CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10509|Reply: 129

[Tempatan] Kelainan kenduri kahwin: Setiap tetamu dapat beras 5 kg

  [Copy link]
Post time 19-2-2018 12:34 AM | Show all posts |Read mode


PASIR PUTEH: Tetamu pada majlis perkahwinan Mohd Nasruddin Azmi dan pasangannya, Nor Suhaida Mohamad di Taman Sri Lichong, Gaal, di sini, terkejut kerana menerima cenderahati yang lain daripada biasa, iaitu sekampit beras lima kilogram.

Kelainan itu dikatakan menjadi punca majlis perkahwinan itu diserbu tetamu sehingga menyebabkan jalan untuk ke rumah pengantin mengalami kesesakan sejauh dua kilometer.

Bapa pengantin lelaki, Azmi Mohd Noor berkata, berkata dia menyediakan sebanyak 7,000 kampit beras untuk diagihkan kepada semua tetamu yang hadir sebagai buah tangan.

Malah katanya, majlis meraikan anak sulung daripada tiga beradik itu menyediakan 17 gulai kawah membabitkan lima ekor lembu, tujuh ekor kambing dan 500 ayam yang semuanya dimasak secara bergotong-royong oleh penduduk kampung seawal jam 6 pagi.

"Alhamdulillah majlis menyambut menantu berjalan lancar dan kediaman kami dipenuhi dengan tetamu yang hadir. Kami memberi beras kepada semua tetamu bagi menghargai mereka yang datang selain untuk beramal.

"Saya datang daripada keluarga yang susah dan penduduk kampung banyak membantu kedua ibu bapa saya. Jadi, hari ini saya seperti mahu membalas jasa orang kampung dan tetamu yang hadir," katanya ketika ditemui.

Azmi yang juga Pengerusi Yayasan Fatimah Azzahra berkata, pada majlis meraikan anak sulungnya berusia 25 tahun itu, dia menjemput seramai 7,000 tetamu termasuk kenalan rapat.

"Memandangkan bukan selalu saya mengadakan kenduri, kali ini saya membuat majlis besar-besaran bagi meraikan semua yang hadir. Apa yang saya lakukan ini bukan untuk meraih populariti, sebaliknya hanya mahu meraikan tetamu.

"Saya bersyukur kerana majlis pertama kali dirancang berjalan lancar tanpa masalah. Malah saya lihat semua mereka yang menerima beras tersenyum gembira," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2018 12:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah. Tapi bakal mgundang fitnah
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 01:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa yg fitonah nye..ce stori sket...i ni positip minded....x pndai yg berkona2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 01:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagusnya. Murah rezeki sekeluarga
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 01:34 AM | Show all posts
gigih berlori
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 07:27 AM From the mobile phone | Show all posts
nmpk mcm bantuan kt fakir miskin plop kehkehkeh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-2-2018 07:50 AM | Show all posts
Sakan family ni berbelanja utk majlis kawin
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 07:57 AM | Show all posts
Alhamdulillah....bagusnya bersedekah....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2018 07:59 AM | Show all posts
tokey beras ke tuan rumah ni?
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramainya 7000... ntah2 ada yg dtg tanpa diundang. Nak amik beras.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 08:09 AM | Show all posts
Kaya benar tuan rumah ye. Semoga terus murah rezeki.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagusnya konsep ni......banyak duit tuan rumah perabis untuk kebajikan masyarakat. .. ...tahniah. ...bukan perabis untuk show off kat pelamin pakaian mekap semata.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
LautBiru52 replied at 19-2-2018 07:50 AM
Sakan family ni berbelanja utk majlis kawin

Biarlah. Niat dia nak sedekah. Tu pun hada yang negatif.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 09:43 AM | Show all posts
chazey replied at 19-2-2018 08:36 AM
Biarlah. Niat dia nak sedekah. Tu pun hada yang negatif.

Harap2 begitu lah
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 09:46 AM | Show all posts
ok pe dapat beras, dapat kicap, dapat sos. rezeki tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 09:48 AM | Show all posts
bgslah buat kelainan
sambil menjamu tetamu sambil bersedekah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2018 11:02 AM | Show all posts
woww 5kg tu. klu aku bg yg 1kg pn dah ok
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 11:04 AM | Show all posts
tahniah...ok lah tuan rumah mampu...semoga murah rezeki tuan rumah
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 11:07 AM | Show all posts
memula I ingat dia joinventur dengan ahli politik tempatan... dapat beras ada muka politician..


Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 11:15 AM | Show all posts
okay la tu, tuan rumah mampu. banyak pahala dia dapat..jamu orang makan + bersedekah. mungkin pada dia bersedekah camni lagi bagus daripada spend duit banyak-banyak untuk kenduri di hotel. plus, kenduri ni pun gotong-royong masak kan? means orang kampung pun okay dengan tuan rumah ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:57 AM GMT+8 , Processed in 0.271251 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list