CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: noraidil_06

Jamu & petua dr dapur

  [Copy link]
 Author| Post time 6-12-2017 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Mizkopi replied at 6-12-2017 02:06 PM
Woww tq kaka. Keep on sharing. Ai mmg peminat jamu. Mkn jamu since umur 17 tahun. tapi ai makan yg p ...

Ms mude kaka makan yg kapsul. Tp dh tua2 ni kerajinan lbh skit,  i did it myself. Sbb senang sgt kan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2017 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts

4 Air Rebusan Elok Untuk Kesihatan

@PetuaDanPenjagaan

Ramai dikalangan kita mengambil ubat sampingan yang salah. Ada yang memudaratkan diri sendiri. Apa kata anda guna cara biasa. Bukan sahaja mudah malah, tidak perlu membayar mahal. Paling penting ia elok untuk kesihatan dan kecantikkan.

1. Rebusan Serai dan Halia

Anda hanya perlukan tiga batang serai dan 4cm halia. Kedua-dua bahan ini perlu diketuk. Kemudian anda rebus di dalam periuk dengan tiga gelas air. Diingatkan guna air yang sudah ditapis. Bukan air paip mahupun air yang telah dimasak. Anda amalkan 2 atau kali seminggu. Rebusan ini elok bagi anda yang letih dan lenguh-lenguh badan, kolestrol tinggi dan sakit urat. Disyorkan minum selepas makan iaitu waktu siang.

2. Rebusan Sireh

Gunakan tiga atau lima helai daun sireh. Rebuskan didalam periuk juga dengan tiga gelas air yang telah ditapis. Minum ketika air tersebut suam. Anda boleh tambah bunga cengkih tiga kuntum dan sedikit serbuk kayu manis. Ini dapat menghilangkan bau badan dan pulihkan segala urat dan sengal-sengal badan. Amalkan setiap hari selama sepuluh hari.

3. Rebusan Sireh dan Daun Inai

Guna tiga atau ke lima helai daun sireh dan segenggam daun Inai. Seperti biasa rebus di dalam periuk dengan menggunakan tiga gelas air yang sudah ditapis. Minum apabila sudah suam. Rebusan ini sesuai bagi wanita yang mengalami peputihan dan banyak lendiran yang berbau. Elok diamalkan selepas haid.

4. Rebusan Halia, Serai, Cengkih dan Kunyit

Anda perlu ketuk dua atau tiga batang serai. 3cm halia dan 2cm kunyit juga diketuk. Sedikit kulit kayu manis, bunga cengkih atau bunga lawang, sehelai daun pandan dan sedikit madu susu. Diambil setiap kali sebelum atau selepas haid. Sebulan sekali. Ini untuk mewangikan kewanitaan dan menyegarkan badan anda. Amalan berkhasiat ini juga bagus untuk penjagaan kesihataan terutama bagi yang mahu menjaga dalaman adan, segarkan urat saraf serta membuang toksid dan lemak dalam tubuh.

Selamat mencuba!
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm ni boleh x sis? Lil amik dr group telegram
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
lil_sparky replied at 6-12-2017 02:28 PM
4 Air Rebusan Elok Untuk Kesihatan

@PetuaDanPenjagaan

Menarik ni   selalu i buat detoks je halia serai. Tapi dah lama tak buat. Lagipun kalau taruk serai tak berapa sedap..  tapi gigih jugak la buat dulu2
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by lil_sparky at 6-12-2017 02:39 PM


Hanya Minum Air Timun Sebelum Tidur,
Perut Kempis Jadi Milik Anda!
Bole cuba gak ni!
.
Bahan-bahan:
===========
1/2 biji lemon
1 biji timun
Segenggam daun parsley
1 sudu kecil halia diparut
1/3 air masak
.
Cara sedia dan cara minum:
======================
Campur semua bahan-bahan dalam pengisar jus dan kisarkan.
.
Minum setiap malam sebelum tidur.
Hasilnya sangat menakjubkan.
Cubalah!
In Shaa Allah...
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by lil_sparky at 6-12-2017 02:39 PM


@PetuaDanPenjagaan
REBUSAN SERAI HALIA BERVARIASI UTK BUANG ANGIN DAN KESIHATAN AM
.

1. Rebusan  Serai dan Halia
=======================

      - Ambik 3 batang serai
      - 4cm halia  @2 ketul
  Diketuk kedua  bahan di atas.  
  Direbus  dgn 3 gelas air dijadikan sehingga 1gelas air . Tunggu suam diminum.

Rebusan ini seeloknya dibuat seminggu 2 / 3 kali.
Sesuai diamalkan kepada sesiapa yang sentiasa  letih dan lenguh2 badan.  kolestrol  tinggi  dan sakit urat saraf.   Disyorkan minum selepas makan di siang hari.

2. Rebusan Sireh
==============
      - Ambik daun  sireh 3 ke 5 helai.
Di rebuskan  dengan 3 gelas air dan jadikan 1 gelas. Tunggu suam dan di minum.
Tambahan : boleh dicampurkan dgn bunga  cengkih 3 kuntum.

Untuk menghilangkan bau badan dan pulihkan  segala sakit urat dan sengal-sengal badan.

Rebusan ini seeloknya di amalkan setiap seminggu  ke 10 hari sekali.

3. Rebusan sireh dan daun Inai
    ========================
       -  3 ke 5 helai daun sireh.
       -  segenggam  daun Inai.
Direbus  dgn 3 gelas air dan jadikan sehingga 1 gelas air. Minum bila sudah suam.

Rebusan  ini sesuai paling sesuai digunakan  bagi perempuan  yang mengalami  keputihan dan lendiran yang banyak.  Juga berbau.

Elok di amalkan  selepas haid.

4. Rebusan Halia Serai cengkih dan kunyit
    ==================================
     -  2 /  3 batang serai di ketuk
     -  3cm halia  (tua/muda).di ketuk
     -  2cm kunyit di ketuk
     -  sedikit  kulit kayu manis / bunga  
        cengkih /bunga lawang
      - daun pandan sehelai
      - sedikit  gula batu.
        *** gula batu boleh di ganti dgn
        madu jika suka.

*Rebusan  ini seeloknya di ambil setiap kali sebelum atau selepas haid.
Cukup sekali sebulan  shj.
Bagi mewangikan kewanitaan  anda dan menyegarkan badan.

Segala resepi  dan ramuan di atas , anda boleh amalkan mengikut  kepada keperluan dan kesesuaian  badan anda.
Sy tidak syorkan  ambik setiap hari. Sila aturkan mengikut  keperluan badan sendiri.  

Ini adalah amalan untuk  penjagaan  kesihatan  terutama  bagi menjaga  dalaman badan dan menyegarkan  urat saraf. Membuang toksid dan lemak . Dan tersangat  banyak khasiat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2017 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 6-12-2017 01:08 PM
x la. x pahit pun. ade letak madu kan.so x pahit la. tp kaka kdg2 x letak pun madu. sbb madu mahal ...

Mak teh dah beberapa bulan amalkan makan bawang putih mentah 1 BULB dgn 2 sudu madu tiap tiap pagi Masa perut kosong....pastu letak air, minum. Bawang putih tu meols cincang lumat lumat.
Badan rasa panas berpeluh la sikit, perut pun rasa nak mrmbuang...

Tapi bagus sbb meols dah Tak pernah demam, selsema, rasa bertenaga aje sepanjang Hari, nak titun pun senang, badan pun makin slim, trkanan darah Makin stabil.
Cuma nafsu agak membuak la
Bau badan Tak Ada pun bila makan bawang putih tu, cuma bau kentut aje lah yg berbau bawang putih

Madu mak teh beli Kat Jaya jusco aje..nak Cari yg Ori payah.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Bawang putih elok makan mentah, kalau masak nanti akan musnahkan allicin yg sgt bagus sbg anti kanser Dan tinggi anti oksida
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-12-2017 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
putehkundor replied at 6-12-2017 02:45 PM
Bawang putih elok makan mentah, kalau masak nanti akan musnahkan allicin yg sgt bagus sbg anti kanse ...

Allah k. teh,  x tertelan iols. Laki iols ade la crush it n mkn dgn madu. Me cannot la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2017 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
putehkundor replied at 6-12-2017 02:43 PM
Mak teh dah beberapa bulan amalkan makan bawang putih mentah 1 BULB dgn 2 sudu madu tiap tiap pagi ...

Mcm ni la laki iols minum.

Iols stick to resepi kt atas la k. teh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2017 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
lil_sparky replied at 6-12-2017 02:37 PM
@PetuaDanPenjagaan
REBUSAN SERAI HALIA BERVARIASI UTK BUANG ANGIN DAN KESIHATAN AM
.

Tqqqq.  Yg rebusan sireh+inai bagus gak utk yg jaga suara
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts

@PetuaDanPenjagaan
JUS ASAM KUNYIT utk kempiskan perut

jus asam kunyit ni bagus untuk kempiskan perut, kecutkan rahim, melancarkan period dan darah nifas. Jamu ini dapat mengharumkan tubuh, menyegarkan dan menghaluskan serta merampingkan tubuh badan jika rajin mengamalkannya.

BAHAN-BAHAN :

1. kunyit besar ibu jari. saya buat double sbb nak simpan utk 3 hari

2. halia besar ibu jari. ni pun saya doublekan. tapi kalau x suka rasa pedas, x payah masukkan. saya masukkan sebab nak buang angin dlm badan

3. 1 genggam asam jawa. bancuh dgn 4 gelas air

4. gula melaka sesedap rasa

CARA-CARA :

blend halus kunyit, halia dgn air asam jawa. tapis. masak atas dapur dari 4 gelas sampai jadi 2 gelas. masuk gula melaka sesedap rasa. sejukkan. tapis lagi sekali. blh minum suam atau simpan sejuk.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts

@PetuaDanPenjagaan
Jus pembersih tubuh

Manfaat utama daripada jus ini adalah menjaga sistem imunasiasi badan, selain mencegah selesema dan menjadikan kulit bersinar. Jus ini juga sangat baik manfaatnya untuk kesihatan kulit. Selain itu, ia juga memberikan kesan pembersihan pada seluruh tubuh. JUga kaya dengan vitamin C, sangat bagus untuk luka dan kulit.

Bahan: Epal, Oren

Jus menurunkan kolesterol

Jus yang dibuat daripada timun dan epal, terkenal memberi manfaat untuk melawan kanser dan mengurangkan paras kolesterol. Jus ini juga mengurangkan gangguan perut dan sakit kepala. Sebaiknya mula amalkan pengambilan jus ini apabila usia anda memasuki lewat 30-an. Jika anda mengamalkan jus ini setiap hari, maka anda tidak perlu bimbang masalah peningkatan tahap kolesterol.

Bahan: Epal dan timun

Jus penghilang bau mulut

Jus ini khusus untuk orang yang ingin meningkatkan kesihatan kulit. Untuk kesan yang lebih baik gunakanlah epal hijau. Jus ini juga memiliki keistimewaan lain iaitu menghilangkan bau mulut.

Bahan: Epal dan tomato

Jus untuk menurunkan suhu badan

Jus ini sebaiknya diambil ketika suhu badan meningkat . Jus ini akan segera menurunkan suhu badan dan membuat anda berasa lebih selesa. Jus ini juga baik untuk mengatasi bau mulut dan sangat sedap diminum ketika musim panas.

Bahan : Peria dan epal

Jus sihat dan segar

Kombinasi buah-buahan ini menyegarkan mulut anda dan sangat baik untuk kesihatan ginjal. Jus ini juga menghilangkan lebihan garam pada tubuh.

Bahan: Dua biji epal, setengah biji nanas dan sedikit tembikai

Jus vitamin

Ini resipi jus yang kaya vitamin. Malah, anak-anak juga akan suka dengan jus buah-buahan campur yang mengandungi vitamin C dan B2 ini. Minuman ini juga dapat membantu meningkatkan sistem ketahanan badan.

Bahan: Limau, anggur hitam, nanas dan susu
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts

Rawatan Penyakit
@PetuaDanPenjagaan
Menggunakan Buah2 & Sayur2. Insha Allah rawatan ini adalah sebagai alternatif menggantikan ubat. Caranya, blenderkan jer semua campuran. Kalau nak manis, boleh tambahkan madu.

Kencing Manis = Karot + Bayam + Saleri
Batuk = Karot + Nenas + Halia + Bawang Putih
Pening = Epal + Timun + Kale + Saleri
Ulser = Kobis + Karot + Saleri
Sembelit = Karot + Epal + Kubis
BP Tinggi = Ubi Bit + Epal + Saleri + Timun + Halia
Detox Buah Pinggang = Karot + Tembikai + Timun + Cilantro
Mata = Karot + Saleri
Mabuk = Epal + Karot + Ubi Bit + Lemon
Gementar = Karot + Saleri + delima
Depresi = Karot + Epal + Bayam + Uni Bit
Asma = Karot + Bayam + Epal + Bawang Putih + Lemon
Arthritis = Karot + Saleri + Nenas + Lemon
Batu Karang = Oren + Epal + Tembikai + Lemon
Stress = Pisang + Strawberi + Pear
Keletihan = Karot + Ubi bit + Epal Hijau + Lemon + Bayam
Hilang Ingatan = Delima + Ubi Bit + Anggur
Ketidakhadaman = Nenas + Karot + Lemon + Mint

Semoga bermanfaat..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts

Petua Mudah Kempiskan Perut Buncit
@PetuaDanPenjagaan


PETUA 1 (Asam Jawa)
Ambil sedikit asam jawa dan bancuh di dalam segelas air panas. Biarkan semalaman. Esok paginya, minum air bancuhan asam jawa tersebut. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

PETUA 2 (Daun lidah buaya, asam jawa)
Ambil sedikit daun lidah buaya. Masukkan dalam sebuah periuk dan tambahkan dengan air asam jawa. Didihkan bahan-bahan tersebut dengan api kecil sehingga pekat. Kemudian tutup api dan biarkan ia menyejuk dengan sendiri. Setelah dirasakan suam sedikit, lumurkan ramuan tersebut pada perut.

PETUA 3 (Limau nipis, kapur sirih)
Sediakan limau nipis dan kapur sirih. Perah air limau ke dalam piring atau mangkuk, campur dengan kapur sirih dan gaul hingga sebati. Lumurkan ramuan tersebut ke perut dan balut perut dengan sehelai bengkung. Lakukan setiap malam sebelum anda masuk tidur.

PETUA 4 (Limau nipis, air)
Air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda. Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda juga akan beransur turun.

PETUA 5 (Teh Cina, limau nipis)
Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

PETUA 6 (Teh hijau, Serbuk kayu manis, madu lebah)
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

PETUA 7 (minyak kelapa)
Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Sejukkan, kemudian sapu ke perut. Biarkan seketika selama 10 minit. Kemudian bilas. Amalkan setiap hari.

PETUA 8 (kapur makan, daun sirih, minyak kayu putih, limau nipis)
Bagi wanita selepas bersalin yang ingin mengempiskan perut kembali, amalkan campuran bahan ini untuk berbengkung. Campurkan sedikit kapur makan, beberapa helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan sesudu air limau nipis. Sapukan pada perut dan berbengkunglah seperti biasa.

Selamat Mencuba.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts

JUS DIABETES UNTUK DIAMAL  SEKALI SEKALA ATAU SEBAIK BAIK NYA 3 HARI BERTURUT / SEMINGGU SEKALI ATAU SEBULAN SEKALI BERGANTUNG KPD KANDUNGAN GULA DLM BADAN
@PetuaDanPenjagaan

Nak kongsi minum buat kencing manis..silakan semak
Resepi Minuman Kencing Manis
Bahan-bahannya:-
1 biji buah epal
1 biji peris katak
1/2 biji buah belimbaing
Cara-cara membuatnya:-
Blender semua bahan-bahan ini.Dan minum..inshaaALLAH paras gula akan turun...lagi satu jika orang2 yang penyakit kencis manis...harus simpan madu kat rumah sebagai EMERGENCY..ketika ia sedang mengelapah..masukkan madu ke dalam mulunya agak paras gula akan bertindak cepat..inshaaALLAH..selamat mencoba.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2017 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts

Petua Hilangkan Sakit Senggugut!
@PetuaDanPenjagaan

Ramai Belum Tahu...
Alhamdulillah, dah 2x saya amalkan minuman ni setiap kali selepas period.. Minuman ni kene minum sekali sebulan sahaja yee..iaitu sebelum period @ selepas period..so saya pilih minum ni lepas period sebab nak bersihkan balik dalaman rahim selepas proses haid..

Biasa setiap kali period, mmg saya sengugut..terlalu kuat sengugut, sakit yg amat smpai xleh nk bangun.. n period saya pun tingtong..kadang lewat 7hari, kdg lewat 12hari.. So semenjak saya amalkan minuman ni, saya dah x sengugut & period pun teratur..lancar je..alhamdulillah

Okey, mcm mane nak buat minuman ni? Just sediakan :

Serai 2btg

Daun pandan 2helai

Halia sebesar ibu jari

Kunyit sebesar ibu jari

Madu 1sudu @ gula batu 2-3 ketul

Air 3 cawan

Rebus semua bahan diatas sampai air jadi 1 cawan sahaja..minum waktu dah suam..

Tambahan info:
untuk masalah
keputihan, tambahkan daun sireh 2helai
untuk yg nak
merapatkan, tambahkan 1 biji manjakani (tidak sesuai utk anak dara)

PENTING.. HANYA MINUM 1X SAHAJA SEBULAN..
Kita hanya ikhtiar, Allah swt yang menentukan
..inshaAllah bg yg ada masalah senggugut, period x teratur, angin dalam badan, boleh cuba cara ni ...
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts


Mengeluarkan Batu Karang Secara Semulajadi
@PetuaDanPenjagaan

1. inum 4 gelas jus epal setiap hari selama 5 hari berturut-turut.

2. Hari ke-6, jangan makan malam.

Pada pukul 6 petang, makan satu sudu camca garam Epsom (magnesium sulphate), boleh beli di kedai farmasi.

Pukul 8 malam ulang makan garam epsom.

Pukul 10 malam, campurkan satu cawan minyak zaitun (250 ml) ataupun minyak bijan dan setengah cawan jus lemon segar (perah 3 biji lemon).

Campur minyak zaitun dengan jus lemon dan minum.

Dengan izin Tuhan, semasa membuang air besar keesokan paginya, kelihatan batu karang keluar.

Boleh guna epal hijau atau merah, asalkan epal tetapi lagi bagus epal hijau.

Gunalah berapa biji epal pun kerana tiada bilangan yang tetap asalkan cukup 4 gelas ataupun 1 liter.

Langkah-langkah mencegah berlakunya penyakit batu karang ataupun mengurangkan risiko penyakit:

1. Minum air sekurang-kurangnya 1.5 liter sehari. Ianya akan mengurangkan kepekatan garam dan mineral.. Minum lebih kerap adalah lebih baik.

2. Elakkan minuman berkarbonat dan kurangkan minuman manis yang lain.

3. Kurangkan pengambilan makanan yang banyak garam termasuk ikan masin dan seumpamanya. Dengan ini, ianya akan membantu mengurangkan jumlah kalsium dalam air kencing.

4. Banyakkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran berserat.

5. Kurangkan pengambilan makanan sumber protein haiwan dan gantikan dengan protein tumbuhan.

6. Kurangkan pengambilan susu dan produk tenusu yang tinggi kalsium. Kalsium berlebihan akan dikeluarkan oleh air kencing dan meningkatkan risiko penyakit batu karang.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni je yg lil sempat copy n paste.
Wat masa skrg..xpnh try lg. Rajin peram info je.
Nti dh hbs minum jus jamu br nk buat sndr..skrg tlg hbs kn jus jamu yg kakak lil beli.dia xsesuai minum. Jd mcm mna ntah..xreti nk habaq
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
resepi ni sama dngn jus lega ke
ari tu beli jus lega rm100 sebotol ada kawan jual
nak turunkan kolesterol
padahal boleh je buat sendiri
mcm sama je dgn resepi jamu ni cuma jus lega buh cuka epal kan, sedap minum rasa manis masam bawang putih seme ada
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:05 PM GMT+8 , Processed in 0.596313 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list