CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2167|Reply: 0

TEAM YOUTUBER DAN VLOGGER PALING LAWAK DI MALAYSIA

   Close [Copy link]
Post time 4-2-2018 12:08 AM | Show all posts |Read mode
Edited by zasrfikri at 4-2-2018 12:10 AM

GALAKSI VIRAL - YouTube Channel kini menjadi platform media utama yang paling popular untuk kita semua menonton pelbagai jenis video untuk pelbagai kategori di dalam Malaysia mahupun di luar negara. Tidak kiralah video itu mengenai isu sedih ke, drama, aksi, muzik, parodi, komedi,  dan macam-macam lagi. Boleh dikatakan hampir semua jenis video ada di saluran YouTube ini.



Sumber : Google Image



Pemilik video yang memuat naik video mereka  ke dalam laman YouTube/Vimeo atau mana - mana saluran video online di internet ini lazimnya digelar Vlogger. Vlogger ini adalah singkatan Video Blogger. Antara Vlogger yang cukup terkenal dengan video komedi mereka di Malaysia ialah Mat Lutfhi90, Kyopropaganda, Luqman Poldoski, Faiz Dickie, Otam Blurr, Zukie & Jamal, Nizam Rahman, Faiz Roslan, Jaa TV, Seanlje, Aidyl Hr, Ngek Tsai Army dan Sofyank96. Majoriti lawak mereka adalah lawak berbentuk komikal, over acting, punchline baik punyer, parodi, kesan khas grafik yang mantap dan ada mesej nasihat yang ingin disampaikan.

Oleh itu, GV ingin senaraikan empat team Youtuber/Vlogger yang tengah top sekarang ini di Malaysia yang pastinya akan membuatkan para penonton rasa terhibur dengan video mereka. Mari kita lihat siapakah mereka yang hebat ini.

TEAM  YOUTUBER & VLOGGER

PALING LAWAK DI MALAYSIA




01. MTAS PRODUCTION

Join YouTube : 02 Januari 2012
YouTube Subscribers : 102242  (Januari 2018)
Catatan :
GV mula mengetahui kewujudan team MTAS  ini selepas menonton video mereka berjudul Makhluk Bernama Wanita Be Like. Kebanyakan video mereka pasti ada perkataan Be Like di hujung judul video mereka. Memang best tengok video mereka ini. Keunikan mereka ialah mereka kelihatan seperti ustaz ustazah generasi XYZ yang open minded, slumber dan lawak giler. Video mereka juga ada adegan ala ala anime Jepun yang sememangnya amat hebat dan awesome. Kesan efek khas team ini antara terbaik.

02. TEAM BUAT HAL

(ASA PRODUCTION)

Join YouTube : 26 Februari 2016

YouTube Subscribers : 46273 (Januari 2018)

Catatan :

GV mula tahu mengenai kumpulan Team Buat Hal ini selepas menonton video raya mereka berjudul Video Raya Paling Sedih 2017 - Buli. Salah seorang pelakon utama video mereka ini iaitu Syafiq Ahmad pernah berlakon di dalam Drama Paling Popular 2017 iaitu Coffee Prince di Astro Ria. Bagi GV, video mereka mmg lawak gila. Lawak mereka seperti lawak urban yang memang sempoi gile dan di luar kotak. Kalau anda selalu menonton video mereka, pasti familiar dengan ayat goyang ke?, bisa hamil, proud iphone user's ringtone subtitle, benny dan banyak lagi ayat punchline mereka yang  terbaik meletop kababoom ini.

Kalau mahu baca dengan lebih lanjut, boleh klik sumber rujukan ini >>> TEAM YOUTUBER DAN VLOGGER PALING LAWAK DI MALAYSIA


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:12 PM GMT+8 , Processed in 0.289536 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list