CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4807|Reply: 55

[Tempatan] Pemaju berdepan mimpi ngeri, ambil sikap hati-hati. Rumah tak laku naik 40 pera

  [Copy link]
Post time 19-2-2018 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

KUALA LUMPUR 18 Feb. - Pemaju perlu lebih berhati-hati dan mengambil kira banyak faktor terutama membabitkan keperluan pembeli sebelum membina sebarang projek pembangunan termasuk rumah mampu milik.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif UEM Sunrise Berhad (UEM Sunrise), Anwar Syahrin Abdul Ajib berkata, ini kerana jika tidak mereka akan berdepan dengan masalah rumah-rumah tidak terjual yang pastinya merupakan mimpi ngeri kepada golongan pemaju dan dalam hal ini, UEM Sunrise juga tidak terkecuali.


Katanya, perkara itu diakui agak membimbangkan dengan sebahagian besar melibatkan rumah-rumah bagi projek UEM Sunrise di Johor, sekalipun masih dalam keadaan terkawal dan semakin menunjukkan perkembangan positif dari semasa ke semasa.

“Ini antara pengajaran yang boleh kami pelajari dalam Forum Urban Sedunia kali Kesembilan (WUF9) ini kerana banyak isu berkenaan rumah mampu milik dibincangkan dan dibangkitkan oleh negara-negara lain terutama apabila harga tanah semakin mahal di bandar, pemaju pilih buat rumah di kawasan yang jauh.

“Dengan mengambil contoh apa yang berlaku di Mexico misalnya, berjuta rumah mampu milik dibina di kawasan yang jauh dari bandar tetapi tiada siapa nak beli. Mereka sebaliknya lebih rela tinggal di kawasan padat dan sesak di bandar yang dekat dengan tempat kerja kerana mudah mendapat akses kepada kemudahan infrastruktur.

“Sehubungan itu, jika pemaju hanya mahu membangunkan projek tanpa pertimbangkan faktor lokasi, mereka akan berdepan dengan masalah rumah tidak terjual dan ini amat menyakitkan pemaju terutama kepada imbangan tunai syarikat,” katanya di sini baru-baru ini.

WUF9 diadakan kali pertama di Malaysia mulai 7 hingga 13 Februari lalu menyediakan platform untuk berkongsi pendapat mengenai kejayaan negara-negara lain di dunia dalam mengurangkan jurang rumah mampu milik.

Anwar Syahrin merupakan seorang daripada ahli panel dalam sesi perbincangan pada forum berkenaan menunjukkan usaha UEM Sunrise ke arah memupuk kehidupan mapan meliputi segenap lapisan masyarakat.

Tahun lalu, kerajaan mendapati kediaman siap dibina yang tidak terjual meningkat 40 peratus kepada 20,807 buah dengan nilai RM12.26 bilion pada separuh pertama 2017 dengan kebanyakan kondominium dan pangsapuri berharga lebih RM500,000. Susulan itu, hartanah bernilai lebih RM1 juta dibekukan pada November lalu tetapi keputusan berhubung perkara itu masih lagi dalam perbincangan.

Mengenai perkara itu, beliau berkata, ketika isu tersebut timbul, UEM Sunrise baru sahaja melancarkan projek kediaman mewah, Solaris Parq tetapi ia tetap mendapat sambutan pembeli.

“Impaknya kepada kami mungkin ada tetapi sedikit. Bagi projek Solaris Parq ini misalnya, jadi tumpuan pembeli kerana kedudukan yang strategik, dekat dengan Publika, Masjid Wilayah dan Mahkamah Persekutuan serta mudah dapat pelbagai akses. Bagi kami, yang penting kena pastikan pasaran itu ada,” katanya.

Selain Solaris Parq, UEM Sunrise dijangka melancarkan perumahan mampu milik berkonsepkan projek Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (Rumawip), Kiara Kasih pada Mac ini. Baru-baru ini, ia turut memperkenalkan projek baharu di Iskandar Malaysia dikenali sebagai Serimbun dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM139.3 juta.

Menurut Anwar, walaupun UEM Sunrise mengunjurkan sasaran jualan antara RM1.2 bilion hingga RM1.5 bilion tahun ini seperti yang dicapai pada 2017, namun syarikat tetap berhati-hati terhadap prospek pasaran hartanah.

Katanya, dalam menangani ketidaktentuan pasaran, syarikat akan memberi lebih tumpuan kepada pembangunan projek yang mampu memenuhi keperluan pembeli berbanding terlalu ghairah melancarkan projek baharu.

“Tetapi, kita tahu kediaman bertanah tetap mendapat permintaan tinggi cuma di Kuala Lumpur mesti kediaman bertingkat berbanding di Johor dan Selangor. Masalahnya, kita ada bank tanah yang terhad di Selangor. Setakat ini, kita mempunyai 5,261 hektar bank tanah dengan sebahagian besar di Johor,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2018 02:11 PM | Show all posts
rumah sempit nak mati harga RM300K kau gila ke
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Developer atau kerajaan dah patut alihkan fokus untuk majukan bandar atau negeri-negeri lain. Tak perlu dah bangunan atau kediaman baru kat KL ni. Fokus pelihara kawasan hijau atau bangunkan taman-taman untuk rekreasi
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Developer atau kerajaan dah patut alihkan fokus untuk majukan bandar atau negeri-negeri lain. Tak perlu dah bangunan atau kediaman baru kat KL ni. Fokus pelihara kawasan hijau atau bangunkan taman-taman untuk rekreasi
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 02:50 PM | Show all posts
adm7 replied at 19-2-2018 02:15 PM
Developer atau kerajaan dah patut alihkan fokus untuk majukan bandar atau negeri-negeri lain. Tak pe ...
perkara itu diakui agak membimbangkan dengan sebahagian besar melibatkan rumah-rumah bagi projek UEM Sunrise di Johor
kat johor

Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by adm7 at 19-2-2018 02:59 PM
AbukRokok replied at 19-2-2018 02:50 PM
kat johor


Benda ni kena highlight selalu. Malaysia ada banyak lagi negeri yang belum dibangunkan tapi kerajaan dan developer masih lagi nak fokus buat bangunan kediaman atau ofis kat kl walaupun bangunan sedia ada masih banyak yang tak digunakan sepenuhnya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-2-2018 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Developer janganlah terlalu tamak letak harga yg tak masuk akal. Tengoklah juga purchasing power of locals. Kalau area tu ramai org berpendapatan rendah atau sederhana logik kah letak harga sebuah rumah sampai RM500k+?

Kalau buat rumah mikro yg kos pembinaannya rendah dan harga pun mampu milik sudah tentunya mendapat sambutan oleh newly weds couple atau singles yg baru mula bekerja. Affordable + high demand > Expensive + low demand.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 03:40 PM | Show all posts
baru ni akak ada tengok satu projek ni, KL east, kat melawati, ngadap taman melati tu

quartza east ,rumah nya mak ai, 650sq gitu,setengah juta.... 850sq, 700K

cam haram harga nya

come on la, spent hundred thousand, tp rumahnya dekat MRR2 yg mmg hazabedah jammed senantiasa

pemaju syok sendiri je jual, diorg ingat buat rumah sana sini confirm laku kot...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2018 03:41 PM | Show all posts
inisiatif gomen buat rumah PRIMA, rumawip, mmg akak setuju dan sokong, at least projek2 camni dapat lawan sikit pemaju2 kapitalis yg tamak haloba buat rumah memahal
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok la tu kan dikkk...nanti projek tu jadi macam Lembah Beringin .
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 03:54 PM | Show all posts
oni313 replied at 19-2-2018 03:40 PM
baru ni akak ada tengok satu projek ni, KL east, kat melawati, ngadap taman melati tu

quartza eas ...

sime darby punya projek kan tu?

Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
oni313 replied at 19-2-2018 03:41 PM
inisiatif gomen buat rumah PRIMA, rumawip, mmg akak setuju dan sokong, at least projek2 camni dapat  ...

Kerajaan buat inisiatif rumah mampu milik bagai pun tetap ada manusia tamak haloba pergi jual rumah tersebut dengan harga lebih mahal dari harga sebenar sis. Orang yg betul2 memerlukan rumah dan layak pula permohonannya kena reject. Last last yg kaya makin kaya yg miskin bertambah miskin. Inilah dunia akhir zaman where money becomes everything.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Developer tamak haloba lapar Wang pembeli rumah
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 05:07 PM | Show all posts
Selayaknyalah ianya mimpi ngeri untuk developer. Siapa suruh naikkan harga rumah melampau-lampau sehinggakan rakyat kebanyakkan tidak mampu beli?
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 05:37 PM | Show all posts
adm7 replied at 19-2-2018 02:15 PM
Developer atau kerajaan dah patut alihkan fokus untuk majukan bandar atau negeri-negeri lain. Tak pe ...

ni akak setuju..kat klang valley ni, selagi ada tanah kosong, selagi tu depa nak cacak bangunan
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu blom masuk part kapitalis. Yg bank negara pon (atau sape2 yg ptut tggungjwap) pon 1, sorang boleh smpai 5 bjik rumah bwah 200k. Lps tu diaorg je la kaya. Pdhal dah kaya ptot xpyh la nk sebat properties under 200k.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2018 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
adm7 replied at 19-2-2018 02:15 PM
Developer atau kerajaan dah patut alihkan fokus untuk majukan bandar atau negeri-negeri lain. Tak pe ...

Betul. Bygkn kat sentul yg dah padat nk mati boleh plak dev ambik pdg bola ptg budak2 main utk naikkn kondo. Belakng / betul2 sebelah kondo tu flat dbkl ke low cost xsure. Bangang btol dbkl boleh luluskn projek mcm tu. I xpercaya klau xde duit kopi involve
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Harga tanah pun tak masuk akal kat area kl/sel ni. Penyumbang juga kpd rumah mahal.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 19-2-2018 06:07 PM
Betul. Bygkn kat sentul yg dah padat nk mati boleh plak dev ambik pdg bola ptg budak2 main utk nai ...

Sebenarnya banyak je kawasan hijau atau taman awam yang dah diambilalih atau diluluskan untuk pembangunan projek kediaman tinggi. Antara yang aku ingat buat masa ni Padang Bola Bandar Tun Razak, Taman Rimba Kiara TTDI




Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 19-2-2018 06:05 PM
Tu blom masuk part kapitalis. Yg bank negara pon (atau sape2 yg ptut tggungjwap) pon 1, sorang boleh ...

Sebab tu kerajaan kena mula buka kawasan perniagaan baru kat negeri-negeri lain sekaligus boleh kurangkan permintaan untuk rumah di KL&Lembah klang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:44 PM GMT+8 , Processed in 0.107546 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list