CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 31764|Reply: 40

[Pemandangan & Senibina] Scotland : Attractions Mesti Tengok

  [Copy link]
Post time 11-12-2017 12:08 PM | Show all posts |Read mode
Edited by bianglala at 9-1-2019 08:40 PM



Alhamdulillah, telah di izinkan menjelajah Scotland September lepas. Arrival di Scotland melalui airport Edinburgh jam 10:30 pagi, kemudian pick-up kereta dan bermulanya kembara kami. Tempat pertama di tuju ialah pekan kecil Falkirk, 19 batu dari airport yang mana terdapat 2 technological marvel yang patut kita lihat.


Selamat tiba di Edinburgh airport.


'The Kelpies', 2 kepala kuda yang di perbuat dari stainless steel seberat 300 tan satu, dibina dalam masa 90 hari saja.


Lima batu dari 'The Kelpies', terpadat pula 'Falkirk Wheel'. Ia semacam lif besar yang berputar mengangkat bot dari satu paras ke paras lain. Roda ini berputar menghubungi 'Forth and Clyde Canal' di bawah dengan 'Union Canal' di atas.


Dari Falkirk, kami menuju ke hotel kami di Glasgow. On the way singgah tengok St Andrew’s suspension bridge yang terletak berhampiran 'Glasgow Green', sebuah taman besar. Selepas berehat di hotel, kami ke bandar Glasgow menaiki bas memandangkan parking agak mahal.


St Andrew’s suspension bridge yang di bina pada 1855.


'Nelson’s Monument' dalam 'Glasgow Green' berhampiran jambatan St Andrew’s. Di bina untuk memperingati Vice Admiral Lord Nelson yang gugur dalam 'Battle of Trafalgar'.


'Clyde Arch', jambatan merintasi sungai Clyde kelihatan dari bahagian belakang hotel kami.


'Clyde Clock' di hadapan stesen bas Buchanan.


Hard Rock, Glasgow yang terletak di Buchanan Street.


Hari ke-2, perjalanan adalah dari Glasgow ke Fort William. Permanduan akan melalui kawasan pergunungan atau di panggil 'Highlands' yang amat cantik, tenteram & menawan. On the way, kami berhenti seketika di pekan Balloch & perkampongan Luss. Nota: 'Loch' bermaksud tasik & 'Glen' adalah lembah.


Permandangan Loch Balloch pada awal pagi.


Perkampongan Luss yang menawan.


Dari Luss, permanduan lebih sedikit dari 1 jam, kami tiba ke 'Black Rock Cottage'. Tempat ni biasa2 aje hanya rumah2 yang bercat putih tu, best untuk ambil gambar. Ke dalam sedikit lagi terdapat Glencoe Mountain Resort.  Pun tiada apa2 special, tapi alang2 dah dekat, pegi tengok2 aje lah. Di sini boleh guna kemudahan tandas yang percuma.


Antara pemandangan on the way ke Black Rock Cottage.


'Black Rock Cottage'. Location picturesque favorite para juru gambar.


Glencoe Mountain Resort ada chairlift untuk naik ke puncak gunung untuk bermain ski pada musim sejuk atau hiking pada musim lain.


Hadapan sikit dalam 2 batu, dari simpang masuk ke Black Rock Cottage, terdapat simpang masuk ke Glen Etive. Pemanduan selama 30 minit akan membawa kita ke jalan mati di Loch Etive. Bagaimanapun, pemandangan gunung kiri-kanan sungguh superb. Kita akan memandu menelusuri lembah di antara 2 gunung yang tinggi. Di kawasan inilah pengambaran James Bond 'Skyfall' di buat.


Sungai membelah batu2 di tepi jalan.


Pemandangan yang sungguh tenteram dan menakjubkan.


Klip dari adengan 'Skyfall' dari filem James Bond.


Inilah jalan single track dari simpang masuk dari jalan besar hinggalah ke Loch Etive. Banyak tempat begini untuk kita berhenti dan beri laluan kepada kenderaan bertentangan.


Selepas berpatah balik keluar dari Loch Etive kepada jalan besar, dalam 4.5 batu ke hadapan, sebelah jalan saja, kita dapat melihat air terjun yang di namakan ‘The Meeting of the Three Waters’. Tidak jauh dari sini, kita akan melalui banjaran ‘Three Sisters’ sebelah jalan besar yang kita memandu. Seterusnya, kita akan sampai ke pekan Fort William di mana kami bermalam di sini.


Air terjun 'The Meeting of the Three Waters’.


Banjaran ‘Three Sisters’.



bersambung .. Scottish Highlands, Isle of Skye & Edinburgh.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2017 12:39 PM | Show all posts
jelesssssssssss
cantiknyaaaaa
doakan saya banyak duit supaya dapat pergi berjalan ke tempat2 semulajadi cantik menikmati keindahan ciptaan tuhan, amiiinnn
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2017 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Parking sini. Sambil take note ape yg patut,
mana tau ada rezeki ke Scotland
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2017 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Love love love
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2017 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Bestnya. Salah satu my wishlist. Sambunglah lagi
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2017 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Nice. Hopefully sy pn sampai juge ke sini someday
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-12-2017 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 11-12-2017 02:50 PM
Nice. Hopefully sy pn sampai juge ke sini someday

Scotland sgt best kak.d pnh g edinburgh...mmg wow sgt tmptnya especially pd mereka yg sukakan sejarah
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2017 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Deidra replied at 11-12-2017 03:23 PM
Scotland sgt best kak.d pnh g edinburgh...mmg wow sgt tmptnya especially pd mereka yg sukakan seja ...

Tatau la D akk leh sampai ke tak?  D blanje plss
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2017 03:42 PM | Show all posts
Black Rock Cottage.. memang ada penghuni la kan. kadang nampak macam "kosong", atau cottage yang ditinggalkan (tapi tetap dijaga rapi).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2017 03:42 PM | Show all posts
airmineral replied at 11-12-2017 12:39 PM
jelesssssssssss
cantiknyaaaaa
doakan saya banyak duit supaya dapat pergi berjalan ke tempat2 semul ...

Doa sudah tentu setiap solat fardu/sunat. Follow up dengan list mana awak nak pegi, di Google map cari tempat2 tu, then guna street view seakan2 sdn memandu di sana. Listkan hotel/hostel mana nak menginap, tentukan masa/tempat utk solat, bawa Bhrahim jika tiada makanan halal. Monitor flight ticket samada direct atau multi destination, exchange rate, etc, etc, hari2 utk dpt bayangan. Ya .... banyak kerja sebelum pergi, sebelum duit ada pun. Sudah kena imagine kita berada di sana, sudah tau mana tempat2 nak tuju, dah tau jalan belok kiri ke kanan. Dah tau mana bas stop, bas no. brepa, train station, train no. brepa, airport dsb. Baru lah nnt seluruh alam membantu kita.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2017 03:52 PM | Show all posts
bianglala replied at 11-12-2017 03:42 PM
Black Rock Cottage.. memang ada penghuni la kan. kadang nampak macam "kosong", atau cottage yang dit ...

Kurang pasti. Mati akal cuba cari info pasal BRC tapi tak dapat. Mungkin untuk di sewa memandangkan berhampiran dgn Glencoe Mountain Resort. Otherwise, tempat ni takde apa2.

Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2017 05:08 PM | Show all posts
Waaaaa...niceeee
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2017 05:29 PM | Show all posts
transporter replied at 11-12-2017 03:42 PM
Doa sudah tentu setiap solat fardu/sunat. Follow up dengan list mana awak nak pegi, di Google map  ...

nicesaya pon suka guna streetview utk tgk tempat orang.huhu
kalau x kisah, boleh x share website yang awak selalu guna utk travel cthnya nak cari flight murah, penginapan.
Thanks in advance!
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2017 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Tt, share jugak kos trip ni.. excluding mkn & shopping... tq
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2017 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Yes  kalau dpt share bajet bagos jugaa. Makasih tt
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2017 09:30 PM | Show all posts
Alhamdulillah dh merasa jejak kaki ke scotland 2 bulan lepas wpun 3 hari je.sempat ke glasgow n edinburgh.tp tempat2 yg TT pergi tu cantiknye..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2017 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik nye scotland
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2017 02:53 PM | Show all posts
Sambung cite semalam.....

Hari ke-3, kami ke 'Glenfinnen Viewpoint', 17 batu dari barat Fort William yang mengambil 30 minit pemanduan. Dari atas bukit yang tidak berapa tinggi (berjalan 5-10 minit) di mana 'Glenfinnen Viewpoint' terletak, kita boleh lihat 'Glenfinnen Viaduct', jambatan keretapi yang di gunakan dalam penggambaran Harry Potter. Di arah bertentangan pula, kelihatan 'Glenfinnen Monument' di tebing Loch Shiel.

Hari ini cuaca agak baik dan terang dan itinerary kami adalah memandu terus ke Portree, Isle of Skye. Jarak pemanduan adalah +/- 110 batu dan di anggar mengambil masa 2j 30m. However, kami mengambil masa hampir 5 jam kerana kerap berhenti untuk ambil gambar.


Pemandangan hebat ke arah 'Glenfinnan Viaduct', aka 'Harry Potter Bridge'.


'Glenfinnen Monument' membelakangi 'Loch Sheil'.


Berpatah balik ke Fort William, kami mulai pemanduan arah utara ke Isle of Syke. Berikut adalah gambar2 pemandangan perjalanan dari Fort William hingga ke jambatan 'Skye Bridge' yang menghubungi tanah besar dengan Pulau Skye.


Biri2 di tepi jalan sejurus keluar dari pekan Fort William.


'Commando Memorial' di luar pekan 'Spean Bridge'.


Pemandangan gunung di tebing 'Loch Lochy'.


Pemandangan Loch Garry dari 'Glen Garry Viewpoint'.


Beberapa batu dari 'Glen Garry Viewpoint', terlihat permandangan awesome ni. Ini adalah pagar masuk ke ladang persendirian.


Tempat ini di panggil 'Stone Balancing' menghadap 'Loch Loyne'. Ingatkan tayar aje kena balancing.


Jalan on the way ke Isle of Skye melalui tepi tasik.


Musim luruh baru hendak bermula. Daun2 mula berkuningan.


Beberapa batu sebelum sampai 'Skye Bridge', kita singgah melihat 'Eilean Donan Castle'. Di sini kita berada di paras laut bukan lagi di 'Highlands'.


Entrance ke castle ialah £7.50. Kami tak minat jadi tak masuk.


Skye Bridge kelihatan dari 'Plock Viewpoint' di atas bukit yang boleh kita pandu naik.

Sejurus menyeberangi jambatan Skye, ambil lah detour ke kiri selepas round-about pertama untuk pandu lalu perkampongan Kyleakin. Apabila zaman Skye Bridge belum di bina, Kyleakin adalah tempat ferry berlabuh untuk mengambil atau menurunkan kenderaan dan penumpang. Kini ia menjadi satu perkampongan nelayan yang sunyi.


Perkampungan Kyleakin dan Caisteal Maol di background, sebuah kubu yang hampir runtuh.


Meneruskan pemanduan ke pekan Portree, selepas 25 batu atau 40 minit pemanduan, kita akan melintasi jambatan 'baru' Sligachan. Bersebelahan nya ialah jambatan lama 'Old Sligachan' bridge. Di sini juga adalah tempat yang picturesque untuk mengambil gambar berlatarbelakang 'Black Cullins Hills' yang nampak nya bewarna hitam.


'Old Sligachan' bridge yang tidak di gunakan lagi di hadapan dan jambatan 'baru' di belakang.


Pemanduan 20 minit atau perjalanan 10 batu lagi, tibalah kami ke pekan terbesar di Isle of Skye, Portree. Kami menginap di B&B di sini selama 2 malam. B&B ni tidak jauh dari pekan, boleh berjalan kaki dalam 15-20 minit. Portree juga merupai sebuah pekan perlabuhan dan juga terdapat aktiviti nelayan.

  
Pemandangan pekan Portree dari Portree Sailing Club.


Pekan Portree dari dekat. Kebanyakan hotel & restaurant di jalan mati ini.



Bersambung .. Isle of Skye & Edinburgh.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2017 04:37 PM | Show all posts
aduhai gambar first tu.. cantiknya... kalaulah kebetulan train tengah lalu... fuhhh.

terasa kembali ke zaman silam je, dengan jambatan lamanya, castle...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2017 11:17 PM | Show all posts
bianglala replied at 12-12-2017 04:37 PM
aduhai gambar first tu.. cantiknya... kalaulah kebetulan train tengah lalu... fuhhh.

terasa kemb ...

Jacobite steam train dalam filem Harry Potter akan lalu jambatan ni pada waktu 11:00 pagi & 3:00 petang bulan May ke Oktober saja. Boleh naik train ni di Fort William dan buat day trip ke pekan Mallaig. Walaupun jambatan tu nampak lurus, ia sebenar nya melengkung. Panjang nya 1,000 kaki & berada di paras 100 kaki dari tanah. Ke hadapan sedikit dari Glenfinnen Viewpoint, kita boleh naik lerang bukit berhampiran landasan keretapi tu dan mengambil gambar dari jarak dekat. Timing kami sampai Glenfinnen tak ngam, jadi tiada keretapi yang lalu waktu kami di situ.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Gambar & Video


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:11 AM GMT+8 , Processed in 0.559920 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list