CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6108|Reply: 98

[Tempatan] BN menang, xpayah bayar beg plastik 20 sen lagi

  [Copy link]
Post time 19-2-2018 07:00 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Tiada caj beg plastik jika BN menang di Selangor
Shakira Buang
(Dikemaskini )


Barisan Nasional Selangor berjanji tidak akan meneruskan caj beg plastik sebanyak 20 sen sekiranya menang di negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

"Ini salah satu manifesto kerajaan BN, dapat balik kerajaan BN Selangor, semua tak payah bayar lagi plastik, mahu tak mahu?," kata Ketua Penerangan BN Selangor, Datuk Satim Diman.

Beliau turut mencabar kepimpinan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya membina kilang plastiknya sendiri tanpa mengenakan caj tambahan 20 sen kepada penduduk negeri itu.

Pilihan Editor
image: https://i.malaysiakini.com/1215/8a7a81994484dde68fa96751602653a8.jpeg


Tok Guru bertemu Kuan Yew
“Kalau betul dia (Azmin) jaga kebajikan anak muda dia bukalah kilang dekat sini dan kalau saya dekat sini (Sg Pelek) saya buka kilang plastik.

“Kilang plastik kepunyaan kerajaan negeri Selangor, jadi kita pergi kedai tak payah beli plastik. Ini sudah beli barang ditanya pula nak beli plastik atau tidak, kalau mahu 20 sen. Apa punya kerajaan ni?

“Sepatutnya dia tak payah caj 20 sen, dia bina saja kilang dan kasi percuma itu plastik. Inilah kerajaan Pakatan Harapan, mahu pilih lagi?" Soal Satim di hadapan kira-kira 50 penduduk Ladang Fermanagh, Sungai Pelek, di Kuala Langat hari ini.

image: https://i.malaysiakini.com/1217/717fd7f72827204c611b44a1504546fd.jpeg



Selangor menguatkuasakan larangan penggunaan beg plastik dan polisterin setiap hari bagi semua pusat komersial utama mulai 1 Januari lalu, selepas membuat peraturan sama setiap Sabtu sejak 2010.

Bagi pengguna yang tetap ingin menggunakannya, mereka bagaimanapun boleh mendapatkan ia dengan membayar tambahan 20 sen bagi setiap satu beg plastik.

Pada tahun lalu, Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong berkata perkara itu bukan pilihan.

Katanya, kempen itu sebenarnya mahu mendidik pengguna membawa beg sendiri ketika membeli belah, dengan tujuan mengurangkan penggunaan bahan plastik dan polisterin yang mencemarkan alam sekitar.

image: https://i.malaysiakini.com/1204/d937ea97b9560b78e3029036fc13b699.jpeg



Bagaimanapun, Azmin juga memberitahu bayaran 20 sen daripada dasar bebas beg plastik dan polisterin itu tidak masuk ke kantung kerajaan negeri.

Ia menimbulkan bantahan sesetengah pihak yang mempertikaikan kewajaran larangan itu yang berkata beg plastik sebenarnya masih boleh digunakan dan tidak benar-benar diharamkan.

Terdahulu Satim Diman ikut serta program siri Jelajah Kasih Negeriku Selangor yang merupakan siri program ‘touch point’ Penerangan BN Selangor bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Sepat, Kuala Langat yang terletak dalam Parlimen Sepang.

Bantuan hamper makanan dan sejumlah wang tunai turut diagihkan kepada 90 keluarga Ladang Fermanagh, Sg Pelek, Kuala Langat.

Read more at https://m.malaysiakini.com/news/412611#omUibKXKLhUCVdhi.99

masih ada lg yg bebal knp kene byr 20sen plastik ni..hadap jela
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2018 07:05 AM | Show all posts
Parah kempunan nak jadi MB ni
LOL
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Beg plastik 20 sen membebankan rakyat. Dengan 20 sen rakyat boleh beli ikan sardin tin.

Tunggu ajelah komen aktivis alam sekitar
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 07:43 AM From the mobile phone | Show all posts
bodohnya org cas 20 sen utk tak menggalakkan org guna plastik sbb pencemaran alam, yg ini bangang siap nak bukak kilang plastik
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 07:50 AM | Show all posts
mana ada orang beli beg plastik dah...semua gi shopping bawak beg sendiri la skrg..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Sangkak neraka. Bak kata cacai, bagi free plastik bankrupt nanti. Kahkahkah @tobby @whitemagic
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-2-2018 07:58 AM | Show all posts
kesian....pemimpin recycle juga deme gunakan...lebih kurang jamal pak tongkol juga nie....
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Nampak sgat umngok ni bangang xpaham apa motif kenakan 20 sen. Dia siap nak bukak kilang plastik tmbah pencemaran lagi kahkahkah bangang!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2018 07:58 AM | Show all posts
melayu bodoh mmg ramai dalam umno..punya desperate nk rampas balik kerajaan..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul2 gila talak geng2 umno nie

Abis negeri lain yg BN pegang kene byr plak cas 20sen...

Tujuan byr 20sen tue kan nak.educated jgn guna plastik beg.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 08:15 AM | Show all posts
cuma cacai saja yang bangang hangguk hangguk nak kaitkan beg plastik dengan pencemaran. Tak kira parti apa. Siapa ada otak pasti tau beg  plastik memudahkan usaha membuang sampah
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 08:18 AM | Show all posts
Gawd, how awful it is that people who wants to lead us thinking like a shit.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 08:21 AM | Show all posts
yealah BN menang x perlu nk byr 20 sen
tp apa plk timbal balik yg BN akan kena kan nnt
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 08:26 AM | Show all posts
apa ni...


dah nak balik ke zmn dulu kala ke...org skrg dah ke green envi..

kalau selangor tak nak PH,, perlis nak ..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Wtf? Hinanya godaan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 19-2-2018 07:58 AM
Nampak sgat umngok ni bangang xpaham apa motif kenakan 20 sen. Dia siap nak bukak kilang plastik tmb ...

dah macam syaitan kepanasan je ko ni sekarang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2018 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Bangang abadi.. org nak galak jgn guna beg plastic lagi.. bawa beg ikea tu atau apa2 bag lah..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Bengong much
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2018 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 19-2-2018 07:58 AM
Nampak sgat umngok ni bangang xpaham apa motif kenakan 20 sen. Dia siap nak bukak kilang plastik tmb ...

Johor kaji pelaksanaan tanpa polisterin, beg plastik
23 APRIL 2016
polisterin
polisterin
A- A+ (Ubah saiz teks)
JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri sedang dalam proses mengkaji cara melicinkan proses pelaksanaan tanpa penggunaan plastik dan polisterin, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Ayub Rahmat.

Beliau berkata, banyak perkara yang perlu diambil kira telebih dahulu supaya pelaksanaannya nanti berjalan lancar.

"Kita akan laksanakan program tanpa penggunaan polisterin dan pengurangan penggunaan plastik secara berfasa.

"Ia tidak boleh dilaksanakan secara drastik bagi menjaga kesejahteraan rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis sambutan Hari Kesihatan Sedunia dan Hari Wanita Antarabangsa 2016 anjuran Hospital Pakar Regency dan Persatuan Pemerkasaan Wanita Intelek Johor (Jeiwa).

"Sekarang kita dalam fasa mendidik dan membiasakan masyarakat dengan tiada pengunaan plastik dan polisterin supaya mereka betul-betul sedia untuk pelaksanaannya akhir tahun ini," tambahnya.

Ayub berkata, antara cabaran pelaksanaannya ialah masyarakat masih sukar untuk mengikuti dan mengamalkan kempen yang telah diadakan serta menganggap perkara itu menyusahkan mereka.

Katanya setakat ini dua buah negeri iaitu Melaka dan Selangor sudah mula melaksanakan program itu dan bakal diikuti Perak pada Jun nanti.

Beliau berkata, negeri yang telah melaksanakan program itu turut berdepan banyak masalah termasuk kos yang tinggi untuk menggantikan beg plastik dan polisterin.

"Faktor kebimbangan utama sekiranya program ini dilaksanakan ialah harga makanan dan barangan akan naik," kata beliau. - Bernama

Byk la lg negeri kene bukak kilang plastik...selangor,melaka,johor,penang
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada kedai kat melaka guna biodegradable plastik. Xyah byr 20 sen. Bukak kilang yg ni ok
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:47 PM GMT+8 , Processed in 0.909798 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list