CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1073|Reply: 3

Sanggup Alas Guna Tangan Semata-mata Untuk Keselesaan Ibunya Berehat

[Copy link]
Post time 9-2-2018 12:29 PM | Show all posts |Read mode




Ramai diantara kita berusaha untuk mendidik anak-anak supaya menjadi insan yang berguna serta dapat berbakti bukan sahaja kepada keluarga, bahkan masyarakat dan negara.

Pepatah ada mengatakan, 'ibu bapa cerminan anak-anak'.  Setiap perilaku dan sikap yang ditunjukkan ibu bapa kepada anak-anak pasti akan menjadi ikutan.  Jika bagus perbuatannya, baiklah tuntutan anaknya.

Walaupun masih kecil dan belum pernah merasakan kehidupan dunia keseluruhannya, anak-anak ini sebenarnya lebih bijak dan mulia daripada kita.  Mereka lebih sensitif terhadap apa yang berlaku disekelilingnya.

Contoh ini dapat dikaitkan daripada kisah seorang anak yang dilihat menggunakan lengannya sebagai alas tempat kepala ibunya bersandar.  Sayu hati melihat gambar yang diambil didalam sebuah keretapi bawah tanah di Chengdu ini.  Tersirat seribu makna.




Gambar tersebut telah viral dimedia sosial dengan pelbagai komen-komen positif yang ditujukan kepada budak lelaki itu.  Daripada pandangannya juga kelihatan penat dan mungkin juga dia memerlukan tempat duduk sebelah ibunya itu untuk berehat, tetapi dia lebih rela berdiri dan mengalas lengannya sebagai bantal asalkan ibunya dapat beristirehat dengan selesa.

Beberapa pengguna didalam ruangan komen mengatakan bahawa mereka juga pernah melihat budak lelaki itu memberikan tempat duduknya kepada seorang wanita yang sedang mendukung bayinya.  Tidak dinafikan lagi, anak ini menyedari betapa pentingnya berbuat baik terhadap orang lain.

Melihat tindakan murni kanak-kanak tersebut, terlalu banyak pengajaran yang dapat diambil walaupun melalui sekeping gambar.  Apa pula kebaikan yang telah kita buat hari ini?


Siakapkeli.my                                                                          

Sumber: Indian Express
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2018 12:36 PM | Show all posts
Pasti akan jadi seorang yang budiman bila dewasa kelak
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2018 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by multinicky at 9-2-2018 12:54 PM

knp akak tu xpegang beg sndr...
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2018 01:40 PM | Show all posts
nanti ada la ummah omputeh kata penderaan kanak2...kat sweden ni anak tuh dah jadi hak kerajaan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 06:09 PM GMT+8 , Processed in 0.418599 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list