CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4925|Reply: 12

4 Fasa Pengurusan Kewangan Peribadi, Anda Dimana?

[Copy link]
Post time 6-12-2017 11:12 AM | Show all posts |Read mode
Perbincangan melibatkan kewangan peribadi meliputi banyak aspek yang perlu diteliti dan dikenal pasti, untuk memastikan setiap individu dapat manfaat yang maksima dengan kos yang minima. Artikel ini akan membincangkan beberapa fasa pengurusan kewangan peribadi yang menjadi teras dan perkembangan idea dalam pengurusan kewangan peribadi.


Foto: Carian Internet

Fasa Simpanan
Fasa ini adalah fasa permulaan yang paling utama. Fasa penyimpanan adalah perkara tunjang yang menjadi mantera kepada para pelabur mega dalam dunia. Simpanan yang 'gemuk' menunjukkan kematangan pengurusan kewangan peribadi yang mapan. Ianya diperlukan dalam banyak fasa pengurusan kewangan peribadi seterusnya disamping menjadi legasi kepada keturunan kita yang akan datang.


Fasa Perlindungan
Perlindungan dibuat apabila kita sudah mempunyai sedikit simpanan yang susah untuk dikumpulkan. Pada fasa ini melihatkan individu memindahkan risiko yang akan mengambil simpanan tadi, kepada satu organisasi lain. Organisasi ini dipanggil syarikat insurans atau takaful.


Risiko seperti sakit adalah menjadi punca terbesar kehabisan dana simpanan yang dibuat tadi. Ini adalah kerana kos-kos yang tidak dijangka akan hadir ketika kita sakit. Pindahkan risiko tersebut kepada organisasi yang lain dengan sedikit caruman bulanan/ tahunan yang menguntungkan dikemudian hari. Apabila musibah berlaku, simpanan akan kekal dan tidak terusik.




Foto: Carian Internet


Fasa Pelaburan

Fasa ini dilakukan apabila sejumlah simpanan telah cukup untuk dilaburkan. Pelaburan berfungsi untuk menambah simpanan sedia ada. Ia melibatkan pengurusan portfolio pelaburan yang dikawal oleh kita sendiri. Namun, jika simpanan masih 'kurus' jangan berani untuk melabur dalam akaun yang mempunyai risiko yang besar.


Antara pelaburan yang popular adalah saham dan hartanah. Kedua-dua jenis pelaburan ini mempunyai risiko dan peluang untuk menggandakan pelaburan dengan cara tersendiri. Namun sebelum bergerak ke fasa pengurusan kewangan peribadi ini, moleklah sekiranya kita lengkapkan dengan ilmu disamping simpanan yang 'gemuk'


Fasa Wasiat
Mengikut Prof. Datin Dr. Azizan Baharuddin dari Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), kira-kira sebanyak RM 60 bilion aset terdiri seperti hartanah dan wang dari pelbagai institusi kewangan masih tidak dituntut oleh rakyat Malaysia. Harta tersebut tidak bertuan dan masih tergantung, seriuskah masalah ini?


Wasiat dibuat seseorang itu sebelum meninggal dunia supaya harta yang dikumpul dapat dijadikan legasi dan diwariskan kepada keturunan yang akan datang. Contoh terbaik adalah sultan-sultan dalam negara kita. Kekayaan mereka adalah hasil dari kekayaan nenek moyang mereka yang diwarisi. Keturunan mereka dihormati bukan setakat status sosial, tetapi kesanggupan nenek moyang mereka untuk mencipta legasi yang kekal sepanjang zaman.



Foto: Carian Internet



Kesemua fasa di atas adalah fasa asas dalam perkembangan pengurusan kewangan peribadi. Ianya perlu diikuti secara tertib supaya keupayaan kewangan peribadi boleh dimaksimakan sehabis mungkin dengan kos yang minima. Penyesuaian kesemua fasa ini bergantung kepada kewangan individu yang berbeza mengikut keperluan, umur dan pendapatan.
Sekarang anda di tahap mana? Mari mulakan…! -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2017 11:25 AM | Show all posts
thanks for sharing
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Fasa baru nak bernafas
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 01:03 PM | Show all posts
fasa nak tunggu pencen...
rumah da ada, kreta da ada, saving ada la sikit..
utk ank2 biar la dia org cri sendri dan kumpul sendiri
sbb aku dulu pun cri sendri.. da kerja baru la kumpul sikit2..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 01:16 PM | Show all posts
di awan awangan
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2017 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Sape penah invest kat public mutual.komen please
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-12-2017 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Thks for sharing this {:smile
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2019 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
No 4 belum lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2019 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
fasa 4 belum lagi
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2019 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Fasa 1 i skip fasa 2 & 3 ada. Fasa 1 susah nak achieve. Tlg iols
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2020 12:52 PM | Show all posts
Setakat ni fasa ke laut dalam..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 03:14 PM | Show all posts
I'm very impressed with your article; you've included a lot of valuable information. Thank you for sharing your knowledge.

<a href="https://digitalmarketingintelugu.in/1000-social-bookmarking-sites-list-2021/">1000 Social BookMarking Sites List</a>
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2021 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by green~tea at 21-5-2021 10:43 PM

All 4..  semua serba sedikit lah.. takde la kepuk2 level kayangan punnn

Fasa simpanan.. ada la kat tabung haji skek, asb1 skek, asb 2 skek, asb 3 skek, koperasi skek, amanah hartanah bumiputra skek, maybank smartcash skek..  kwsp etc tu toksah citer la dah mmg mende wajib... so those yang super low risk, steady dividends (3% - 7%) i mmg classify under savings ni je lah...  

Fasa perlindungan..  masuk semua jenis... aia ada beberapa jenis i amek, etiqa pun beberapa jenis.. medical card 2, retirement fund, hibah, takaful, life, critical illness... both ada apps yg boleh laa kita refer and guna.. aia ada apps sendiri yg lagi user friendly,  nak claim pun semua mudah and cepat bank in.. etiqa ada apps smile... not as user friendly as aia punya.. cuma nya etiqa punya dividend lg banyak  compared to AIA (11.67% vs 9.1%) for retirement fund, i masuk both....

Fasa pelaburan... ni sbnrnya yang i start dulu masa mula2 keje dulu.. buat loan beli tanah2, dulu2 murah lagi... then i tried public mutual, cwa... now semua unit trust (cwa PM) i dah stop and i focus to maybank asset management (MAM) je... financial advisor pun sgt bagus keep in touch dgn i almost every week.. free service je and memang di jaga walau i ke mana2 branch negeri lain pun... started unit trust under maybank ni dengan amanah hartanah bumiputra AHB yang kasi 2X dividend setahun, dah siap potong zakat.. then baru lah i register unit trust lain under maybank... byk products and good dividends..

Fasa wasiat.. ni i baru start.. masuk hibah, etc and i also engage lawyer syariah sbb i anak laki sorang je, tu pun hasil dari perkahwinan dgn ex husband.. so to protect my harta, i kena engage lawyer mana nak amanahkan, mana nak lantik pemegang amanah, mana yang i hibahkan direct to husband sekarang.. gitu lah... husband i pun dah siap2 settlekan wasiat hibah dia sume... parents dia pun dah awal2 bahagi nama siap2.. konsep family kitorang, there is no such thing as properties ada 2 nama.. 1 property, 1 nama sahaja dalam tu.. ni semua utk memudahkan urusan pusaka nnti2.. korang sure penah dgr properties yang ada 1/32 bahagian laa berbaris2 nama dalam geran... semua ni menyusahkan pentadbiran harta.. nak jual takleh nak manfaatkan pun tak buleh.. nak bayar cukai hasil pun takde mood sbb lot lidi jeeee... hujung2 kerajaan amek balik ... mcm tu lah melayu hilang tanah.... faham
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:20 PM GMT+8 , Processed in 0.068630 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list