CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7000|Reply: 29

Saya Menghidap Kanser Limfoma, Pernah Doktor Beritahu Ada Setahun Sahaja Untuk H

[Copy link]
Post time 27-11-2017 10:41 AM | Show all posts |Read mode

Disebalik kelincahan dan semangat Elyana Emrizal untuk menghiburkan penonton di atas pentas Gegar Vaganza 2017, siapa sangka beliau memendam rahsia dan sedang berjuang melawan penyakit kanser Limfoma tahap 4. Elyana sebenarnya sudah 7 tahun berjuang melawan penyakit tersebut.



Saya tidak mahu menyembunyikan apa-apa daripada peminat, oleh itu secara spontan saya membuat pengumuman mengenai kanser yang saya hidapi. Sudah tujuh tahun saya berjuang dengan kanser Limfoma dan sekarang hanya mampu berdoa kepada Allah selepas puas berikhtiar. Ada satu ketikanya, saya menghilangkan diri kerana berubat, namun kos perubatan kimoterapi memakan sejumlah wang yang besar. Jadi saya memilih untuk menggunakan alternatif lain.



Elyana akui setiap malam beliau terlalu fobia untuk melelapkan mata kerana bimbang tidak akan bangun pada keesokan harinya untuk berjumpa dengan anak perempuannya.





Orang Melayu paling ramai hidapi barah limfoma
Dahului kaum lain sejak lebih sedekad lalu, mungkin sebab faktor genetik, sekitaran dan gaya hidup




TEKNOLOGI BARU MERAWAT BARAH: Dr Choo Bok Ai kini menggunakan mesin radioterapi Varian yang baru dipasang di Hospital Tan Tock Seng untuk merawat pesakit barah. Mesin yang merupakan teknologi baru dalam merawat barah itu mampu mengurangkan masa rawatan radioterapi sebanyak 50 peratus berbanding mesin yang menggunakan teknologi lama. – Foto KHALID BABA

ORANG Melayu paling ramai menghidap barah limfoma berbanding kaum Cina dan India di Singapura. Bagi setiap 100,000 penduduk, 21.3 merupakan lelaki Melayu yang menghidap barah limfoma. Bilangan ini lebih tinggi berbanding 15.3 pesakit lelaki Cina dan 15.2 pesakit lelaki India yang menghidapi barah tersebut.

Di kalangan wanita, bagi setiap 100,000 penduduk, 14.7 merupakan wanita Melayu yang menghidap barah limfoma – lebih tinggi berbanding 9.6 pesakit Cina dan 9.4 pesakit India yang menghidapi barah itu. Meskipun kaum Melayu mendahului kaum lain dalam barah limfoma, bilangan pesakit barah Melayu secara keseluruhan adalah sekitar 1.5 hingga dua kali lebih rendah daripada kaum Cina.

Demikian perangkaan daripada laporan Pejabat Pendaftaran Penyakit Nasional (NRDO) mengenai trend penyakit barah di Singapura antara 2007 dengan 2011.

Menurut Konsultan Jabatan Radiasi Onkologi di Hospital Tan Tock Seng dan Institut Barah Universiti Nasional (NCIS), Dr Choo Bok Ai, orang Melayu mendahului kaum lain dalam barah limfoma sejak tahun 1998. Namun, beliau berkata buat masa ini tidak ada penjelesan kukuh mengapa kadar limfoma lebih tinggi di kalangan orang Melayu dan berpendapat ia mungkin bergantung kepada genetik, faktor sekitaran dan perbezaan dalam gaya hidup.

Barah limfoma menjejas sistem limfa. Ia terbahagi kepada limfoma Non-Hodgkin yang lebih kerap menjejas pesakit berusia 55 tahun ke atas dan limfoma Hodgkin yang menjejas orang muda berusia antara 15 dan 20 tahun dan mereka yang berusia 50 tahun ke atas.

Bilangan pesakit yang menghidapi barah limfoma telah meningkat dari 1,746 pesakit antara tahun 1998 dan 2002 ke 2,839 pesakit antara tahun 2007 dan 2011. Pesakit barah limfoma di peringkat pertama dan kedua mempunyai 80-90 peratus harapan sembuh manakala pesakit di peringkat lebih lanjut hanya mempunyai 40-60 peratus harapan.

Rokok mempunyai 4,000 bahan kimia yang membahayakan badan dan 70 daripada bahan kimia ini boleh menyebabkan barah paru-paru. Jika seseorang merokok lebih 25 batang rokok sehari, dia mempunyai 25 kali lebih kemungkinan terkena barah paru-paru berbanding bukan perokok.

– Dr Choo Bok Ai.



Dr Choo juga berkata kebanyakan kes barah limfoma tidak diketahui sebabnya.

Antara faktor yang boleh meningkatkan risiko seseorang menghidap barah limfoma adalah pendedahan kepada ubat pembunuh serangga (pesticide), merokok, bekerja dalam industri berkaitan dengan kayu, sistem imun atau daya tahan penyakit yang rendah dan jangkitan beberapa jenis virus.

Antara tanda-tandanya ialah nodus atau ketulan besar yang ketara di leher, ketiak dan bahagian kemaluan serta hilang selera, berat badan yang menurun dan demam yang berterusan.

Buat masa ini, tiada ujian saringan boleh dilakukan untuk mengesan barah limfoma.

Di Singapura, secara keseluruhan, barah limfoma adalah barah kelima paling kerap dihidapi kaum lelaki dan ketujuh paling kerap dihidapi kaum wanita.

Antara tahun 2007 dengan 2011, seramai 26,267 lelaki dan 27,734 wanita menghidapi barah.

Tiga barah paling biasa dihidapi kaum lelaki ialah barah usus besar (17.6 peratus), barah paru-paru (15.6 peratus) dan barah prostat (11.8 peratus).

Bagi kaum wanita pula, tiga barah paling biasa dihidapi ialah barah buah dada (29.3 peratus), barah usus besar (13.9 peratus) dan barah paru-paru (7.8 peratus). Namun, bagi golongan Melayu, barah yang paling biasa dihidapi kaum lelaki ialah barah paru-paru (18.3 peratus) diikuti barah usus besar (15.3 peratus) dan barah limfoma (12 peratus).

Dr Choo berkata barah paru-paru mendahului senarai itu kerana jumlah perokok di kalangan lelaki Melayu adalah tinggi.

“Rokok mempunyai 4,000 bahan kimia yang membahayakan badan dan 70 daripada bahan kimia ini boleh menyebabkan barah paru-paru.

“Jika seseorang merokok lebih 25 batang rokok sehari, dia mempunyai 25 kali lebih kemungkinan terkena barah paru-paru berbanding bukan perokok,” kata Dr Choo.

Di kalangan wanita Melayu, barah paling biasa dihidapi ialah barah buah dada (32.2 peratus), barah usus besar (10.8 peratus) dan barah limfoma (7.4 peratus). Dr Choo berkata meskipun barah paru-paru adalah barah ketiga paling kerap di kalangan wanita Singapura, ia adalah barah keenam di kalangan wanita Melayu. Ini mungkin kerana wanita Melayu kurang menghisap rokok berbanding kaum lain, kata beliau lagi.

Sepertiga jenis barah boleh dielak
TAHUKAH anda bahawa sepertiga jenis barah boleh dielakkan?

Caranya pula agak mudah – iaitu dengan menjaga pengambilan makanan, bersenam dan mengamalkan gaya hidup sihat. Hal ini dijelaskan oleh Konsultan Jabatan Radiasi Onkologi Institut Barah Universiti Nasional (NCIS), Dr Choo Bok Ai, dalam satu wawancara baru-baru ini.

Beliau berkata barah biasanya dapat dikekang menerusi gabungan beberapa faktor dalam gaya hidup seseorang.

“Pemakanan anda memainkan peranan penting. Senaman pula membantu meningkatkan sistem imun atau daya tahan penyakit dalam diri anda, menguatkan tubuh serta membantu anda mengawal berat badan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2017 11:38 AM | Show all posts
https://www.cureyourowncancer.org/rick-simpson.html

baca artikel ini. ni bukan blog akak. sekadar perkongsian google
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2017 04:58 AM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 27-11-2017 11:38 AM
https://www.cureyourowncancer.org/rick-simpson.html

baca artikel ini. ni bukan blog akak. sekadar ...

wah akak cili ade blog rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2017 05:00 AM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 27-11-2017 11:38 AM
https://www.cureyourowncancer.org/rick-simpson.html

baca artikel ini. ni bukan blog akak. sekadar ...

eh baru baca akak cili tulis..blog org rupanya
suspicious je bunyi: cureyourowncancer?
wah pandai nye blogger tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2017 05:19 AM | Show all posts
ni dia kena Hodgkin's Disease ke Non-Hodgkin's Lymphoma?
HD kot.. NHL tragic sikit

HD is treatable and curable
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2017 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 28-11-2017 05:00 AM
eh baru baca akak cili tulis..blog org rupanya
suspicious je bunyi: cureyourowncancer?
wah panda ...

Doctor ada ubat homeopathy sy consume lagi kuat kesan daripada ubat hospital. Setakat ni ada dua penyakit je belum sembuh masih try and error . Kalau placebo effect? kenapa ubat hospital sy makan xsembuh tapi makan ubat homeopathy sembuh? itu yg bermain dalam otak sy. Adakah sebab ubat hospital industri farmasi multi trillion dollar? profitable business?

ubat homeopati sy beli rm 10 je murah. Xde mahal macam klinik. Teori lagi mahal ubat lagi sembuh teori placebo.

Berkenaan cancer, kenapa elyana xsembuh walaupun dh chemotherapy? alternatife medicine 'mungkin' boleh sembuhkan. Ada yg cure cara diet organic food fruit, ada zapper ( ni scam kerja charge mahal kt patient) , ada cannabis oil, ada water cure protocol dan macam2 lg. Kenapa patient cancer beralih arah kepada alternative medicine? sebab chemotherapy xmenyembuhkan.

Mungkin certain stage chemotherapy berkesan mungkin sebahagian stage cancer chemotherapy tidak berkesan. Tanya je elyana kenapa dia stop chemotherapy. Sy bukan doctor, sy consume homeopathy dan sakit saya sembuh berbanding makan ubat generic. Sy cuba amalkan natural medicine sbb sy syg badan sy. Ramai yg ckp homeopathy placebo, Yang cakap tu xcuba lagi homeopathy.tak cuba xtahu. Simple je. Duit pun jimat badan pun sihat.  

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-11-2017 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Setiap penyakit ada ubat, sebagai patient berusaha cari.

Contoh sakit kurap sapu getah daun gelenggang sembuh. Xperlu ubat cina sengseng xperlu ubat farmasi rm40. Malaysia kaya dengan tumbuhan herba

X semestinya kita kena jd doctor baru blh rawat diri sendiri. Senam amal gaya hidup sihat pun rawatan. Fikir positive pun rawatan. doctor ada ilmu macam mana penyakit jadi apa effect. Alternative medicine ni normally dia org study try and error. Symptom, medicine result..alternative medicine tiada kepakaran surgery.. doctor ada..Sy xtolak kepakaran doctor tp tolak ubat yang rosakkan badan sy. Sy prefer natural dan curable affordable medicine..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2017 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga industri kesihatan utamakan kesembuhan daripada profitable interest.

Jual mesin aura
Jual mesin elektrik baring sembuh
Jual ubat farmasi ( cuba check dalam ubat ada apa dan google side effect)
Jual zapper ( industri multibillon)

Akak punya konsep natural murah dan cureable. Yang mahal2 ni dia org making profit tebal. Doctor2 ni educated . Tanpa doctor scammer  medicine industry ni akan berkembang biak . Kasihan kepada yang terpedaya dengan scammer. Satu mesin zapper boleh cecah 120 000 usd. Gila mahal.kalau betul sembuh kenapa xlease atau rental. Bullshit scammer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2017 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagi satu kanser ni sebahagian cakap berpunca daripada gangguan jin.

Kalau kena kanser cuba rawat dengan perawat islam. Jgn jumpa bomoh takut dia install lagi banyak jin. Bomoh ni biasanya ada ladang ternak jin. Kalau org jumpa dia buat kerja dia panggil kt ladang dia buat sihir.


Jin mampu binasakan badan manusia. Doctor check darah semua normal tapi masih sakit. Pergilah berubat untuk gangguan jin. Siapa2 boleh kena sihir.

Xsalah berusaha untuk diagnosis cancer dengan gangguan jin. kalau ada gangguan jin rawat sungguh2.. dalam tubuh badan manusia boleh hidup satu kerajaan jin.. jin mampu buat kerasukan dengan masuk saluran darah pergi ke otak..belajar amalan perawat..Akak pegang setiap penyakit ada ubat kecuali mati..

Ada doctor menolak sakit berpunca daripada gangguan jin.bagi doctor tersebut tanya ustaz atau baca alquran tentang kewujudan mahluk jin. Belajar tinggi melangit belum tentu semua ilmu kita tahu dan mampu kuasai.

Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2017 12:54 PM | Show all posts
husband saya dulu managed to stop smoking pun selepas guna ubat homeopathy....
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2017 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 28-11-2017 12:16 PM
Lagi satu kanser ni sebahagian cakap berpunca daripada gangguan jin.

Kalau kena kanser cuba rawa ...

Info yang bagus cili. Terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2017 08:20 PM | Show all posts
monreyes replied at 28-11-2017 12:54 PM
husband saya dulu managed to stop smoking pun selepas guna ubat homeopathy....

do you know that some homeopathy nyer ubat is depa amik ubat betul, hancurkan dan campur daun itu ini
depa ni ramai yg unregulated, takde research, tak bertanggungjawab
ramai yg bagus, tapi ramai yg go into the Homeopathic Field utk berniaga
very many doctors go into hospital sebab compassion, minat, conviction, vocation dan knowledge
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2017 08:25 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 28-11-2017 11:48 AM
Doctor ada ubat homeopathy sy consume lagi kuat kesan daripada ubat hospital. Setakat ni ada dua p ...

haha, semua org boleh follow pendapat masing masing
cuma yg tidak dibenarkan ialah unverified claims, false claims, penipuan etc

homeopathy pon bagus dan ade tempat je dalam perubatan
ramai yg bagus, tapi ramai yg go into the Homeopathic Field utk berniaga, utk menjual ubat campuran mereka.
terpulanglah pada pesakit as they have the autonomy
very many doctors go into hospital sebab compassion, minat, conviction, vocation dan knowledge



Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2017 08:43 PM | Show all posts
ipes2 replied at 1-12-2017 08:25 PM
haha, semua org boleh follow pendapat masing masing
cuma yg tidak dibenarkan ialah unverified cla ...

dia ada banyak mazhab doctor . yang original mazhab murah, dan based on symptoms.

mazhab lain ada  campur dan modified sendiri. contoh masa bancuh ubat homeopati ketuk meja. first time tengok pengamal homeopati sebegitu? apa dia install pun tak tahu. charge sampai RM 250.  taubat pergi tempat2 sebegini.

yang charge mahal ni biasanya khidmat consultation. based on pengamal. nak kata ubat homeopati mahal? lagi murah daripada harga sepapan panadol.

kalau nak lagi original ambil class homeopathy , study, and bancuh sendiri for family necessary. contoh sakit demam kahak hijau ni ubat dia. kalau sakit cagu sakit berdenyut denyut ni ubatnya dan lain2 lagi.

pengamal homeopati tak tolak kepakaran doctor tapi mereka tolak ubat2 yang merbahaya untuk tubuh badan manusia. ada je doctor tukar profession jadi homeopati.  setakat ni cina melayu ada , india tak jumpa lagi.


kadang2 tertanya2 juga apa sumber ubat farmasi kita makan ni? ada side effect ke? berbahaya untuk buah pinggang ke? bukan badan manusia di cipta untuk "healing sendiri"?  contoh potong rambut tumbuh balik rambut, tulang patah boleh cantum semula. ubat yang bagaimana dapat rangsang tubuh badan manusia untuk lawan penyakit secara semulajadi tanpa kandungan kimia yang merbahaya?



Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2017 08:47 PM | Show all posts
ipes2 replied at 1-12-2017 08:20 PM
do you know that some homeopathy nyer ubat is depa amik ubat betul, hancurkan dan campur daun itu  ...

homeopati banyak mazhab. kalau nak pukul rata semua xboleh. banyak je rakyat malaysia consume homeopati sbb tahu kandungan ubat yang merbahaya.

mazhab terbaik cari ilmu dan pure homeopati. setakat ni beberapa pengamal homeopati je saya percaya salah seorang doctor hassan pkns bangi.

yang cakap homeopati placebo tu menipu. saya sendiri dah consume dan rasa perubahan beberapa penyakit saya. ada dua penyakit masih belum sembuh lagi insya Allah nak cuba jaga pemakanan dan kesihatan. sebab badan manusia Allah cipta complete. boleh self healing. mana tahu penyakit berpunca daripada pemakanan, kurang bersenam atau gangguan emosi. homeopati ada ubat untuk gangguan emosi tanpa side effect.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2017 08:49 PM | Show all posts
monreyes replied at 28-11-2017 12:54 PM
husband saya dulu managed to stop smoking pun selepas guna ubat homeopathy....

dik homeopati ni kena cuba dulu baru percaya. bukan pentaksub tapi realiti.

selama ni pernah tak kita study apa kandungan ubat paracetamol, panadol? sbb kita malas membaca. lepas baca buku homeopati dan google akak tahu apa badan akak perlukan.

akak insya allah ambil kelas homeopati dan self consume. murah je ubat berbanding paracetamol sepapan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2017 08:54 PM | Show all posts
orgsepang replied at 30-11-2017 09:51 AM
Info yang bagus cili. Terima kasih.

sama2 sis, akak percaya kanser boleh jadi gangguan jin sbb ada kenalan mmg sah kena sihir masuk hopsital masuk air  symptom lebih kepada kanser. sampai sekarang tak de kanser. alhamdulillah doctor sendiri ngaku dan double check bukan sakit kanser. kepakaran doctor jangan diragui. cuma ada pekara di luar bidang doctor kita kena usaha sendiri.

akak tolak yang mengarut2 ketuk tulang, bedah batin melainkan akak boleh verified ilmu tersebut betul. orang sekarang nak scam nak famous macam2 cara.

sekarang ni amalan yasin 41 hampir setiap hari 8 jam. moga hilang gangguan jin sihir.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2017 09:01 PM | Show all posts
Edited by CiliPadiSedap at 1-12-2017 09:07 PM

homeopati ni asal usul dia ada seorang kokesen ni dia dapat ilham homeopati daripada symptoms. contoh kalau  makan bawang mentah mata akan berair, hidung akan berhingus. jadi bila pesakit ada symptom hidung berhingus mata berair makan lah ubat homeopati asal usul daripada bawang. jadi dia try bagi kepada orang sakit mata berair dan hidung berhingus. sakit orang tu sembuh. dia cuba pula bahan lain. dia study kalau orang sihat makan bahan ini apa reaction muncul pada tubuh badan. selepas itu reaction muncul tu dia bagi bahan tersebut pada pesakit yang reaction sama dan sembuh. melalui symptoms pada orang normal sihat dan kesan kepada pesakit maka terhasil homeopati.

homeopati bukan business multibillion dollar macam sesetengah ubat .. homeopati murah.. lebih murah daripada sepapan paracetamol.. murah tak bermaksud tak bagus.. senang cerita ilmu homeopati ni free source macam linux.. ubat tut macam windows profit multi billion medicine industry.. jadi jangan pelik kalau beli ubat homeopati boleh bawah RM 10 untuk 3 botol ubat..


kelemahan homeopati ni kena try and error untuk match dengan sakit yang kita ada. kelebihan homeopati ni dia rawat dalaman merangsang tubuh badan merawat lawan penyakit berbanding  bunuh symptom

ada ubat jenis makan dia bunuh symptom hingus, mata berair tapi tak merawat dalam tubuh badan untuk melawan penyakit. itu yang kita risau . kita nak anti bodi badan kita kuat self healing. tak nak ada side effect

setakat ni ada dua penyakit saya je masih try and error. ubat modern  ada guna tapi tak sembuh pun. dua penyakit ni mungkin kesilapan saya kenal symptom di tubuh badan.

seronok belajar homeopati dan self consume untuk rawat penyakit bukan untuk suka2.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2017 08:42 AM | Show all posts
ipes2 replied at 1-12-2017 08:20 PM
do you know that some homeopathy nyer ubat is depa amik ubat betul, hancurkan dan campur daun itu  ...

masa tu socmed xde....
so based on testimoni penjual...
so happens it works...
mungkin juga his determination to stop sbb masa tu saya preggy 1st baby...
tapi my late father ambik x jadi apa...
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2017 11:58 AM | Show all posts
Edited by rock_stars_roll at 10-12-2017 12:53 PM
ipes2 replied at 28-11-2017 05:19 AM
ni dia kena Hodgkin's Disease ke Non-Hodgkin's Lymphoma?
HD kot.. NHL tragic sikit

Kata sorang haematologist yang pernah I jumpa for my study on HL (I work for a healthcare related company), HL is "a good cancer", and he always tells his patients that it is one of the most treatable and there is standard saying, anyone with HL probably has 85% of cure with standard treatment.

I harap si penyanyi ni selamat dan tak putus asa untuk melawan HL la doc @ipes2. Kagum tengok dia setabah ni.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 05:57 PM GMT+8 , Processed in 0.410207 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list