JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
12
Return to list New
4872
View
38
Reply

[Pemandangan & Senibina] Scotland : Attractions Mesti Tengok

[Copy link]

Author: transporter       Show all posts   Read mode

Author
 Author| Post time 13-12-2017 10:12 AM | Show all posts
Hari-4, kami memandu keliling pulau Skye. Walaupun cuaca kurang baik pada awalnya, telah beransur cerah kemudian. Banyak tempat yang menarik di Skye ni, tapi ada beberapa tempat hanya boleh di kunjungi dengan kereta. Bas2 tidak di benarkan masuk kerana jalan yang sempit dan berliku serta tiada tempat parking yang luas.

DSC03402.JPG
Cuaca yang agak menghampakan pada awal pagi.

DSC03397.JPG
Pemandangan melalui pulau Skye.

DSC03384.JPG
'Old Man of Storr' adalah puncak batu yang boleh di lihat dari jauh Satu tempat hiking yang ramai kunjungi. Parking terhad ada di tepi jalan.


Seterus nya kami melawat 'Kilt Rock' & 'Mealt Falls Viewpoint'. Sini terdapat air terjun yang melimpah ke 'Sound of Raasay' di bawah. Kilt Rock pula, adalah formasi batu setinggi 90m yang nampak semacam skirt bagpipers pakai.

DSC03417.JPG
'Kilt Rock' di background tu, manakala waterfall paham2 lah.

DSC03449.jpg
Garrafad adalah sebuah kampong kecil bersebelahan pantai yang berbatu. Yang menarik cerunan batu macam 'kilt'.

DSC03453.JPG
Cerunan batu hadapan pantai Garrafad.

DSC03442.JPG
Pemandangan dari Garrafad ke Quiraing.

Next, kami anggap ini paling best di Skye, ialah dataran gunung di Quiraing, 3.5 batu dari Garrafad. Ia adalah dataran tinggi yang memberi pemandangan yang sungguh menakjubkan. Dari sini, kita boleh melihat lautan melepasi Garrafad. Kita pandu naik dataran ni yang ada kawasan parking yang luas. Tidak perlu mendaki dataran ni, cukup sekadar berjalan rilek2 aje. Dengan cuaca yang redup, suhu yang nyaman ..... eh rasa tak nak balik.

DSC03460.JPG
Bermula pendakian bukit ke Quiraing.

DSC03498.JPG
Jalan naik Quiraing yang sempit. Ada overtaking spots.

DSC03500.jpg
Exploring dataran Quiriang.

DSC03504.JPG
Menikmati keindahan Quiriang.

Melintasi pulau Skye dari timur ke barat, kita menurun bukit ke pekan Uig. Beberapa batu dari Uig, terletaknya Fairy Glen. Tempat ini ada kolam dan bukit yang tidak seberapa tinggi jika berhajat untuk daki untuk pemandangan yang cantik.

DSC03507.JPG
Pandangan pekan Uig dari atas bukit.

IMG_8988.JPG
Fairy Glen. Kerusi, kolam & bukit. Resipi yang menawan.

DSC03528.JPG
Bukit yang boleh di daki. Ada walking path untuk naik.


Bersambung .. Edinburgh.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2017 12:56 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 13-12-2017 12:58 PM

Subhanallah cantiknya
saya pergi ke Edinburgh dulu, tak melawat pun tempat2 macam ni..huhuhu tak sempat sebab dah nak rush balik ke London semula
jelesnya...nanti ada masa, nak pergilah tempat macam tu..
sempat tengok pemandangan laut masa naik bas ..memang cantik
tapi sempat la pergi beberapa tempat di Edinburgh...

Princess mall
princess mall.jpg
Scott monument
scott monument 1.jpg

Princess street
princess street 1.jpg

Princess street..time ni hujan rintik-rintik..
Princess street.jpg


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 14-12-2017 12:22 PM | Show all posts
Edited by transporter at 14-12-2017 01:36 PM

Hari ke-5 kami berangkat pulang ke Edinburgh. Route pemanduan tidak sama seperti kami datang ari tu. Kami akan melintasi Scotland dari Portree (barat) ke Pitlochry (timur) sebelum berakhir di Edinburgh. Jarak perjalanan dalam 240 batu dan di anggarkan driving lebih 5 jam. Pemandangan kali ni tidak secantik seperti melalui jalan 'highlands'. Hanya 1-2 tempat nampak country side menarik tapi itu pun tidak cukup untuk membuat kami stop atau ambil gambar.

Pemanduan ke Pitlochry mengambil masa kurang sedikit dari 4 jam dan kami tiba pada jam 1:00 tengahari. Pitlochry adalah sebuah pekan kecil dengan tarikan nya tersendiri yang terletak di luar pekan. Tetapi pekan ni sentiasa sebuk mungkin kerana location nya yang sesuai untuk pelawat berhenti untuk makan tengahari. Bangunan2 di pekan ni dengan gaya senibina Victorian sungguh menarik seakan2 membawa kita ke era itu. Usai sarapan Brahims, kami teruskan pemanduan ke Edinburgh yang di jangka mengambil masa +/- 2 jam.

DSC03604.jpg
Bangunan2 di Pitlochry gaya era Victorian.

IMG_9049.jpg
Jalan besar Pitlochry dengan barisan kedai souvenir & kedai makan.

Untuk ke Edinburgh, kita akan melalui 'Queensferry Bridge' yang baru saja di resmikan pembukaan nya. Jambatan ini menggantikan 'Forth Road Bridge' yang kini di gunakan oleh kenderaan awam sahaja. Bersebelahan dua jambatan ini pula terdapat 'Forth Rail Bridge' untuk laluan keretpi. Kami berhenti di kawasan jambatan2 ini untuk ambil gambar.

IMG_9055.JPG
Di belakang sekali 'Queensferry Bridge' macam Penang Bridge tu. Hadapan nya 'Forth Road Bridge'. Yang merah tu, 'Forth Rail Bridge'.

Meneruskan perjalanan kami ke Edinburgh, kami ke 'Dean Village' suatu perkampongan industri yang dulunya menggunakan kuasa air sungai untuk menjana tenaga. Sekarang ni, apartment2 & condo yang terdapat di tebing sungai 'Water Of Leith'.

DSC03650.JPG
Suasana 'kampong' dalam kota Edinburgh. Tidak jauh dari city centre.

Sejusrus dari Dean Village, kami ke Circus Lane. Tiada apa2 di sini, cuma hendak ambil gambar lorong ini sebab pernah nampak gambar location ni best.

DSC03673.JPG
Circus Lane yang pada kami, charming. Tengok gambar musim spring, superb lah bunga kiri-kanan.

Dari Circus Lane kami memandu ke selatan Edinburgh ke Ogilvie Terrace untuk cari Ashley Boathouse. Sekali lagi, tempat ni tiada apa2 tarikan, hanya pernah tengok gambar boathouse yang menarik.

IMG_9085.JPG
'Ashley Boathouse' di Ogilvie Terrace.

Dengan sampai nya ke Ogilvie Terrace, tamat sudah itineray attractions yang kami nak tengok untuk hari ni. So, kami terus ke hotel untuk check-in.


Hari ke-6, kami round Edinburgh on the way nak return kereta di Edinburgh airport. Kami akan menaiki keretapi esok hari nya ke London. Sepulang nya dari airport menaiki tram, kami sambung ronda Edinburgh berjalan kaki & naik bas.

Mula2 gi cari location Hard Rock dan selepas itu meninjau Edinburgh Castle dari beberapa tempat berlainan. Kami tak minat castle, jadi tak melawat nya.

DSC03697.JPG
Hard Rock, Edinburgh.

DSC03702.jpg
Edinburgh Castle dari 'Castle Terrace'.

DSC03724.jpg
Ini pula dari 'Johnston Terrace'.

DSC03728.JPG
Photo yang agak menarik dari 'Kier Street'. Hujan membasahi tangga.

Akhir sekali ke Victoria Street untuk ambil gambar bangunan2 yang bewarna-warni di situ. Kebanyakan kedai souvenir aje di sini.

IMG_9129.JPG
Victoria Street.

Sekambali dari airport selepas menghantar pulang kereta, kami menuju ke Royal Mile berjalan2 di situ dan kemudian ke Princess Street sebelum kembali ke hotel.

DSC03793.JPG
Suasana 'Royal Mile'. Orang ramai tu, menunggu guide untuk 'Free Walking Tour'.

DSC03774.jpg
'Princess Street', jalan utama kota Edinburgh. Banyak kedai branded di sini. Bangunan yang bumbung tajam tu, Scotts Monument.

DSC03820.jpg
'Princess Street Garden' sebelah Princess Street. Musim autumn, bunga tak banyak.

Selesai sudah road trip kami ke Scotland. Subhanallah, Scotland amat cantik. Seterus nya kami ke London sebelum penerbangan balik. Cost road trip ini, saya akan update kemudian.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 14-12-2017 12:27 PM | Show all posts
Ipo replied at 13-12-2017 12:56 PM
Subhanallah cantiknya
saya pergi ke Edinburgh dulu, tak melawat pun tempat2 macam ni..h ...

Bila berkesempatan, kunjungi lah ke Glencoe 'highlands' & Isle of Skye. Jika minat keindahan alam, pasti terpukau.

Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2017 01:09 PM | Show all posts
transporter replied at 13-12-2017 10:12 AM
Hari-4, kami memandu keliling pulau Skye. Walaupun cuaca kurang baik pada awalnya, telah beransur ce ...

berkali-kali tengok gambar yang ada lembu ni, macam lukisan! subhanallah lawa sungguh area ni. sejuk mata memandang.




Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2017 01:10 PM | Show all posts
Ipo replied at 13-12-2017 12:56 PM
Subhanallah cantiknya
saya pergi ke Edinburgh dulu, tak melawat pun tempat2 macam ni..h ...

tu maknanya nak kena pergi lagi laaa. jom menabung.

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 15-12-2017 03:58 PM | Show all posts
Edited by transporter at 15-12-2017 04:01 PM

Bagi yang minta cost breakdown, sila refer below :

@airmineral
@Minami2013
@babynina30


RM
£ @ RM5.60

TOTAL


KUL-EDI, LHR-IST-KUL
2,525.00

2
5,050.00

https://www.skyscanner.com/
AXA Travel Insurance
105.00

2
210.00

https://digital.axa.com.my/travel-insurance-malaysia/







Car Rental
106.00
5 days
593.60

http://www.economycarrentals.com
Vehicle Excess Insurance
20.93

117.21

https://www.icarhireinsurance.com
Petrol
70.00
653 miles
392.00









Ibis Budget, Glasgow
58.90
Twin/1n
329.84

https://secure.ibis.com
Premier Inn, Fort William
68.50
Twin/1n
383.60

https://www.premierinn.com
Grenitote B&B, Portree
140.00
Twin/2n
784.00

http://www.grenitote.co.uk/
My Edinburgh Life, Edinburgh
810.37

Twin/2n
810.37

https://www.booking.com







EDI Airport - Edinburgh town (Tram)
5.50
2
61.60

Cash at ticket machine
EDI-LON Virgin Train
25.00
2
280.00

https://www.thetrainline.com
Heathrow Express
5.50
2
61.60

https://www.heathrowexpress.com











9,073.82

Total 2 pax











4,536.91

Per Pax


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2017 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
transporter replied at 15-12-2017 03:58 PM
Bagi yang minta cost breakdown, sila refer below :

@airmineral

Thank you for sharing tt... cantik nye especially kawasan2 kampung... so Scotland boleh jadi antara my wish list...
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2017 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
transporter replied at 15-12-2017 03:58 PM
Bagi yang minta cost breakdown, sila refer below :

@airmineral

Fuh lgkapp.makasih
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 22-12-2017 03:50 PM | Show all posts
Bagi yang dah 'terminat' ke Scotland, di bawah adalah map tempat2 attractions yang kami lawati. Jadi bolehlah tahu lebih clear location2 attractions tu. Tak payahlah nak Google satu2. Kedudukan attractions ini adalah approximate saja. Banyak lagi terdapat attractions di Scotland tapi kami tak pergi. I suppose, nak puas tinjau Scotland, perlu masa 2 minggu. Barulah boleh cover sekali Inverness, Loch Ness, Aberdeen, Dundee, St Andrews & lain2. Nak lagi mencabar, boleh buat route 'North Coast 500'.

Scotland POI.jpg
Tempat2 attractions di mainland Scotland.

Skye POI.jpg
Attractions di Isle of Skye. Credit whiteheatherhotel.co.uk

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2018 03:22 PM | Show all posts
lOVELY PLACE. CANTIK
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2018 04:31 PM | Show all posts
cantiknya pemandangan....teringin sgt kesana
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2018 01:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow bestnya Scotland
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2018 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
transporter replied at 15-12-2017 03:58 PM
Bagi yang minta cost breakdown, sila refer below :

@airmineral

Naik airline apa ye bro...boleh suggest
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 21-12-2018 04:48 PM | Show all posts
tukul replied at 20-12-2018 06:04 PM
Naik airline apa ye bro...boleh suggest

Banyak airline yg fly ke EDI. Bila tengok harga skang, mak ai, mahal nya. Bermula RM3.2K+

Kami dulu naik TK, multi destination dgn stop-over di IST lg. RM2.5K+ aje. KUL-EDI, LHR-IST-KUL
You kena duk dpn skyscanner hari2 tunggu promo lah.

Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2018 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
transporter replied at 21-12-2018 04:48 PM
Banyak airline yg fly ke EDI. Bila tengok harga skang, mak ai, mahal nya. Bermula RM3.2K+

Kami  ...

Pergh...3k x 5.... ticket flite aje...brp thn kena menabung ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2018 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
transporter replied at 21-12-2018 04:48 PM
Banyak airline yg fly ke EDI. Bila tengok harga skang, mak ai, mahal nya. Bermula RM3.2K+

Kami  ...

Ke Scotland 4 hari cukup la kan...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 21-12-2018 07:56 PM | Show all posts
tukul replied at 21-12-2018 05:49 PM
Pergh...3k x 5.... ticket flite aje...brp thn kena menabung ni

Amalkan 'Law of Attraction', InshaAllah boleh tercapai.
4 hari tak cukup lah bro, unless you nak cover Edinbrugh & Glasgow aje.
Tp nnt menyesal tak cover Glencoe, Fort William & Isle of Skye.
Sy tak cover Inverness pun rasa menyesal.

Boleh baca blog entry Scotland sy sini.

Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2018 12:41 PM | Show all posts
bilalah nak gi sini ni...
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.134621s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list