CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: roy3

[Tempatan] BN menang, xpayah bayar beg plastik 20 sen lagi

  [Copy link]
Post time 21-2-2018 03:06 AM From the mobile phone | Show all posts
GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang hari ini mengkritik Barisan Nasional (BN) Selangor yang berjanji membatalkan dasar larangan beg plastik dan menyebabkan Malaysia menjadi “bahan jenaka seluruh dunia”.

Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Phee Boon Poh terkejut akan ikrar BN Selangor, mengatakan pemberian beg plastik percuma sebahagian manifesto pilihan rayanya.

“Ini berlawanan dengan semua usaha mengurangkan penggunaan beg plastik di negara ini. Oleh itu janji pilihan raya BN Selangor menjejaskan masyarakat dan alam sekitar.

“Pemimpin BN harus menjelaskan sama ada mereka bersetuju dengan janji pilihan raya mengarut yang dibuat BN Selangor tentang membatalkan larangan beg plastik.

“Janji BN Selangor untuk memberi beg plastik percuma dan membatalkan caj 20 sen yang ditetapkan kerajaan ke atas beg plastik jika memenangi negeri itu pada pilihan raya umum nanti menjadikan Malaysia bahan jenaka dunia,” kata dalam kenyataan hari ini.

Beliau menjawab Ketua Penerangan BN Selangor Datuk Sati Diman pada Ahad yang dilaporkan berkata caj 20 sen untuk beg plastik akan dibatalkan jika BN menawan Selangor.

Banyak pertubuhan dan parti politik tidak bersetuju dengannya dan berkata kemudahan untuk pembeli tidak seharusnya menjejaskan alam sekitar.

Phee berkata sejak 2002, negara atau bandar seluruh negara mula mengenakan caj, cukai atau larangan ke atas beg plastik di kaunter-kaunter bayaran.

Beliau juga berkata pada 2009, Pulau Pinang yang pertama melancarkan kempen menolak beg plastik percuma, yang menetapkan pengguna perlu membayar 20 sen untuk setiap beg plastik yang dibeli. Kempen juga berniat mengalakkan orang ramai membawa beg boleh guna semula semasa membeli belah.

“Ramai marah pada mulanya kerana gagal melihat sebab di sebalik inisiatif itu. Caj 20 sen yang dikutip juga disalurkan kepada program Agenda Ekonomi Saksama yang memainkan peranan membasmi kemiskinan di Pulau Pinang,” katanya.

Phee berkata pada Disember 2017, 193 negara menandatangani ikrar menangani “krisis global” plastik di lautan, dan awal tahun ini, Taiwan mengumumkan rancangan melarang penggunaan penyedut minuman mulai 2019.

“Di United Kingdom, mereka sangat komited menghapuskan sisa plastik yang boleh dielakkan menjelang 2042 dengan pelancaran rancangan alam sekitar bagi 25 tahun akan datang.

“Malaysia, sebagai anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), harus lebih komited terhadap isu alam sekitar. Dasar yang dilaksanakan di sini hanyalah permulaan dalam mewujudkan kesedaran berkenaan pengurusan sisa buangan dengan betul dan mengurangkan sisa plastik, tetapi BN Selangor memberitahu seluruh dunia mereka tidak mampu lakukannya. Memalukan,” katanya.

Kerajaan Selangor mula mengenakan caj 20 sen ke atas beg plastik mulai 1 Januari 2017 dan jumlah kutipan mencecah RM1.87 juta setakat Julai tahun lalu.

Pulau Pinang pula memulakan dasar terhadap beg plastik pada 1 Julai 2009, dengan mengenakan caj ke atas beg plastik pada setiap Isnin. Ia turut melaksanakan larangan kekal ke atas penggunaan bekas makanan polisterina.

Kerajaan negeri kemudiannya memperluaskan larangan itu kepada 3 hari, iaitu Isnin hingga Rabu, mulai 2010. Larangan penuh ke atas beg plastik percuma dilaksanakan mulai 2011.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2018 03:15 AM From the mobile phone | Show all posts
dauswq replied at 20-2-2018 01:03 AM
jemin masih tanding gombak lagi kah totok?
pas pis pus kt area gombak setia nmpk cam kuat jah.
...

Babai daus... kuat apanyer... geng pis gombak ni suka pulaukan org bila kata pergi parti lain... jadi, dorang akan akan undi ph masa pilihanraya nanti... sekarang dorang buat dekk jer...

Arituh ada pakcik ni kuar jer amanah, dia join amanah..pastuh geng as dpt tahu.. bila pegi surau, kena pulaukan.. bersalam lepas solat pun boleh konar kelain... terus dia jauhkan diri dari amanah, katanya tunggu pru.. tanya sebab apa..  katanya buruk perangai main pulau2...
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2018 03:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Yeaa... undi bn di selangor dapat beg plastik.. undi ph apa dapat... takat ir percuma, hadiah anak masuk universiti, duit tabung anak baru lahir, kad klinik kesihatan, bantuan perniagaan micro dan macam2 lagi bantuan tak best laa...
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2018 08:24 AM | Show all posts
semakin sikit la calun calun umno yang layak jadi MB selangor ..

dari dulu lagi selangor macam ni.. sebab tu tiba tiba jer khir toyo terpilih jadi MB..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2018 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
dodifarid replied at 21-2-2018 03:06 AM
Penang dah lama buat...bawa jer beg dari rumah..tu pun susah ke bagi satim diman..bodohnya umngok

Itu la Penang buat dah lama dekat 10 tahun, sampai dah biasa sgt bila pergi supermarket negeri lain yg bagi plastik byk byk terasa janggal pulak, makanan dlm polistrene putih pun sama, rasa pelik.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2018 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
kelana36 replied at 21-2-2018 08:24 AM
semakin sikit la calun calun umno yang layak jadi MB selangor ..

dari dulu lagi selangor mac ...

Khir Toyo terpilih sbb MB sebelum ada skandal kan? Itu yg tiba tiba Dr Gigi jadi MB, ingatkan Mr Clean rupanya spesis songlap jugak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-2-2018 08:46 AM | Show all posts
punya laa deseperet puak penyamun nih
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2018 09:24 AM | Show all posts
ala takan offer 20sen je kot
siann
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2018 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalo UMNGOK bagi idea bangang gini aku tak heran...be it from Noh Omar ka Satim Diman ka...semua level lebih kurang ja..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2018 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Bertabah la ..  dari PH yg offer mahathir jadi PM kalau menang . Lagi bodo giler .  
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2018 12:05 PM | Show all posts
depa ni cakap ada pikiaq dulu tak? haih..buduh tu simpan kat bawah tilam sikit
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2018 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg aku perasan BN selalu ajar masyarakat tak berdisiplin.

Macam pemimpin Melayu yang lain...takda displin.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2018 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
totokreturn replied at 21-2-2018 03:15 AM
Babai daus... kuat apanyer... geng pis gombak ni suka pulaukan org bila kata pergi parti lain... j ...

Harus la dekkkk...jijik gitu kannn.

Orang sebuk berjuang bertahun-tahun nak bngkitkan kes mamali ke Mahkamah...engkorang boleh lompat masuk Amanah untuk lantik Mahathir sebagai next PM.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2018 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
iloveselangor replied at 23-2-2018 04:38 PM
Harus la dekkkk...jijik gitu kannn.

Orang sebuk berjuang bertahun-tahun nak bngkitkan kes mamal ...

Kes memali....? Oooo.. lupa.. kes yg buat penduduk taksub pada amanat yg menyesatkan umat islam tuh sampai sanggup berparang ngan askar kunun mati boleh terus masuk syurga ekspress tuh kan.... kalau askar tak tembak, askar yg kena parang, cangkul penduduk tuh yer..

Tukang buat amanat sekarang dah peluk2 umno...
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2018 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Bimbonya...
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2018 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Dengan mentaliti cetek mcm ni ada hati nak perintah negeri maju?
Mohon rakyat negeri maju kasi ajar bn selangon cukup cukup pru14 nnt sampai ke tahap pupus terus & ditalkinkan sekali
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2018 05:21 PM | Show all posts
minyak tolong lah turun / subsidy macam dulu ~

Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 10:28 AM | Show all posts
ha??? janji beg plastic je ??? lain ???
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Bangang abadi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 04:19 AM GMT+8 , Processed in 0.061259 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list