CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5030|Reply: 37

Doula Bukannya Doktor Boleh Beri Nasihat Perubatan! - Dr Syamirulah

[Copy link]
Post time 9-2-2018 05:38 PM | Show all posts |Read mode
Kematian bayi ketika proses 'home-birth' pada minggu lalu cukup mengemparkan negara. Bahkan, kes sedemikian pernah berlaku lima tahun lalu kerana seorang doula menasihatkan ibu bapa terbabit untuk melakukan sendiri proses kelahiran di rumah tanpa mengambil kira faktor keselamatan.




Doula Bukannya Doktor Boleh Beri Nasihat Perubatan





Kejadian itu turut mengetuk memori seorang doktor, Dr Mohd Syamirulah Rahim kerana dia pernah menguruskan kes kematian seperti ini lima tahun lalu yang meragut nyawa ibu itu sendiri akibat terpengaruh dengan nasihat seorang doula untuk melahirkan sendiri di rumah.








Menurut Dr Syamirulah, mereka tidak sepatutnya memberi sebarang nasihat berkaitan perubatan kerana tidak terlatih dalam hal sedemikian.Malah, jika dilihat definisi 'doula' itu sendiri, ia merujuk kepada seorang individu yang menemani ibu yang bakal bersalin untuk memberi semangat selain membantu ibu tersebut.








Tambahnya, selepas beberapa kes kematian disebabkan perkara sama, ia membuatkan dia berasa jemu menasihati golongan ibu mengandung supaya mendapatkan nasihat doktor dan bersalin di hospital. Tetapi, dia tidak dapat berbuat apa-apa jika mereka masih ingin mendengar kata-kata daripada seorang doula.








Pun begitu, Dr Syamirulah dan doktor lain tidak pernah putus asa memberi kesedaran kepada ibu bapa mengenai kelahiran selamat di hospital supaya kes seperti Amy Karmila dapat dielakkan.


Perkongsian Dr Syamirulah itu turut meraih perhatian netizen yang menyokong usaha doktor terbabit dan merayu supaya ibu bapa tidak mudah terpengaruh dengan kata-kata doula, sebaliknya mendengar nasihat perubatan daripada doktor.







Jadi, kepada ibu bapa sebenarnya pilihan yang selamat terletak pada tangan anda. Ada sebabnya doktor menasihatkan untuk proses kelahiran di hospital kerana segala kelengkapan sudah tersedia dan ada pegawai perubatan bersedia sekiranya berlaku sebarang kecemasan. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2018 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Doula tu apa
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2018 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
umbut replied at 9-2-2018 07:26 PM
Doula tu apa

Klu dlm konteks Malaysia doula tu manusia (babi tak ada kelulusan perubatan berlagak mengalahkan doktor) yg menggalakkn home birth (tapi seringkali xada waktu client nk bersalin ala2 hmmm nk bersalin? I bz tp i bole guide u melalui wassap)
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2018 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Penat bawak anak,tapi macam ni kesudahan
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2018 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut tukar terms doula tu ke TOLOLLA
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2018 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
burque: Klu dlm konteks Malaysia doula tu manusia (babi tak ada kelulusan perubatan berlagak mengalahkan doktor) yg menggalakkn home birth (tapi seringkali xa ...


Ooo mak ai..dl bidan kg sy pun x berani nk sambut baby kt umah takut ade komplikasi. Suruh g hospital lg sbb ms tu awal 90s.Pantang ke urut segala dia boleh jaga tp bkn proses bersalin. Katanya, ni bkn thn 60an yg kenderaan pun boleh bilang jari gitew. Ni ms adik lahir dl hehehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-2-2018 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Kwn aku anak 2, memg home birth..masa beranak ada dia dgn laki dia..n ada sekali kak teman.. water birth
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2018 06:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau nk pakai doula, bwk doula tu skali gi hospital untuk temankn ibu2 ketika bersalin. Pd saya, fungsi doula hanya untuk memberi galakan, make sure ibu2 buat pernafasan yg betul dan tolong meredakn kesakitan dgn memberi urutan. Hal medical biar doktor yg uruskan. Doktor(medical team) ngan doula boleh work together kan?
Saya paling meluat dgr atau baca mengenai pengalaman ibu2 yg kononnya dpt bersalin secara mudah melalui homebirth/natural with no intervention dan dgn doula. You are lucky, but pls remember not all cases are the same.Even ibu2 yg takda medical issues semasa mengandung boleh mengalami complication ketika bersalin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2018 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Aktif lg ke doula ni? Kan dulu ada isu ..pastu mcm da slow down sikit..rupa2nya dlm diam aktif lg eh...
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2018 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
burque: Klu dlm konteks Malaysia doula tu manusia (babi tak ada kelulusan perubatan berlagak mengalahkan doktor) yg menggalakkn home birth (tapi seringkali xa ...



Sama macam kes dentist youtube tu. Kasihan kena kencing
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2018 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Mahal pulak tu charge dorang. Jual air liur je, takde kelulusan yang berkenaan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2018 02:22 AM From the mobile phone | Show all posts
DOula masyitah bodoh piang budak acc kat uia sana.. tapi cara cakap ajet2 medical
Mana belajar? Google sis
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2018 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
cha-cha replied at 10-2-2018 07:50 PM
Mahal pulak tu charge dorang. Jual air liur je, takde kelulusan yang berkenaan.

Bape depa charge wei
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2018 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg herannya senang betul ibu2 ni terpengaruh. Husband pun ikutkan aje
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2018 11:46 AM | Show all posts
Kemudahan perubatan dinegara kita dah cukup bagus masing2 pun bukan duduk ulu banat yang susah nak dapatkan perkhidmatan Dr bertauliah tak ada kemudahan pengangkutan ke hapa buat apa nak ambil risiko sebegitu.  
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2018 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Pergila hospital.Caj pun murah.Kan gomen naik kan harga setarap caj doula meroyab pula kata kejam.Lani semua orang pelik pelik la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2018 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
adakah perkhidmatan mereka sudah sah drp undang2?
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2018 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
I ada baca jgk pasal tugas sbenar doula ni peneman jah. I xtau knape tp i LEBIH SLHKAN parent yg nk guna doula. Xkn kau xboleh pikir? Buat research byk2??

Mcm kes doula mas vs parent tu, kan baby tu meninggal sb songsang. Last2 parent diam membatu. Slhkn dri sdri dlu. Sb katanya dia skip appointment kn?
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2018 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Nana_Man replied at 10-2-2018 06:16 AM
Kalau nk pakai doula, bwk doula tu skali gi hospital untuk temankn ibu2 ketika bersalin. Pd saya, fu ...

Stuju. Fungsi asal doula ni positif je. I rasa fungsi diaorg just peneman tp dgn syarat ada medical expert skali at that time. Lps tu terpesong sudah
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2018 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
cha-cha replied at 10-2-2018 07:50 PM
Mahal pulak tu charge dorang. Jual air liur je, takde kelulusan yang berkenaan.

Maybe ada yg betul2 bertauliah, cuma ibu2 kene check lah betul2.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 08:50 PM GMT+8 , Processed in 0.074336 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list