CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5977|Reply: 29

[DIETARY ADVICE]: FOOD ALLERGY

[Copy link]
Post time 18-1-2018 03:51 PM | Show all posts |Read mode
Assalam semua,

Topik thread arini kita nak bincang pasal food allergy.. Alergik pada sesuatu makanan la kiranya.. topik ni memang tak banyak sebab masa study dulu pun dia just subtopik je.

Kebiasaannya alergik ni terjadi kepada bayi dan kanak-kanak. Kalau sejarah keluarga tu ada alahan, maka baby dia pun kemungkinan boleh mendapat alahan juga. Berikut adalah contoh2 makanan yang menyebabkan alahan kepada bayi/kanak2:

1. susu lembu
2. telur (putih telur)
3. kacang tanah.
4. kerang-kerangan (kerang, ketam)
5. Seafood (udang, sotong, sesetengah jenis ikan)
6. Gandum

Kebiasaannya alahan ni akan hilang selepas bayi/kanak2 meningkat dewasa. Bila dah dewasa alahan makanan ni akan hilang dengan sendirinya. Elakkan makanan yang disahkan berpotensi menyebabkan alahan kepada bayi/kanak2. Ia boleh melambatkan atau mencegah alahan makanan dan dermatitis atopik di kalangan bayi berisiko tinggi.


Biasanya kalau untuk bayi kita perkenalkan kuning telur dulu masa 6 bulan. Lepas 1 tahun baru kita ajar bayi makan putih telur. Ni salah satu cara nak mengenalpasti anak ade alergik ke tak. Ada juga kajian menyatakan tak perlu differentiate pemberian kuning dan putih ni. Tapi kami masih lagi pegang pada GP lama iaitu separate kan bagi kuning dengan putih ni.


Cow Milk Protein Allergy (CMPA)
CMPA ni selalu sangat terjadi pada bayi. Kita ajar minum susu lembu start 1 tahun. Ada juga dah start awal lepas 6 bulan . Kalau bayi ade simptom2 CMPA ni dia akan muntah atau cirit birit, naik ruam2 merah kat muka atau badan. Ni bermaksud usus dia kekurangan enzim untuk pecahkan protein (casein) yang terdapat pada susu lembu itu untuk dihadam. Bila casein ni tak dapat dihadam oleh usus maka jadi la alergik.


Jadinya, kalau ada anak2 yang ada masalah CMPA ni dia kena tukar susu tu. Sama ada beli yang dia tulis hipoalergenik atau tukar kepada soy based protein formula milk (susu soya). Kalau susu lembu yang dah buang protein tu rasa dia ade pahit2 sikit. Boleh cari di farmasi untuk susu2 rumusan khas ni. Tapi susu formula khas ni start lepas 6 bulan ya, from lahir to 6 mo kena exclusive breast feeding. Dijamin takde alergik susu ibu.





Tapi ada juga yang dewasa ade alergik susu ni, yang ni dikenali sebagai lactose intolerance. Yang ni memang dia tak boleh minum susu langsung. jadi kalau nak dapat sumber protein dan kalsium boleh gantikan dengan sumber produk tenusu seperti keju atau yoghurt.

Untuk makanan-makanan lain memang kalau tak boleh makan means memang kena elakkan. Sebabnya kalau bagi kanak-kanak jadi bahaya boleh mengakibatkan sesak nafas. Cara yang paling selamat ialah elakkan makanan yang berpotensi menyebabkan alergik kepada kita. dan pastikan baca label pada pembungkus makanan. Kebanyakkan manufacturer makanan sekarang ni mereka akan claim dekat produk mengandungi sisa makanan-makanan yang boleh menyebabkan alergik ni. Contoh nya macam : "contains (allergen)", "may contains (allergen)", "produced in a facility that also produces (allergen)". Jadi pembacaan pada pembungkus makanan juga penting untuk elakkan alahan ni.

So setakat ini sahaja topik pasal alergik ni. Maaf kalau ade kekurangan sebab memang pasal topik ni tak banyak. kalau ade ape2 nak tanya kita boleh discuss kt sini. Tq














This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2018 06:19 PM | Show all posts
Excellent biskut.
Very topical issues here in the West.
Sy selalu berurusan dgn seorang doctor ni yg trained in USA dalam food allergy. Immunomolecular tests yg dia buat agak advanced dan tak perlu sy bincangkan, tetapi memalui dia sy dapat tahu byk pasal IBS, pasal chronic fatigue dan byk lagi yg berkaitan dgn systemic effects of food intolerance.

Very good essay on a difficult area. I am sure people can learn.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2018 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Tq doc.. Kalau ade sapa2 tak paham part medical tu blh tnye doc. Sy reti part nutrition je
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by MeghanK at 18-1-2018 09:04 PM

i sejak tahun lepas tiba2 alergik chocolate..i tak boleh makan langsung nanti gatal2..camne nak bagi elok balik i love dark choc so much..now kalau makan toblerone 2 pieces pon dah effect

lagi satu susu..i skang dah stop / limit dah dairy products..sedih la jugak sebab i suka minum susu
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
biskutraya replied at 18-1-2018 08:52 PM
Tq doc.. Kalau ade sapa2 tak paham part medical tu blh tnye doc. Sy reti part nutrition je

Kalau lactose intolerant tu consider allergic ke? Eg susu.Nak replace susu nak minum apa?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau masa kecik tak ada alergik, dah besar baru ada macam mana ya? Sedih tak dapat nak makan dan minum benda yang kita suka.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2018 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Budak2 sekarang ni ramai alergik kacang. Apsal jadi camtu tah siap dalam berita keluar fasal ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2018 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
YPM_Addora replied at 18-1-2018 09:31 PM
Kalau lactose intolerant tu consider allergic ke? Eg susu.Nak replace susu nak minum apa?

Slh satu jenis alergik jgk. Blh ganti soy based milk, keju atau yogurt.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-1-2018 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
YPM_Addora replied at 18-1-2018 09:31 PM
Kalau lactose intolerant tu consider allergic ke? Eg susu.Nak replace susu nak minum apa?

Tp ada tahap org lactose intolerance ni yogurt dan keju pun x blh makan. Jadi boleh ambil sumber kalsium lain sperti drpd ikan bilis, sayuran mcm cendawan, kobis bunga..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2018 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
SecretLuv replied at 18-1-2018 10:04 PM
Kalau masa kecik tak ada alergik, dah besar baru ada macam mana ya? Sedih tak dapat nak makan dan mi ...

Betul.. Ade yang kena mcm ni. Dlm jurnal ade mention yg mcm ni kemungkinan faktor cooking method, environment, sistem badan kita. Namun tak diperjelaskn lebih lanjut mcm mana boleh jadi gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 10:46 PM | Show all posts
biskutraya replied at 18-1-2018 10:38 PM
Tp ada tahap org lactose intolerance ni yogurt dan keju pun x blh makan. Jadi boleh ambil sumber k ...

ada 1 kes, minum susu & oat secara consistent selama seminggu(sbb konon-konon nak kurus)
next following week, jerawat naik dgn jayanya.Ada kah itu sbb allergik?ada yg kata ya.Ke berkait dgn darah?btw darah I O-ve

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2018 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Catpaw replied at 18-1-2018 10:28 PM
Budak2 sekarang ni ramai alergik kacang. Apsal jadi camtu tah siap dalam berita keluar fasal ni.

@Catpaw betul tu.. Sekarang mcm2 makanan ade revolusi.. Campur2 mcm2 food additives. Ade org sistem imunisasi kuat, ade org lemah jd senang terdedah dgn mcm2 alahan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 10:50 PM | Show all posts
owh, ada kakak ni, ig: ain.amykamal - anak dia diagnose CMPA ni.Detail dia cerita pasal anak dia.Boleh buat sample kes.Tapi I rasa dekat Malaysia jarang dengar org  ada CMPA ni, biasa mat salleh je

Ke I je yg tak ambil peduli?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2018 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
YPM_Addora replied at 18-1-2018 10:46 PM
ada 1 kes, minum susu & oat secara consistent selama seminggu(sbb konon-konon nak kurus)
next fo ...

Ermm alergik ni dia depends.. Ade yg sekejap je dah nampak alahan tu.. Ade yang lama.. Biase 3,4 ari atau 1 week.

Kalau mcm kes awk kena tau adakah naik jerawat tu sebab hormon (eg: nk period) atau  sebab stress ke. Sebab jerawat pun byk cause die kn. If not, mungkin alergik gluten. Sebab kalau susu die cpt je naik alergik tu. Trus muntah atau cirit birit. Lepas dh naik jerawat tu ade mkn lagi oats tak atau dh x mkn lgsg?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2018 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
YPM_Addora replied at 18-1-2018 10:50 PM
owh, ada kakak ni, ig: ain.amykamal - anak dia diagnose CMPA ni.Detail dia cerita pasal anak dia.Bol ...

Kt msia ade je u yg cmpa ni.. Biase mereka akn minum susu yg hypoalergenic atau pun minum soy based formula.. Bila dah besar dia akan hilang sendri.. Biase mmg cmpa ni jd kt bayi or kanak2
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by munchkin at 19-1-2018 03:50 PM

Intolerant ngan allergic lain. Kalau buat allergy test, negative. Tapi still intolerant

I lactose intolerant. Tapi bila conduct allergy test negative. Means tak allergic terhadap susu/lactose.

Contoh intolerant tu bila minum susu cirit birit sakit perut or selesema. Ni pun tengok kuantiti

Kalau allergy tu immediate terus react

Kalau di overseas you can supplement yourself dengan enzyme lactase or ada combination of enzymes.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2018 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
A true food allergy causes an immune system reaction that affects numerous organs in the body. It can cause a range of symptoms. In some cases, an allergic food reaction can be severe or life-threatening. In contrast, food intolerance symptoms are generally less serious and often limited to digestive problems.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2018 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Tq @munchkin atas penerangan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by munchkin at 19-1-2018 04:12 PM

No prob biskut

Yes ramai intolerant terhadap casein sebenarnya

Goats milk mengandungi casein yg sangat sangat rendah. Boleh minum goats milk sebagai ganti cows milk selain susu dari kekacang/tumbuhan (hemp/almond/soy/rice/coconut/hazelnut milk etc).
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Utk dapatkan calcium tak semestinya dari tenusu. Just google food high in calcium non milk based  
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:36 PM GMT+8 , Processed in 0.088440 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list