu menghampiri orang tua itu.

Pang!!

Satu penampar singgah di pipi Deraman. Hartini terus saja mengayuh basikal semula dengan hati membara panas.

"Jaga kau Tini! Aku akan jampi kau sampai tunduk pada aku! Ingat tu!!"

Laungan kata-kata Deraman menujah telinga. Ikutkan hati, mahu saja diberi penumbuk padu ke muka orang tua itu tadi tapi cukuplah penampar sulung darinya saja. Sudah lama dia ingin  hadiahkan penampar ke muka berkerutu Deraman. Hartini senyum riang mengenangkan semula tindakannya tadi.

"Rasa kau!"



KAHAR mengukir senyum sebaik sahaja terpandang Hartini sampai di depan kedainya. Dia menjenguk keluar dan menolong Hartini mengangkat tikar dan kipas dari belakang basikal. Hartini turut menyusun tikar dan kipas di tempat yang selalu Pak Kahar letak.

"Eh, tudung saji tak ada ke?" Kahar jenguk ke arah basikal.

"Esok pakcik. Kan saya guna basikal je. Mana nak letak tudung saji yang besar gabak tu. Takkan nak buat topi pulak." Hartini terkekek-kekek sendiri.

Kahar turut ketawa. "ya tak jugak. Karang, dengan basikal masuk longkang."

"Tahu tak apa."  

Hartini melabuhkan punggung sambil mengipas-ngipas wajahnya. Hari itu cuaca terang dan selalunya waktu begini, langit sudah mula mendung tapi hari ini panas pula. Macam biasa, dia menunggu Pak Kahar mengira stok yang ada dan yang sudah terjual. Sementara itu, dia membuang pandang ke jalan besar. Lengang. Tak ada sebuah kereta pun yang singgah di kedai Pak Kahar. Kalau tidak, penuh saja di ruangan parkir.

Hartini senyum sendiri. Aksinya menampar Deraman tadi terasa lucu pula. Padan muka! Ketawa Hartini semakin kuat. Ketawanya terhenti sebaik terpandang sebuah Mercedes hitam berhenti betul-betul di hadapan kedai Pak Kahar. Tiga manusia menapak keluar dari perut kereta. Salah seorangnya adalah lelaki yang pernah datang ke kedai Pak Kahar dulu, seorang Dato menurut Pak Kahar.

Matanya beralih pada seorang wanita yang berselendang menampakkan sedikit rambut di dahi dengan kaca mata hitam menghiasi wajah putih miliknya. Pada fikirannya, tentu wanita itu isteri kepada Dato itu. Gadis yang memakai kaca mata hitam yang beriringan berjalan dengan wanita itulah yang membuatnya terpaku. Pantas dia bangun dan bergegas ke basikal.

"Eh,kau ni pekerja baru cafe tu, kan?"

Belum sempat Hartini mengayuh, satu suara menegurnya. Dia berpaling perlahan dengan senyuman kelat. Perlahan juga dia mengangguk. Hartini pandang pada lelaki dan wanita di sisi Hani.

"Kau tinggal kat sini ke?" soal Hani lagi.

Hartini mengangguk.

"Oh,jadi ni kampung kau?"

Sekali lagi, Hartini mengangguk.

"Nak beli produk kampung ke?" Kali ini Hartini bertanya.

"  Papa aku yang nak beli. Entah apa yang menarik sangat dengan tikar, tudung saji tuh!" cebik Hani.

Hartini diam saja. Sudah tahu sikap Hani, jadi dia tidak hairan kalau itu yang keluar dari mulut Hani. Benar kata Faizal, Hani berlagak dan sombong. Dia hanya memerhati saja ketiga manusia itu masuk ke dalam kedai Pak Kahar.  Nampak Pak Kahar melayan dengan baik.

"Emm..esok-esok, aku akan lebih kaya dari kau!" Hartini ketap bibir.

"Tini! Kejap! Pakcik belum bayar lagi ni!" laung Kahar bila ternampak Hartini mula ingin beredar dari kedainya.

Kahar bergegas keluar dan menghulur segenggam wang kepada Hartini dan masuk semula ke dalam kedai melayan pelanggan. Dia sempat jeling pada Hartini yang sudah mula mengayuh basikal meninggalkan kedainya.

"Maaf, siapa budak perempuan tu?"

"Yang mana Datin?" Kahar berkerut keningnya, nampak Datin terjenguk-jenguk memandang ke luar kedai.

"Budak perempuan tadi. Siapa namanya tadi?" tanyanya semula.

"Tini, Hartini." balas Kahar berbahasa.

Wajah perempuan itu berubah riak. Kahar perasan Datin itu mencuit lengan suaminya dan berkata sesuatu. Anak gadis pasangan itu pula sedang merayap-rayap melihat produk yang disusun rapi. Kahar mengamati wajah gadis itu. Lama dia cuba menelah wajah bujur sireh dan memiliki kulit sawa matang.

Lina? Kahar tergamam.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2017 10:56 AM | Show all posts
lepas satu misteri, muncul lg satu misteri... jgn nanti ko yg diselubungi misteri, ipo.

mcm pembelit... suka membelit last2 terbelit... eh, bukan lady nak kata ipo pembelit tau. itu perumpamaan sajorkk...

btw, gud luck with your manuscript
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2017 01:01 PM | Show all posts
ladyFinger12 replied at 13-12-2017 10:56 AM
lepas satu misteri, muncul lg satu misteri... jgn nanti ko yg diselubungi misteri, ipo.

mcm pe ...

memang berbelit dan misteri2..

haa..susahnya lady..dah lulus penilaian tapi nak kena ubah sana, ubah sini..cantas itu ini
which is...susahnya........
okey out dulu

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2017 01:24 PM | Show all posts
umaidebab replied at 11-12-2017 11:35 PM
Moreeee pleaseeee~~~ misteri benor nih~

dah sambung sikit...sikit je
tq baca kisah dongeng ni ya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2017 01:24 PM | Show all posts
ovina replied at 12-12-2017 10:40 AM
sambung lg....best citer ni..

dah sambung sikit...
walaupun sikit, kira sambung jugak kan
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2017 05:20 PM | Show all posts
SAMBUNG LAGIIII
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2017 05:20 PM | Show all posts
eh tercapslock pulak.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2017 04:35 PM | Show all posts


Deraman
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2017 06:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Ingtkn dato yg beli tikar kat kmpg tu ayh si zenot..
Emo betul si faizal tu..haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2017 10:58 AM | Show all posts
ipo.. best citer ni. misteri haha..

btw miss suka potret tu. lawa siot
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2017 08:18 PM | Show all posts
Hani perasan dirinya diperhatikan dari tadi. Orang tua yang pada hemahnya agak sebaya dengan ayahnya itu asyik mencuri pandang padanya. Nak kata dia pakai baju terbalik, rasanya dah sejam berdiri depan cermin sebelum keluar dari rumah tadi. Habis, apa yang menarik sangat sampai orang tua itu tidak berkelip memandangnya? Takkan dah jatuh cinta?? Gila apa??  Hani segera menghampiri kedua orang tuanya yang sedang berbual di satu sudut tidak jauh dari tempatnya berdiri.
"Cepatlah mama! Panas ni!" Hani mengipas mukanya dengan kipas mengkuang yang sempat dicapai dari atas rak.

"Macam mana?" tanya Kahar sebaik saja Dato Nazim selesai berbual dengan isterinya.

"Okey, saya nak semua tudung saji dan tikar mengkuang tu. Oh ya, bagi sekali bakul rotan. Nanti hantar ke rumah saya ya." ujar Dato Nazim.

Kahar mengangguk faham. Dia bersama seorang lagi pekerja mula mengangkat barang yang dipesan dan dimasukkan ke dalam perut van. Selesai semuanya, Kahar mengarahkan pekerjanya segera membuat penghantaran mengikut alamat pada kad bisnes yang diberi oleh Dato Nazim.

"Siapa yang buat tikar dan tudung saji ni semua?" soal Datin Afifah.

"Orang kampung ni jugak, Datin. Yalah, mengkuang dan rotan senang dapat kat kampung ni. Jadi, boleh dibuat macam-macam barangan kraf. Sebenarnya ada lagi barangan kraf yang dibuat daripada sabut kelapa. Kalau Datin berminat, saya boleh order." balas Kahar berbahasa.

"Sabut kelapa?"

Kahar mengangguk sambil tersenyum manis.

"Banyak kegunaannya. Boleh dibuat pelapik untuk tanaman pokok. Ada yang buat penyapu tapi tak ramai yang guna penyapu sabut kelapa sekarang. Semua dah moden." balas Kahar semula.

"Oh..menarik jugak tu." Dato Nazim mencelah.

"Apa yang menariknya, papa? Orang hidup ke depan, takkan kita nak pandang belakang pulak? Sekarang ni, orang dah tak guna benda-benda tu semua." Hani cepat-cepat menyampuk.

Kahar diam saja. Gaya cakap anak perempuan pasangan Dato Datin itu seakan sama dengan Harlina yang cukup bangga dan bongkak ketika kecil dulu. Malah, memek wajah juga seakan sama.

Hani pandang dengan riak jengkel. Sekali lagi dirinya diperhatikan lelaki tua itu.

"Pakcik nak apa dengan saya?"

"Hah?" Kahar terkulat-kulat.

"Tengok saya macam nak telan." gumam Hani sambil menjeling tajam pada Kahar.

Datin Afifah turut merasa sesuatu yang tak kena dengan pemilik kedai barangan kraftangan itu. Dari mula masuk kedai tadi lagi, dia perasan orang tua itu asyik memerhati pada anak perempuannya.

"Kahar, saya sebenarnya ada buka satu kedai barangan kraf kat Kuala Lumpur. Jadi, saya ingat nak tempah dalam jumlah yang banyak juga nanti. Kalau boleh, saya nak beli terus dari pembuat tudung saji dan tikar mengkuang ni. Mungkin bulan depan, kedai saya siap sepenuhnya."

"Eh, boleh je Dato. Nanti saya kenalkan Dato dengan pembuat tikar dan tudung saji ni. Elok juga tu, saya pun tak ambik untung banyak. Kalau beli terus dengan dia, lagi senang. Tak adalah susah Tini nak angkut ke kedai." balas Kahar dengan senyuman lebar.

"Oh, jadi yang buat tudung saji, tikar, kipas ni semua, Tini tu la?" Hani bertanya sinis.

Kahar mengangguk. Dalam hatinya sudah terasa lagak anak gadis itu persis Harlina. Suka perlekehkan orang lain sedangkan adik sendiri pun, Harlina tidak sebulu dan selalu cemburu dengan kulit putih Hartini.

"Kalau macam tu, bagus! Minggu depan saya datang lagi."

Kahar hanya mengangguk sambil menyambut wang yang dihulur oleh Dato Nazim kepadanya untuk bayaran barangan yang diangkut tadi. Dia menghantar Dato Nazim sekeluarga ke kereta.

"Oh ya, kat sini, mana tempat yang sedap makanannya?" sempat Datin Afifah bertanya.

"Kalau nak makan berat, boleh cuba makan kat Umbai atau Muara Sungai Duyung. Kalau nak rasa asam pedas sedap, kat Kota Laksamana pun ada. Kalau kat Masjid Tanah ni, Asam Pedas Zink." jawab Kahar.

"Baiklah. Bang, kita makan asam pedaslah ya. Tak adalah jauh sangat."

"Asam pedas? Huh!" Cebik Hani seraya menutup pintu kereta dengan muka cemberut.

"Okey, jangan lupa hantar ke alama tu ya!" kata Dato Nazim sebelum masuk ke dalam perut kereta diikuti Datin Afifah.

Kahar hanya memandang kereta Mercedes itu meluncur laju menuju ke arah bandar. Dia kemudian masuk semula ke dalam kedai.

"Pak Kahar, siapa diaorang tu?" tanya Hamid sebaik saja Kahar duduk di kerusi di dalam bilik pejabat.

"Eh, takkan kamu tak kenal? Kan dah selalu jumpa kat kedai ni." Kahar menggeleng. Pelik pula dengan pertanyaan Hamid, pekerjanya yang masih setia bekerja dengannya. Sebelum ini, anak muda lebih suka berhijrah ke Kuala Lumpur.

"Saya tahu la Pak Kahar. Saya tanya tu sebab tadi saya dengar Datin  rambut karat tu soksek soksek pasal Tini. Apa diaorang tu ada apa-apa ke dengan Tini?" soal Hamid.

Kahar mula berfikir sampai berkerut-kerut keningnya. Dia juga perasan gelagat Datin Afifah tadi. Memang Datin Afifah ada bertanyakan pasal Hartini. Tambah lagi anak perempuan mereka mempunyai perwatakan seperti Harlina.

"Kau rasa..dia orang tu ada kaitan ke dengan Tini?" Kahar berpaling semula pada Hamid.

"Eh, Pak Kahar ni. Saya tanya Pak Kahar, Pak Kahar pulak tanya saya." Hamid senyum sengih.

"Aku tengok budak perempuan tu macam Lina pun ada. Emm.."

"Tu la, kalau saya ni banyak duit, dah lama saya masuk meminang Tini tu, pakcik." ujar Hamid dengan nada mengeluh.

"Ada keinginan saja tak jadi kalau kau tak majukan diri. Aku rasa, Tini tu tak pandang harta. Janji boleh hidup, makan pakai cukup. Kalau Tini tu kejar orang kaya, dah lama dia tinggalkan Mak Minah tu. Tinggalkan kampung ni. Apa yang ada kat kampung ni? Harapkan tapak rumah yang terbakar tu?" Kahar menggeleng.

Hamid mengangguk-angguk. "Yalah pakcik. Saya dah cermin muka saya ni. Rupa macam tembok pecah, duit harapkan gaji kat kedai ni je la."

"Jangan duk mengeluh nasib, sampai bila kau tak akan maju. Tak salah pasang angan-angan. Orang kata dengan angan-anganlah, impian kita jadi kenyataan. Yang penting, usaha ke arah tu."

Sekali lagi Hamid mengangguk. Setuju dengan Pak Kahar. Sampai bila nak berada di takuk lama.

"Kau jaga kedai kejap. Aku nak ke rumah Mak Minah. Aku kena beritahu dia pasal Dato Nazim tadi. Bulan depan tu dah tak lama. Nanti, marah pulak Minah tu kat aku kalau tiba-tiba Dato tu minta tempahan dia."

Kahar keluar semula dari bilik pejabatnya dan mula menghidupkan enjin motorsikal Yamaha menuju ke rumah Minah.




Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2017 10:01 AM | Show all posts
sikt jerrrrr?????
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2017 11:00 AM | Show all posts
thanks sambung ....sambungla lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:31 PM GMT+8 , Processed in 0.097728 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list