CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1325|Reply: 9

[Jenayah] Timbalan Pengagar Air Sabah esuk kena dakwa

  [Copy link]
Post time 12-12-2017 10:51 PM | Show all posts |Read mode



tak betul buat kerja simpang siur sana sini, hadap la sendiri.
berani buat berani tanggung
jangan jadi macam jemin, siap warning, jangan ganggu keluarga saya tang rasuah



Bekas Timbalan Pengarah JANS dijangka didakwa esok



KOTA KINABALU: Bekas Timbalan Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) yang pernah ditahan bagi membantu siasatan kes penyelewengan agihan projek bekalan air di Sabah pada tahun lalu, dijangka didakwa di mahkamah, esok.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, suspek berumur 52 tahun itu ditahan di sini, pada kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi sebelum dibawa untuk proses pendakwaan.

Pada 4 Oktober 2016, SPRM melancarkan Ops Water (JANS) berhubung penyalahgunaan dana infrastruktur air di Sabah dengan sebanyak RM53 juta wang tunai dirampas daripada dua suspek iaitu Pengarah dan Timbalan Pengarah JANS menerusi fasa pertama operasi.

Sementara itu, menerusi fasa kedua operasi pada Januari lalu, SPRM menahan 35 Ketua Bahagian dan Daerah JANS bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Berikutan operasi fasa kedua itu, SPRM membuka 10 kertas siasatan dan memfailkan pelucutan hak wang rasuah yang disita berjumlah kira-kira RM21.78 juta mengikut Seksyen 56 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Sumber SPRM berkata, operasi itu berjaya membongkar kegiatan rasuah dan salah guna kuasa membabitkan hampir semua pegawai di jabatan berkenaan dengan jumlah rampasan wang tunai terbesar di negara ini sejak penubuhan suruhanjaya itu.

Pada 29 Disember tahun lalu, bekas Pengarah JANS, Awang Mohd Tahir Mohd Talib, 54, isterinya, Fauziah Piut, 51, dan seorang lagi bekas Timbalan Pengarah di jabatan itu, Lim Lam Beng, 62, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu atas 37 pertuduhan pengubahan wang haram bernilai RM61.57 juta.

Mahkamah menetapkan kes itu dibicarakan bermula 5 Februari tahun depan.

Berikutan perkembangan terbaharu itu, empat individu sudah dan akan didakwa berhubung siasatan kes JANS iaitu bekas Pengarah dan isterinya, serta dua bekas Timbalan Pengarah selepas SPRM membongkar penyelewengan dilakukan pegawai jabatan itu pada tahun lalu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2017 12:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Awang tair awang air.   Pacik si mungu  pa ka ...
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2017 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
heloknyaaaa awang tahir. tapi isteri dia memang kekwat. selayaknya lah. temberang lebih.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2017 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts
samasam90 replied at 13-12-2017 12:21 AM
heloknyaaaa awang tahir. tapi isteri dia memang kekwat. selayaknya lah. temberang lebih.

Brunai yang menjadi sangat muka heol khen. Nama bapa bininya lucu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2017 12:36 AM From the mobile phone | Show all posts
chazey replied at 13-12-2017 12:27 AM
Brunai yang menjadi sangat muka heol khen. Nama bapa bininya lucu.

Anak->cucu->piut
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2017 01:59 AM From the mobile phone | Show all posts
chazey replied at 12-12-2017 04:27 PM
Brunai yang menjadi sangat muka heol khen. Nama bapa bininya lucu.

haah sis.. bergetar mutiara korsani meolls sebentar tadi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-12-2017 08:18 AM | Show all posts
OmJualGas replied at 13-12-2017 12:18 AM
Awang tair awang air.   Pacik si mungu  pa ka ...

bukan paci ku....kami org kampung miskin...dia ini org kaya...
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2017 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
jadi bukan pembangkang je di cekop macc.pegawai atas gomen dan swasta pun kena.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2017 01:14 PM | Show all posts
ada penyokong pembangang kata dulu, krik krik krik je kes reshuah Jabatan air sabah ni....
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2017 03:21 PM | Show all posts
[Jenayah] Timbalan Pengagar Air Sabah esuk kena dakwa


pengagar apa daaa??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 10:08 AM GMT+8 , Processed in 0.058989 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list