CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: roy3

[Tempatan] BN menang, xpayah bayar beg plastik 20 sen lagi

  [Copy link]
 Author| Post time 19-2-2018 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
bit replied at 19-2-2018 07:43 AM
bodohnya org cas 20 sen utk tak menggalakkan org guna plastik sbb pencemaran alam, yg ini bangang si ...


Berkuat kuasa mulai hari ini
Kempen Melaka tanpa beg plastik, bekas makanan polisterina

MD. YUNOS HUSIN (kanan) memperkatakan sesuatu kepada pemillik
MD. YUNOS HUSIN (kanan) memperkatakan sesuatu kepada pemillik premis perniagaan dalam Majlis Penyerahan Banting Gergasi dan Pelekat Program Melaka Tanpa Beg Plastik dan Polisterina di Ayer Keroh, Melaka, semalam. UTUSAN/MOHD. AZIM ABD. RAHMAN
FADZLY IZAB
01 Jun 2016 12:51 AM

81
MELAKA 31 Mei - Semua premis perniagaan di negeri ini diwajibkan untuk menyediakan beg biorosot boleh kompos atau kelongsong kertas bagi menggantikan plastik dan bekas makanan polisterina bermula 1 Jun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi negeri, Datuk Md. Yunos Husin berkata, penyediaan beg biorosot itu perlu sebagai alternatif membantu pengguna serta sokongan terhadap kempen amalan hijau di negeri ini.


Menurutnya, sebelum ini kesemua pemilik premis perniagaan termasuk pasar, mini market, pasar raya besar, restoran dan sebagainya diarahkan untuk tidak mengguna atau membekalkan beg plastik serta bekas makanan polisterina sepenuhnya pada 1 Januari lalu.

“Langkah mewajibkan penyediaan beg sedemikian ini adalah penyelesaikan kepada masalah pengguna yang merungut tidak diberikan beg plastik atau bekas makanan polisterina oleh peniaga.

“Bagaimanapun, kerajaan negeri juga telah memperkenalkan kaedah membawa beg plastik atau bekas makanan dari rumah namun ia sukar untuk dilaksanakan dengan baik di negeri ini.

“Justeru, bagi mengatasi masalah tersebut, semua premis perniagaan di negeri ini perlu menyediakan beg biorosot atau kelongsong kertas bermula bulan hadapan kepada para pengguna bagi memudahkan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas merasmikan majlis Penyerahan Banner Gergasi dan Pelekat Program Melaka Tanpa Beg Plastik dan Polisterin di Wisma Negeri, Ayer Keroh, di sini hari ini.

Yang hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Teknologi Hijau Melaka, Datuk Kamahrudin Md. Shah serta wakil-wakil dari pasar raya seluruh negeri.

Jelas Md. Yunos, pihak Perbadanan Teknologi Hijau Melaka dan Perbadanan Bioteknologi Melaka memperkenalkan produk mesra alam yang lebih selamat berbanding polisterina seperti produk biorosot dari hampas tebu, jagung, kertas dan sebagainya kepada pengguna.

Katanya lagi, Perbadanan Bioteknologi Melaka juga telah diarahkan menyelaras dalam mengedarkan produk itu bagi memudahkan orang ramai, peniaga dan jabatan kerajaan mendapatkan stok dan menjalankan promosi kesedaran mengenai penggunaan produk tersebut kepada masyarakat.

“Selain itu, kita juga mahu memastikan tidak ada pihak yang memonopoli atau mengambil kesempatan dengan mengaut keuntungan tinggi yang tidak munasabah di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 ketika pelaksanaan program tersebut,” ujarnya.

Tambah beliau lagi, kerajaan negeri juga akan memastikan pihak industri pasar raya, pembekal dan pengguna mendapat faedah yang sewajarnya tanpa merasa terbeban dari segi kos penggunaan apabila Hari Tanpa Beg Plastik dan Melaka Tanpa Polisterin dikuatkuasakan kelak.

“Saya yakin kempen dan pelbagai program yang diadakan ini sangat memberi manfaat kepada orang ramai bagi memberikan kesedaran kepada budaya membudayakan amalan hijau,” katanya

Melaka pun kene bukak kilang beg plastik pasni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-2-2018 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
lelakinaive replied at 19-2-2018 09:02 AM
Ada kedai kat melaka guna biodegradable plastik. Xyah byr 20 sen. Bukak kilang yg ni ok

Kesian..bwk beg plastik dr rumah pn susah..tp bgus la ada alternatif lain..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 10:05 AM | Show all posts
pabila orang bangang tahap otak plastik berbicara
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 10:11 AM | Show all posts
bodohnya.. orang nak jaga alam sekitar..
belum lagi suruh asingkan sampah..
entah apa manifesto dia keluarkan nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 10:22 AM | Show all posts
melaka lg awal buat larangan beg plastik dr selangor
masa tu x bkokok pon
ke aku salah????

skrg ramai sedar bwk beg sendri
kan bagusssss

20sen tu bleh beli alam sekitar ke????
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 10:23 AM | Show all posts
sian...punya nak menang selangor.. idea bangang gak dikeluarkan... dia pon sesilap x pernah pergi beli brg dapur.. semua org sediakan..sibuk pasal plastik..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-2-2018 10:43 AM | Show all posts
haruslah replied at 19-2-2018 10:22 AM
melaka lg awal buat larangan beg plastik dr selangor
masa tu x bkokok pon
ke aku salah????

Melaka dah bagi plastik la tapi guna bio nya plastik... di wajibkan
guna beg plastik yg bio nya....

kalau kat selangor, mcm tesco jika beli ayam... nak plastik pun
kena caj tp setengah hypermarket sbb brg basah mcm beli ikan, ayam
plastik percuma
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 11:05 AM | Show all posts
Tahniah BN Selangor kerana mendengar keluh kesah rakyat.
Selangor satu ketika dulu negeri maju di bawah Khir Toyo kini menderita hina hinggakan nak bayar 20sen pun menjadi satu bebanan besar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-2-2018 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
BN kaji caj 20 sen beg plastik jika rampas Selangor
MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR
18 FEBRUARI 2018
BN kaji caj 20 sen beg plastik jika rampas Selangor
Noh (tiga kanan) mengiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (empat kanan) pada Program Tawp sempena Peringatan Hari Polis Ke 211 di Pekarangan Stesen Minyak Petronas Sungai Besar.
A- A+ (Ubah saiz teks)
SUNGAI BESAR - BN bersedia untuk mengkaji semula dasar penggunaan beg plastik sekiranya berjaya menawan kembali negeri ini pada PRU14.

Pengerusi Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, dasar yang diperkenalkan kerajaan negeri Selangor itu didakwa hanya menyusahkan rakyat dan menguntungkan sesetengah pihak sahaja.

"Setiap kali membeli barangan, pembeli dikenakan caj 20 sen sekiranya ingin mendapatkan beg plastik.

"Malah, caj ini tidak termasuk dalam resit pembeli dan ia menimbulkan tanda tanya ke mana perginya duit itu," katanya ketika ditemui pada sidang media di Stesen Minyak Petronas Sungai Besar di sini, hari ini.

Terdahulu, Noh hadir pada Program Kembara Bermotosikal Rayuan Tabung Amanah Warisan Polis (Tawp) sempena Peringatan Hari Polis Ke 211.

Noh yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, pihak pasar raya dan peniaga juga perlu memainkan peranan bersama dalam usaha mengurangkan penggunaan beg plastik.

"eniaga seharusnya memberi 20 sen kepada pembeli yang membawa beg sendiri dari rumah dan bukannya mengenakan caj itu kepada pelanggan.

"Melalui cara ini, ia akan memberi kesedaran kepada pembeli betapa bahayanya beg plastik yang menjadi penyebab pencemaran alam sekitar," katanya.

Beliau menegaskan, isu sampah dan plastik di negeri ini juga gagal ditangani sekali gus menunjukkan kempen itu gagal dilaksanakan dengan baik.

"Kalau kita hendak menggalakkan rakyat untuk menghapuskan beg plastik ini, sekiranya setakat denda 20 sen sahaja itu tidak akan berjaya," katanya

Kegilaan apakah ini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2018 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts

"eniaga seharusnya memberi 20 sen kepada pembeli yang membawa beg sendiri dari rumah dan bukannya mengenakan caj itu kepada pelanggan.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2018 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Manifesto BN akan wujudkan 'bandar plastik'
19 Feb 2018, 10:42 pagi (Dikemaskini 19 Feb 2018, 10:59 pagi)


Janji BN untuk membatalkan jualan beg plastik 20sen jika menawan kembali Selangor disifatkan sebagai “tindakan bodoh”.

Ini memandangkan masyarakat antarabangsa kini sedang berusaha membanteras pencemaran alam, kata anggota parlimen Segambut Lim Lip Eng.

Mengulas 'manifesto' diumumkan oleh Ketua Penerangan BN Selangor Datuk Satim Diman, Lim berkata, tindakan itu boleh mewujudkan “bandar plastik” di negeri Darul Ehsan itu.

“Pandangan ini tidak munasabah, kenapa BN harus tunggu pilihan raya?

Pilihan Editor
image: https://i.malaysiakini.com/1212/ae232f89c9d3eabbf5fcb85df3980209.jpeg


Hadi mengharap Khalid bersama PAS

“Setiausaha agung BN Datuk Seri Tengku Adnan (Tengku Mansor), yang juga menteri Wilayah Persekutuan, patut laksanakan manifesto BN dengan menarik balik larangan beg plastik dan bungkusan polistiren di Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

“Mungkin kita patut promosikan tiga bandar ini di mata dunia sebagai 'bandar-bandar plastik' untuk menarik pembeli yang suka menggunakan beg plastik percuma,” sindirnya dalam kenyataan hari ini.

Penguatkuasaan larangan pembungkusan plastik dan polisterin di Wilayah Persekutuan dikuatkuasakan mulai 1 September 2017.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Loga Bala Mohan dilaporkan berkata tindakan itu susulan pelaksanaan penggunaan produk biodegradasi (boleh urai).

Lim juga mencadangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mewajibkan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) 2.0 yang baru dilancarkan baru-baru ini supaya mengedarkan beg plastik percuma di seluruh negara dengan serta-merta.

Selangor menguatkuasakan larangan penggunaan beg plastik dan polisterin setiap hari bagi semua pusat komersial utama mulai 1 Januari lalu, selepas membuat peraturan sama setiap Sabtu sejak 2010.

Bagi pengguna yang tetap ingin menggunakannya, mereka bagaimanapun boleh mendapatkan ia dengan membayar tambahan 20sen setiap satu.

Dasar itu bagaimanapun dikritik selepas mendapatkan bayaran itu tidak masuk ke kantung kerajaan negeri dan didakwa hanya menguntungkan peniaga


Read more at https://m.malaysiakini.com/news/412668#LciIx7ctjSso612O.99

Celaka punya dapig
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 11:17 AM | Show all posts
ajer giler
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Tesco kat Johor dari awal January 2018 dah tak ada beg plastik.Mmg dah tak dibenarkan pengunaan plastik/polystrin.
Tak jadi masalah apa pun..kenapa la Umno ni bodo sgt tak faham konsep ke kenapa pengharaman dibuat
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 12:10 PM | Show all posts
lawak plastik dr seorg menteri...
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 12:12 PM | Show all posts
takayama replied at 19-2-2018 08:21 AM
yealah BN menang x perlu nk byr 20 sen
tp apa plk timbal balik yg BN akan kena kan nnt {:mllalala2: ...

beg plastik = Xde 20 sen lg
beg sendiri = kedai bagi 20 sen
20sen = bleh beli sardin 20sen

harap sardin 20 sen adalah sepanjang masa nti
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 12:18 PM | Show all posts
kubong replied at 19-2-2018 10:43 AM
Melaka dah bagi plastik la tapi guna bio nya plastik... di wajibkan
guna beg plastik yg bio nya. ...

baru jugak 2 3 tahun guna beg tu

sebelum ni pon cas doposen

sian rakyat selangor

20sen jer harga undi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2018 01:17 PM | Show all posts
Stupid manifesto... takat 20 sen berbanding gst...
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Negara2 maju semua nak go green. Dah kenapa BN nak jadikan negara ke belakang balik?
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Jadahnyaa..bukan benda tekutuk byr 2 kupang utk x pakai bag plastik..hapus rasuah la dulu bhaiii ! Sebuk benda 2 kupang buat apa
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Negeri aku yg x boleh guna polisterin ..bila p negeri lain beli mkn guna polisterin aku rasa kekok pulak..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:37 PM GMT+8 , Processed in 0.086258 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list