CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2150|Reply: 9

'Tak Makan' Pujukan, Wanita Saman Bapa Kerana Tak Restu Perkahwinan

[Copy link]
Post time 2-2-2018 03:27 PM | Show all posts |Read mode
Setiap perhubungan terutama perkahwinan perlulah mendapatkan restu daripada ibu bapa terlebih dahulu. Namun, banyak saja 'drama' disajikan kepada kita mengenai hubungan terlarang (bukan gay, okey) yang tidak mendapat restu ibu bapa.

Tapi kali ini, seorang anak 'main kasar' pula apabila bapanya didakwa enggan membenarkannya berkahwin kerana perbalahan keluarga, lapor Khaleej Times.



Foto: take.az




Memetik Step Feed, wanita di Emiriah Arab Bersatu (UAE) perlu mendapatkan restu daripada bapa atau penjaga lelaki untuk berkahwin.

Lantaran itu, wanita berusia 25 tahun berkenaan berasa tertekan dan terdesak apabila bapanya tidak bersetuju dengan perkahwinannya.

Dalam tuntutannya, wanita terbabit mendakwa ibu bapanya berselisih faham dengan keluarga bakal mertuanya dan bapanya berkeras bahawa tunangnya itu bukan lelaki sesuai untuknya.

Apabila semua usahanya memujuk si bapa gagal, wanita berkenaan memfailkan tuntutan di Mahkamah Al Ain.




Foto: Pexels




Dalam aduannya, wanita itu memohon mahkamah 'memberinya' izin untuk berkahwin, atau dibenarkan mendapatkan persetujuan seorang saudara lelaki yang akan menggantikan bapanya sebagai penjaga dalam urusan rasmi.

Hakim bagaimanapun, masih menunggu keterangan daripada bapanya berhubung kes dan dijangka hadir di mahkamah dalam masa beberapa minggun ini.

Ada yang berpengalaman serupa di kalangan pembaca? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2018 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
usaha lagi pujuk hati dia...tak perlu sampai saman2...tampor karang
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2018 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Ah ye.. Degil nak jugak2 kawen. Pastu bila gaduh ke bercerai dgn laki baru terhegeh2 cari bapak semula
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2018 09:09 AM | Show all posts
Kadang jadi sebab je anak2 dari dua keluarga yang bermusuhan nak kawin mungkin ada yang lebih berkuasa nak kedua2 keluarga tu berbaik2 semula
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2018 10:14 AM | Show all posts
tak dinyatakan sbab tk bagi

klu dia drug addict, edardadah ke apa, mmgla tk ptut
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2018 10:14 AM | Show all posts
sedangkn yg restu pn, ada juge smpai gado bunuh2 bagai?.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-2-2018 07:23 PM | Show all posts
macam drama pukul 7 lerr
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2018 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Kawan aku gini ler dulu. Nak kawen elok2, pak mertua tak restu. Dibawak lari anak dara ke siam, nikah sana. Berbelas- belas tahun tak restu. Kawan aku rellocate overseas bawak anak bini. Balik sini semula jaga pak mentua sakit. Jaga literally.. suap makan, tukar pampers, mandikan, urut, bila mengamuk dia pujuk, petang2 bawak jalan hinggalah ke nafas yang terakhir. Anak menantu kesayangan & terpilih semua buat dono. So, mungkin yang busuk tu lah yang paling2 akan sayang kita kelak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2018 03:29 PM | Show all posts
whitePoison replied at 2-2-2018 05:46 PM
usaha lagi pujuk hati dia...tak perlu sampai saman2...tampor karang

Tampor je.....

Dulu ada kes mcm ni gak, saman bapak sbb tanak walikan, sampai mahkamah campurtangan,
Dah selesai kawin, tak lama pastu saman laki lak sbb laki kaki pukul....

Ni klu sempat beranak, habis anak dia pun dia saman....
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2018 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
siyan pulak org nak kawen dihalang halang
kalau jadi andartu tua tak kawen kang susah juga
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 02:09 PM GMT+8 , Processed in 0.077402 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list