CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 704|Reply: 2

[Dunia] Merajuk dengan bini, ni dah 10 tahun tinggal di airport

[Copy link]
Post time 21-12-2017 11:08 AM | Show all posts |Read mode
Beijing: Gara-gara merajuk dengan isteri, seorang lelaki keluar rumah dan tinggal di lapangan terbang Beijing sejak 10 tahun lalu.

Wei Jianguo, 53, keluar rumah selepas bertengkar dengan isterinya pada 2008 dan sejak itu dia menikmati hidup dengan selesa di lapangan terbang kedua paling sibuk di dunia itu.

Lelaki itu berkata, dia diberhentikan kerja pada 2008 dan menerima bantuan kerajaan sebanyak 1,000 yuan (RM620) pada setiap bulan.

Katanya, kerana sukar mencari kerja dia sering berada di rumah dan minum minuman keras hingga menyebabkan isterinya marah.

“Isteri saya tidak benarkan saya minum arak di rumah, jadi saya tidak mahu lagi pulang ke rumah,” katanya.

Sejak itu dia tinggal di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing yang mempunyai tiga terminal dan dikunjungi 9.4 juta penumpang pada 2016.

Wei yang ditemui wartawan Pear Video berkata, keadaan di dalam lapangan terbang itu panas dan selesa. Dia juga boleh minum dan makan sesuka hatinya.

Dia mempunyai dapur bergerak dan menggunakan dapur elektrik untuk memasak makanan.

Wei juga menyediakan tempat tidurnya yang dialas dengan selimut dan semua barangan keperluannya diletakkan di dalam troli.

Kadangkala Wei keluar dari lapangan terbang itu untuk membeli barangan keperluan dan makanan di kedai berhampiran.

Keluarga Wei pernah memujuk lelaki itu untuk pulang ke rumah tetapi dia enggan.

Pihak pengurusan lapangan terbang juga pernah cuba meminta Wei keluar, namun dia tetap berada di terminal.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Disember 2017
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2017 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
bukan pernah ke ada ummah singa berpura pura feeling homeless padahal sewakan rumahnya kat org lain sambil menikmati starbuck dan free wifi kat airport..
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2017 11:30 AM | Show all posts
dah perangai gitu bini mana yang tak marah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:40 PM GMT+8 , Processed in 0.067776 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list